RotiKaya |
- Hadiah Gitar Dari Suami Bakar Semangat Diana Danielle Untuk Terus Menyanyi
- Nazim Othman Akui Kini Putus Cinta, Enggan Ulas Lanjut
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.526)
- Nur Fazura Bercium Sakan Di Lapangan Terbang?
- Terjun Bidang Nyanyian — Nazim Othman Bakal Tampil Dengan Lagu K-pop
- Selebriti Malaysia Meriahkan Anugerah Sukan Dunia Laureus Di KL
Hadiah Gitar Dari Suami Bakar Semangat Diana Danielle Untuk Terus Menyanyi Posted: 27 Mar 2014 05:36 PM PDT Bagi yang dah menonton filem Kami Histeria pasti tahu semua lagu dalam Kami Histeria adalah menggunakan suara asal Diana Danielle. Tidak dinafikan dia mempunyai bakat dalam bidang nyanyian — dan itu bukan kali pertama beliau menyanyi. Diana kini sedang serius dalam meneruskan minat serta bakatnya dalam bidang nyanyian. Bahkan kini sedang merancang menerbitkan single. Dia kini dalam proses memantapkan vokal serta kemahiran bermain alat muzik. BACA: Diana Danielle Rancang Mahu Tambah Anak 3 Tahun Lagi “Saya ada rancnagan, saya sekarang nak belajar main gitar dengan sebaiknya dan habiskan kelas vokal supaya boleh berikan yang terbaik. Sebelum ada album saya kena ada pengalaman agar album saya nanti berkualiti” “For my birthday Farid bought me a really nice guitar” Menjadikan Diana lebih bersemangat untuk mendalami muzik diatas sokongan yang ditunjuk suaminya. Jelas Diana lagi dia tidak memilih sebarang genre kerana setiap satunya mempunyai keunikan sendiri namun yang paling diminati adalah muzik jazz dan blues. “Saya suka all types of music. Kegemaran saya adalah jazz dan blues — tapi ianya tidak dapat sambutan sangat jadi saya pilih muzik yang lebih mainstream, rock” “Dalam hidup ni kena kumpul pelbagai skill. Sebab kita tak tahu skill tu satu hari nanti berguna untuk kita terutama macam sekarang. Ekononi negara tak berapa stabil. Kita tak tahu mungkin industri hiburan akan merudum. So what can I do next? So always try new things. Always take a risk. Kena ada something untuk kita survive” Pada masa sama ramai menegur tubuh Diana yang semakin langsing dan jelita selepas melahirkan anak pertama. Diana menolak segala dakwaan yang mengatakan dia mengamalkan diet. Malah memberitahu sebelum berkahwin dia lebih kurus daripada sekarang. “Orang cakap saya makin kurus lepas lahirkan anak. I must disagree. Sebelum kahwin saya lagi kurus dari sekarang. Masa kahwin dulu hati senang. Kerja saya makan setiap masa” “Sekarang sudah bertiga. Saya jadi kelam kabut, setiap hari memang tidak cukup rehat. Lagipun saya career woman, banyak nak kena buat. Saya cuma amalkan kurang makan nasi,” tambah Diana Danielle lagi yang kini merupakan duta produk Downy bersama suaminya. (rtky/bsr) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Nazim Othman Akui Kini Putus Cinta, Enggan Ulas Lanjut Posted: 27 Mar 2014 04:42 PM PDT Baru baru ini menerusi Instagram beliau, Nazim Othman ada memuat naik beberapa keping gambar memberikan gambaran yang beliau kini sudah kembali solo termasuk gambar tips untuk lelaki yang baru putus cinta. Melalui mStar Online hari ini, Nazim Othman mengakui yang hubungan beliau bersama pelakon Bella Dally kini sudah berakhir namun beliau enggan untuk mengulas lanjut tentang kisah peribadinya itu kerana tidak mahu menjadi tatapan umum. BACA: Terjun Bidang Nyanyian, Nazim Othman Bakal Tampil Dengan Lagu K-pop “Saya tidak berminat untuk menjawab soalan (putus cinta) itu dan tidak mahu berkongsi kepada umum. Ia juga menjadi hak saya sama ada untuk menjelaskan tentang perkara ini atau tidak. Apa yang saya boleh katakan, it’s over (telah berakhir),” jelasnya. Namun yang menariknya, Bella Dally yang dihubungi berkata yang mereka masih baik dan tidak tahu kenapa Nazim Othman bertindak sedemikian selain enggan memberikan ulasan lanjut. “Kami masih baik. Saya tidak tahu kenapa dia berbuat demikian. Itu saja yang boleh saya ulas. Saya tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara ini. Diharap semua pihak faham,” ujar Bella Dally ringkas tentang perkara ini. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.526) Posted: 27 Mar 2014 09:16 AM PDT VIDEO HARI INI: Seekor anjing yang telah diselamatkan dari terus hanyut dalam longkang telah menzahirkan rasa seronok dan bersyukur walau tanpa sebarang kata kata. Ya, anjing pun tahu berterima kasih. Muhasabah khas hari Jumaat dari kami di Rotikaya. Ketika menunggu dalam kereta kerana kehabisan minyak di sebuah kawasan di pinggir Los Angeles, Zac Efron telah diserang oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali kerana mereka sangka selebriti itu melontar botol ke arah mereka. – Just Jared Khabar terbaru yang sampai ini mungkin satu testimoni tentang populariti pelakon Korea, Lee Min Ho selepas beliau dikatakan dibayar sebanyak US$470,000 untuk watak cameo dalam sebuah drama yang diterbitkan di China. – Soompi Sekeping gambar yang menunjukkan bekas isteri Chris Martin, Gwyneth Paltrow berkucupan dengan bekas kekasih sekitar enam bulan lalu telah muncul di internet dan menimbulkan gosip baru tentang punca sebenar perpisahan mengejutkan ini. – Us Weekly Bagi orang ramai, mungkin kehamilan Mila Kunis sesuatu yang mengejutkan namun sumber terdekat kepada pasangan ini berkata yang beliau dan Ashton Kutcher telah berbincang untuk memiliki anak sendiri sejak setahun yang lalu. – People Demi menghormati tragedi kehilangan pesawat MH370, pengarah filem Zombi Kilang Biskut Mamat Khalid menjelaskan beliau telah membatalkan semua promosi filem itu yang telah pun menjengah pawagam sejak 20 Mac lalu. – Sinar Harian |
Nur Fazura Bercium Sakan Di Lapangan Terbang? Posted: 26 Mar 2014 11:58 PM PDT Ini khabar yang datangnya dari wartawan yang sedang membuat liputan tragedi kehilangan pesawar MH370 yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru baru dan menyaksikan satu adegan drama seorang selebriti tempatan. Bukan drama apa, menurut wartawan Malaysia Gazette ini beliau dan ramai petugas media lain ternampak seorang selebriti yang sakan melakukan adegan mesra bersama seorang lelaki persis sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta. "Sekali pandang persis aktres popular Nur Fazura bersama dengan seorang lelaki berkepala botak yang juga deejay popular dari Amerika Syarikat yang sebelum ini mereka mengakui sedang berkawan rapat," tulis wartawan itu. Wartawna itu turut menulis mengatakan yang pihak media tidak kisah jika sekadar melihat aksi orang bercinta namun apa yang dipaparkan mereka sedikit keterlaluan dan seakan tidak sensitif dengan orang sekeliling. "Yang tidak faham kenapa mereka hingga suka sangat buat aksi over di khalayak ramai. Orang lain bercinta juga. Kalau setakat suap-suap makan, tak hairan pun" "Tapi bila dah mesra lain macam sampai bercium, tangan masuk dalam baju, urut-urut belakang, lentuk kepala di bahu hingga malu pula nak tengok," dedah wartawan itu lagi hari ini. Menariknya, wartawan ini mendakwa para jurugambar sempat merakamkan aksi pasangan ini bermesra dan ianya menjadi rebutan untuk dilihat — bukan untuk disebarkan, tetapi untuk menghilangkan bosan buat sementara waktu. Wait, challenge accepted! ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Terjun Bidang Nyanyian — Nazim Othman Bakal Tampil Dengan Lagu K-pop Posted: 26 Mar 2014 07:06 PM PDT Kegilaan pelakon ini terhadap dunia hiburan Korea bukan satu rahsia di kalangan para peminat beliau dan baru baru ini, Nazim Othman mendedahkan yang beliau akan terjun ke bidang nyanyian bersama lagu baru berirama rancak dipengaruhi elemen K-pop. Harian Metro hari ini melaporkan yang Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman kini berdebar untuk secara rasminya melangkah dalam bidang nyanyian selepas telah menyiapkan single berentak rancak berjudul Destinasi. Pelakon ini turut mengakui yang beliau telah melihat secara terperinci akan selera peminat beliau dan bersedia mengambil risiko akan penerimaan peminat terhadap lagu pertama beliau ini. “Risau memang risau kerana tahulah pengikut muzik tempatan kita masih lagi berjiwa lebih kepada lagu mendayu atau balada. Lantas, lagu rancak sebegitu berkemungkinan bukan menjadi pilihan sangat buat mereka” “Bagaimanapun, saya suka untuk mencuba sesuatu yang lebih berisiko lagipun untuk lagu Destinasi, sasaran pendengar saya memang daripada kalangan muda remaja” "Saya pun tidak mahu yakin sangat penerimaannya bakal menjadi luar biasa kelak tetapi yang penting saya cukup berpuas-hati dengan hasil titik peluh sendiri itu," jelas Nazim Othman. Namun, beliau masih tidak mempunyai tarikh pelancaran untuk lagu tersebut lebih lebih lagi dengan insiden pesawat MH370 yang masih baru. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Selebriti Malaysia Meriahkan Anugerah Sukan Dunia Laureus Di KL Posted: 26 Mar 2014 06:16 PM PDT Melihat kepada gambar yang dikirimkan ke laman sosial seperti Facebook dan Instagram malam tadi, nampaknya tidak ramai selebriti Malaysia yang dijemput untuk memeriahkan Anugerah Sukan Dunia Laureus (Laureus World Sports Awards) yang berlangsung malam tadi. Namun yang pasti, malam tadi Istana Budaya di Kuala Lumpur dibanjiri oleh barisan nama besar dalam dunia sukan dunia yang hadir untuk meraikan atlet terbaik sepanjang tahun 2013. Sebanyak enam kategori utama dipertandingkan dan bagi setiap kategori enam atlet telah dicalonkan dan bakal dinobatkan sebagai yang terbaik. BACA: Sebastian Vettel and Missy Franklin win Laureus world awards (ext.) Well, mungkin anda seperti kami bukan kaki sukan tidak ambil peduli pun tentang siapa yang menang pada malam tadi — lebih penting gaya selebriti Malaysia yang tampak elegan & mewah sekitar berlangsungnya majlis berprestij ini. Selain bintang Hollywood, Benedict Cumberbatch & juga Jamie Foxx malam Anugerah Sukan Dunia Laureus juga turut melihatkan kelibat Datuk Siti Nurhaliza, Hans Isaac, Umie Aida, Carmen Soo dan Maya Karin. Berikut beberapa keping foto untuk tatapan anda. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.