Buzzera

Buzzera


Album kompilasi lagu Raya 'Oh My Raya!'

Posted: 31 Jul 2013 01:06 PM PDT

KRU Music menerbitkan album kompilasi terhebat yang membariskan seleksi lagu-lagu raya terhangat sepanjang zaman yang berjudul 'Oh My Raya!'. Selaras dengan judulnya, album ini membariskan 15 buah...

Read more: http://www.buzzera.net

Program Hari Raya 2013 Hot FM

Posted: 31 Jul 2013 12:56 PM PDT

Stesen radio Hot FM turut memperkenal pelbagai program istimewa sempena Hari Raya 2013. Sama seperti untuk rancangan televisyen, kesemua rancangan tersebut telah dirakamkan terlebih dahulu dan...

Read more: http://www.buzzera.net

Pelawak AR Badul tak pernah berpoligami

Posted: 31 Jul 2013 12:39 PM PDT

Pelawak AR Badul mengakui ramai yang menganggap dia memiliki lebih daripada seorang isteri sedangkan dia tidak pernah mengamalkan hidup berpoligami. Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie,...

Read more: http://www.buzzera.net

Angelina Jolie aktres terkaya dunia - Forbes

Posted: 31 Jul 2013 11:27 AM PDT

Angelina Jolie diiktiraf oleh majalah Forbes sebagai aktres terkaya di dunia. Majalah tersebut menaksir nilai kekayaan Angelina mencapai USD$33 juta (RM107 juta). Kiraan itu dibuat berdasarkan...

Read more: http://www.buzzera.net

Carta Muzik Muzik 28, Episode 26

Posted: 31 Jul 2013 02:48 AM PDT

Carta #24 Episode 26 (27 Julai 2013) : 1. Dwihati = Aizat feat Yuna 2. Kita = Forteen 3. Bahagiamu Deritaku = Hafiz 4. Setia Hujung Nyawa = Fiq feat Mell Sakura (BARU) 5. Hanya Aku = Hyper Act 6....

Read more: http://www.buzzera.net

Sinopsis telefilem Setia Hujung Nyawa - Raya

Posted: 31 Jul 2013 12:36 AM PDT

Sinopsis telefilem Setia Hujung Nyawa - Raya Setia Hujung Nyawa - Raya mengisahkan kisah pasangan suami isteri,Zain (Amar) dan El (Nelydia) yang julung kali menyambut Ramadan dan Aidilfitri sebagai...

Read more: http://www.buzzera.net

Program Hari Raya Aidilfitri 2013 TV AlHijrah

Posted: 31 Jul 2013 12:17 AM PDT

Rancangan TV AlHijrah, Syawal Satu Kemenangan TV AlHijrah meneruskan tradisi tema Syawal Satu Kemenangan bagi menterjemahkan keindahan dan orientasi program yang menjurus kepada kemenangan selepas...

Read more: http://www.buzzera.net

RotiKaya

RotiKaya


Masih Belum Bergelar Kekasih — Johan As’ari Rancang Tunang Hujung Tahun

Posted: 31 Jul 2013 05:29 PM PDT

Jodoh dan pertemuan, ajal dan maut semuanya ketentuan Illahi. Itulah yang telah diungkapkan oleh pelakon yang popular menerusi drama bersiri Karlos, Johan As’ari.

Bercerita mengenai kehidupan jejaka yang berusia 27 tahun ini, dia mengakui sudah mempunyai target untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya berkahwin. Tetapi bagi peminat-peminat tegar Johan Asaari terutamanya peminat perempuan, anda janganlah bersedih kerana Johan masih belum mempunyai kekasih yang benar-benar istimewa kerana ini hanyalah sasarannya sahaja pada tahun ini.

Namun Johan As’ari mengakui ada seseorang yang kini sedang rapat dalam hidupnya tetapi enggan mendedahkan identiti gadis bertuah itu kerana bimbang hubungan yang di’harapkan tidak kesampaian.

“Kami belum menjadi pasangan kekasih, begitu juga masing masing tidak isytiharkan wujudnya apa apa hubungan istimewa antara kami. Jika benar dia ditakdirkan untuk saya, kami akan bertunang Disember depan”

“Sebenarnya ini adalah target saya sahaja, sebetulnya saya masih tidak mempunyai mana-mana teman wanita. Saya akui saya mempunyai ramai kawan-kawan perempuan tetapi semuanya bukanlah serius dengan saya, mereka semua hanyalah sebagai kawan-kawan biasa sahaja”

“Kita hidup mesti kena ada target untuk kita rancang apa yang kita mahukan dalam setiap peringkat umur yang kita lalui. Umur pun sudah semakin meningkat jadi eloklah sekiranya saya memikirkan pula kehidupan saya yang seterusnya. Tapi untuk berkahwin dalam masa yang terdekat ini, lebih kurang 5 bulan sebelum masuk tahun 2014 ini adalah mustahil kerana untuk melakukan sesebuah majlis perkahwinan bukannya suatu yang mudah dan memerlukan perancangan yang rapid dan teliti,” katanya ketika ditemui di Majlis Raikan Anak-anak Yatim Darul Kifayah anjuran Grand Brilliance.

Johan juga tidak memilih sekiranya bakal isterinya bukanlah dari kalangan artis atau seumpamanya.

“Seperti yang saya katakan, jodoh semua di tangan Allah, saya tidak pernah memilih atau tidak kisah sekiranya isteri saya bukannya dari kalangan artis. Malah sekiranya dia tidak menjadi artis pun saya tidak mempunyai langsung sebarang masalah. Saya akan menerimanya seadanya. Kalau sudah sampai jodoh, maka tanggungjawab saya juga besar dan beralih menjadi seorang suami pula selepas ini, InsyaAllah sekiranya saya sudah bersedia dan mempunyai pilihan hati anda semua akan saya maklumkan,” katanya ringkas.

Pada tahun ini, Johan akan beraya bersama-sama keluarganya di Damansara Kuala Lumpur, dan seterusnya bakal beraya bersama teman rapatnya iaitu pelakon Que Haidar pada hari raya yang kedua.

ROTIKAYA_219 Johan As'ari Rancang Tunang Hujung Tahun - ROTIKAYA ROTIKAYA_218 Johan As'ari Rancang Tunang Hujung Tahun - ROTIKAYA ROTIKAYA_217 Johan As'ari Rancang Tunang Hujung Tahun - ROTIKAYA ROTIKAYA_216 Johan As'ari Rancang Tunang Hujung Tahun - ROTIKAYA

Video: Alih Suara JoHaRa ERA fm Untuk Parodi The Avengers ‘Esok Raya Ke?’

Posted: 31 Jul 2013 02:47 PM PDT

Tinggal seminggu sahaja lagi untuk kita semua menyambut hari raya Aidilfitri dan sebagai hiburan ringan anda, krew JoHaRa dari ERA fm tampil dengan sebuah video parodi alih suara untuk anda semua.

Mengambil 4 minit babak pertarungan hebat dalam filem blockbuster The Avengers, dialog yang di’lontarkan secara bersahaja oleh Johan, Haniff & Ray ini memang boleh buat pecah perut ketawa.

Tunggu saat Captain America perli Ironman, “Terbang tak bawak charger”

#LOL

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.391)

Posted: 31 Jul 2013 09:41 AM PDT

VIDEO HARI INI: Oleh kerana iklan raya yang keluar saban tahun sedih sedih belaka, kami rasa inilah yang berlaku di bilik mesyuarat untuk lahirkan idea untuk iklan raya. ‘Kan? (via www.maafzahirbatin.com)

Walaupun tidak pernah mengakui bercinta namun selepas hubungan mereka semakin renggang & ‘putus’, Aliff Aziz akui tidak boleh berkawan mahu pun bersikap professional terhadap Adira AF. – Murai

Juri popular beberapa program realiti TV, Simon Cowell kini sedang menanti kelahiran anak pertama beliau bersama Lauren Silverman yang secara teknikal masih bergelar isteri orang lain. – US Weekly

Ingat lagi imej badan berisi penyanyi ini di The Voice? Christina Aguilera mengejutkan ramai pihak apabila tampil lebih kurus dan kembali menawan dalam satu acara baru baru ini. – Huff. Post

Dalam satu program variasi, ayah kepada Suzy (miss A) mendedahkan yang anaknya itu hadiahkan sebuah cafĂ© buat ibunya selain membelikan kereta & rumah yang lebih besar buat keluarganya. – Soompi

Aktress Hollywood, Penelope Cruz khabarnya telah bersedia untuk bergelar pengarah buat pertama kali dengan mengarahkan iklan sebuah jenama pakaian dalam terkenal, Agent Provocateur. – RTE

Wawa Zainal: Saya Senang Berkawan Dengan Aeril Zafril

Posted: 30 Jul 2013 07:39 PM PDT

Sejak gossip hubungan cinta mereka timbul hujung minggu lalu menerusi sebuah laporan akhbar, ini rasanya kenyataan pertama timbul dari mulut Wawa Zainal menjawab persoalan para peminat.

BACA: Aeril Zafril Sedang Bercinta Dengan Wawa Zainal?

Bercakap kepada Sinar Harian, Wawa Zainal mendakwa sebenarnya tiada apa yang mahu di’sorokkan tentang hubungan dengan Aeril Zafril kerana mereka memang rapat dan sudah berkawan lama.

“Sebenarnya tiada apa yang kami sorokkan kerana kami memang sudah lama berkawan rapat & dia lelaki yang paling rapat dalam hidup saya kini”

“Saya tak mahu uar-uarkan kami bercinta, tapi bila tak menjadi, kami juga yang mendapat malu. Cukuplah saya katakan kami rapat dan saya amat senang berkawan dengannya,” jelas Wawa Zainal.

Dalam laporan sama, Wawa Zainal memberitahu yang dirinya kini semakin pulih selepas menjalani rawatan tradisional akibat terkena buatan orang dan banyak berehat di Sabah sepanjang bercuti.

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Senarai PenuhTelemovie Terbaik Sepanjang Raya di TV3

Posted: 31 Jul 2013 04:07 PM PDT

Bulan Syawal disambut dengan penuh bermakna oleh seluruh umat Islam selepas memenuhi tanggungjawab mereka dalam menjalankan ibadah berpuasa selama sebulan. Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan pada 8 Ogos 2013 bersamaan dengan 1 Syawal 1434, TV3 dengan tema 'Anugerah Syawal' bakal menghimpunkan aneka telefilem terbaik buat tontonan semua. arisan[...lagi...]

The post Senarai PenuhTelemovie Terbaik Sepanjang Raya di TV3 appeared first on Sensasi Selebriti.

Telemovie Karlos Bolos Lakonan Zizan Razak

Posted: 31 Jul 2013 03:32 PM PDT

Selepas berjaya membuka mata dan kesedaran para penonton mengenai kisah benar pesalah Juvana, telemovie khas sempena sambutan Aidilfitri 'Karlos Bolos' bakal meneruskan kesinambungan dari drama siri slot Aksi 'Karlos'. Namun kisah yang akan ditampilkan ini bukanlah sequel dari penamat drama siri lalu tetapi prekuel di mana Karlos dan Kenji pernah[...lagi...]

The post Telemovie Karlos Bolos Lakonan Zizan Razak appeared first on Sensasi Selebriti.

Kejayaan Rexona Move Melangkaui Sasaran

Posted: 30 Jul 2013 09:30 PM PDT

Ingat lagi tak entri tentang aplikasi Rexona Move yang Budiey ceritakan hari tu. Kepada pembaca yang belum tahu tu, aplikasi Rexona Move ini telah dicipta secara ekslusif oleh Rexona untuk merekodkan jarak pergerakan setiap aktiviti yang anda sedang lakukan. Tak kiralah anda berjalan ke, berlari ke, tengah melompat ke, semuanya[...lagi...]

The post Kejayaan Rexona Move Melangkaui Sasaran appeared first on Sensasi Selebriti.

Gambar Natassia Malthe di Majlis Berbuka Puasa KRU Music

Posted: 30 Jul 2013 10:31 AM PDT

Buat pertama kalinya petang kelmarin, Budiey bertemu mata dengan seorang pelakon bertaraf antarabangsa dan kini sedang giat mempromosikan filem terbitan KRU Studios iaitu Vikingdom. Siapa lagi kalau bukan Natassia Malthe yang menjadi teraju utama filem arahan Yusry Abdul Halim ini. Pelakon aksi lasak ini turut hadir memeriahkan lagi Majlis Berbuka Puasa[...lagi...]

The post Gambar Natassia Malthe di Majlis Berbuka Puasa KRU Music appeared first on Sensasi Selebriti.

Scha Alyahya & Nabil Pengacara Sampaikan Raya 2013

Posted: 30 Jul 2013 10:28 AM PDT

Setiap kali menjelang aidilfitri, ahli keluarga dan sanak saudara akan menyambutnya dengan penuh keriangan tetapi kepada mereka yang jauh atau terpaksa bertugas atau masih belajar di perantauan, hanya salam sahaja yang dapat merapatkan hubungan sesama keluarga dan sanak saudara sebagai pengubat rindu. Maka itu telah menjadi tradisi setiap tahun menjelang[...lagi...]

The post Scha Alyahya & Nabil Pengacara Sampaikan Raya 2013 appeared first on Sensasi Selebriti.

Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Puasa KRU Music

Posted: 30 Jul 2013 07:55 AM PDT

Majlis berbuka puasa anjuran KRU Music diadakan sekaligus untuk melancarkan dua buah album terbaru. Satu, album Oh My Raya! dan duanya, album ketuhanan berjudul Hijab Di Ufuk Barat. Berlangsung dalam suasana penuh santai dan meriah, majlis berbuka puasa ini dihadiri oleh beberapa orang selebriti yang terlibat menyumbangkan suara untuk menghasilkan[...lagi...]

The post Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Puasa KRU Music appeared first on Sensasi Selebriti.

Peraduan Menangi Barangan Dashing For Men

Posted: 29 Jul 2013 03:42 PM PDT

Anda mahu tampil hebat dan tahu tak apa rahsia tampil yakin dan bertenaga seperti Remy Ishak di bulan Ramadan? Lembaran aktiviti seni Remy Ishak Ramadan ini begitu padat sekali. Namun bagaimana beliau tampil yakin dan bertenaga Ramadan ini menghadiri majlis dan sesi temubual atau fotografi. Penjagaan kulit wajah yang betul[...lagi...]

The post Peraduan Menangi Barangan Dashing For Men appeared first on Sensasi Selebriti.

The Super Cute Rancangan TV Cari Bakat Model Kanak-Kanak

Posted: 29 Jul 2013 03:41 PM PDT

Sepanjang beberapa tahun ini, pelbagai rancangan berkonsep baru telah berjaya diperkenalkan dan mendapat perhatian penonton Saluran Ceria Anda, ntv7, dan menjadi salah satu kayu pengukur pencapaian stesen ini. Antaranya ialah rancangan realiti The Perfect Gentleman (Pencarian Lelaki Cina Pertama Malaysia, 2011) dan The Game (Drama Realiti Cina Pertama Malaysia, 2012).[...lagi...]

The post The Super Cute Rancangan TV Cari Bakat Model Kanak-Kanak appeared first on Sensasi Selebriti.

Suara Ajieb Dalam Iklan Kyochon

Posted: 28 Jul 2013 06:31 PM PDT

Budiey kira dah lama tak dengar berita tentang bekas wartawan Murai, Ajieb yang kini berada di Korea dalam usahanya menjadi artis K-Pop. Dalam menanti masa untuk bergelar bintang K-Pop, Ajieb Rosdi yang hampir menamatkan pengajian di Mnet Academy bukan saja mampu mencuri perhatian media Korea Selatan untuk diwawancara. Sebaliknya, penyampai[...lagi...]

The post Suara Ajieb Dalam Iklan Kyochon appeared first on Sensasi Selebriti.

koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

Link to Koleksi Gambar Artis Malaysia

Gambar sekitar perkahwinan Ras Adiba Radzi

Posted: 30 Jul 2013 07:14 PM PDT

ras adiba radzi kahwin

Sebelum ini kami ada memaparkan berita mengenai pengacara terkenal Ras Adiba Radzi akan bernikah. Hari ini melalui pelbagai sumber di blog hiburan terkenal, dikongsikan gambar sekitar majlis pernikahan Ras Adiba bersama suami nya, En Ilias Yaakob. Kedua mereka sama umur dan sama padan iaitu 45 tahun. Admin doakan mereka berbahagia dan cinta sampai kehujung nyawa..aminnnn

ras adiba radzi kahwinras adiba radzi kahwinras adiba radzi kahwinras adiba radzi kahwinras adiba radzi kahwinras adiba radzi kahwinras adiba radzi kahwin

Forum Cari dan OhArtis.

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Fasha Sandha sambut birthday dengan jejai

Posted: 30 Jul 2013 07:07 PM PDT

fasha sandha jejaifasha sandha jejaifasha sandha jejaifasha sandha jejai

Fasha Sandha baru-baru ini menyambut sambutan kelahiran suami tersayang, Jejai. Lihat kemesraan mereka berdua ditambah lagi dengan kelahiran cahayamata baru-baru ini. Admin doakan mereka berbahagia ke hujung hayat..amin

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

RotiKaya

RotiKaya


Astro On-The-Go Tambah Tiga Saluran Popular: HBO, One HD & WWE

Posted: 30 Jul 2013 04:48 PM PDT

Untuk kami orang sibuk dan tiada masa untuk duduk menonton televisyen seperti orang lain, Astro On-The-Go memang penyelesaian terbaik untuk menikmati hiburan pada bila bila masa, di mana sahaja.

Dan sekarang ini pula, Astro On-The-Go menawarkan tiga lagi saluran tambahan untuk dinikmati oleh semua pelanggan iaitu HBO, ONE HD dan WWE — menjadikan 22 saluran yang ditawarkan hingga kini.

Kami sebagai peminat tegar drama bersiri popular Game of Thrones dan juga The Newsroom sangat teruja dengan berita ini kerana kini kita semua boleh menonton episod terbaru walaupun berada dalam LRT.

HBO menerusi Astro On-The-Go juga menawarkan pelbagai siri televisyen popular lain seperti Veep & Boardwalk Empire dan semua ini boleh diakses oleh pelanggan Movie Pack & pelanggan Astro-On-The-Go sendiri.

Berikut merupakan trailer untuk musim terbaru Game of Thrones yang kini boleh anda akses di mana mana sahaja & bila bila masa menerusi Astro On-The-Go — di peranti iOS & peranti Android terpilih.

Berita gembira juga buat peminat dunia hiburan Korea Selatan apabila saluran ONE HD kini boleh ditonton menerusi Astro On-The-Go dan lebih menarik saluran program hebat ini kini boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia — tidak kira sama ada pelanggan Astro atau tidak.

Melalui tawaran baru ini, pastinya anda peminat drama Korea boleh menonton drama bersiri popular seperti The Great Seer, Full House Take 2 dan Jang Ok Jung menerusi komputer anda, telefon bimbit & peranti mudah alih yang anda miliki bila bila masa.

#01 Astro On-The-Go Perkenal Tiga Saluran Baru - ROTIKAYA

Mahukan aksi? Saluran untuk program gusti popular, WWE kini ada ditawarkan bersama Astro On-The-Go dan anda boleh menonton 50 Greatest Finishing Moves in WWE History (2013) yang pastinya menawarkan aksi gusti terbaik & juga memilih pertarungan hebat terdahulu menerusi koleksi The Best PPV Matches of the Year.

Daftar dengan Astro On-The-Go hari ini untuk menikmati tawaran di atas dengan segera. Televisyen kini boleh anda bawa bersama ke mana sahaja anda pergi dengan Astro On-The-Go. Maklumat lanjut tentang program dan cara langganan, layari laman rasmi Astro On-The-Go.

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.390)

Posted: 30 Jul 2013 09:57 AM PDT

VIDEO HARI INI: Buat peminat siri televisyen epik ini jika tidak berdebar jantung menonton trailer musim terbaru Breaking Bad, anda memang tidak layak bergelar peminat. Heh. Kembali 11 Ogos ini.

Bersempena perkahwinan Barney & Robin, John Lithgow akan kembali untuk satu episod sebagai ayah kepada pengantin lelaki dalam musim ke-9 dan terakhir How I Met Your Mother. – EW

Lea Michele akhirnya bersuara selepas senyap sejak kematian teman lelakinya, Cory Monteith dengan berkata lelaki itu akan selamanya berada di hati beliau. Aww. – Just Jared

Kisah terbaru dari parti sambutan hari lahir Selena Gomez mengatakan penyanyi itu menangis dan terkejut ketika Justin Bieber hadir sendiri bersama sekuntum bunga ros di tangan. – People

Berita baik buat kumpulan SHINee kerana Minho akan kembali ke kaca televisyen selepas telah bersetuju untuk terlibat dengan satu projek drama bersiri Medical Top Team. – Soompi

Selepas Robert Downey Jr., Forbes kini menobatkan pula Angelina Jolie sebagai aktress yang menerima bayaran paling tinggi sepanjang setahun lalu dengan jumlah pendapatan US$33 juta. – Reuters

Tiz Zaqyah Bakal Berhari Raya Di Rumah Kekasih?

Posted: 29 Jul 2013 07:55 PM PDT

Kisah cinta mereka menjadi perhatian ramai apatah lagi si aktress ini di’katakan kembali ligat & aktif bersosial selepas bersama dengan kekasih sekarang ini. Setiap perkembangan harus peminat ikuti ‘kan?

Bertemu pelakon Tiz Zaqyah bersempena dengan majlis pelancaran drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita di Lot 10, kelmarin telah memberitahu bahawa dia dan kekasihnya akan bergilir beraya di rumah masing-masing.

“Raya pada tahun ini saya dan kekasih akan bersama-sama mengunjungi rumah masing-masing. Seperti sedia maklum saya dan kekasih sebenarnya sudah saling lama mengenali cuma kami belum ada jodoh ketika itu, dan sekarang barulah dapat kami bersama-sama,” katanya.

Ditanya juga mengenai perancangan untuk ke fasa seterusnya dalam perhubungan mereka dan Tiz terus mengatakan bahawa biarlah jodoh dan ketentuan Illahi dalam menentukan hala tuju perhubungannya.

“Setakat ini saya masih tidak mempunyai sebarang perancangan mengenai hubungan kami ini, saya serahkan segala-galanya pada Allah S.W.T.

“InsyaAllah sekiranya saya ingin ke fasa seterusnya dalam perhubungan kami saya akan memberitahu kepada semua peminat-peminat saya dan juga anda rakan-rakan media,” ujarnya ringkas.

ROTIKAYA_208 Tiz Zaqyah Bakal Beraya DI Rumah Kekasih - ROTIKAYA ROTIKAYA_209 Tiz Zaqyah Bakal Beraya DI Rumah Kekasih - ROTIKAYA ROTIKAYA_210 Tiz Zaqyah Bakal Beraya DI Rumah Kekasih - ROTIKAYA ROTIKAYA_211 Tiz Zaqyah Bakal Beraya DI Rumah Kekasih - ROTIKAYA ROTIKAYA_212 Tiz Zaqyah Bakal Beraya DI Rumah Kekasih - ROTIKAYA ROTIKAYA_213 Tiz Zaqyah Bakal Beraya DI Rumah Kekasih - ROTIKAYA ROTIKAYA_214 Tiz Zaqyah Bakal Beraya DI Rumah Kekasih - ROTIKAYA ROTIKAYA_215 Tiz Zaqyah Bakal Beraya DI Rumah Kekasih - ROTIKAYA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...