Buzzera

Buzzera


Emma Maembong terkejut disaman Wire Fame Entertainment (WFE)

Posted: 31 May 2014 08:57 AM PDT

Emma Maembong terkejut disaman Wire Fame Entertainment (WFE) Dulu, We're Sisters, sekarang nak saman pula -  Emma Maembong "Ya, saya ada terbaca laporan akhbar mengenai syarikat pengurusan Wire...

Read more: http://www.buzzera.net

Sinopsis teater Dia Panggil Abang

Posted: 31 May 2014 08:16 AM PDT

Sinopsis Teater Dia Panggil Abang Dia Panggil Abang mengisahkan Mustar, seorang lelaki separuh abad yang sudah berkahwin sebanyak enam kali serta sudah mengalami dan melalui pelbagai kerenah...

Read more: http://www.buzzera.net

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Akadami Fantasia Bakal 2014 Bakal Bermula?

Posted: 31 May 2014 03:56 PM PDT

Pada hari ini, genaplah 18 tahun Astro menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia. Pastinya, sebagai sebuah stesen TV berbayar tentu sekali banyak memori indah terakam serta pelbagai kejayaan dicipta dalam tempoh hampir dua dekad ini. Budiey ucapkan syabas buat Astro! Apa yang Budiey dapat berita, pada tahun ini, sekali lagi [...lagi...]

The post Akadami Fantasia Bakal 2014 Bakal Bermula? appeared first on Sensasi Selebriti.

Apa Ada Pada Pesawat Eksklusif Taylor Swift?

Posted: 31 May 2014 03:36 PM PDT

Untungnya menjadi selebriti apabila segala produk mahukan penampilan dan penjenamaan seiring dengan imej selebriti. Tidak hairan segala barang dan produk yang terkenal menggunakan selebriti sebagai pelaris. Dari produk penjagaan diri, pemakanan kesihatan sehinggalah kepada penerbangan, selebriti tidak terlepas digunakan untuk menarik perhatian masyarakat. Terbaru, AirAsia memperkenalkan pesawat eksklusif yang menampilkan [...lagi...]

The post Apa Ada Pada Pesawat Eksklusif Taylor Swift? appeared first on Sensasi Selebriti.

Filem KIL Ditayang di Fantasaspoa 2014

Posted: 30 May 2014 04:37 PM PDT

Filem KIL telah menerima tayangan perdana di Amerika Latin melalui penyertaannya di Festival Filem Fantastic Antarabangsa Porto Alegre 2014 (Fantasaspoa 2014) yang berlangsung pada 15 dan 17 Mei lalu. Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB),Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, filem kolaborasi syarikat itu dan Flux Visual Lab tersebut mewakili [...lagi...]

The post Filem KIL Ditayang di Fantasaspoa 2014 appeared first on Sensasi Selebriti.

Apa Itu Pelan Pascabayar MaxisONE?

Posted: 30 May 2014 07:46 AM PDT

Sebenarnya, jumlah panggilan yang dibuat atau bilangan SMS yang dihantar adalah suata perkara lama, memandangkan penggunaan internet yang semakin popular. Sekarang adalah masanya untuk kita bebas berhubung dan berkomunikasi, seperti mana yang kita ingini. Hari ini menandakan satu pencapaian penting bagi Maxis di mana ia melancarkan pelan pascabayar yang baru [...lagi...]

The post Apa Itu Pelan Pascabayar MaxisONE? appeared first on Sensasi Selebriti.

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Peraduan Tayangan Premiere How to Train Your Dragon 2

Posted: 30 May 2014 09:05 PM PDT

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!  Anda mahu menghadiri Tayangan Premiere How to Train Your Dragon 2 - Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem animasi yang [...lagi...]

The post Peraduan Tayangan Premiere How to Train Your Dragon 2 appeared first on Sensasi Selebriti.

Peraduan Tayangan Premiere Filem BLENDED – Budiey.com

Posted: 30 May 2014 08:45 PM PDT

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!  Anda mahu menghadiri Tayangan Premiere BLENDED - Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem komedi yang menggelikan hati. Pecah perut satu [...lagi...]

The post Peraduan Tayangan Premiere Filem BLENDED – Budiey.com appeared first on Sensasi Selebriti.

Petronas Kongsi Kekayaan Budaya Warisan Kaamatan & Gawai

Posted: 29 May 2014 08:37 PM PDT

Pada 19 Mei yang lalu, Budiey telah dijemput untuk menghadiri Sidang Media Pelancaran Tayangan Filem Web Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak di GALERI PETRONAS, KLCC. Budiey sangat teruja kerana dapat menjadi antara yang pertama menonton filem web ini. Untuk info pembaca, Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak merupakan dua perayaan penting [...lagi...]

The post Petronas Kongsi Kekayaan Budaya Warisan Kaamatan & Gawai appeared first on Sensasi Selebriti.

Aiman Hakim Ridza Jadi Duta Produk Garnier Men

Posted: 29 May 2014 06:03 PM PDT

Tahniah Budiey ucapkan buat Aiman Hakim Ridza yang telah dilantik menjadi duta terbaru produk Garnier Men. Sebuah jenama No.1 terlaris* dalam penjagaan kulit lelaki, ini membuktikan bahawa Garnier Men memahami keperluan penjagaan kulit lelaki Malaysia dan ia menjadikan jenama tersebut menerajui kedudukan pasaran hari ini. Ia dinyatakan oleh Christina Low, [...lagi...]

The post Aiman Hakim Ridza Jadi Duta Produk Garnier Men appeared first on Sensasi Selebriti.

Rizman Ruzaini Lancar Koleksi Raya Highness Eidulfitr

Posted: 29 May 2014 05:40 PM PDT

Menyambung kesinambungan dari koleksi perkahwinannya ; Highness – pasangan pereka tempatan RizmanRuzaini mempersembahkan koleksi hari raya mereka, Highness : Eidulfitri sewaktu perasmian butik barunya di Midfields, Sungai Besi di hadiri oleh selebriti terkenal tanahair, pelanggan-pelanggan VIP dan juga rakan rakan media. Mengambil inspirasi dari era Byzantine dan Baroque yang mengetengahkan [...lagi...]

The post Rizman Ruzaini Lancar Koleksi Raya Highness Eidulfitr appeared first on Sensasi Selebriti.

Temui Pelakon Oh My English di Fun Escapade

Posted: 29 May 2014 08:07 AM PDT

Berita baik buat para peminat siri Oh My English kerana mereka berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama para pelakon siri ini dalam sebuah program jerayawara cuti sekolah istimewa anjuran Astro iaitu Fun Escapade yang bermula dari 30 Mei hingga 8 Jun 2014, dari jam 10 pagi hingga 10 malam bertempat [...lagi...]

The post Temui Pelakon Oh My English di Fun Escapade appeared first on Sensasi Selebriti.

Karnival Jom Heboh Di Putrajaya Meriah

Posted: 29 May 2014 06:17 AM PDT

Hujan yang turun pada hujung minggu lalu ternyata tidak mematahkan semangat para pengunjung ke acara padang terbesar TV3 apabila seramai lebih kurang 350,000 pengunjung membanjiri Karnival Jom Heboh 2014 di lokasi pertamanya di Presint 3, Putrajaya sepanjang dua hari karnival itu berlangsung (24&25 Mei). Lebih istimewa, karnival itu menyaksikan Menteri [...lagi...]

The post Karnival Jom Heboh Di Putrajaya Meriah appeared first on Sensasi Selebriti.

Kemuncak Program Jerayawara Rio To Malaysia Happening

Posted: 28 May 2014 08:32 PM PDT

Program jerayawara "Rio To Malaysia" melabuhkan tirainya dengan acara penutupan berlangsung di Felda Mempaga, Pahang pada 25 Mei lalu. Ternyata kehadiran orang ramai memeriahkan lokasi berlangsungnya karnival ini dilihat sebagai kayu pengukur kejayaan kepada penganjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam usaha menyemarakkan sambutan Piala Dunia 2014, 12 Jun depan. Hujan [...lagi...]

The post Kemuncak Program Jerayawara Rio To Malaysia Happening appeared first on Sensasi Selebriti.

Celebrating Batman’s 75th Anniversary

Posted: 28 May 2014 12:59 AM PDT

With the mid-year school break swooping in, parents and children eagerly look forward to spending quality family time. Shopping malls are a favourite destination for families during the school holiday season and Pavilion Kuala Lumpur is ready to thrill families by celebrating Batman's 75th anniversary held from 28th May to [...lagi...]

The post Celebrating Batman's 75th Anniversary appeared first on Sensasi Selebriti.

RotiKaya

RotiKaya


Suami Erma Fatima, Bade Sah Kahwin Lagi?

Posted: 30 May 2014 05:07 AM PDT

Utusan Malaysia hari ini tampil dengan satu laporan menarik yang mengatakan pengarah filem terkenal, Badaruddin Azmi atau lebih dikenali dengan Bade dikatakan berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita muda baru baru ini.

Majlis meraikan pernikahan baru suami kepada Erma Fatima & seorang wanita muda berusia awal 30′an bernama Aida Abdul itu telah berlangsung di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu & turut dihadiri beberapa artis terkenal termasuk Rosyam Nor.

Wartawan Utusan Malaysia dalam laporan itu juga mendakwa mereka telah menerima gambar sekitar majlis perkahwinan tersebut walaupun usaha untuk mendapatkan pengesahan dari Bade mahu pun Erma Fatima sendiri menemui jalan buntu.

“Bade dan isterinya difahamkan telah bernikah sekitar dua bulan lalu di negara jiran. Wanita berkenaan juga merupakan orang yang terlibat dalam bidang penerbitan drama dan filem dan kini membantu produksi Bade sendiri,” jelas sumber.

Erma Fatima kini berada di Sepanyol untuk menjalani penggambaran karya terbarunya. (rtky/m)

Curi Duit Jejai: Dua Pembantu Rumah Fasha Sandha Kena Hukuman Penjara

Posted: 30 May 2014 12:41 AM PDT

Kami sendiri tidak pasti sama ada kisah ini boleh masuk dalam ruangan hiburan atau tidak tetapi jika ianya terjadi di Hollywood liputan dari media hiburan pastinya ada. Kot.

Dua pembantu rumah pelakon Fasha Sandha dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana mencuri wang suaminya, Rizal Ashram di kediaman mereka di Duta Suria, Ampang sekitar 9.45 malam pada 12 Mac lalu.

Nilawati dan Sri Maniami masing-masing berasal dari Indonesia mengaku bersalah mencuri wang tunai dalam bentuk Ringgit Malaysia dan Rupiah Indonesia di rumah majikannya itu.

Fakta kes menyebut pada hari kejadian, Rizal diberitahu pembantu peribadinya bahawa jirannya menyedari rumahnya ditinggal tidak berkunci dan kedua-dua pembantu rumahnya telah hilang.

Ketika ditahan polis menemui wang tunai RM200 pada kedua-duanya pembantu rumah itu.

Kedua dua mereka yang tidak diwakili peguam itu merayu agar hukuman diringankan & berkata wang itu diambil untuk pulang ke kampung bagi menyambut Ramadan bersama keluarga.

Majistret Zulyana Zollkapli menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kepada kedua-duanya.

koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

koleksi gambar artis malaysia dan indonesia

Link to Koleksi Gambar Artis Malaysia

Kejelitaan Emma Maembong

Posted: 29 May 2014 07:16 PM PDT






Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

RotiKaya

RotiKaya


Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta

Posted: 29 May 2014 05:26 PM PDT

Sebelum ini pelakon berdarah campuran, Cristina Suzanne pernah dilanda kontroversi apabila hajatnya untuk berkahwin tidak kesampaian apabila retak di pertengahan jalan.

Membawakan watak sebagai setiausaha dalam filem terbaru CEO nyata tidak mengecewakan. Menceritakan soal hati, dengan jawapan yang bersahaja dia ingin meneruskan kehidupannya kini dan menganggap pengalaman lepas sebagai satu diari kehidupannya.

“Sekarang ini saya banyak membuat kerja sendiri dan tidak lagi bergantung kepada sesiapa dan saya rasakan ini adalah yang terbaik kerana saya lebih berdikari dan sangat suka dengan apa yang saya lalui sekarang ini. Saya ambil semuanya sebagai jalan yang positif untuk meneruskan hidup”

Dia juga menjelaskan bahawa hubungannya dan bekas tunangannya tiada masalah dan mereka kini sebagai kawan biasa dan keluarganya memahami dengan apa yang telah berlaku sebelum ini.

“Saya dan dia sebagai kawan biasa. Kami tidak mempunyai masalah cuma kalau nak rapat seperti dahulu tidak mungkin. Kalau saya balik ke kampung pun tidak ada masalah keluarga memahami lebih-lebih lagi ibu saya. Saya tak nafikan umur saya sudah 29 tahun dan sepatutnya sudah layak untuk berkahwin tetapi perlu lebih berhati-hati. Selepas ini saya lebih bebas untuk memilih selepas apa yang telah berlaku,” katanya sambil tersenyum.

Cristina Suzanne bersama-sama Remy Ishak dan Beto Kushairy akan menjadi teraju utama dalam filem terbaru mereka berjudul CEO yang akan menemui peminat pada 12 Jun ini. (rtky/hfz)

#65 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA #70 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA #69 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA #66 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA #61 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA #67 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA #63 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA #68 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA #64 Cristina Suzanne Lebih Berhati Hati Soal Cinta Selepas Pengalaman Pahit - ROTIKAYA

Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah

Posted: 29 May 2014 05:05 PM PDT

Walaupun sudah enam hari Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 berlalu, namun acara berprestij itu masih menjadi bualan hangat ramai. Termasuklah nasib pelawak dan pelakon Zizan Razak yang pulang tangan tangan kosong.

Ya, kekalahan Zizan sangatlah mengejutkan ramai peminat kerana dari awal lagi dia antara salah seorang artis yang diramal akan menang besar pada malam tersebut. Bukan rezeki Zizan tahun ini – itu yang kami dapat ungkapkan. Tak mengapa, tahun depan ABPBH ‘kan ada lagi.

Namun timbul cakap-cakap belakang mendakwa antara punca kekalahan Zizan itu ialah kerana kekasihnya, Emma Maembong. Ini disebabkan tidak semua peminat menyambut baik keterbukaan pasangan ini mengaku yang mereka bercinta. Malahan ada yang mengatakan Emma lah penyebab populariti Zizan semakin merundum. Kasihan Emma…

“Saya tak boleh nak komen banyak tetang hal itu. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Jangan lah tunding jari kepada orang lain. Mungkin anugerah itu bukan rezeki dia kali ini,” kata Emma Maembong tenang.

Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail Maembong ini ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Per’l bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, semalam.

Menganggap dakwaan tersebut sebagai lumrah, kata Emma dia lebih senang bersikap positif. Meskipun begitu, gadis kacukan Melayu-Scotland ini sedar ada sebilangan peinat Zizan yang kurang senang akan hubungan cintanya dengan jejaka kelahiran Terengganu itu.

Susah Berlakon Dengan Zizan Razak

“Saya tak buat apa-apa pun orang tetap mengata saya. Jadi biarlah orang nak kata apa pun, saya positif. Saya tahu ada juga yang tidak suka hubungan kami. Soal jodoh ni semua ditangan Tuhan. Saya harap peminat-peminat boleh doakan yang terbaik buat kami,” katanya.

Menyentuh mengenai kerjaya pelakon ini pula, Emma Membong baru selesai menjalani penggambaran telemovie berjudul Hantu Selfie arahan Michael Ng. Dalam drama tersebut Emma bergandingan sekali lagi dengan kekasihnya, Zizan Razak.

“Susah juga berlakon dengan dia (Zizan). Bukan sebab dia kekasih saya tapi sebab dia kan raja lawak, jadi bila camera on, ada saja lawak spontan yang akan dibuat menyebabkan kadang-kadang saya susah nak balas semula. Saya cuba juga melawak tapi tak jadi. Di situ saya kalah. Tapi kalau bab sedih, perlu menangis, saya tiada masalah. Dia pula yang kalah kat situ,” katanya yang merupakan kali kedua berlakon bersama Zizan.

Sebelum itu mereka berdua digandingkan dalam filem arahan Mamat Khalid berjudul Ucop Wilcha melawan Warewolf yang dijangka ditayangkan penghujung tahun ini. Sementara Hantu Selfie akan ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti. (rtky/fr)

#52 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA #53 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA #54 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA #55 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA #56 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA #57 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA #58 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA #59 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA #60 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA

Lelaki Semakin Berani Dekati Waheeda Selepas Berpurdah

Posted: 29 May 2014 09:11 AM PDT

Lama juga tidak mendengar khabar Waheeda Abdul Wahab, penyanyi yang sikit masa dulu cukup popular dengan lagu Wassini ini. Sejak mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pendakwah bebas, Ustaz Akhil Hayy, dia memilih untuk bersara daripada dunia hiburan.

Baru-baru ini kami berkesempatan bertemu pelakon Anak Mami The Movie ini sewaktu di majlis pelancaran single terbaru suaminya yang berjudul Andai Esok.

Berkongsi mengenai perkembangan diri dan kehidupannya kini sebagai suri rumah tangga, Waheeda berkata sejak tidak lagi aktif menyanyi, masanya banyak diluangkan bersama keluarga dan kelas agama. Selain itu dia juga sibuk menguruskan perniagaan online-nya.

“Alhamdulillah, hidup seperti biasa. Sejak berkahwin dan berhenti menyanyi, saya lagi ada banyak dapat masa dengan suai dan keluarga. Boleh dikatakan hampir setiap minggu kami sekeluarga akan berkumpul bersama adik beradik dan ibu saya akan buat makan-makan”

“Kalau rutin biasa, saya ada kuliahh dan mengaji Al-Quran bersama beberapa rakan. Saya juga buat bisnes kecil-kecilan menerusi online antara seperti abaya dan produk kecantikan”, kata Waheeda memulakan perbualan.

Tambahnya, meskipun bukan lagi bergelar artis, namun dia tetap dikenali oleh orang ramai. Namun satu hal yang membuatkan dia berasa khuatir dan kurang seang ialah sejak tampil dengan imej berpurdah, dia semakin didekati oleh lelaki-lelaki.

Semakin Didekati Lelaki Semenjak Berpurdah

“Seperkara yang saya belajar sejak tak aktif lagi ni, sekarang ni saya baru kenal dunia dan masyarakat yang diluar industri. Walaupun saya sudah berpurda, orang masih kenal saya. Tak kiralah sama ada saya keluar bersama suami atau seorang, ramai juga yang menegur saya. Saya tak kisah kalau mereka tegur biasa-biasa. Cuma, sebelum ini saya pernah dua kali lalui insiden diganggu oleh lelaki-lelaki yang saya tidak kenali”

“Salah satu insiden itu, ketika saya keluar bersama ibu, arwah ayah dan adik saya. Ada sekumpulan lelaki yang tiba-tiba muncul entah dari mana, mereka memanggil-manggil nama saya dan mengekori saya. Saya anggap mereka tidak hormat saya sebagai isteri orang. Apatahlagi dengan penampilan saya yang sekarang ini. Orang kata kalau berhijab lagi lah nak kena jaga serba serbi. Saya tak selesa bila ada gangguan-gangguan macam itu”, luahnya.

Begitupun dia tidak menyalahkan 100% individu-individu yang bersikap sebegitu. Sebaliknya gangguan sebegitu membuatkan dia lebih berhati-hati terutama semasa berada di luar rumah.

“Saya tak salahkan mereka dan saya masih boleh berdepan dengan golongan sebegini. Saya juga ada menceritakan hal ini pada suami. Sudah tentu, bila dia mendengar, dia berasa marah. Tapi selagi perbuatan mereka itu tidak sampai terlalu melampaui batas dan selagi saya boleh elak, saya elak demi menjaga maruah dan nama baik suami saya”, katanya.

Dalam perkembangan lain, Waheeda ada menghasilkan dua buah lagu berjudul ‘Ighfir Zunubih’ dan ‘Subhanaq’ dan akan dimuatkan di dalam album suaminya, Ustaz Akhil Hayy. (rtky/fr)

Hari Ini Dalam Hiburan (N.559)

Posted: 29 May 2014 09:05 AM PDT

VIDEO HARI INI: Jika semalam kita merasa tua dengan melihat teknologi zaman 70′an, mari lihat masa hadapan kita di mana kereta akan mampu memandu sendiri dan kita tidak perlu risau akan kesesakan lalu lintas mahu pun kemalangan.

Bintang Hollywood, Brad Pitt dilaporkan telah ditumbuk secara tiba tiba oleh seorang lelaki warganegara Ukraine bernama Vitalii Sediuk ketika tayangan perdana filem Maleficent dan pelakon itu sempat membalas balik sebelum polis campur tangan. – Just Jared

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling menetapkan 8 September depan bagi membuat keputusan terhadap bantahan awal berhubung nusyuz yang difailkan oleh Mohd Edy Casmadi Che Hussin terhadap isterinya pelakon Sari Yanti sebelum ini. – mStar Online

Pelakon popular menerusi siri TV True Blood, Evan Rachel Wood telah mengambil kata putus untuk berpisah dengan suaminya Jamie Bell hanya selepas dua tahun berkahwin dan pasangan ini mempunyai seorang anak berumur 10 bulan. – Daily Mail UK

Status popular bukan lesen untuk tidak turun mempromosikan filem (perhatian kepada selebriti Malaysia), Tom Cruise baru baru ini telah terbang ke tiga buah negara dalam tempoh 24 jam untuk menghadiri tayangan perdana filem terbarunya Edge of Tomorrow. – People

Bakal kembali dengan album solo sejak kali terakhir empat tahun lalu, Taeyang (Big Bang) baru baru ini mendedahkan senarai lagu yang akan terkandung dalam album berjudul RISE itu dan akan ke pasaran secara digital 2 Jun ini. – Soompi

Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun

Posted: 28 May 2014 08:01 PM PDT

Suami kepada Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar dilaporkan telah melafazkan cerai sebanyak dua kali terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada pihak mahkamah, menurut laporan awal mStar Online.

Abby Abadi juga mendedahkan kepada mahkamah hari ini yang suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Dalam kenyataan kepada mahkamah hari ini juga, Abby Abadi mendedahkan yang beliau telah menerima SMS berbunyi “Aku ceraikan kau” dan diikuti pula “Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku” pada 9 Mei lalu.

SMS yang diterima sekitar jam 10.30 pagi itu diterima selepas mereka bertengkar pada malam sebelumnya yang turut menyebabkan Farhan tidak pulang ke rumah pada malam tersebut.

#36 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #37 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #38 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #39 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #40 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #41 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #42 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #43 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #44 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #45 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #46 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #47 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #48 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #49 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #50 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA #51 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun - ROTIKAYA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...