Buzzera

Buzzera


Pemenang Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 (AIFFA)

Posted: 31 Mar 2013 10:04 PM PDT

Filem Songlap dan Instanbul Aku Datang masing-masing menerima Anugerah Filem Aksi Terbaik dan Drama Terbaik dalam Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 (AIFFA) yang berlangsung di Pusat...

Read more: http://www.buzzera.net

Sinopsis drama Sebenarnya Saya Isteri Dia lakonan Izzue dan Tiz

Posted: 31 Mar 2013 10:01 PM PDT

Sinopsis Sebenarnya Saya Isteri Dia Sebenarnya Saya Isteri Dia! menghidupkan gelagat pasangan muda yang tidak sekepala selepas dipaksa kahwin. Izzue yang memegang watak Firash, seorang pelajar...

Read more: http://www.buzzera.net

OST Lagu Tema Saya Sebenarnya Isteri Dia

Posted: 31 Mar 2013 09:52 PM PDT

Lirik Kita -  Fourteen (OST Sebenarnya Saya Isteri Dia) Kau renunglah wajahmu Dimanakah hilangnya raut seperti dulu bila dicemar air mata Ku tak mahu berpisah kerana hati masih sayang pada...

Read more: http://www.buzzera.net

Album The Beatles dilelong pada rm897 200

LOS ANGELES – Album Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band dari kumpulan The Beatles telah dijual pada harga AS$290,500 (RM897,200).
Sebuah laman sesawang majalah hiburan menyatakan bahawa album yang telah ditandatangani anggota The Beatles itu dibeli Sabtu lalu melalui lelongan Heritage Auctions oleh seorang pembeli dari Midwest yang merahsiakan namanya.
 
Dalam tanggapan awal pihak penerbit, album yang ditandatangani ahli kumpulan The Beatles sekitar Jun 1967 sewaktu album tersebut dipasarkan itu hanya dapat dijual pada harga AS$30,000 (RM92,660).
Seorang wartawan Hollywood memberitahu, album Meet the Beatles yang juga ditandatangani mereka sebelum ini telah berjaya dijual pada harga AS$150,000 (RM463,300).

RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.308)

Posted: 31 Mar 2013 05:42 AM PDT

VIDEO HARI INI: Kelahiran baby zaman sekarang pun dah ada teaser okay! Terbaru, bayi lelaki pertama pasangan Irma Hasmie dan juga Redza Syah Azmeer yang diberi nama Redza Syah Irfan yang lahir pada 29 Mac lalu. Ikuti teaser exclusive khas untuk peminat mereka yang dibuat khas oleh Awanstudiomalaysia.

Bayi kepada pelakon seksi, Megan Fox, Noah akhirnya ditemui bersama Brian yang ketika itu berjalan-jalan di sekitar NYC . Us Weekly

Walaupun sudah agak lama berada di dalam industri namun nama Amanda Imani seperti tidak pernah menyinar. Ada sahaja isu dan kontroversi yang mencalarkan nama penyanyi itu. Namun begitu, Amanda sendiri mengakui bahawa dia tidak kisah dan sudah lali dengan cemuhan yang diterima.  - Utusan Malaysia

Pelakon yang menerima Anugerah Oscar menerusi lakonan bermutunya di dalam filem Silver Lining Playbook, Jennifer Lawrence memberitahu bahawa dia amat berterima kasih kepada keluarga yang banyak mengajarnya untuk menjadi diri sendiri dan tidak mengejar kemewahan dan juga populariti sebagai artis. - E Online

Pelakon dan juga kaki kelab, Lindsay Lohan ditemui terduduk di bawah meja di sebuah kelab malam di Brazil. – E Online

Pelakon cantik Marsha Timothy masih menerima tawaran kerja meskipun sedang hamil anak pertama. Isteri pelakon Vino G Bastian yang kini hamil lima bulan itu belum mahu berehat malah dia tidak berhasrat untuk mengurangkan kegiatan seninya dalam waktu dekat ini. – Kosmo

 


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Gambar Selebriti di Karpet Merah AIFFA 2013

Posted: 30 Mar 2013 09:36 PM PDT

Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2013 yang berlangsung selama 3 hari iaitu dari 28 hingga 30 Mac dan pada malam tadi, adalah malam kemuncak di mana Malam Gala AIFFA 2013 berlangsung dengan meriah dan gemilang di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK), Sarawak. Sebelum masuk ke dalam dewan, semua selebriti dan jemputan berkumpul di luar dewan untuk acara karpet [...lagi...]

The post Gambar Selebriti di Karpet Merah AIFFA 2013 appeared first on Sensasi Selebriti.

Senarai Keputusan Pemenang AIFFA 2013

Posted: 30 Mar 2013 07:10 PM PDT

Malaysia Rangkul Empat Anugerah Pada AIFFA 2013 Budiey telah dijemput untuk menghadiri  Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2013 yang berlangsung selama 3 hari iaitu dari 28 hingga 30 Mac dan pada malam tadi, adalah malam kemuncak di mana Malam Gala AIFFA 2013 berlangsung dengan meriah dan gemilang di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK), Sarawak. Kepada penganjur AIFFA2013, terima kasih atas [...lagi...]

The post Senarai Keputusan Pemenang AIFFA 2013 appeared first on Sensasi Selebriti.

RotiKaya

RotiKaya


Tahniah: Nurul Wahab Kongsi Berita Kehamilan

Posted: 30 Mar 2013 01:14 AM PDT

Usia kandungan yang genap 3 bulan membuatkan penyanyi yang popular dengan lagu “Kerana Terluka” Nurul Wahab Depp berkongsi berita gembira itu di blog peribadinya.

Meskipun begitu teruja untuk bercerita mengenai berita tersebut namun disebabkan nasihat dan mengikut kata orang tua, Nurul tahankan juga dari memberitahu orang kecuali Ning Baizura yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

Menurut Nurul lagi, dia kini semakin gemar makan dan kebanyakkan menu makanannya adalah masakan melayu asli.

Antara makanan yang menjadi kegemarannya ialah Nasi Dagang, Pulut kuning dan juga Petai.

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Nurul dan suami :)


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Irma Hasmie, Ayu Raudhah Selamat lahirkan Bayi Lelaki

Posted: 30 Mar 2013 12:22 AM PDT

Berkongsi tarikh yang sama yang jatuh pada tanggal 29 Mac, kedua-dua aktres Irma Hasmie dan Ayu Raudhah selamat melahirkan bayi lelaki yang berbeza enam jam sahaja.

Berita tersebut diberitahu sendiri oleh suami mereka menerusi laman twitter.

Alhamdulillah… Irma sudah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.93 kilogram pada 8.51 pagi tadi (semalam)

Saya sangat teruja bergelar ayah dan berharap bayi kami akan baik dan taat kepada suruhan ALLAH,"  kata Redza, suami Irma Hasmie

Sementara itu, pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha turut meluahkan rasa gembira dengan kelahiran cahaya mata pertamanya bersama Ayu Raudhah.

"Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan putera sulung kami pada jam 2.17 petang tadi (Jumaat)," kata Zaquan.

anak lelaki ayu raudhah & zaquan irma hasmie selamat lahirkan bayi lelaki

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Atilia digelar Dato’ Sheila Majid di Indonesia

Posted: 30 Mar 2013 12:07 AM PDT

Semasa Majlis Pelancaran Butik Online 'Bajookoo' semalam, Atilia telah memberitahu kepada pihak media bahawa dia digelar sebagai 'Dato' Sheila Majid kedua selepas melancarkan album dan seterusnya membuat beberapa persembahan di sana.

“Alhamdulillah penerimaan peminat-peminat di sana terhadap muzik jazz ini amatlah menakjubkan dan saya sendiri tidak menyangkakan bahawa meraka amat menyukai lagu-lagu yang didendangkan saya seperti "Little Things' duet bersama dengan kumpulan Sore yang telah mendapat kedudukan tertinggi di carta-carta muzik Indonesia. ”

“Selain itu, saya sendiri juga digelar 'Dato Sheila Majid' yang kedua di sana selepas membuat persembahan di sana dan saya juga tidak menyangka bahawa saya turut diberikan komen yang positif di dada-dada akhbar tempatan di sana. Ini menunjukkan usaha saya berbaloi dan tidak menyangka hasilnya sebegini,” katanya.

Atilia juga turut bersama-sama dengan Daphne Iking dan juga Yasmin Hani dalam perkongsian mereka dalam melaksanakan perniagaan online fesyen dengan jenama mereka 'Bajookaa'.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Gambar Selebriti di Makan Malam Bersama Bintang AIFFA 2013

Posted: 29 Mar 2013 09:53 PM PDT

Jam 8 malam, 29 Mac 2013, Budiey berkesempatan untuk bersama bintang terkenal yang hadir di AIFFA 2013 makan malam di Basaga Holiday Residences. Acara makan malam santai ini turut dihadiri oleh pelakon Julia Ziegler, Sofea Jane, Tiara Jacquelina, Jericho Rosales, Radhi Khalid, Vanidah Imran dan ramai lagi yang terdiri daripada delegasi dari 6 buah negara yang menyertai AIFFA 2013. Selain [...lagi...]

The post Gambar Selebriti di Makan Malam Bersama Bintang AIFFA 2013 appeared first on Sensasi Selebriti.

Gambar Selebriti & Sekitar Seminar & Pameran AIFFA 2013

Posted: 29 Mar 2013 08:55 PM PDT

ada hari kedua penganjuran Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) berlangsungnya Seminar & Pameran AIFFA 2013 di Hotel Pullman, Kuching Sarawak selama dua hari iaitu 29-30 Mac. Majlis Perasmian berlangsung pada jam 9 pagi, 29 Mac 2013 dan seminar bermula dengan topik Introducing Team Hollywood yang menampilkan pengaran terkenal Brian L Tan yang diundang khas untuk memberi [...lagi...]

The post Gambar Selebriti & Sekitar Seminar & Pameran AIFFA 2013 appeared first on Sensasi Selebriti.

Gambar Datuk Seri Michelle Yeoh di AIFFA 2013

Posted: 29 Mar 2013 07:57 PM PDT

intang filem antarabangsa kelahiran Malaysia, Datuk Seri Michelle Yeoh berkata beliau mahu terus aktif dalam industri hiburan kerana minatnya yang begitu mendalam dalam bidang itu. Beliau secara berjenaka berkata dengan pelbagai kejayaan yang sudah dicapainya dalam industri, ia bukan petanda untuk beliau bersara. “Saya memperoleh banyak kejayaan seumur hidup, saya harap ia bukan berupa mesej ‘untuk pulang sekarang’, tetapi saya [...lagi...]

The post Gambar Datuk Seri Michelle Yeoh di AIFFA 2013 appeared first on Sensasi Selebriti.

AIFFA 2013 Short Film Competition Announcement

Posted: 28 Mar 2013 09:20 PM PDT

AIFFA 2013 Short Film Competition Announcement The Inaugural ASEAN International Film Festival & Awards (AIFFA) is holding a short film competition for all aspiring and professional filmmakers. Focusing on the uniqueness of ASEAN culture, the theme for the short film competition is "Naturally Beautiful ASEAN". The jury for the competition includes Viddsee, Kamil Haque and Steven Bernard. The Prizes: Category [...lagi...]

The post AIFFA 2013 Short Film Competition Announcement appeared first on Sensasi Selebriti.

Buzzera

Buzzera


Kempen Raikan Cinta TV3

Posted: 28 Mar 2013 11:49 PM PDT

Kempen Raikan Cinta TV3 Selain drama Kisah Cinta yang bakal mengisi slot Lestary bermula 9 April depan pada setiap Selasa jam 9 malam, kempen Raikan Cinta TV3 turut menghidangkan Sedetik Cinta,...

Read more: http://www.buzzera.net

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Peraduan Menangi Baju T Eksklusif Penyanyi Shae Limited Edition

Posted: 29 Mar 2013 11:48 AM PDT

Adakah anda salah seorang peminat SHAE? Sekiranya jawapan anda YA, sila buktikan kepada kami sejauh mana anda meminati penyanyi lagu 'Sayang' ini. Snapkan gambar anda yang paling kreatif dengan menginspirasikan fesyen yang digayakan oleh SHAE! 5 penyertaan yang paling mirip dengan SHAE akan memenangi T-shirt rasmi SHAE – THE FIRST edisi terhad! Bagaimana cara untuk menyertai peraduan ini? Sila ikuti [...lagi...]

The post Peraduan Menangi Baju T Eksklusif Penyanyi Shae Limited Edition appeared first on Sensasi Selebriti.

Senarai Penuh Pencalonan AIFFA 2013

Posted: 28 Mar 2013 09:08 PM PDT

Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) sedang berlangsung di Kuching Sarawak mulai 28 – 30 Mac 2013. Pelbagai aktiviti telah disusun selama 3 hari AIFFA berlangsung. Semalam telah berlangsung Movie Marathon (Movies In The Rainforest) di Sarawak Cultural Village di mana semua filem yang bertanding dan mendapat pencalonan ditayangkan kepada orang ramai. Serentak dengan itu juga semalam [...lagi...]

The post Senarai Penuh Pencalonan AIFFA 2013 appeared first on Sensasi Selebriti.

Gambar Sekitar Malam Pembukaan AIFFA 2013

Posted: 28 Mar 2013 08:00 PM PDT

Malam Pembukaan AIFFA 2013 telah pun berlangsung menyaksikan delegasi 6 buah negara yang terlibat telah hadir untuk meraikan Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) buat pertama kalinya diadakan di Kuching Sarawak. Memulakan acara berprestij ini dengan Movies In The Rainforest, AIFFA turut dimeriahkan dengan acara Majlis Pembukaan AIFFA di Dewan Lagenda, Perkampungan Kebudayaan Sarawak. Sebanyak 6 buah [...lagi...]

The post Gambar Sekitar Malam Pembukaan AIFFA 2013 appeared first on Sensasi Selebriti.

Gambar Nur Fazura di Malam Pembukaan AIFFA 2013

Posted: 28 Mar 2013 07:59 PM PDT

Malam Pembukaan AIFFA 2013 telah pun berlangsung menyaksikan delegasi 6 buah negara yang terlibat telah hadir untuk meraikan Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) buat pertama kalinya diadakan di Kuching Sarawak. Antara selebriti Malaysia yang menyertai delegasi negara di AIFFA 2013 ialah pelakon Nur Fazura, Sofea Jane, Tony Eusoff, Esma Daniel, Radhi Khalid, Pekin Ibrahim, Vanidah Imran, pengarah [...lagi...]

The post Gambar Nur Fazura di Malam Pembukaan AIFFA 2013 appeared first on Sensasi Selebriti.

Buzzera

Buzzera


Teater Kerongsang Puziah di Blackbox ASWARA

Posted: 28 Mar 2013 09:36 PM PDT

Teater Kerongsang Puziah mengisahkan masyarakat kampung yang mengalami konflik membabitkan hubungan cinta, politik dan skandal. Kerongsang Puziah dijayakan Nur Ezureen Mohd Yunus sebagai Buruk atau...

Read more: http://www.buzzera.net

Suami Aku Ustaz, buah tangan pertama Adi Putra

Posted: 28 Mar 2013 09:31 PM PDT

Percubaan pertama pelakon, Adi Putra mengarah dan menerbitkan filem sulungnya, Suami Aku Ustaz adalah langkah berani, sekali gus membuatkan peminat ternanti-nanti berikutan pelakon kelahiran...

Read more: http://www.buzzera.net

Sinopsis Adik Kami ( Cerekarama TV3 )

Posted: 27 Mar 2013 10:40 PM PDT

Sinopsis Adik Kami  Adik Kami mengisahkan Amirul yang kematian ibu dan bapanya. Dia terpaksa mengambil alih tanggungjawab menjaga adiknya iaitu Intan, Mala dan Mia. Keadaan makin mencabar apabila...

Read more: http://www.buzzera.net

Sinopsis Zombi Kilang Biskut

Posted: 27 Mar 2013 10:17 PM PDT

Sinopsis Zombi Kilang Biskut Zombi Kilang Biskut mengisahkan Husin yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai `supervisor' atau penyelia selepas...

Read more: http://www.buzzera.net

RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.307)

Posted: 28 Mar 2013 06:08 AM PDT

VIDEO HARI INI: Dia datang lagi.. Kali ini dengan lagu yang lebih mantap dari Rihanna, “Diamond”. Rasanya tidak perlu kita memaki hamun lelaki yang dikenali sebagai Bobo ini kerana sudah tertulis video yang ditayangkan itu adalah Parodi semata-mata. Terima kasih kerana membuatkan rakyat Malaysia terhibur dengan keletah anda . Ternyata tarian yang anda lakukan di dalam video ini bukan mudah untuk dilakukan oleh semua. Peace!

Pasangan bahagia Hollywood, Angelina Jolie dan juga Brad Pitt memberitahu mereka masih belum berkahwin dan khabar angin yang mengatakan mereka mengadakan majlis kahwin secara rahsia adalah tidak benar. – TMZ

Pengarah seni filem Star Wars Roger Christian berminat menjadikan Malaysia lokasi penggambaran bagi filem zombie terbarunya. – Sinar Harian

Begitu ramah artis Korea sorang ini, sebelum berangkat pulang, Siwon sempat menyalam peminat-peminat setianya yang menunggu di Airport siang tadi. – Malaysian Digest

Kumpulan Guns N’ Roses hiburkan lebih 10,000 peminat yang membanjiri Litar Antarabangsa Sepang. – Kosmo

Pelakon Emelda Rosmila mengakui menjadikan suaminya, aktor Adlin Aman Ramlee sebagai tempat rujukan dalam menghayati setiap watak yang ingin dilakonkannya. – mStar Online

 

 


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Sanjay Dutt serah diri

MUMBAI - Bintang Bollywood, Sanjay Dutt semalam menangis semasa dia mengumumkan tidak lagi mahu berjuang untuk mengelakkan dihukum penjara kerana didapati bersalah membeli sejumlah senjata api daripada gengster India.
Para penyokongnya sebelum ini mahu Dutt membuat rayuan selepas Mahkamah Tinggi India menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya pada minggu lalu kerana dia membeli senjata tersebut.
Dutt membeli senjata itu daripada kumpulan gengster yang terlibat dalam satu siri letupan bom pada tahun 1993 sehingga menyebabkan 257 orang mati.
 
Bagaimanapun, pada satu sidang akhbar di sini, Dutt yang disertai beberapa anggota keluarganya tidak dapat menahan titisan air matanya.
Dutt, 53, menyatakan, dia akan menerima takdir yang telah ditetapkan ke atas dirinya dan akan menyerah diri kepada pihak berkuasa penjara sebelum tarikh akhir penyerahan dirinya berakhir dalam tempoh tiga minggu lagi.
"Saya akan menyerah diri... mahkamah telah memberikan saya tempoh (untuk menyerahkan diri)," katanya kepada pemberita.
"Saya mahu memberitahu media dan penduduk di negara ini bahawa apabila saya tidak meminta diampunkan, tidak akan ada lagi perdebatan.
 
"Biarlah saya hidup dengan aman sehingga saya pergi... saya mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan," tambahnya.
Dia kemudian memeluk adiknya yang juga seorang ahli politik, Priya Dutt.
Dutt berharap akan menyelesaikan beberapa projek filemnya sebelum dia kembali ke penjara.
Aktor yang pernah membintangi filem Khalnayak itu sudah menjalani hukuman penjara selama 18 bulan berhubung kes itu.
Dia yang terkenal sebagai perusuh dalam siri televisyen Munnabhai kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan kes rayuannya itu.
 
Dutt akan menjalani baki hukuman itu selepas dia menyerah diri.
Pelakon itu sebelum ini menegaskan, dia membeli senjata api dengan tujuan untuk melindungi keluarganya dalam rusuhan agama pada tahun 1993 yang meletus ekoran Masjid Babri dimusnahkan.
Ibunya ialah seorang Muslim manakala bapanya merupakan penganut Hindu.
Beberapa penganalisis berkata, hukuman tersebut bakal memberi tamparan hebat kepada industri hiburan India kerana beberapa projek filem lakonannya mungkin akan ditangguhkan.

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Mojo Terima Anugerah di Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013

Posted: 27 Mar 2013 09:39 AM PDT

MOJO MENYINAR DI HKAMF 2013 MOJO telah menempa nama untuk dirinya dalam pasaran Asia melalui pencapaian mereka di edisi ketiga majlis Hong Kong Asian-Pop Music Festival (HKAMF 2013), yang telah diadakan baru-baru ini pada hari Jumaat, 22 Mac 2013 bertempat di Hong Kong Convention dan Exhibition Centre (HKCEC). Tema bagi festival tahun ketiga ini adalah “Muzik dalam Satu Asia”. Festival [...lagi...]

The post Mojo Terima Anugerah di Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013 appeared first on Sensasi Selebriti.

Telemovie Diari Kampus Biru Lakonan Tomok & Fita Angela

Posted: 27 Mar 2013 09:26 AM PDT

Telemovie "Diari Kampus Biru" Temukan Tomok Dengan Heroin Indonesia, Fita Angela Di TVi Optimis dengan prospek bidang lakonan yang mula diceburinya tanpa mengetepikan kerjaya utamanya sebagai penyanyi, meletakkan penyanyi terkenal Tomok menerima tawaran bergandingan dengan heroin cantik Indonesia bernama Fita Angela. Nyata ada sentuhan kelainan yang cuba dibawakan dalam drama bertajuk "Diari Kampus Biru" bakal menemui penonton TVi (Saluran 180 [...lagi...]

The post Telemovie Diari Kampus Biru Lakonan Tomok & Fita Angela appeared first on Sensasi Selebriti.

Alvin Anthons Lancar Muzik Video Lagu Sally

Posted: 27 Mar 2013 09:05 AM PDT

BILA ALVIN BERTEMU SALLY 'Sally' merupakan single kedua yang bakal dipromosikan oleh Alvin Anthons. Ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Ajai, 'Sally' juga bakal dimuatkan dalam album mini oleh Alvin Anthons yang bakal berada di pasaran April ini. Setelah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan menerusi single pertamanya yang berjudul 'Berdua', Alvin kembali mengorak langkah merangka promosi bagi single 'Sally' ini. Kali [...lagi...]

The post Alvin Anthons Lancar Muzik Video Lagu Sally appeared first on Sensasi Selebriti.

Rita Rudani - SAYA BEBAS BERLAKON DGN SAPA2

NAMA aktres jelita Rita Rudaini nampaknya semakin hangat. Selain sibuk naik turun mahkamah kerana masalah rumah tangganya bersama suami, Aidil Zafuan Abd. Radzak yang masih belum menemui titik noktahnya, timbul pula isu bahawa suaminya itu pernah melarangnya berlakon dengan aktor kelahiran Singapura.
 
Banyak spekulasi timbul biarpun selepas dua aktor kelahiran Singapura, Adi Putra dan Aaron Aziz memberi komen masing-masing berhubung isu tersebut.
Sebelum ini Rita pernah berlakon dalam filem Balistik dan drama Sehangat Asmara bersama Adi Putra, selain bergandingan dengan Aaron Aziz menerusi drama Rahsia Hati.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu itu, ikuti temu bual Kosmo! bersama Rita baru-baru ini.
Kosmo!: Bagaimanakah isu Aidil melarang Rita berlakon dengan aktor Singapura ini boleh timbul?
RITA: Sebenarnya isu yang dibangkitkan ini merupakan isu lama bermula awal tahun lalu sebelum rumah tangga saya bergolak lagi. Ketika itu wartawan ada bertanya kepada saya kenapa kurang berlakon dan saya jawab untuk tumpu perhatian pada keluarga. Saya berlakon jika suami izinkan sahaja dan tidak akan berlakon dengan pelakon lelaki yang tidak diizinkan suami.
 
Jika isu lama kenapa boleh timbul kembali?
Cerita ini ada keluar dalam sebuah blog, kemudian sebuah lagi blog menggunakan artikel yang sama tetapi menambah perasa dan putar belit cerita untuk melariskan blognya. Orang yang baca ingat isu itu berlaku sekarang sedangkan isu itu sudah lama, itu yang menyebabkan saya marah. Jika ingin melariskan blog masing-masing janganlah buat dosa, kalau mahu tahu kisah sebenar teruslah tanya pada saya.
 
Adakah anda ada baca komen peminat berhubung isu ini?
Ya, saya ada baca komen orang luar mengenai isu ini di internet. Apa yang mengejutkan, mereka lebih tahu tentang hal rumah tangga saya berbanding diri saya sendiri. Jika tidak tahu, jangan beri komen kerana perkara yang kecil akan menjadi besar apabila ramai orang yang cuba masuk campur.

Apakah perasaan anda apabila peminat dan orang luar terlalu lantang bersuara tentang isu ini dan rumah tangga anda?
Terus terang saya sedih. Mereka cukup lantang memberi komen sedangkan yang berada di tempat itu adalah saya. Secara tidak langsung komen yang diberikan memberi kesan kepada saya yang sudah ada masalah rumah tangga.
 
Mungkinkah isu terbaharu ini memberi kesan kepada kerjaya lakonan anda?
Orang yang kenal saya secara profesional akan hubungi dan bertanya kepada saya. Buat masa ini, kerjaya saya berjalan seperti biasa kerana siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu bagaimana cara saya berkerja. Sekarang saya bebas berlakon dengan sesiapa sahaja.
 
Maksudnya Rita sudah tidak mengikut cakap suami?
Saya ada alasan kenapa tidak ikut cakap suami sekarang ini. Apa yang saya tahu, saya tidak perlu ikut cakap suami yang tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya dengan cara yang betul. Lakonan merupakan periuk nasi saya, jika saya tidak bekerja, siapa yang akan menyara saya dan anak-anak?
Selagi, saya tidak jatuhkan maruah seorang wanita dan cari rezeki yang halal untuk diri saya serta anak-anak, saya akan terus berlakon dengan sesiapa sahaja.
 
Khabarnya anda sekarang ligat berniaga?
Alhamdulillah, dalam saya sibuk kerja dan akan ke mahkamah pada 3 April serta 6 Mei depan, Allah beri rezeki kepada saya. Saya tidak pernah merancang untuk ceburi perniagaan kecantikan iaitu kolegen. Mulanya sekadar untuk suka-suka sahaja serta berkongsi rahsia kecantikan. Sekarang menjadi serius apabila semakin ramai pelangan memberi respons positif. Perniagaan saya baru sebulan lebih dan dalam proses untuk ke pasaran yang lebih besar.

RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.306)

Posted: 27 Mar 2013 05:56 AM PDT

VIDEO HARI INI: Fantastik! Lagu terbaru hasil gabungan dari dua nama terkenal berlainan negara, Jay Park dan juga Mizz Nina tampil menarik di dalam muzik video terbaru berjudul “Around The World”.

Pihak agensi Hara dan juga Junhyung akhirnya mengesahkan bahawa pasangan ini sememangnya telah membawa haluan masing-masing kerana kesibukan kerja yang membuatkan mereka tiada masa untuk berjumpa. – Allkpop

Pelakon jelita, Gwyneth Paltrow yang juga merupakan isteri kepada penyanyi kumpulan Coldplay, Chris Martin memberitahu disebabkan keguguran yang hampir membawa kematian dirinya ketika mengandungkan anak ketiga membuatkan Gwyneth takut untuk mengandung. – Daili Chili

Menerusi beberapa keping gambar yang disebarkan di internet, pusara Seniman Negara,  Allahyarham Tan Sri P. Ramlee musnah. Turut sama musnah adalah pusara Puan Seri Saloma dan juga A.R Tompel. - Astro Awani

Selamat hari jadi diucapkan kepada penyanyi yang popular menerusi lagu “My All” Mariah Carey yang menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-43 hari ini. - Celebbuzz

Hayden Panettiere dan pemain tinju yang berasal dari Ukrain, Wladimir Klitschko kini dalam persiapan perkahwinan mereka selepas bertunang secara rahsia. Namun begitu, aktres yang berasal dari Nashville ini masih belum dilihat memakai cincin tunang secara umum. – Us weekly

 

 

 

 

 


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

ST12 Lancar Album Kelima Lentera Hati

Posted: 27 Mar 2013 04:53 AM PDT

Album kelima kumpulan dari seberang, Indonesia berjudul “Lentera Hati” merupakan buah tangan terbaru sepanjang empat tahun bergelar anak seni.

10 lagu yang terkandung di dalam album ini kesemuanya dicipta oleh anggota ST12 sendiri, Pepep.

Menurut Pepep, album kedua ini lebih istimewa kerana menceritakan penat jerih kariernya bersama ST12 yang sebelum ini pernah mengalami masalah perpecahan.

Pada majlis yang sama Pepep turut sama memperkenalkan ahli baru termasuk vokalis, Ridho Tuah.

Dua ahli lain, Koko dan Indra masing-masing bermain gitar.

Dua ahli kumpulan asal ST12, Charly dan Pepeng mengumumkan pengunduran diri dari band itu sekitar tahun 2011.

Salah satu single dalam album itu yang sudah mula diterima di negara ini, Putih Putih Melati dikatakan mendapat inspirasi daripada lagu rakyat yang dulu popular dalam kalangan kanak-kanak.

“Saya inspirasikan lagu itu dari lagu rakyat, ia mengingatkan saja bahawa kita mempunyai lagu rakyat seperti itu,” katanya.

Lentera Hati sudah mula dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara oleh Universal Music dan Rumpun Records.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Shaheizy Sam Bakal Keluarkan Single Terbaru “Bicara Hati”

Posted: 26 Mar 2013 10:27 PM PDT

Pertemuan bersama dengan aktor kacak Shaheizy Sam di Majlis  Raikan Cinta TV3, semalam telah merungkaikan segala-galanya apabila dia memberitahu bahawa sedang sibuk untuk mengeluarkan singlenya yang terbaru berjudul 'Bicara Hati'.

Sudah tentu peminat-peminat Shaheizy Sam ini tertanya-tanya adakah dia ingin kembali aktif dalam dunia seni suara selepas suatu ketika dahulu dia pernah bersama-sama dengan satu kumpulan yang diberi nama m.o.b.

"Ya memang Sam akan keluarkan single terbaru berjudul 'Bicara Hati' dan bakal di release mungkin paling awal pada hujung tahun ini."

"Setakat ini belum ada perancangan untuk mengeluarkan album tetapi sekadar mencuba untuk mengeluarkan single-single terbaru dan sekiranya mendapat sambutan kemungkinan besar Sam akan keluarkan dengan mini album."

"Konsep yang diketengahkan pula ialah R&B dan Bone Thugs dan ianya jauh berbeza dari segi susunan muzik dan lebih matang dari 10 tahun yang lepas."kata Sam.

Dalam perkembangan lain, Sam bakal muncul dengan drama bersiri terbaru di slot Lestary berjudul 'Kisah Cinta' bersama-sama dengan pelakon cantik, Fazura. Selain itu, bakal muncul dengan filem 2 kalimah dan Adnan Sempit 3.

 


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Habis Beribu Untuk Baju, Nazim Othman Tidak Kisah Digelar Metroseksual

Posted: 26 Mar 2013 10:05 PM PDT

Bergelar pelakon lebih kurang lima tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak yang dipelajari oleh Nazim Othman dan dari situlah dia miliki kekuatan untuk terus bersaing dan kekal dengan imej tersendiri.

Tidak kisah digelar lelaki metroseksual, Nazim Othman atau nama sebenar Nushrul Alif bin Othman meberitahu jangka masa lima tahun dia berada dalam industri ini cukup mematangkan dirinya untuk menapis segala tohmahan.

“Biarlah kalau ada yang gelarkan saya lelaki metroseksual, terus-terang saya katakan disini saya tidak kisah kerana saya buat semua ini untuk kepuasan diri sendiri”

Mengakui berabis beribu hanya untuk memiliki baju yang sesuai di setiap penggambaran, Nazim Othman walaubagaimanapun tidak mahu berkongsi jumlah sebenar duit yang dilaburkan untuk imejnya.

Tidak mahu dikatakan riak, Nazim Othman memberitahu jumlah tidak boleh diberitahu tetapi memang sangat banyak duit dihabiskan.

“Bayangkanlah, sekarang saya ada dua penggambaran drama berbeza dan kedua-duanya saya buat imej berbeza dari segi rambut sehinggalah pakaian sendiri”

“Jujur saya katakan, wardrobe produksi saya tidak guna melainkan semuanya saya pakai baju sendiri”

Menurut Nazim lagi, dia tidak mengharapkan mana-mana tajaan kerana lebih selesa bergerak kemana-mana dengan pakaian sendiri.

“Kalau pakai baju sponsor saya jadi takut kerana hak orang dan kita tidak boleh letak sesuka hati, kalau barang sendiri kita dah tahu macam mana nak jaga dan akan automatik jadi sayang sebab beli pakai duit sendiri”

Diberi kepercayaan untuk menjadi duta jenama jam terkenal Ellese Nazim memberitahu kontrak jenama jam itu disambung setahun lagi.

“Alhamdullilah, rezeki masih berpihak kepada saya dan mereka masih mempercayai saya untuk menjadi duta produk mereka”

Di dalam perkembangan lain, Nazim Othman masih lagi di dalam penggambaran drama terbaru yang akan ditayangkan di slot Samarinda dan Lestary untuk TV3 berjudul “Kisah Cinta” dan juga “Epilog Cinta Khirana”.

 

 

 

 

 


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Gambar Nora Danish & Adi Putra di Majlis Pelancaran Penggambaran “Suami Aku Ustaz”

Posted: 26 Mar 2013 09:29 PM PDT

Filem adaptasi novel pertama arahan Adi Putra berjudul “Suami Aku Ustaz” merupakan gandingan kembali sepasang pelakon yang begitu serasi di layar perak iaitu Nora Danish dan juga pengarahnya sendiri.

Membuat Majlis Pelancaran Penggambaran di Hard Rock Cafe, Melaka baru-baru ini dilihat merupakan satu perubahan di dalam industri seni tanah air apabila Kementerian Melaka turut sama menyokong.

Antara yang dilihat turut serta di dalam majlis tersebut adalah Menteri Melaka sendiri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd  Ali Bin Mohd Rustam.

Diselitkan sekali disini, gambar kedua-dua pelakon ini kelmarin.

DAN_1017 DAN_1023 DAN_1036 DAN_1049 DAN_1061 DAN_1067 DAN_1072 DAN_1076 DAN_1087 DAN_1095 DAN_1109 DAN_1115 DAN_1119 DAN_1135 DAN_1144 DAN_1153 DAN_1160

 


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...