RotiKaya |
- Hanis Zalikha Terkena Tempias Kontroversi Hanez Suraya
- Ali Mamak Meninggal Dunia
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.525)
- Fasha Sandha Bercuti Ke Paris, Peminat Masih Tertanya Tanya Status Hamil
- Anuar Zain Sebak Kenang Rakan Lama Mangsa Tragedi MH370
Hanis Zalikha Terkena Tempias Kontroversi Hanez Suraya Posted: 26 Mar 2014 05:30 PM PDT Memiliki nama yang seakan sama, Hanis Zalikha akui ada segelintir peminat yang terkeliru akan dirinya dengan pelakon kontroversi, Hanez Suraya. Sehingga sudah berkali-kali menerima tweet mahupun komen komen di Instagram yang menghentam dirinya berhubung isu percintaan Hanez Suraya baru baru ini. Hanis Zalikha akui kesal dengan perkara tersebut. Namun mengambil langkah untuk berdiam diri dan mengharapkan apabila kes pelakon tersebut sudah reda, namanya tidak lagi dikaitkan dengan pelakon tersebut. “Ada satu hari, fan club beritahu ada orang tersilap tweet berkaitan saya dan Hanez Suraya. Ahli fan club saya nak reply tweet tu tapi saya halang. Tidak lama selepas tu, orang yang tweet tu mintak maaf sebab dia baru sedar dia dah tersalah orang,” jelasnya ketawa. Walaupun orang ramai sering tertukar nama mereka berdua, Hanis menjelaskan yang dia tidak pernah pula terfikir untuk menukar namanya. “Sampai ada yang suruh saya guna nama Zalikha sahaja. Tapi Hanis tak mahu lah. Sebab dah selesa and senang dengan nama yang digunakan sekarang” Walaupun dia sedar orang ramai cuma terkeliru dengan nama yang hampir sama, pernah juga terdetik di hati Hanis ketika orang ramai menonton program Raikan Cinta, orang bukan sahaja tersilap nama bahkan mungkin tersilap orangnya sekali. Apa yang diharapkan oleh Hanis agar semua kontroversi yang melibatkan Hanez Suraya berakhir dengan segera. Tambahnya, hubungan mereka berdua tidak ada apa-apa masalah. Malah mereka kerap juga keluar bersama kawan-kawan lain. Dalam perkembangan baru, Hanis Zalikha kini merupakan wajah baru Safi Balqis menggantikan Shila Amzah dan dia ditemui pihak media di majlis pelancaran Safi Balqis White Trilogi sekaligus memperkenalkan pelakon dan pengacara ini sebagai Gadis Balqis yang baru. (rtky/bsr) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Posted: 26 Mar 2014 05:03 PM PDT Penyanyi dan pelakon komedi popular era 80-an, Datuk Ali Mamak disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 pagi tadi akibat komplikasi paru-paru. Allahyarham yang popular menerusi sitkom 'Santan Berlada' telah meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana kanser tahap kedua. Perkara ini juga disahkan oleh anak lelaki beliau, Sharol Nizam melalui Facebook peribadinya. Allahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk. Di samping berlawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa yang berlaku di negara ini. Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor, untuk pengebumian sebelum Zohor. Salam Takziah untuk seluruh keluarga arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.525) Posted: 26 Mar 2014 09:33 AM PDT VIDEO HARI INI: Paramount Pictures hari ini telah melancarkan trailer penuh pertama untuk filem bikin semula, Hercules yang menampilkan bintang popular Dwayne ‘The Rock’ Johnson sebagai teraju utama. Anda teruja untuk menonton filem ini? Ini berita yang mengejutkan industri hiburan, vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin dan Gwyneth Paltrow dilaporkan telah mengambil jalan untuk berpisah selepas melayari alam perkahwinan selama 11 tahun. Oh nooo! – Just Jared Nazim Othman dan Datuk Siti Nurhaliza masing masing telah dinobatkan sebagai Raja & Ratu Selfie di laman sosial Instagram berikutan reputasi mereka yang suka mengambil gambar sendiri secara kerap untuk dikongsikan dengan peminat. – OHBULAN! Empat bulan selepas kemalangan yang menyebabkan kematian Paul Walker, pihak menyiasat menyimpulkan yang pemanduan secara laju dan bahaya merupakan punca utama tragedi tersebut dan bukannya masalah teknikal kereta yang dinaiki. – Us Weekly Dua kumpulan popular muzik pop Korea, 2NE1 dan BTOB dijadualkan akan muncul dalam program realiti TV America's Next Top Model musim ke 21 yang akan menjalani penggambaran di Seoul sempena minggu fesyen di sana. – Soompi Khabar terbaru di Hollywood mengatakan yang penyanyi popular Taylor Swift telah dilarang untuk bercinta dengan mana mana lelaki buat masa ini oleh agensi dan pihak pengurusan beliau kerana mereka sudah penat dengan karenah penyanyi itu. Betulkah? – Gossip Cop |
Fasha Sandha Bercuti Ke Paris, Peminat Masih Tertanya Tanya Status Hamil Posted: 25 Mar 2014 06:02 PM PDT Sudah lebib seminggu rasanya sejak berita kehamilan pelakon popular ini diperkatakan ramai namun sehingga hari ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari tuan punya badan yang mengesahkan berita gembira itu. Kami tunggu, Fasha Sandha. BACA: Fasha Sandha Kini Mengandung Anak Kedua? Namun, itu tidak menghalang para peminat untuk terus mengikuti perkembangan terbaru Fasha Sandha dengan melihat kepada kemaskini terbaru ahli keluarga dan orang terapat pelakon itu di media sosial seperti Instagram dan Facebook. Fasha Sandha & suami, Rizal Ashram bersama keluar mereka kini sedang berada di Paris untuk menikmati percutian dan beberapa keping gambar terbaru pelakon itu telah muncul dan menguatkan berita kehamilan sebelum ini. Dalam beberapa keping gambar yang dikirimkan ahli keluarga, Fasha Sandha kelihatan agak berisi daripada biasa dan para peminat yang meninggalkan komen di Instagram tampak kagum dengan penampilan beliau yang kekal cantik walaupun tanpa mekap. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Anuar Zain Sebak Kenang Rakan Lama Mangsa Tragedi MH370 Posted: 25 Mar 2014 06:00 PM PDT Penyanyi popular, Anuar Zain sentiasa terkenangkan dua rakan lamanya iaitu Ketua Pramugara, Andrew Nari dan penyelia, Patrick Francis Gomes yang berada dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu. Bercakap kepada mStar Online, Anuar Zain mengakui walaupun hubungan mereka tidak begitu akrab namun mereka pernah bekerjasama dan kebaikan kedua-dua lelaki tersebut sentiasa diingatinya sepanjang berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu dari tahun 1990 hingga 2000. “Andrew banyak membentuk saya dalam menjadi seorang pramugara yang baik ketika itu dan dia seorang yang cukup merendah diri dan mesra berbanding orang lain. Manakala Patrick saya mengingatinya sebagai seorang yang cukup berdedikasi dan sangat mementingkan keselamatan penumpang ketika berada di udara” Anuar Zain mengakui menangis sebaik sahaja mendapat tahu berita mengenai kehilangan pesawat tersebut & juga tertekan mengenangkan nasib yang menimpa kesemua 239 penumpang dan kru selain sentiasa berharap mereka dapat pulang dengan selamat. “Sebaik sahaja mendapat tahu kejadian itu air mata saya terus mengalir laju dan saya gagal menahan sebak. Ia adalah satu masa yang sukar bukan sahaja buat diri saya tetapi buat seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan pesawat itu,” katanya. Anuar Zain ditemui pihak media ketika majlsi sidang media pengumuman penundaan persembahan Minggu Setiausaha yang disertainya iaitu Terindah… Anuar Zain yang dijadualkan pada 8 April tetapi terpaksa ditunda kepada 29 April depan. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.