Khairul Fahmi Che Mat Jiwang Di Twitter


GAMBAR Fida Dulu Dan Sekarang ... emmmm

fida tudung serkup
 
fida tudung serkup

GAMBAR Siti Nordiana Bertudung


Rozita Che Wan Dengan Zain Saidin ada apa-apa ke?

"Saya malas nak jawab tentang cerita ini kerana nanti orang akan kata saya syok sendiri. Lebih baik tanyakan sahaja kepada Zain.
Rozita yang juga mesra dengan panggilan Cik Ta juga menambah,
"Dia merupakan seorang yang baik dan pandai melayan anak-anak saya. Mereka juga sangat menyukai Zain."
Zain yang dihubungi walau bagaimanapun dikatakan tergelak bila ditanya status hubungannya dengan Cik Ta yang juga pernah dikaitkan dengan Shahir Zawawi itu. Dia menyatakan mereka hanya teman rapat.
" "Mereka memanggil saya 'uncle' dan saya memang suka melayan budak-budak. Mungkin cerita tentang hubungan cinta kami tersebar memandangkan kami sama-sama terlibat dalam drama Kiah Pekasam."

GAMBAR Irma Hasmie Yang Bakal Mengacara Program Solehah TV Alhijrah

gambar irma hasmie

GAMBAR Fida Kantoi Nampak Rambut

Photobucket

TAHNIAH Yuna Kini Adalah Duta Olay, Bertuah Badan.

yuna duta olay

GAMBAR Aleesya Anak Engku Emran Dan Erra Fazira

keluarga erra

Watie Elite Tak Mahu Kahwin Dengan Joey ke?

watie elite
 
Satu benda yang saya respek ialah Joey yang masih cool dan sabar menunggu kata putus daripada Watie. Kata Watie:-
Apa yang boleh saya katakan buat masa ini saya sedang buntu dan keliru sama ada ingin meneruskan hubungan dengan dia (Joey) ataupun tidak. oey tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi kebuntuan ini datang daripada diri saya sendiri mengenangkan tohmahan orang sekeliling yang turut membuatkan saya berfikir kembali sama ada ingin meneruskan hubungan atau tidak. Saya sebenarnya bertuah kerana Joey seorang lelaki yang baik dan memahami keadaan saya walaupun ketika ini saya belenggu tentang hubungan kami tetapi dia tetap memberi sokongan kepada saya.
Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana. Kalau memang dah tertulis ada jodoh dengan Joey, tak lama lagi kahwinlah Watie dengan Joey. Semoga Watie cepat-cepat hilang kekeliruannya dan membuat keputusan yang tepat. Sama-samalah kita doakan.

Zizie Ezette & Datuk Bung Mokhtar Radin belum ada rejeki

PERKAHWINAN mereka pada 16 Disember, 2009 lalu sempat menimbulkan kontroversi. Namun masa berlalu, kini tiada lagi kontroversi. Aktres putih gebu, Zizie Ezette,32, sebaliknya nyata sedang diulit kebahagiaan bersama suami tercinta, Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin.
 
Sementelah, usia perkahwinan mereka kini hampir mencecah dua tahun, Zizie tidak dapat menyembunyikan keinginannya untuk memiliki cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan berumah tangga.
 
Ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Taman Sering Ukay, Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini, akui Zizie yang kelihatan anggun dalam persalinan ungu, dia dan suami tidak pernah merancang untuk mempunyai anak pada waktu tertentu.
 
Malah, ungkap Zizie, dia sendiri sebenarnya sangat teruja menjadi seorang ibu. Bagaimanapun, Zizie dan suami menganggap mereka masih belum ada rezeki untuk menimnang anak buat masa ini.
 
"Saya akui yang kami pernah menjalani pemeriksaan (perubatan) bersama-sama dan keputusan yang diterima adalah masing-masing tidak ada masalah kesihatan yang mampu menghalang kami untuk memperoleh anak.
 
"Walaupun kami memang inginkan sangat menimang cahaya mata, tet
api itu semua adalah kehendak dan ketentuan Allah. Bagi saya, mungkin ada hikmah di sebaliknya atas situasi yang kami alami ini," luah pemilik nama sebenar Zizie Izette Abd. Samad ini.
 
Walaupun mengakui sangat gembira dan selesa dengan kehidupan yang dilalui sekarang, Zizie nyata tidak menolak untuk bergelar ibu.
"Sebenarnya saya sudah bersedia untuk bergelar seorang ibu pada bila-bila masa sahaja," ujarnya.

Anak Safura 3 tahun Meninggal Dunia Kerana Demam, Al-Fatihah

Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada anak Safura, Nur Aisyah Mariam (gambar di bawah 2 dari kiri), 3 tahun yang telah meninggal dunia kelmarin selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu. Semoga Safura dan keluarga tabah menghadapi dugaan daripadaNya.
 
safura
 
" Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan. Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun. Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan. Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana. "

Pencalonan AIM18 Penuh Dengan Kontroversi, Yuna Dan Hujan Tidak Tercalon

Pelik tapi benar. Membaca tweet-tweet daripada beberapa orang kuat industri hiburan semalam, ternyata senarai pencalonan AIM18 sangat kontroversi. Ada beberapa nama besar seperti Zee Avi, Yuna dan Hujan yang tidak tersenarai. Menurut pihak penganjur, Zee Avi dan Yuna tidak tercalon kerana albumnya dibuat di label luar negara. Agak mengarut jugak kan alasan tersebut?
 
Manakala album Hujan tidak tercalon kerana kewujudan Hang Dimas yang merupakan warga Indonesia. Sekali lagi agak pelik alasan yang diberikan di situ. Ada beberapa nama yang tercalon kalau tak silap aku bukan warganegara Malaysia pun tapi dapat pulak tersenarai. Adakah AIM semakin lama semakin sudah tidak relevan?
 
Semoga pemuzik-pemuzik tanah air terus melaungkan hak dan bersuara menentang perkara-perkara yang agak tidak logik ini untuk masa hadapan yang lebih gemilang. Senarai penuh pencalonan AIM18 dengan membaca entri ini sepenuhnya.
 
Artis Baru Terbaik
1) James Baum
2) Kyoto Protocol
3) Najwa
4) Project Pistol
5) Reza Salleh
 
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Artis Lelaki)
1) Anuar Zain – Sedetik Lebih
2) Azlan & The Typewriter – Jeritan Batinku
3) Reza Salleh – What The Hell Just Happened I'm Not Really Sure
4) Black – Sofea Jane
5) Tam Spider – Kitasatu
 
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Artis Wanita)
1) Anita Sarawak – Asmara
2) Jaclyn Voctor – Noel
3) Najwa – How Long Must I Wait
4) Yuna – Penakut
5) Yuna – Gelora Jiwa
 
Persembahan Vokal Berkumpuan Terbaik di dalam Lagu
1) Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah- Beribu Sesalan
2) A.P.I – Pelita
3) Caipifruta – Mencecah Bujang Lapuk
4) Dayang Nurfaizah & Marcell – Sayang
5) In-Team – Salamun Salam 2
 
Kulit Album Terbaik – Pereka
1) Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd – Urusan Aizat Amdan (album) – Aizat Amdan
2) Aidi Idham – Lonely Boy Soldier (album) – Hujan
3) Subky Hj Bebit & Hafiz Mohtar Rasali – Bumi Akhir Usia (album) – Mirwana
4) Martojaks – Cherry Blossom Love (album) – Pop Shuvit
5) Zel Atif – Decorate (album) – Yuna
 
Rakaman Album Terbaik- Jururakam
1) Keith Yong & Nick Lee – Urusan Aizat Amdan (album) – Aizat Amdan
2) Adam Sofian – Indah (album) – Atilia
3) Ully Muhammad, Huzai, AG Coco – Lonely Soldier Boy (album) – Hujan
4) Audi Mok – Dewa (album) – Ning Baizura
5) Keith Yong – Realiza (album) – Reza Salleh
 
Video Muzik Terbaik – Pengarah (video muzik)
1) Ahmad Farish – Susun Silang Kata – Aizat Amdan
2) DJ CZA – Kotarayaku – Altimet feat Noh Hujan
3) Yusry Abdul Halim – Sedetik Lebih
4) Tan Chee Meng – Karma – Faizal Tahir
5) Ahmad Faris – Inspektor Remos – Hujan
 
Lagu Pop Etnik Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
1) Joget Tak Senang Hati – Mihariz Yaakup/Azalea – Adibah Nor
2) Katakanlah – Amirah Ali/Amirah Ali – Amirah Ali
3) Santun Berpesan – Adi Akmal/Muhammad Devotees – Castury Feat Ayati Tasrip
4) Hambamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim – Mawi & Akhil Hayy
5) Falsafah Laksmana – Zalee Redang/Zalee Redang – Zalee Redang
 
Lagu Nasyid Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
1) Hadirnya Cahaya S.A.W – Abdul Halim Ahmad/Abdul Halim Ahmad – Devotees
2) Permata Hati – Syah Inteam/Syah Inteam – Nazrey Johani
3) edoman (V.O.U) – Johan Nawawi/Johan Nawawi, Shah Mohamed, Hafiz Tarmizi – Nora Feat VOU
4) Bebas Palestin – Nazrey Johani/Nazrey Johani, Fridzan – Rabbani, Inteam, Saujana, Nowseeheart
5) Pahlawan Gaza – Fridzan/Ahmad Fedtri Yahya – Saujana
 
Lagu Rock Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
1) Pelita – Loque/Loque – A.P.I
2) Ekstarvaganza – Sam/Bunkface – Bunkface
3) Pokok – Taja/Tun Teja – Meet Uncle Hussain feat Hazama
4) Wanita Seluruh Dunia – Boy Clifford/Boy Clifford – Project Pistol
 
Lagu Pop Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
1) Beribu Sesalan – Kevin Chin/Tinta
2) Sungai Lui – Aizat & Anas/Aizat & Anas
3) Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim
4) Dengarkanlah – Acis/Sheila Majid
5) Penakut – Yuna Zarai/Yuna Zarai
 
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
1) Year From Now – Aizat n Anas – Aizat
2) Innocent Soul – Najwa – Najwa
3) Got To Go – Najwa – Najwa
4) What The Hell Just Happened Im Not Really Sure – Reza Salleh – Reza Salleh
5) Stracciatella – Reza Salleh – Reza Salleh
 
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara
1) Insya Allah – Maher Zain – Fridzan
2) Indahnya Cinta – Giring Rama – Giring Rama
3) Sahabat Selamanya – Padi – Padi
4) Ku Menunggu – Mery LC – Mery LC
5) Bunga Mimpi – Sandy Sondro – Sandy Sondro
 
Susunan Muzik Terbaik DI Dalam Lagu – Penggubah
1) Helen Yap – Asmara
2) Edry Abdul Halmi – Sedetik Lebih
3) AG – Jeritan Batinku
4) Syed Sharir Faisal Syed Hussain – Jeritan Batinku
5) Jenny Chin – Ku Mohon
 
Album Terbaik – Produser
1) Kevin Chin, Aylwin Snatiago, Paul Morrison n Irwan Simajuntak – 3 Suara
2) Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd – Urusan Aizat Amdan
3) Zain Almodzar – Sayang & Cahaya
4) Magada Entertainment Sdn Bhd – The Malaysian Philharmonik Orchestra Celebrater 25 Years of Sheila Majid

Logo MAS dan Air Asia di baju Queens Park Rangers (QPR).


 
Hari ini  Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia  ialah penaja baru Queens Park Rangers (QPR). Logo MAS akan tertera pada jersi utama (home kit) QPR manakala logo Air Asia akan tertera pada jersi kedua (away kit) dan jersi ketiga (third kit) QPR.
Kontrak penajaan Queens Park Rangers ini adalah selam 2 tahun dan bernilai berbillion ringgit. Ini menyaksikan 2 lagi syarikat gergasi Malaysia menaja kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Genting menaja Aston Villa.
 
Penajaan ini ialah 1 strategi penjenamaan dan pemasaran terbaru MAS untuk mengukuhkan jenama MAS di peringkat antarabangsa sekaligus merebut tempat dalam industri penerbangan antarabangsa.
Menurut sumber, jersi utama yang tertera logo MAS akan dipakai dalam perlawanan menentang Newcastle United di Loftus Road (13 Sept 2011).
 
Ini menjadikan MAS dan Air Asia menjadi syarikat penerbangan ke 3 dan ke 4 menaja kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Emirates menaja Arsenal dan Ethihad menaja Manchester City musim 2011/2012 ini.
Dengan Tan Sri Tony Fernandes sebagai pemilik baru QPR dengan pegangan 66% saham memudahkan urusan MAS dan Air Asia  taja Queens Park Rangers menjadi kenyataan

 

GAMBAR Natasha Pondan Mahu Jadi Lelaki Sebenar Dan Memohon Kaunseling JKM

 
 
Menurut berita semalam,Pondon Glamour,Natasha Farisya @ Nama sebenarnya adalah Tabri Rashid Abu Hassan telah pergi berjumpa dengan JKM,Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis untuk mendapatkan Kaunseling dalam usahanya untuk berubah menjadi lelaki sebenar.
Menurut maklumat yang diperolehi,Natasha telah datang sendiri ke JKM bagi memohon tempat tinggal sementara selepas mengambil keputusan untuk berpindah dari rumahnya di Taman Seri Bakau.
 
Ini merupakan satu tindakan yang berani dan perubahan ini juga disebabkan tekanan jiran tetangga setelah berita mengenai Natasha dipaparkan di surat khabar dan dihebohkan di Internet.
 
Kejadian berebut seorang pondon ini begitu memalukan dan mendapat begitu banyak kritikan daripada rakyat Malaysia.Kita harap manusia hari ini lebih bijak menilai antara yang halal dan yang haram.Yang dibenarkan dan yang dicegah didalam agama.

KL Gangster 2 Akan Menjelma, Abang Long Bakal Mengganas Semula

filem kl gangster 2
Filem KL Gangster kemungkinan akan ada sequel/prequelnya. Tak sabar nak tengok. Mesti lagi ganas, mantap dan lebih bertenaga lagi.

GAMBAR Aeril Zafrel & Neelofa berpakaian tradisional..perghh

hari raya
 
hari raya

GAMBAR Suami Faezah Elai , Heykal Hanafiah

faezah elai
 
Konpius aku ni..

Samsung Mobile Challenge in World Cyber Games 2011

Are you a Samsung Galaxy S II user and stay in Australia, Austria, Brazil, Cameroon, Chile, China, Costa Rica, France, Germany, India, Indonesia, Italy, Korea, Malaysia, Mexico, Namibia, Pakistan, Peru, Poland, Portugal, Romania, Russia, Singapore, Switzerland, Taiwan, UK, and Ukraine? If yes, you have the change the participle Samsung Mobile Challenge in World Cyber Games 2011. And up to USD 40,000 to grab.
 

Samsung Mobile Challenge in World Cyber Games 2011
 
The Asian online preliminary will run for 3 weeks from 5th to 25th September 2011. To participate, you need to have the official challenge phone Samsung Galaxy S II. And download the official mobile game ~ Asphalt 6 Adrenaline HD from Samsung Apps. After playing, you need to send game scores to the ranking system. The top 2 rankers from each country will be invited to the WCG 2011 Pan Asian Championship to get a chance to attend the upcoming WCG Grand Final in Busan, South Korea.
 
For more information on the Samsung Mobile Challenge, please visit the official website at http://mobile.wcg.com.

Cukai 6% bila beli top up mulai 15 September

 

 
KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.
Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.

Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.
Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.
Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.
Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.
"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan
60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu.

Gambar: Preview Pelamin Malam Pernikahan Faezah Elai & Heykal Hanafiah

 
Sumber forum Cari, Mummyirfan memaklumkan pernikahan Faezah Elai & Heykal Hanafiah pada 9 September ini akan berlangsung dalam suasana tertutup di ruangan bankuet kondominium Platino, Pulau Pinang dengan jemputan terhad kepada ahli keluarga & pihak media.

Marsha Milah Landoh Masuk Hospital Akibat Telan 30 Biji Pil

Terkejut beruk dengar berita Marsha Milah Landoh yang dimasukkan ke hospital pagi tadi akibat menelan 30 biji pil. Rasanya Marsha masih tak sedarkan diri lagi. Agaknya apa masalah yang menekan Marsha sehingga sanggup menelan 30 biji pil. Kesian la pulak. Tekanan jadi artis kot
 
marsha telan pil
 
Semoga Marsha cepat sembuh!

Public Bank launching 3 new funds

 
Public Bank is launching three new funds on 6 Sept 2011, namely PB Asia Emerging Growth Fund (PBAEGF), PB Bond Fund (PBBOND) and PB Sukuk Fund (PBSKF).
 
PBAEGF is an equity fund that seeks to achieve capital growth over the medium- to long-term period by investing primarily in stocks of emerging smallto medium-sized companies in domestic and regional markets.
 
PBBOND is a bond fund that seeks to provide annual income through investments in fixed income securities and money market instruments.
 
PBSKF is an Islamic bond fund that seeks to provide annual income through investments in sukuk and Islamic money market instruments.
 
The initial issue price of PBAEGF is RM0.2500 per unit, while PBBOND and PBSKF prices are both RM1.00 per unit during the 21-day initial offer period from 6 to 26 September 2011. The minimum initial investment for all three funds is RM1,000 and the minimum additional investment is RM100 . During the offer period, special promotional service charges as low as 5.00% of the initial issue price per unit are extended to the purchase of units of PBAEGF. Investors who opt for Direct Debit Instruction with PBAEGF during the offer period will enjoy a special promotional service charge of 5.25% of NAV per unit for as long as the Direct Debit is active. Terms and conditions apply.
For more details, visit www.publicmutual.com.my

Anuar Zain guna botox?

 
 
 
2011/09/06 SEJAK kebelakangan ini, memang terdengar cakap-cakap nakal yang mendakwa seorang penyanyi lelaki yang bersuara lantang, siapa lagi kalau bukan Anuar Zain menggunakan botox untuk merubah wajahnya.
 
wajah penyanyi yang terkenal dengan lagu Lelaki Ini di akhbar baru-baru ini. Kata mereka memang nampak perubahan wajah Anuar berbanding dulu. Bila ada perbezaan, biasanya orang akan mula membuat spekulasi yang mengatakan Anuar menyuntik botox di wajahnya membuatkan raut wajahnya nampak lain dari yang pernah orang luar lihat sebelum ini. Bagaimanapun, persoalan nakal itu akhirnya terjawab apabila  panggilan Abang Bobo bertanyakan perkara itu sendiri kepada tuan punya badan ketika bertemu dengannya dalam satu sesi fotografi baru-baru ini. Katanya, Anuar menafikan yang dia menggunakan botox untuk memperbaiki wajahnya.
 
Sebaliknya, adik kepada penyanyi Ziana Zain itu mengaku yang perubahan wajahnya itu disebabkan dia menggunakan kaedah rawatan "reshaping". Bagi menguatkan alasannya itu, Anuar juga menggerak-gerakkan otot mukanya sebagai bukti dia tidak menyuntik bahan yang berbahaya itu di wajahnya.
 
Tegas Anuar, dia juga tidak percaya kepada botox dan teknik reshaping itu dibuat kerana dia merasakan rawatan itu tidak merbahaya.
Justeru, Anuar berharap semua pihak selepas ini tidak lagi membuat spekulasi yang bukan-bukan terhadapnya kerana sebagai artis, kata Anuar dia perlu nampak berbeza supaya peminat tidak lekas jemu dengan penampilannya.

Gambar - Diana Danielle beraya di Open House FK

Aku  ingin kongsikan dengan anda gambar Diana Danielle.Mesti dah ramai yang kenal profil penuh Diana Danielle kan?..tapi malam ini kami bukan ingin kongsikan profil Diana Danielle tapi kami ingin kongsikan gambar Diana Danielle beraya di Open House FK(Farid Kamil)…korang semua dah lihat ke gambar tersebut?? kalau belum lihat jom la reramai kita lihat koleksi gambar Diana Danielle dan Farid Kamil semasa di Open House FK…
 


GAMBAR Buaya Seberat 1 Tan Berjaya di Tangkap di Manila

 
buaya 1 tan
 
MANILA – Sekumpulan penduduk kampung dan beberapa pakar menangkap seekor buaya gergasi air masin seberat satu tan pada lewat Sabtu lalu yang akan dijadikan daya tarikan sebuah taman ekopelancongan di sebuah bandar di selatan Filipina.
Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde semalam memberitahu, puluhan penduduk kampung dan pakar menangkap buaya jantan sepanjang 6.4 meter itu di sebuah teluk di bandar Bunawan, wilayah Agusan del Sur selepas pemburuan selama tiga minggu.
Ia merupakan antara buaya terbesar pernah ditangkap hidup-hidup di Filipina sejak beberapa tahun lalu.
Elorde berkata, buaya berkenaan membaham seekor kerbau dalam serangan yang disaksikan oleh beberapa penduduk kampung pada bulan lepas.
 
Reptilia itu juga dipercayai menyerang seorang nelayan yang didapati hilang sejak Julai lalu.
Beliau memberitahu, meletakkan buaya gergasi di sebuah taman pelancongan akan mengubah haiwan itu daripada ancaman kepada satu aset.

Diana Danielle Serius Dengan Farid Kamil

 
"Tiada majlis pertunangan yang akan berlangsung tahun ini. Bagaimanapun, saya tidak menafikan yang kami ada juga berbincang soal kahwin. Sementelah hubungan kami yang semakin serius ini, sudah tentu saya tak mahu terhenti di sini saja.
"Namun kami tak mahu beriya-iya merancang dan menguar-uarkannya kerana kami takut hubungan ini tidak menjadi seperti yang diharapkan.
"Sudah banyak contoh yang kami lihat. Apa yang boleh saya katakan, kami memang ada perancangan ke arah itu," ujar Diana serius.
Itu adalah kata-kata Diana Danielle yang dipetik dari Berita Harian.Bertuah Farid Kamil kerana berjaya memiliki hati pelakon yang cantik ini.Betul tak?

Video Seks Kim Kardashian Bernilai RM86.72 Juta

 
Kim Kardashian yang telah berkahwin dengan pemain bola keranjang Kris Humphries, bukan saja popular kerana perkahwinannya tetapi sekarang popular kerana video seks dengan bekas kekasihnya Ray J. Video seks Kim Kardashian yang berdurasi 39 minit itu bernilai 86.72 juta atau AS$29 juta. Nilai video itu diletakkan oleh pemilik syarikat penerbitan video lucah.
 
Seorang pembida bertanyakan berapa harga video itu kerana mahu membelinya, pembida itu ada hubungan rapat dengan Kardashian. Video seks Kim Kardashian dan Ray J sudah ditonton sebanyak 2 juta lebih di sebuah laman semenjak dimuat naik pada 19 hb 8  hingga 21hb 8 2011. Rekod kunjungan orang yang menonton video seks itu adalah rekod terbaru bagi laman tersebut.
Kim dan J bercinta pada tahun 2006 dan video seks tersebut tersebar pada 2007. Itu cerita lampau mengenai cintanya, dia kini berkahwin dengan Kris Humphries. Mereka berkahwin di California pada 21hb 8 lalu.

Sinopsis Nasi Lemak 2.0



 
Sinopsis :
Chef Huang (Wee Meng Chee) berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun, bertentangan dengan masakan yang kurang popular, dia dikenali sebagai "Hero Huang" di kawasan kejiranannya. Cef Huang akan membantu komunitinya sehinggalah dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkannya terjebak dalam masalah. Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaan restorannya. Cef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja kedai wanita penuh misteri (Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya.
Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu ramai "hero tempatan" yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam "nasi lemak.
 
Watak2:
Nur Fathia dalam ni jadi isteri seorang nelayan iaitu dilakonkan oleh Afdlin Shauki. Chef Huang pulak seorang yang sombong yang mencari identiti di dalam negaranya sendiri dan dia telah bertemu rahsia di sebalik nasi lemak.
 
Afdlin Shauki jadi nelayan yang hidup dengan 4 orang isteri yang canti bersama -sama anak anaknya.
 
Watak Adibah Noor pulak, dia jadi pemilik gerai yang misteri dan seorang master taichi, dan dia lah yang memiliki rahsia nasi lemak.
 
Manakalan Dvid Arumugam sebagai Pakar buat kari, dialah yang mengajar Chef  Huang cara buat kari bagi sedap.
 

Filem Hantu Bonceng Mempersendakan Agama Islam?


filem hantu bonceng

 
citer ni banyak hina agama islam..wat lawak x beringat..main-main ngan azan..g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..ada scene mengucap xhabis..agak2 la wat lawak pown..aku terasa ngan citer ni..sal x sensitif ngan agama ISLAM,tambah2 lagi pelakon dan pengarah nya org ISLAM…ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul ****w name nya..org baca la ayat kursi ke hape..nt jawab la esok2 kat akhirat…time tu baru tau lawak ke x..
 
Ada betul jugak katanya. Mungkin lawak yang digunakan keterlaluan dan secara tak langsung mempersendakan hukum Islam. Apa pendapat anda yang sudah menonton filem ini?

Kris Dayanti Selamat Lahirkan Aryana Amora Lemos

anak perempuan kris dayanti

Nak ucapkan tahniah pun terasa segan tapi tahniah la jugak kepada Kris Dayanti dan Raul Lemos yang telah dikurniakan seorang anak perempuan semalam. Anak mereka berdua ini diberi nama Aryana Amora Lemos. Mantap gak kan nama tue?

Gambar - Ayu Raudhah & Zaquan Adha Hiasi Cover Majalah Harmoni September 2011


ayu raudhah

Kutipan Filem Hantu Bonceng Melepasi RM5 Juta 5 Hari Tayangan

 
KUALA LUMPUR – Hantu Bonceng, filem ke-23 karya pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri,  mencipta sejarah kutipan tiket terbesar pada musim perayaan dengan jumlah RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan dengan purata kutipan tiket sebanyak RM1 juta untuk setiap hari tayangan.
 
Filem yang dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid AF itu mula ditayangkan pada 31 Ogos lalu di 80 pawagam secara serentak di seluruh tanahair, Singapura dan Brunei.
 
"Saya juga menyeru kepada semua pihak yang belum mahu pun yang sudah menonton Hantu Bonceng, untuk pergi ke pawagam, bersama teman-teman dan sanak saudara di Aidilfitri ini, untuk menonton filem ini.
 
"Hantu Bonceng adalah sebuah komedi ringan yang mempunyai mesej serta mampu mengeratkan perhubungan di antara rakan taulan dan saudara," kata Ahmad Idham melalui kenyataan media  di sini hari ini.
 
Sehubungan itu, syarikat yang bertanggungjawab menerbitkan filem tersebut, Excellent Pictures dan Ahmad Idham, mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan semua pihak dalam mencipta sejarah perfileman tanah air.
 
Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada seluruh peminat dan penonton yang tidak putus memberi sokongan dengan menonton Hantu Bonceng di pawagam yang membantu produksi mencapai jumlah kutipan tiket sebanyak RM5 juta, di mana dianggarkan lebih 500,000 penonton telah menonton filem itu di pawagam.
 
Selain mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak media yang membantu mempromosikan filem Hantu Bonceng, pihak produksi juga merekodkan penghargaan kepada para pelakon yang sentiasa memberikan komitmen di sepanjang pembikinan filem tersebut
"Selain itu, sekali lagi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton dan peminat, dan diharapkan sokongan yang diterima berterusan untuk memastikan 'Hantu Bonceng' mampu melakarkan satu lagi sejarah perfileman tempatan, dan kita akan dapat berbangga dengan produk filem sendiri," tambahnya lagi.
 
Hantu Bonceng masih lagi hangat berdesup 'membonceng' di 80 pawagam tanahair, Singapura dan Brunei, dengan kebanyakkan pawagam dibanjiri penonton yang ingin mendapatkan tiket.
 
Untuk mengelak dari sebarang kesulitan untuk mendapatkan tiket, para peminat dan penonton dinasihatkan agar membuat tempahan awal, samada melalui pembelian kaunter mahupun menerusi aplikasi dalam talian pawagam terpilih.

Gambar - Ally Iskandar Dan Farah Lee Bercinta -Pelajar Malaysia di Korea


Sebab Justin Bieber Terbabit Kemalangan

LOS ANGELES – Bintang pop sensasi, Justin Bieber, terbabit dalam kemalangan ketika memandu kereta Ferrarinya di Los Angeles awal pagi tadi tetapi tiada sesiapa mengalami kecederaan.
 
Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), Rosario Herrera, berkata bintang Kanada itu sedang memandu Ferrari berwarna hitam apabila berlanggar dengan sebuah kereta Honda di tempat letak kenderaan bawah tanah.
 
"Justin Bieber memandu Ferrari dan kereta lain adalah Honda … tiada kecederaan dan kerosakan terhadap kedua-dua kereta," katanya, demikian menurut AFP.
 
Justin Bieber yang baru berusia 17 tahun itu adalah penghibur remaja paling kaya di Hollywood dengan pendapatan berjumlah AS$53 juta (RM159 juta) pada tahun lepas.
 
Beliau mengungguli senarai tahunan selebriti terkaya yang dikeluarkan majalah terkenal, People, sekali gus mengatasi bintang siri drama Hannah Montana, Miley Cyrus dan kekasihnya, Selena Gomez.
 
Perolehan penyanyi berkenaan naik mendadak selepas tayangan filem 3D lakonannya, Never Say Never dan hasil jualan minyak wangi, Someday.
Sementara itu, Bieber dikatakan pernah menghabiskan sejumlah AS$25,000 (RM75,000) untuk membeli seutas kalung dan turut mereka cipta barangan kemas bercirikan batu delima 12 karat dan batu permata.

Majlis Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana di Mekah

 
KUALA LUMPUR – Rata-rata laman blog-blog hiburan tempatan hari ini menumpukan kepada kisah perkahwinan Ashraf Muslim bersama Noor Dayana Hj Lokman di Tanah Suci Mekah, susulan pertunangan keduanya pada 23 April lalu selepas setahun setengah berkenalan.
 
"Selamat pengantin baru buat pelakon Ashraf Muslim. Semoga pernikahan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin," kata budiey.com.
 
"Selepas nikah nanti, kami akan lakukan ibadah tawaf dan solat sunat sebelum teruskan dengan acara batalkan air sembahyang." kata Ashraf.
 
Selain itu, Ashraf Muslim & Dayana juga dapat menunaikan umrah bersama-sama.
 
Sementara itu, menurut ohbulan.com, pihaknya mengucapkan tahniah buat Ashraf dan Noor Dayana yang mengikatkan tali pernikahan mereka pada 1 Syawal (30 Ogos 2011) di kota suci, Mekah.
 
"Ashraf Muslim yang kini merupakan pengamal perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak pernah berkongsi ciri-ciri isterinya yang merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang telah merebut hatinya,
"Eksklusif untuk pembaca, beberapa spyshot gambar pernikahan Ashraf Muslim & Noor Dayana dikongsikan bersama oleh seorang Forumer Cari, namun tidak diketahui sumber asalnya,
"Apa yang pasti, majlis pernikahan di Mekah diadakan dalam suasana penuh ringkas tanpa terikut-ikut trend segelintir selebriti Malaysia," kata blog itu lagi.
 
Sekembalinya mereka daripada Mekah, majlis resepsi untuk meraikan kedua-dua pasangan suami isteri ini dijadualkan akan berlangsung pada 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432 Hijrah bertempat di Melaka International Trade Center (MITC), tambahnya.
Laman blog izyan.com pula menambah, suasana serba sederhana memandangkan buat majlis kat negara orang, namun sungguh bermakna dan besar pengertiannya kerana memilih tempat tanah suci sebagai tempat mengikat tali pernikahan.
 
"Semoga kekal hingga ke akhir hayat yer Ashraf. :)," ujarnya.
Laman blog beautifulnara.com pula turut mengucapkan tahniah setelah Ashraff selamat bergelar suami kepada Dayana.
 
"Majlis pernikahan mereka telah dijalankan secara sempoi di Mekah. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada pasangan pengantin baru ini," katanya.
Kredit gambar kepada Forumer Cari Ues1331.
sumber:mynewshub.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...