RotiKaya

RotiKaya


Puteri Sarah Liyana Kini Nekad Berhenti Berlakon, Dapat Kerja Di Butik Muslimah

Posted: 01 Sep 2013 05:37 PM PDT

Rasanya bukan pertam kali kami dengar yang Puteri Sarah Liyana ingin berhenti berlakon dan untuk kali ini selebriti berusia 28 tahun itu nekad dengan keputusan beliau untuk mengundur diri.

Bercakap kepada Berita Harian, Puteri Sarah Liyana mengakui yang sebelum ini ada meluahkan hasrat untuk berhenti berlakon tetapi ada sahaja perkara yang membantutkan hasratnya itu.

“Bagaimanapun, saya tidak tinggal terus dunia seni dan memilih untuk mengacarakan program mengenai fesyen muslimah di TV2,” ujar Puteri Sarah Liyana.

“Saya sudah dpaat kerja di Butik Eiliya dan akan mula bekerja mulai Oktober ini, dapat juga saya manfaatkan apa yang dipelajari selama lima tahun dulu biarpun bidang diambil dulu berkaitan pengurusan hospitaliti & pelancongan tidak seiring dengan tawaran kerja ini”

Puteri Sarah Liyana juga menafikan yang hasrat untuk berhenti berlakon ini kerana beliau serik dengan kontroversi yang sering melanda dan menegaskan keputusan ini adalah kerana penghijrahan beliau — elak bersentuhan dengan bukan muhrim.

Gossip: Faradhiya Putus Cinta Dengan Suami Orang?

Posted: 01 Sep 2013 05:02 PM PDT

Kali terakhir kita dengar kisah cinta Faradhiya di’sini adalah ketika timbulnya gossip yang beliau bercinta dengan seorang saudagar hotel yang juga merupakan suami orang.

Dan, kisah itu di’nafikan 200% oleh Faradhiya sendiri.

Kisah terbaru yang di’sampaikan menerusi ruangan gossip Kosmo! semalam menyatakan yang Faradhiya kini sudah pun putus cinta dengan jejaka yang di’maksudkan sebelum ini.

“Katanya, Faradhiya sekarang sudah putus cinta dengan seorang lelaki yang wajahnya ala ala Arab. Mesti kacak dan yang nyata, lelaki itu boleh tahan juga mewahnya. Tapi sayang, sudah punya keluarga — kira macam cinta tiga segilah juga ya?”

Namun gossip tersebut tidak menyatakan sebab kenapa pasangan ini putus cinta tetapi sempat berandaian yang Faradhiya kini mungkin sudah sedar akan risiko mencintai suami orang lain.

Faradhiya Putus Cinta Dengan Suami Orang? - ROTIKAYA

Lanun Cetak Rompak Mula Jual VCD KL Gangster 2, Hanya RM5 Sekeping

Posted: 01 Sep 2013 04:44 PM PDT

Selepas filem KL Gangster 2 di’sebarkan ke internet oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kini lanun VCD cetak rompak pula menyertai pesta meratah filem arahan Syamsul Yusof ini.

Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang sudah ada pengedar VCD cetak rompak menjual salinan KL Gangster 2 secara haram kepada orang ramai & hanya di’jual dengan harga RM5.

“Kita jual VCD ini RM5 saja. Ramai membelinya,” ujar seorang peniaga VCD yang mengakui filem KL Gangster 2 merupakan barang panas ketika ini.

Penerbit KL Gangster 2, Datuk Yusof Haslam yakin yang mereka di’sebalik penyebaran filem KL Gangster 2 ini mempunyai kaitan & telah menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Tindakan segera perlu dilakukan dan saya meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menangani masalah ini,” kata Yusof Haslam.

Gambar: Abby Abadi & Farhan Bersanding Untuk Keluarga

Posted: 01 Sep 2013 11:39 AM PDT

Kami di’fahamkan majlis yang berlangsung pada petang Ahad, 1 September 2013 ini bukanlah resepsi penuh perkahwinan Abby Abadi & Farhan — ianya lebih kepada hybrid rumah terbuka Aidilfitri & meraikan pengantin baru ini.

Gambar di’atas diambil oleh rakan media, Media Hiburan yang berkesempatan hadir ke majlis pasangan Abby Abadi & Farhan yang telah berlangsung di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Abby Abadi bernikah dengan Farhan yang 12 tahun lebih muda pada 9 Julai 2013 yang lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan & pernikahan mereka turut menjadi bualan peminat.

Kami tidak mempunyai gambar lain sekitar majlis ketika & pastinya akan kongsikan dengan anda semua jika ada — sementara itu, layankan gambar pasangan Abby Abadi & Farhan ini.

#15 Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Abby Abadi & Farhan - ROTIKAYA #14 Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Abby Abadi & Farhan - ROTIKAYA #13 Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Abby Abadi & Farhan - ROTIKAYA #12 Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Abby Abadi & Farhan - ROTIKAYA #11 Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Abby Abadi & Farhan - ROTIKAYA #10 Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Abby Abadi & Farhan - ROTIKAYA #01 Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Abby Abadi & Farhan - ROTIKAYA #02 Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Abby Abadi & Farhan - ROTIKAYA #03 Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Abby Abadi & Farhan - ROTIKAYA #09 Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Abby Abadi & Farhan - ROTIKAYA #04 Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Abby Abadi & Farhan - ROTIKAYA #05 Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Abby Abadi & Farhan - ROTIKAYA #06 Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Abby Abadi & Farhan - ROTIKAYA #07 Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Abby Abadi & Farhan - ROTIKAYA #08 Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Abby Abadi & Farhan - ROTIKAYA

Zain Saidin Idamkan Majlis Perkahwinan Sempurna Buat Rozita Che Wan

Posted: 01 Sep 2013 10:57 AM PDT

Untuk berkahwin denga Rozita Che Wan adalah keputusan yang paling mencabar bagi Zain Zaidin apatah lagi, bakal isterinya itu sangat dikenali dan menjadi pujaan ramai.

Sebagai seorang lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga, Zain Saidin yang kini sibuk bekerja keras demi memastikan perkahwinannya kelak menjadi yang terbaik dan mampu memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir.

Beliau turut memberitahu doanya ketika berada di Palestin untuk dimurahkan rezeki termakbul dan masanya kena kerana sekarang Zain memang bekerja untuk mengumpul duit bagi merealisasikan perkahwinan impian mereka berdua.

Zain turut memberitahu jika dahulu diri sendiri menjadi keutamaan kini duit simpanan untuk majlis perkahwinan kelak lebih penting dan dia masih merahsiakan tarikh perkahwinan mereka nanti.

“Saya hanya melunaskan bayaran dan perbelanjaan yang dianggap keperluan penting saja seperti bayaran ansuran rumah dan duit kepada emak. untuk berbelanja besar seperti dahulu sudah lama saya lupakan,” tambahnya lagi.

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.405)

Posted: 01 Sep 2013 09:07 AM PDT

VIDEO HARI INI: Jarang kami lihat persembahan live pemuzik kita di’rakamkan dalam setting yang cantik. Ini Go Gerila! tampil di The Wknd Sessions dengan lagu mereka Perjalanan.

Rakan artis, Ed Sheeran mendedahkan yang Taylor Swift sebenarnya tidak menujukan dialog “Shut the f*ck up” ketika di 2013 MTV Video Music Awards buat bekas kekasihnya, Harry Styles dan siapakah yang malang itu? – Huff. Post

Kate Upton telah di’namakan sebagai Model of the Year & akan menerima anugerah (gelaran?) itu di majlis Style Awards ke 10 yang akan berlangsung minggu hadapan. – IBT

Penyampai radio Suria FM, Halim Othman enggan mengulas lanjut mengenai satu kontroversi dakwaan seorang wanita yang mengaku kekasihnya kerana menyifatkan tindakan itu hanya membuang masa. – mStar Online

University of Western Ontario telah membatalkan persembahan Sean Kingston untuk minggu orientasi mereka selepas penyanyi itu di’dakwa terlibat dengan kes rogol beramai ramai. – TMZ

Pelakon Kate Bosworth dan tunangnya Michael Polish khabarnya sudah rasmi bergelar suami isteri dalam satu majlis perkahwinan tertutup yang di’adakan di Philipsburg, Montana USA pada Sabtu lalu. – US Magazine

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...