RotiKaya

RotiKaya


Shila Amzah: Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As’ari

Posted: 31 Aug 2013 01:59 AM PDT

Kalau sama sama masih bujang, hubungan rapat antara dua orang artis pastinya menjadi perhatian para peminat — lebih lebih lagi jika ‘kemesraan’ antara mereka terlihat di laman sosial seperti Instagram dan Twitter.

Baru baru ini, peminat mula berspekulasi tentang hubungan mesra antara Johan As’ari & Shila Amzah selepas gambar mereka berdua beraya bersama di’kongsikan di laman sosial.

Tidak kurang juga para peminat yang tampil dengan teori bahawa Shila Amzah merupakan gadis pilihan Johan As’ari yang masih di’rahsiakan identitinya sehingga hari ini.

Menerusi laporan GUA, Shila Amzah tampil memberikan kenyataan beliau berhubung gossip yang menjadi bualan ramai ini & berkata hubungan mereka memang rapat dari dahulu lagi dan bimbang di’tuduh perampas milik orang lain.

“Apabila timbul gosip yang kononnya saya bercinta dengan Johan As’ari, saya memang bimbang jika ada yang beranggapan saya cuba merampas teman lelaki seseorang, Maklumlah, sebelum ini Johan sudah umumkan dia akan melangsungkan pertunangan dalam tahun ini”

“Gambar yang tersebar di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan itu sebenarnya diambil ketika saya menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan Johan As’ari. Kami memang sudah lama berkawan iaitu sejak tahun 2010 lagi”

“Bahkan, emak saya dan emak Johan juga berkawan baik. Tidak ada sebarang hubungan cinta antara saya dan Johan. Saya harap peminat di luar sana tidak salah faham,” jelas Shila Amzah.

Penyanyi ini turut berkata yang beliau tidak mempunyai sebarang keinginan untuk memiliki kekasih hati ketika ini dan hanya ingin menumpukan perhatian kepada kerjayanya.

#44 Shila Amzah- Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As'ari - ROTIKAYA #41 Shila Amzah- Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As'ari - ROTIKAYA #42 Shila Amzah- Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As'ari - ROTIKAYA #45 Shila Amzah- Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As'ari - ROTIKAYA #37 Shila Amzah- Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As'ari - ROTIKAYA #39 Shila Amzah- Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As'ari - ROTIKAYA #38 Shila Amzah- Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As'ari - ROTIKAYA #43 Shila Amzah- Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As'ari - ROTIKAYA #46 Shila Amzah- Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As'ari - ROTIKAYA

JAKIM Bantah Konsert Lamb Of God, Tidak Selari Syariat Islam

Posted: 31 Aug 2013 01:06 AM PDT

Lamb of God di’jadual akan membuat persembahan buat pertama kali di Malaysia pada 28 September 2013 ini tetapi laporan media terbaru menyebut yang kehadiran kumpulan ini sudah pun menerima pelbagai bantahan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendesak pihak berkuasa tidak meluluskan permit kemasukan kumpulan metal itu ke Malaysia kerana di’khuatiri akan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkat bantahan itu di’buat berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat ayat suci al-Quran.

“Kumpulan itu juga pernah mengundang kontroversi sebagai sebuah kumpulan yang memuatkan unsur spiritual jahat dan anti ketuhanan oleh masyarakat Kristian sendiri,” ujar beliau lagi.

Datuk Othman Mustapha menambah lagi yang persembahan muzik secara keterlaluan sehingga menyebabkab penonton hilang kawalan boleh mencetuskan pelbagai masalah lain termasuk insiden pergaduhan & merosakkan harta benda awam.

Datuk Yusof Haslam: Tindakan Undang Undang Akan Tetap Diteruskan

Posted: 30 Aug 2013 09:59 PM PDT

Selaku produser dan pengalamannya hampir 30 tahun dalam industri perfileman, Datuk Yusof Haslam mewakilkan anaknya yang juga pengarah kepada filem KL Gangster 2, Syamsul Yusof yang tidak dapat hadir kerana tertekan setelah filem yang dijangka keluar pada 3 Oktober telah disebarkan oleh perompak digital sebulan lebih awal.

Melihat industri filem yang semakin tenat Datuk Yusuf Haslam menegaskan bahawa tindakan undang undang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

“Menwarwarkan kepada internet hasil karya seseorang adalah perbuatan sabotaj yang kejam dan amat menjijikkan. Sebagai penerbit dan bekas pengarah filem isu ini amat sensitif kerana melibatkan hasil karya orang lain," ujarnya yang ditemui di majlis sidang media Isu Cetak Rompak Filem KL Gangster 2.

Walaupun filem yang disebarkan itu hanyalah bahan raw yang hanya 70% peratus siap ianya tetap memberi impak kepada filem yang mensasarkan kutipan sebanyak 15 juta.

Ujar Datuk Yusuf lagi, siasatan telah mula dijalankan dan pihak Skop Production sendiri dengan kerjasama pihak berkuasa telah menubuhkan satu badan dan kini mereka telah menemui beberapa tekaan untuk mengaitkan dengan individu yang bertanggungjawab.

“Saya dengan beberapa orang telah turun ke kawasan dan menemui beberapa clue yang dapst mengaitkan individu tersebut namun tiada bukti dan selebihnya pihak berkuasa akan menjalankan siasatan lanjut.”

“Melihat dari kes ini saya tengok ianya telah dirancang awal dan amat mengejutkan kerana perkara ini pertama kali dalam sejarah perfilem Malaysia.”

Tindakan saman juga telah ditegaskan oleh Datuk akan tetap diteruskan.

“Apabila karya telah dicuri tidak akan ada kompromi dan ianya sebagai pengajaran kepada produser filem temptam yang lain oleh itu pihak kami tidak akan berdiam diri dan akan menyaman jutaan ringgit.”

Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Putra Tengku Alauddin selaku promosi turut memberitahu bahawa untuk promosi dia akan meneruskan untuk apa yang dirancang dan penukaran dari segi promosi masih lagi dalam perbincangan.

#29 Datuk Yusof Haslam- Tindakan Undang Undang Akan Tetap Diteruskan - ROTIKAYA #30 Datuk Yusof Haslam- Tindakan Undang Undang Akan Tetap Diteruskan - ROTIKAYA #31 Datuk Yusof Haslam- Tindakan Undang Undang Akan Tetap Diteruskan - ROTIKAYA #32 Datuk Yusof Haslam- Tindakan Undang Undang Akan Tetap Diteruskan - ROTIKAYA #35 Datuk Yusof Haslam- Tindakan Undang Undang Akan Tetap Diteruskan - ROTIKAYA #36 Datuk Yusof Haslam- Tindakan Undang Undang Akan Tetap Diteruskan - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...