RotiKaya |
- Farid Kamil, Diana Danielle Belum Putuskan Nama Anak
- Farid Kamil Tidak Benarkan Ibu Mertua Jumpa Cucu, Diana Danielle
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.389)
- Dengan Tiga Kali Lafaz, Ras Adiba Sah Bergelar Isteri
Farid Kamil, Diana Danielle Belum Putuskan Nama Anak Posted: 29 Jul 2013 05:28 PM PDT Pelakon kacak, Farid Kamil telah memberitahu kepada media bahawa buat seketika ini dia tidak membenarkan ibu mertuanya itu untuk melawat putera sulungnya buat sementara waktu ini. “Apabila bayi sulung kami dilahirkan ini, saya berasa begitu protective terhadap keluarga saya lebih-lebih lagi terhadap isteri dan anak kami. Oleh itu, sekiranya ibu mertua saya mahu datang untuk melawat cucunya, dia perlu berjumpa dengan saya terlebih dahulu sebelum terus berjumpa dengan mereka kerana saya tidak mahu dia bertindak di luar kawalan dan timbul pula masalah yang lain” “Saya kalau boleh tidak mahu kejadian salah faham ini mengeruhkan lagi suasana hubungan keluarga kami,” katanya ketika ditemui di pelancaran drama bersiri Astro Mustika HD berjudul Jodoh Itu Milik Kita. Sementara itu, Farid Kamil turut menjelaskan bahawa anaknya itu belum mempunyai nama kerana masih belum mendaftar kelahiran itu di Malaysia. Walaubagaimanapun, dia dan isterinya sudah mempunyai beberapa pilihan nama yang telah disenarai pendekkan untuk diberikan kepada anak sulungnya. “Setakat ini saya belum memutuskan lagi untuk meletakkan nama anak saya kerana kami masih berada di luar negara dan saya belum mendaftar kelahirannya di Malaysia. Tetapi sudah ada beberapa nama yang telah disenarai pendekkan untuk diberikan kepadanya. Oleh itu, saya berharap di bulan mulia ini, iaitu pada malam 10 terakhir Ramadhan ini saya dapat mencipta satu ilham nama yang unik dan kreatif buat putera sulung saya ini,” katanya. Farid dan isterinya, Diana Danielle juga turut bakal pulang beraya di kampung halaman masing-masing, apabila menjelangnya syawal yang akan tiba pada lebih kurang 10 hari lagi ini. ![]() ![]() ![]() ![]() “InsyaAllah sekiranya tiada aral melintang saya dan keluarga dijangka bakal beraya di Malaysia dan kemungkinan Raya pertama akan beraya di Kedah iaitu di kampungs saya dans seterusnya di kediaman Diana,” ujarnya ringkas. Untuk perkembangan terbaru, Farid Kamil akan muncul dalam drama terbaru terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd berjudul 'Jodoh Itu Milik Kita' bersama-sama dengan pelakon Tiz Zaqyah, Nabila Huda, dan yang lain-lain. Drama bersiri ini bakal menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam bermula 19 Ogos 2013 secara eksklusif hanya di saluran 134. |
Farid Kamil Tidak Benarkan Ibu Mertua Jumpa Cucu, Diana Danielle Posted: 29 Jul 2013 10:34 AM PDT Ingatkan isu Farid Kamil dan ibu mertuanya, Norsiah Ramli yang jelas tidak sehaluan sebelum ini sudah selesai mahu pun reda. Namun, berita terbaru menceritakan perkara sebaliknya. BACA: Farid Kamil Kini Ada Masalah Dengan Ibu Mertua? Ditemui di majlis sidang media drama Jodoh Itu Milik Kita semalam, Farid Kamil jelas tidak membenarkan ibu mertuanya itu bertemu dengan Diana Danielle dan anak mereka kerana bimbang. “Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri & anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka” “Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati” “Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu,” kata Farid Kamil yang ingin menyelesaikan beberapa perkara selain mendakwa ibu mertuanya itu tidak merestui perkahwinan mereka. “Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar. Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin,” tambahnya lagi. ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.389) Posted: 29 Jul 2013 10:10 AM PDT VIDEO HARI INI: Nampak tidak fanatiknya peminat Justin Bieber? Seorang pemuda dengan wajah seiras turun ke lokasi konsert untuk mengusik mereka. Hasilnya kelakar. Dalam satu temubual dengan Sunday Times Magazine, Psy mendedahkan yang beliau mempunyai tahap ketagihan alkohol yang agak teruk dan akan minum sepanjang masa. – Huffington Post Muncul di sebuah program TV, Matthew Perry dan Lisa Kudrow masing masing berharap siri TV popular Friends mempunyai lebih banyak musim & tidak berakhir 10 tahun lepas. – US Magazine Ahli termuda kumpulan Big Bang, Seungri di’laporkan akan mengeluarkan sebuah album solo tidak lama lagi dan ini merupakan album solo mini kedua selepas yang pertama sekitar 2011 lalu. – Soompi Bakal membintangi filem adaptasi novel popular Mortal Instruments, aktres muda Lily Collins berkata beliau memandang tinggi keupayaan Jennifer Lawrence dan Kristen Stewart. – Gossip Cop Melalui status terbaur beliau di Facebook, Shila Amzah kongsikan yang beliau bakal menyambut hari raya Aidilfitri kali ini di Shanghai, China atas tuntutan kerja. – Sinar Harian |
Dengan Tiga Kali Lafaz, Ras Adiba Sah Bergelar Isteri Posted: 28 Jul 2013 07:54 PM PDT Bekas pengacara TV3, Ras Adiba Radzi, 45, selamat diijabkabul semalam bersama lelaki pilihan yang juga penasihat kewangan, Ilias Yaakop, 45, bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Ras Adiba yang tampil menarik dengan gayanya tersendiri telah dinikahkan oleh bapanya, Mohd. Radzi Wahab, 73, pasangan berkenaan disatukan dengan tiga kali lafaz sekitar jam 6.10 petang semalam. Pada majlis tersebut Ras menerima mas kahwin RM99 dan wang hantaran RM10,000. Pihak lelaki turut memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan. Ras Adiba yang mengalami lumpuh dari pinggang hingga hujung kaki disebabkan dari kemalangan yang dialami sekitar tahun 2002 pernah mengalami saat duka apabila perkahwinan bersama jejaka Perancis yang sepatutnya berlangsung seminggu sebelum tarikh bernikah akhirnya terputus disebabkan keluarga pihak lelaki bimbang anak mereka akan mengalami masalah jika berkahwin dengan OKU seperti dirinya. ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.