RotiKaya |
Aeril Zafril Main Tarik Tali bercinta Dengan Wawa Zainal? Posted: 28 Jul 2013 02:44 PM PDT Jika sebelum ini Aeril Zafril pernah dikaitkan bercinta dengan Ummi Nazeera namun masing-masing memberitahu bahawa tiada apa yang berlaku, kini Aeril Zafril dikaitkan pula dengan artis yang semakin meningkat naik, Wawa Zainal. Gosip tersebut dengarnya bermula selepas masing-masing digandingkan di dalam filem terbitan MIG berjudul “7 Petala Cinta” tahun lalu, namun tiada pengesahan dari mereka berdua & masing-masing dengarnya pandai menyimpan rahsia sehingga tiada siapa dapat menghidu bahawa mereka kini benar-benar bercinta. Apa yang menguatkan cerita tersebut adalah Wawa Zainal sanggup meninggalkan keretanya kepada Aeril ketika pulang ke kampung di Lahad Datu, Sabah dan Aeril Zafril pula bersedia membayar ganti rugi di atas kehilangan kereta yang dijaganya itu. Menurut laporan Berita Harian, Wawa Zainal yang sudah berada di Sabah hampir sebulan kerana menjalani rawatan tradisional dan tidak menjawab panggilan telefon dan juga sms. Padankan mereka berdua? |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.388) Posted: 28 Jul 2013 07:00 AM PDT VIDEO HARI INI: Masih dalam suasana Ramadan, video terbaru Mat Luthfi ini mengajar kita melihat kehidupan dengan lebih positif. Semakin positif nampaknya hubungan pasangan ini selepas Justin Bieber di’lihat hadir ke majlis sambutan hari kelahiran Selena Gomez di Malibu, California baru baru ini. – Just Jared DJ Khaled mencipta kontroversi baru baru ini dengan mengumumkan beliau jatuh cinta dengan Nicky Minaj melalui siaran di MTV dan mengakui ianya sesuatu yang serius. – US Weekly Penyanyi ikonik, Lady Gaga mengambil keputusan untuk tampil berbogel untuk album terbaru beliau yang akan muncul pada 19 Ogos nanti berjudul ARTPOP. Seksi! – Huffington Post Penyanyi Erra Fazira menasihatkan gadis beragama Islam di negara ini supaya akur dengan perundangan negara yang melarang mereka daripada menyertai pertandingan ratu cantik. – mStar Online Kajian ringkas ini membuka persoalan tentang sama ada kumpulan idol wanita di Korea menjana lebih pendapatan jika tampil dengan imej seksi untuk lagu mereka. Hmm. – allkpop |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.