RotiKaya |
- Kekal Solo Selepas Putus Tunang — Fizz Fairuz: Ada Kerabat Cuba Jadi Kekasih Saya
- Haliza Misbun Dakwa Pelakon Sekarang Tiada Ilmu Lakonan, Hanya Popular
- Farah AF Nafi Mencuri Seperti Didakwa, Hanya Salah Faham
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.385)
Kekal Solo Selepas Putus Tunang — Fizz Fairuz: Ada Kerabat Cuba Jadi Kekasih Saya Posted: 23 Jul 2013 06:21 PM PDT Biasa terjadi, bila sesorang sudah kembali single pasti ramai yang akan cuba untuk mendekati. Tidak terkecuali, pelakon popular Fizz Fairuz. Setelah kisah dia putus tunang dengan isteri orang dan putus cinta dengan Almy Nadia, Fizz Fairuz akui terlalu ramai yang datang mencuba nasib. Tidak ketinggalan dari golongan kerabat. Akui Fizz, mungkin sikap ramah dan mudah mesra dirinya sering disalah tafsir oleh gadis-gadis ini. “Saya memang cepat mesra. Sebab benda tu buat orang rasa macam saya ni bagi bagi harapan. Sebenarnya takde. Orang yang salah faham” Ditanya hubungannya bersama Almy Nadia, jelasnya hubungan mereka tidak lebih dari sekadar teman. Berbeza dengan dulu. Keadaan tidak sama macam sebelumnya. Mereka masih berkawan seperti biasa. Masih professional apabila melibatkan kerja. Malah baru-baru ini Fizz baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersama Almy untuk RTM, sebanyak 13 episod. Ditanya tentang penerimaan ibunya tentang hubungan bersama Almy, jelas Fizz ibunya sesekali ada bertanya tentang Almy. Malah menyokong Fizz berbaik kembali dengan Almy. ![]() ![]() ![]() ![]() Nyata Fizz tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia takut untuk meletakan sasaran untuk berumah tangga. Ibunya yang kini sedang sakit sering bertanya bila dia akan berkahwin. “InshaAllah kalau ada rezeki, saya akan kahwin tahun ini atau mungkin tahun depan. Mak saya sekarang pun tengah sakit. Hari-hari dia tanya saya bila saya nak kahwin. Saya sendiri tak tahu” “Kadang-kadang ada juga mak cuba jodohkan saya dengan anak kawan-kawan dia tapi masalahnya saya pula tak berkenan. Apa-apa saya serah jodoh pada Allah” Bercerita mengenai raya, seperti kebiasaan tahun-tahun sudah, Fizz akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya kedua. Dia akan mula bercuti raya pada 5 Ogos dan kembali bekerja pada 15 Ogos. ![]() ![]() ![]() ![]() |
Haliza Misbun Dakwa Pelakon Sekarang Tiada Ilmu Lakonan, Hanya Popular Posted: 23 Jul 2013 05:44 PM PDT Masih ingat dengan filem Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Cinta? Ia merupakan filem terakhir lakonan dan arahan Haliza Misbun. Lama dunia hiburan sepi tanpa sebarang berita dari pemilik nama ini. Dalam pada senyap itu dia rupanya berehat dan menggunakan masa tersebut merantau ke beberapa buah negara. Imej terbarunya dilihat jauh berbeza dengan sebelum ini. Lebih segar. Menampakkan dirinya jauh muda dari usia sebenar. Susuk tubuhnya semakin langsing. Jelas Haliza, dia mengamalkan senaman jogging setiap hari sejak 10 tahun dulu lagi. Usianya yang mencecah 40 tahun langsung tidak menampakkan dirinya diusia tersebut. Senyuman tidak lekang di wajahnya. Mungkin itu membuatkan Haliza awet muda. Malah katanya, di usia 40 tahun, dia tidak rasa seperti 40. Jiwa dan semangatnya tidak pernah rasa tua. Dia sentiasa teruja dan bersemangat malah lebih matang. Haliza merupakan kakak ipar kepada Awie, yang berkahwin dengan adiknya Rozana Misbun. Seorang lagi adik Haliza, Amanda Misbun juga telah berumahtangga dan sudah memiliki seorang anak. Di usia yang sudah memasuki angka 40′an, dia tidak pernah rasa sunyi meskipun belum berumah tangga. Dia sangat menikmati kehidupan solonya. Namun, jika ada lelaki yang sudi dan sanggup untuk berkahwin dengannya, dia sentiasa bersedia. Ibu bapanya sendiri sudah berhenti bertanyakan soal kahwin. Bukan tidak ada yang mendekati, tapi jelas Haliza, semua dianggapnya sebagai teman biasa. ![]() ![]() ![]() ![]() Jika sebelum ini dia memang akui cerewet memilih pasangan. Dia lebih tertarik dengan orang luar, tapi sekarang dia tidak kisah bangsa apa pun yang datang mendekatinya asalkan bukan suami orang. Yang terbaru, dia akan mengeluarkan sebuah novel yang ditulis sendiri olehnya. Jelas Haliza dia kini sudah tidak berlakon. Jadi dia mencurahkan segala kreativitinya diatas kertas dan dijadikan naskah novel. Haliza sudah lama tak menerbitkan filem mahupun drama. Dia menambah, kebanjiran artis-artis sekarang nyata tidak dikenalinya. Tambahan sudah setahun tidak memiliki televisyen dirumah. Kebanyakkan sumber isu semasa diperolehnya dari internet. Dia lebih banyak menghabiskan masanya dengan membaca. Terang Haliza lagi, artis zaman sekarang jauh bezanya dengan dahulu. “Saya tak nampak lagi yang boleh lawan pelakon masa batch saya dulu. Contohnya macam Sofea Jane, Umie Aida. Yang sekarang, they don't even know about acting. Dorang ni popular tapi tak lasting” Dia menambah senyap dari dunia hiburan bukan kerana merajuk malah dia sangat rindu untuk berlakon. Akan tetapi masih belum berjumpa skrip yang benar-benar berbaloi. ![]() ![]() ![]() ![]() |
Farah AF Nafi Mencuri Seperti Didakwa, Hanya Salah Faham Posted: 23 Jul 2013 05:22 PM PDT Sepanjang minggu lalu, Farah AF atau nama sebenarnya Farah Diana Anuar menjadi tumpuan ramai apabila beliau di’tuduh mencuri dan terlibat dengan kes mencuri di set penggambaran sebuah program TV. Pengacara Nasi Lemak Kopi O ini di’tuduh sering tidak memulangkan baju yang di’pinjamkan untuk tujuan penggambaran & satu ketika ada satu pihak yang cuba untuk menguji kejujuran Farah AF ini. Pihak tersebut meletakkan kertas kertas yang dicetak seperti wang kertas ke dalam poket baju yang dipinjamkan kepadanya — apabila dipulangkan, kertas yang konon-kononnya duit itu hilang begitu sahaja. “Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk sebegitu pada bulan Ramadan ini. Ceritanya macam ini, setelah selesai mengacara, saya ke bilik persalinan untuk menukar baju dan di situ terdapat banyak baju. Ketika saya nak pakai tudung, saya ternampak duit yang sudah terkeluar dari satu poket baju. Saya tak tahu mengapa saya terlalu baik hati untuk mengambil dan berniat untuk memulangkan semula duit tersebut kepada pihak yang sepatutnya” “Kebetulan, ayah saya merupakan bekas pengawal keselamatan di TV3. Jadi, saya fikir untuk menyerahkan duit tersebut kepada ayah saya. Ini kerana ayah saya kenal dengan ramai pengawal di situ dan tahu ke mana duit itu sepatutnya dibawa,” jelas Farah AF kepada Kosmo! hari ini. Ketika kejadian itu berlaku, Farah AF mengakui hampir pengsan dengan tuduhan serta cercaan yang di’lemparkan kepadanya dan usaha beliau untuk menghubungi ayah serta suaminya gagal kerana telefon bimbit kehabisan bateri. Menurut Farah AF lagi, isu duit itu sudah pun selesai dan menurutnya tuan empunya duit itu lebih bersahaja dengan isu ini berbanding orang di’sekeliling yang melebih lebih. ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.385) Posted: 23 Jul 2013 09:54 AM PDT VIDEO HARI INI: Ada peminat motor Vespa di sini? Ini video grafik yang menceritakan evolusi motosikal penuh ikonik ini. Baru semalam kita lihat gambar terbaru aktress ini dan hari ini khabar baru mengatakan Penelope Cruz telah selamat melahirkan bayi perempuan di Madrid, Sepanyol. – Just Jared Bintang remaja, Selena Gomez berkata beliau akan lebih berhati hati apabila bercinta lagi selepas ini berdasarkan pengalaman cinta bersama Justin Bieber yang putus baru baru ini. – US Magazine Bekas suami kepada Abby Abadi, Norman Hakim berkata beliau tidak pun terkejut dengan berita pernikahan wanita itu dengan sorang lelaki muda kerana sudah menghidu hubungan mereka lebih awal. – mStar Online Dalam video muzik terbaru untuk single terbaru mereka berjudul Best Song Ever, One Direction telah menyelitkan fesyen terkini mengambil inspirasi dari kumpulan k-pop, B.A.P. – Soompi Filem seram terbaru Hollywood yang menjadi bualan, The Conjuring berjaya mendahului jumlah kutipan tiket wayang di USA dan juga Kanada sepanjang hujung minggu lalu dengan US$41.9 juta. – Bloomberg |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.