koleksi gambar artis malaysia dan indonesia | ![]() |
- Datin Umi Kalthum meninggal dunia
- Gambar terbaru Irma Hasmie bersama suami dan anak
- Enot Pasrah Bercerai Kali Kedua
- Neelofa Duta Terbaru Aplikasi LINE
- Gambar terkini Anak Zahiril & Shera
- Pekin Sudah Bertunang Dengan Uqasha Senrose?
Datin Umi Kalthum meninggal dunia Posted: 23 Jul 2013 07:20 PM PDT |
Gambar terbaru Irma Hasmie bersama suami dan anak Posted: 23 Jul 2013 07:10 PM PDT |
Enot Pasrah Bercerai Kali Kedua Posted: 23 Jul 2013 06:57 PM PDT ![]() Pelakon dan pelawak, Enot mengakui sedia meneruskan hidup tanpa suami setelah nekad memfailkan cerai terhadap suaminya, Zainul Abidin Mat Noor, 42, di Pejabat Agama Kajang pada awal Mac lalu. Langkah ini diambil setelah menyedari pelbagai langkah yang diambil sejak beberapa lama untuk menyelamatkan rumah tangga mereka tidak membuahkan hasil. "Ini sahaja jalan yang ada bagi menyelesaikan masalah kami suami isteri. Saya harap dapat meneruskan kehidupan macam biasa selepas ini dan ingin bina hidup baru bersama anak-anak. "Hidup mesti diteruskan. Cuma saya tidak boleh menceritakan punca hubungan kami retak," ujar Enot kepada mStar Online. Menyentuh kes perceraiannya, Enot menjelaskan proses cerai masih berlangsung memandangkan suaminya, Zainul telah menghilangkan diri sejak sebulan lalu dan sudah dua kali gagal hadir ke mahkamah. Ini adalah perkahwinan kedua Enot selepas bercerai pada 2006 dan dikurniakan dua anak iaitu Andriana Balqis, 12, dan Ariana Qaseh Qistina, 6, daripada perkahwinan terdahulunya. LINK SOURCE http://mediahiburan.karangkraf.com/memang-hot/enot-pasrah-bercerai-kali-kedua-1.148200 |
Neelofa Duta Terbaru Aplikasi LINE Posted: 23 Jul 2013 06:56 PM PDT ![]() Selepas Siwon, pelakon dan pengacara popular, Neelofa telah dilantik sebagai duta untuk aplikasi komunikasi popular, LINE. ![]() Sempena pelantikan ini juga, pelbagai strategi promosi telah diatur seperti iklan untuk siaran TV dan billboard yang menampilkan Lofa sebagai tarikannya. Sehingga hari ini aplikasi LINE telah mengumpul hampir 130 juta pengguna meliputi 231 buah negara di seluruh dunia. |
Gambar terkini Anak Zahiril & Shera Posted: 23 Jul 2013 06:46 PM PDT ![]() ![]() Sejak awal kelahiran lagi, pasangan Zahiril Adzim dan Shera Aiyob belum pernah berkongsi gambar penuh bayi sulung mereka yang bernama Nadi Anaqi ini. Mungkin mereka berpegang kepada prinsip tertentu atau sekadar mengikut pesan orang-orang tua. Namun begitu, Shera telahpun berkongsi gambar buah hati ciliknya itu buat pertama kali di laman Instagram sebaik sahaja Anaqi genap berusia sebulan pada 19 Julai yang lepas. Sebelum ini, hanya jari-jemari dan beberapa bahagian wajah Anaqi sahaja yang dikongsikan oleh Zahiril, namun kali ini peminat berpeluang melihat kecomelan sebenar anak pasangan selebriti ini. Jika diamati betul-betul, wajah Anaqi lebih lebih iras kepada bapanya sehingga ada peminat yang menggelar Anaqi sebagai Zahiril Junior. Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik. Apapun, jom tengok beberapa keping foto comel Nadi Anaqi dan Shera Aiyob yang sedang berpantang di bawah. Semoga terhibur! |
Pekin Sudah Bertunang Dengan Uqasha Senrose? Posted: 23 Jul 2013 06:42 PM PDT ![]() Sebelum ini melalui gambar yang dimuatnaik oleh pelakon Uqasha Senrose menimbulkan tanda tanya tentang hubungan cintanya bersama pelakon Pekin Ibrahim. Ada gosip yang mendakwa mereka telah pun berpisah. Namun, Pekin tampil membuat pengesahan bahawa hubungan mereka masih lagi berjalan seperti biasa dan tidak mempunyai sebarang masalah. "Memang kebelakangan ni status dia nampak sedih sebab dia mengadu terlalu penat shooting disebabkan jadual pengambaran yang padat. Sebenarnya puisi tu tak bermaksud apa-apa pun," ujar Pekin Ibrahim. Malah, Pekin juga membuat pengakuan bahawa dia dan keluarganya telah pun menghantar rombongan merisik dan telah pun bertunang pada awal bulan ini. "Ya, saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini," kata Pekin Ibrahim tanpa berkongsi sebarang butiran lanjut. |
You are subscribed to email updates from Koleksi Gambar Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.