RotiKaya

RotiKaya


Asia Super Showcase 2013 — AOA Janji Aksi Terbaik Dengan Girl’s Generation

Posted: 16 Apr 2013 06:19 PM PDT

Gelombang kpop di Malaysia di’teruskan dengan penganjuran kedua Asia Super Showcase selepas kejayaan siri konsert yang sama sekitar penghujung 2012 yang lalu. Siapa pergi? Heh.

Kali ini, Asia Super Showcase 2013 bakal menampilkan tiga nama dari industri hiburan Korea iaitu Girl’s Generation (SNSD) yang pernah singgah di Malaysia tahun lalu & juga AOA.

Menariknya, AOA (Ace of Angel) telah hadir ke satu sidang media yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam yang sebenarnya jarang di’lakukan oleh artis luar negara yang ingin mengadakan konsert di’sini.

AOA yang boleh di’katakan masih baru dalam industri hiburan berkata mereka tidak sabar untuk menghiburkan para peminat mereka di Malaysia memandangkan ini konsert pertama mereka di luar Korea.

“Kami teruja. Tidak sabar mahu menghiburkan peminat di Malaysia dan memandangkan ini konsert luar negara kami yang pertama, jadi kami agak gementar. Tapi kami akan berikan satu persembahan yang indah, akan diingati peminat dan aksi yang hangat,” ujar wakil kumpulan AOA.

AOA juga akan berkongsi pentas dengan girl group paling berpengaruh di Korea, Girl’s Generation (SNSD) yang akan datang sebagai kunjungan kali kedua mereka ke’sini & satu lagi kumpulan yang masih di’rahsikan.

Asia Super Showcase 2013 bakal berlangsung pada 12 Mei 2013 ini bertempat di Stadium Malawai, Shah Alam di’bawah anjuran Marctensia Concerts dan Universal Music Malaysia.

Kepada anda yang berminat untuk menghadiri konsert ini & kami pasti ramai antara anda, dapatkan tiket dengan harga bermula pada RM223 & maklumat lanjut menerusi Facebook Marctensia Concerts.

ROTIKAYA_116 AOA (Ace of Angel) Janjikan Aksi Terbaik Bersama SNSD Di Asia Super Showcase 2013 - ROTIKAYA ROTIKAYA_117 AOA (Ace of Angel) Janjikan Aksi Terbaik Bersama SNSD Di Asia Super Showcase 2013 - ROTIKAYA ROTIKAYA_118 AOA (Ace of Angel) Janjikan Aksi Terbaik Bersama SNSD Di Asia Super Showcase 2013 - ROTIKAYA ROTIKAYA_119 AOA (Ace of Angel) Janjikan Aksi Terbaik Bersama SNSD Di Asia Super Showcase 2013 - ROTIKAYA ROTIKAYA_120 AOA (Ace of Angel) Janjikan Aksi Terbaik Bersama SNSD Di Asia Super Showcase 2013 - ROTIKAYA ROTIKAYA_121 AOA (Ace of Angel) Janjikan Aksi Terbaik Bersama SNSD Di Asia Super Showcase 2013 - ROTIKAYA ROTIKAYA_122 AOA (Ace of Angel) Janjikan Aksi Terbaik Bersama SNSD Di Asia Super Showcase 2013 - ROTIKAYA ROTIKAYA_123 AOA (Ace of Angel) Janjikan Aksi Terbaik Bersama SNSD Di Asia Super Showcase 2013 - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Emma Ma’embong Dikaitkan Pula Sebagai Kekasih Zizan?

Posted: 16 Apr 2013 05:25 PM PDT

Ingat semalam kecoh dunia hiburan apabila Zizan Razak mengakui yang dirinya kini sudah mempunyai seseorang yang bertakhta di’hati? Ada pula mulut mengatakan ia’nya adalah Emma Ma’embong.

Namun aktress muda ini pantas menafikan khabar angin yang mengatakan beliau kini sedang bercinta dengan Zizan Razak. Tiada angin, tiada ribut tiba tiba nama Emma Ma’embong tersangkut.

“Sekarang ini saya berada di bawah syarikat milik Zizan, Wire Fame Sdn. Bhd. bersama dengan Johan Asa?ari dan Kaka”

“Bila kita sudah berada di bawah satu bumbung, memang akan rapatlah sebab kita kerja bersama, itu sahaja,” ujar Emma Ma’embong.

Mungkin kehadiran Emma Ma’embong di majlis sambutan ulangtahun kelahiran Zizan Razak menjadi punca khabar angin tidak berasas ini. Tidak ramai yang tahu Emma Ma’embong artis naungan Zizan Razak, kan?

ROTIKAYA_108 Emma Ma'embong Nafi Kekasih Zizan Razak - ROTIKAYA ROTIKAYA_109 Emma Ma'embong Nafi Kekasih Zizan Razak - ROTIKAYA ROTIKAYA_110 Emma Ma'embong Nafi Kekasih Zizan Razak - ROTIKAYA ROTIKAYA_111 Emma Ma'embong Nafi Kekasih Zizan Razak - ROTIKAYA ROTIKAYA_112 Emma Ma'embong Nafi Kekasih Zizan Razak - ROTIKAYA ROTIKAYA_113 Emma Ma'embong Nafi Kekasih Zizan Razak - ROTIKAYA ROTIKAYA_114 Emma Ma'embong Nafi Kekasih Zizan Razak - ROTIKAYA ROTIKAYA_115 Emma Ma'embong Nafi Kekasih Zizan Razak - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Levi’s® Meraikan Gemilang 140 Tahun Jenama 501®

Posted: 16 Apr 2013 05:13 PM PDT

Sedar atau tidak oleh sesiapa, Levi's® 501® telah pun berusia 140 tahun dan dengan usia sebegini bukan satu perkara asing untuk mengaitkan ikon pakaian ini dengan sejarah fesyen dunia.

Bermula sebagai pakaian keperluan untuk kerja berat sehinggalah menjadi pilihan barisan selebriti, filem Hollywood sehingga ke Presiden USA sendiri, tiada yang lebih bergaya & ikonik berbanding jeans biru Levi's® 501®.

Dan, Levi's® 501® kembali dengan penampilan yang lebih segar sesuai dengan gaya hidup masa kini — termasuk diri anda.

Levi's 501 - heritage

Untuk meraikan gemilang 140 tahun jenama 501®, Levi's® telah memulakan pengumpulan gaya dari peminat jeans ikonik ini dari seluruh dunia melalui sebuah laman web khas.

Beberapa jemputan khas dari kalangan mereka yang cintakan fesyen telah di’jemput untuk menjayakan kempen ini dan anda juga di’jemput untuk menghantar intrepetasi gaya Levi's® 501® melalui levis501.com.

Perkenal Koleksi Bukan Denim Levi's® 501® Pertama

Bersempena meraikan 140 tahun Levi's® 501®, barisan koleksi bukan denim di’perkenalkan buat pertama kali yang masih mengekalkan identiti fesyen & bahasa universal 501®.

Rekaan moden pada koleksi bukan denim Levi's® 501® kelihatan dengan elemen menampakkan bayangan tubuh badan si pemakai lebih mampat, lebih selesa di bahagian pinggang, kocek lebih besar untuk memuatkan telefon pintar terkini — elemen yang penting di zaman sekarang ini.

Jika anda tanyakan kepada kami yang merupakan peminat tegar jeans Levi's® 501®, koleksi bukan denim jenama ini memang satu tambahan penting untuk gaya harian — tidak melampau jika kami katakan ianya mampu mencuri ruang simpanan tetap dalam almari anda.

Memetik kata kata Presiden Jenama Levi's®, James Curleigh dalam satu majlis meraikan 140 tahun Levi's® 501® di’sekitar anugerah Grammy baru baru ini — bila seseorang mencari sesuatu dalam almari, ada satu satu tempat yang selalu dicapai & Levi's® berjaya temui tempatnya dalam almari ramai orang.

Koleksi bukan denim Levi's® 501® sudah boleh didapati di kedai kedai bermula Februari 2013 yang pada harga antara RM299 hingga RM399 — dan pastinya rekaan klasik Levi's® 501® untuk menambah koleksi anda.

Inginkan informasi yang terbaru berkaitan Levi's® 501®, anda wajar ikuti perkembangan mereka di Facebook facebook.com/levis & melalui Twitter (@LevisMY) atau laman web rasmi mereka www.levi.com.my :)

Levi's 501 - San Francisco Contest

Seperkara lagi, Levi's® Malaysia telah menjalankan satu peraduan khas di’mana anda kini berpeluang untuk memenangi percutian untuk dua orang ke bumi kelahiran Levi's® 501® iaitu San Francisco, USA — berserta baucer membeli belah. Untuk maklumat lanjut, layari levi.com.my.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Isu Bercinta: Uqasha Senrose Mahu Keluar Dari MIG

Posted: 16 Apr 2013 05:12 PM PDT

Belum reda rupanya kisah percintaan Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose ini. Dari tersebarnya gambar mereka berpegangan tangan sehinggalah pihak pengurusan mereka yang merasa kurang senang.

Kosmo! melaporkan yang Uqasha Senrose berhasrat untuk meninggalkan pihak pengurusan MIG Talent selepas kontrak beliau bersama mereka tamat & kini masih berbaki selama tujuh bulan.

Namun apabila di’ajukan sama ada hasrat untuk keluar dari MIG ini ada kaitan dengan isu bercinta bersama Pekin Ibrahim, Uqasha Senrose pantas menafikan dakwaan tersebut.

“Tidak. Saya memang bercadang keluar daripada MIG sebelum kenal Pekin Ibrahim lagi. Tolonglah saya tidak mahu mengulas lagi perkara ini,” jelas Uqasha Senrose ringkas.

Sementara itu, Pekin Ibrahim yang di’minta mengulas perkara ini berkata yang Uqasha Senrose mampu pergi jauh kerana bakat yang di’miliki walaupun bukan berada di’bawah pengurusan MIG.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.318)

Posted: 16 Apr 2013 12:00 PM PDT

VIDEO HARI INI: Anda mungkin mengenali Alison Brie menerusi sitkom popular Community dan ini adalah beliau meniru meme popular di internet dengan wajah comel beliau. She’s awesome!

Neelofa berkata yang beliau tidak terasa dengan reaksi Tasha Shilla ketika beliau tidak memenangi anugerah Pengacara TV Popular pada ABPBH 2012 yang lalu. Apa Tasha Shilla buat? – Malaysian Digest

Selepas melihat gambar beliau ketika berusia 19 tahun, Amanda Seyfried tidak berpuas hati kerana saiz payudara beliau ketika itu lebih besar berbanding ketika ini. Pun boleh jadi isu? – US Weekly

Dengan Psy sekali lagi menguasi pentas Youtube dengan video muzik terbaru beliau, ini infografik ringkas berkaitan di’manakah bintang veteran Youtube berada kini. Heh veteran. – Visual.ly

Ini berita yang mengejutkan dunia hiburan Korea sebenarnya, Hyeri dari kumpulan Girl’s Day di’laporkan kini sedang berpacaran dengan Tony Ahn (H.O.T) yang berusia 16 tahun lebih tua. – Soompi

Pelakon Jamie Foxx seperti di’ketahui akan membawa watak antagonis Electro dalam filem sekual The Amazing Spider-Man 2 dan ini pandang pertama sekitar set penggambaran filem tersebut. – Just Jared


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Aishah Bakal Mencabar Bekas MB Negeri Sembilan Di Jempol

Posted: 15 Apr 2013 10:21 PM PDT

Okaylah kami sentuh sedikit tentang pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) yang bakal berlangsung pada 5 Mei 2013 nanti. Ini pun kerana ada calon bertanding berstatus selebriti dalam senarai. Heh.

Barisan Nasional (BN) hari mengumumkan yang mereka mencalonkan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad untuk mencabar calon PAS, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.

Pencalonan Aishah untuk bertanding pada PRU 13 ini di parlimen Jempol mendapat perhatian ramai peminat dunia hiburan dan kini beliau akan berhadapan dengan pengerusi Felda tersebut.

Kami suka dengan cakap cakap yang di’laporkan oleh Malaysia Kini yang pertembungan dua individu ini di Jempol, Negeri Sembilan merupakan ‘Janji Ditepati’ Isa vs ‘Janji Manismu’ Aishah.

Kerana Janji Manismu adalah lagu popular Aishah & Janji Ditepati adalah motto atau slogan yang di’perjuangkan oleh parti di’wakili Tan Sri Isa Samad, get it? Get it? Ah. Good luck Aishah!


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Spotify Kini Dilancarkan Untuk Kegunaan Pengguna Malaysia

Posted: 15 Apr 2013 06:00 PM PDT

Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang sedia popular dibeberapa buah negara.

Setelah hanya eksklusif diluar Asia sebelum ini, hari ini Spotify turut sama melancarkan perkhidmatan mereka untuk pengguna tempatan, sekaligus membolehkan pengguna tempatan menikmati perkhidmatan tersebut.

Untuk pengguna tempatan, Spotify menyediakan kedua-dua versi, iaitu versi percuma yang membolehkan anda mendengar pelbagai jenis lagu, dan juga versi berbayar pada langganan RM14.90 sebulan.

Spotify Malaysia Kini Dibuka - ROTIKAYA

Dari segi pilihan lagu pula, bukan lagu-lagu antarabangsa sahaja yang disediakan, tetapi turut menyertakan pelbagai pilihan lagu tempatan.

Bagi yang berminat, anda boleh melayari laman Spotify hari ini, dan memuat-turun sebuah klien khas dan mula mendengar pelbagai lagu secara percuma melaluinya. Selain daripada Malaysia, Spotify juga turut sama dilancarkan untuk pasaran Singapura.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

2 comments:

  1. I am very greatfull to you as you shared this.I am recently developing associate app spotify premium android apk
    that is you may have an interest to seem on that :

    ReplyDelete

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...