RotiKaya

RotiKaya


Azwan Ali Bakal Bertanding PRU 13 Sebagai Calon Bebas

Posted: 28 Feb 2013 08:17 PM PST

Ah ini kelakar jika di’pandang dari sudut apa sekali pun. Sedang rakyat Malaysia berdebar menantikan tarikh pembubaran parlimen, Azwan Ali tampil memberikan kenyataan kontroversi beliau.

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Azwan Ali menyatakan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) atas dasar percaya dengan pengaruh beliau sebagai selebriti terkenal.

“Ya, saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada pilihanraya akan datang. Alhamdulillah maklum balas saya terima sangat menggalakkan”

“Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti,” ujar adik kepada Azmin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini.

“Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba untuk bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh,” tambah Azwan Ali yang tidak mahu menyertai mana mana parti politik.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...