MediaMalaya |
Pencuri RM50 ribu Lisa Surihani di dakwa, tidak mengaku bersalah Posted: 28 Feb 2013 07:12 PM PST Tahniah PDRM kerana menyelesaikan kes ini tidak sampai 6 bulan! Mungkin sebab public figure kot. Kami nak setelkan kes mahkamah pun mahu berbulan-bulan. Heh. Seorang bekas kerani bank, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan terhadap dua pertuduhan mengeluarkan wang milik pelakon Lisa Surihani Mohamed dan ibunya berjumlah RM50,772.40 Januari lepas. Shawallinah Jaffar, 31, dari Kudat, Sabah didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Tas, di Taman Pandan Damai, Kuantan antara 7 dan 10 Januari lepas. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan sekeping kad mesin teller automatik (ATM) milik Lisa dan boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun dengan sebatan dan didenda. |
Salih Yaacob ingin bersara kerana video berbaur politik Posted: 28 Feb 2013 05:30 PM PST Kami tak faham kenapa ada orang begitu sensitif bila video menyindir seperti ini keluar walhal lebih banyak video memperlekehkan kerajaan tiada pula orang ambil pusing. Baru-baru ini Salih Yaacob telah di ugut peminat untuk diboikot gara-gara video ini yang berbaur politik. Kami lihat di situ, tiada pula menunjukkan mana-mana lambang parti di MALAYSIA tetapi di dapati ramai peminat yang sentap mak enon dengan video ini. Tengok sahaja rating-nye dan komen-nye, ramai betul penganalisis tidak bertauliah. Heh. Ketika dihubungi media, Salih menjawab “Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan.” Pada pendapat kami, “hak bersuara hak kami” malah itu juga yang dilaung-laungkan semue orang dan peminat yang cuba memboikot Salih, bukan? Jadi ngapain dong anda sentap dengan video seperti ini? Kepada pakcik Salih, janganlah bersara, kita dah lah kurang artis multitasking macam pakcik. Setakat suara-suara halus ni, pakcik abaikan je. Bagi gula nanti senyap balik lah diorang. :p Video kontroversi selepas ini. |
You are subscribed to email updates from Media Malaya To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.