RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.103)

Posted: 25 Apr 2012 10:37 AM PDT

Berita baik untuk anda yang tidak sabar untuk ke Legoland Malaysia, taman tema pertama di Asia yang bertemakan LEGO ini bakal di’buka pada September 2012. Jauh lebih awal dari tarikh pembukaan asal. Belanja kami tiket boleh? – 7 News

Majalah hiburan dan juga gaya hidup popular, People telah menobatkan Beyonce sebagai Wanita Paling Cantik untuk tahun 2012 & sebagai komen Beyonce berkata beliau merasa lebih cantik kini selepas melahirkan anak sulung. – LA Times

Kalau anda peduli, Maulana AF8 berkata beliau akan berpindah ke United Kingdom untuk mencuba nasib selepas berjaya ke pusingan kedua X Factor sekitar Januari lalu. Dan, untuk buka restoran Melayu. Bagus! – mStar Online

Gossip bertebaran yang mengatakan isteri Tom Cruise, Katie Holmes (gambar) kini sedang mengandung anak kedua dan wakil aktress popular itu tampil menafikan sebarang berita berkaitan gossip tersebut. – Just Jared (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gossip: Penyanyi Popular Kini Kehilangan Pengurus, Bakal Juga Hilang Suami?

Posted: 25 Apr 2012 09:07 AM PDT

Kejam bukan kami asyik bergossip tentang kisah rumahtangga selebriti yang di’landa masalah. Seperti kami ini tidak punya rumahtangga sendiri untuk di’jaga. Hmm.

Lewat petang tadi, sebuah gossip yang agak liar & tidak tahu mana punca timbul di’ruangan gossip forum hiburan popular, Cari tentang seorang penyanyi wanita yang popular ini.

Aktivis gossip (dan, sejak bila wujud terma aktivis gossip?) ini menulis yang penyanyi popular ini sedang di’landa masalah dalam rumahtangga beliau dek sikap diri sendiri yang semakin menjadi jadi kebelakangan ini.

Suami si penyanyi popular ini ramai yang sedia maklum baru sahaja berhenti daripada menjadi pengurus aktiviti seni beliau dan kini ada khabar angin liar mengatakan sang suami sudah bosan dengan si isteri.

Penyanyi popular ini di’khabarkan kembali kepada perangai lama beliau yang gemar bersosial dan pulang lewat malam ke rumah dan si suami sudah pun berfikir banyak kali untuk meneruskan usaha perjuangan seni beliau.

Apabila di’fikirkan balik, pasangan ini baru sahaja muncul di media mengatakan yang mereka sedang bahagia dengan perkahwinan mereka selain sedang merancang untuk menimang cahayamata. Gossip liar adalah gossip liar, bukan? (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Berkat Pengalaman, Aznil Hj. Nawawi Kini Bergelar Ketua Personaliti TV Astro

Posted: 25 Apr 2012 09:06 AM PDT

Kalau hari ini anda tanyakan kepada sesiapa pun, siapakah personaliti televisyen yang paling anda ingati kerana bakat & berkaliber, Aznil Hj. Nawawi pasti tidak tercicir dari senarai.

Perjalanan karier Aznil Hj. Nawawi yang mencecah hampir 22 tahun nampaknya mendapat perhatian pihak Astro yang secara rasmi melantik beliau sebagai Ketua Personaliti TV Astro.

Tugas baru yang di’galas ke bahu Aznil Hj. Nawawi itu bakal menyaksikan pengacara popular ini membentuk bakat bakat baru juga mereka yang hadir dari bidang lain sebagai personaliti TV yang hebat.

Aznil Hj Nawawi mengumumkan berita gembira itu kepada para hadirin yang datang ke sidang media memperkenal barisan 20 perantis personaliti TV menerusi rancangan ON AIR.

“Selain daripada bakat bakat baru yang kita lihat hari ini, saya juga akan bertanggungjawab membentuk & mengajar wajah eksklusif Astro seperti Aaron Aziz, Zizan Raja Lawak dan yang lain,” ujar Aznil Hj. Nawawi hari ini. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Pixie Lott Hadir Ke Kuala Lumpur Untuk Showcase, Promosi Album Terbaru

Posted: 25 Apr 2012 09:05 AM PDT

Satu lagi acara untuk memenuhi kalendar bulan Mei 2012 anda. Hadirkan diri ke showcase khas penyanyi yang cantik & berasal dari London, England — Pixie Lott.

Bukan kunjungan pertama Pixie Lott ke Malaysia, namun kali ini tujuan kedatangan penyanyi yang popular suatu masa dahulu dengan lagu Mama Do adalah untuk mempromosikan album.

Sekitar tahun lalu, Pixie Lott tampil dengan album terbaru beliau berjudul Young Foolish Happy yang kini sudah menjengah pasaran Asia dengan pakej khas Asian Deluxe.

Menariknya, showcase yang bakal berlangsung di KL Live ini tidak memerlukan anda membeli tiket tetapi hanya perlu membeli Young Foolish Happy Asian Deluxe untuk membolehkan anda menerima satu tiket.

Keesokkan hari’nya, Pixie Lott akan hadir ke Rock Corner, The Curve Mutiara Damansara untuk sessi bertemu peminat & autograf khas untuk album terbaru. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

2 comments:

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...