RotiKaya |
- Greyson Chance Berjaya Hiburkan Hampir 2,000 Peminat Di KL Live
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.97)
- Kerabat Johor Dikaitkan Dengan Insiden Belasah Mikael Adam Di Lot 10
- Majlis Sambutan Hari Jadi Tajaan Dato’ R, Aktress Popular Sudah Temui Pengganti?
- Lufya Kecewa Peminat Salah Anggap Diri Beliau Sebagai Zarina Anjoulie
| Greyson Chance Berjaya Hiburkan Hampir 2,000 Peminat Di KL Live Posted: 17 Apr 2012 11:55 AM PDT
Walaupun konsert beliau di’jadualkan di tengah hari minggu nan sibuk, hampir 2,000 orang peminat setia Greyson Chance turun menghadirkan diri untuk menyaksikan bintang muda Amerika Syarikat ini beraksi untuk jelajah konsert secara besar besaran di Asia. Greyson Chance Live in Malaysia 2012 yang berlangsung di KL Live, Life Centre Kuala Lumpur ini di’bawakan oleh JS Concerts dan ini merupakan kunjungan kedua bintang kelahiran Youtube ini ke Malaysia selepas kunjungan mini November 2011 yang lalu. Penyanyi berbakat berusia 15 tahun ini memulakan konsert dengan menunjukkan baju beliau yang tertampal indah bendera Malaysia sekitar 8.30 malam & konsert ini berlanjutan untuk tempoh dua jam dengan barisan lagu lagu popular Greyson Chance. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.97) Posted: 17 Apr 2012 11:44 AM PDT
Filem biografi indie Steve Jobs akan memfokuskan kepada tahun tahun awal kehidupan pengasas jenama Apple tersebut & berkata projek untuk menghasilkan filem ini sudah pun bermula sejak Ogos 2011. – CBS News Anggota kumpulan SNSD (Girl’s Generation), Yuri (gambar) telah di’pilih sebagai selebriti hiburan Korea yang memiliki bentuk badan paling menarik menerusi satu undian rambang di rancangan televisyen Show Champion. – Allkpop Kepada yang belum tahu, Brad Pitt & Angelina Jolie telah pun mengikat tali pertunangan sebagai langkah pertama untuk hubungan lebih serius setelah sekian lama bersama. Jennifer Aniston tidak peduli akan hal ini. – Celebitchy Beberapa hari lalu, kemunculan Tupac Shakur dalam versi hologram di’pentas festival muzik Coachella menjadi bualan ramai & pihak yang bertanggungjawab berkata figura legenda ini mungkin akan membuat siri jelajah beliau sendiri — dengan hologram. – Wall Street Journal (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Kerabat Johor Dikaitkan Dengan Insiden Belasah Mikael Adam Di Lot 10 Posted: 16 Apr 2012 10:43 PM PDT
Dalam kejadian 14 April lalu, Mikael Adam (atau SonaOne) mendakwa yang beliau telah di’tarik keluar dari kereta dan terus di’belasah oleh seorang anak kenamaan di hadapan pusat membeli belah Lot 10, Kuala Lumpur. Insiden yang berlaku sekitar jam 4 pagi itu menyebabkan tulang pipi Mikael Adam patah & terpaksa menerima rawatan di hospital. Dan, Malaysia Today ada melaporkan kerabat Johor terlibat dalam insiden ini. Menurut laporan itu, penyampai radio Fly FM Hani Farhana Hatim atau lebih di’kenali sebagai Hunny Madu telah memberikan kenyataan melalui Twitter mengaitkan Tengku Mishal Ibrahim dengan insiden ini. Dan, berdasarkan kenyataan Hunny Madu, ini bukan kali pertama Tengku Mishal Ibrahim terlibat dengan pergaduhan kerana sekitar tahun lalu, abang beliau turut menjadi mangsa. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Majlis Sambutan Hari Jadi Tajaan Dato’ R, Aktress Popular Sudah Temui Pengganti? Posted: 16 Apr 2012 07:32 PM PDT
Rasanya untuk gossip kali ini, membaca tajuk entri ini sahaja sudah cukup memadai untuk anda semua meneka siapa gerangan selebriti ini. Jadi, izinkan kami bercerita. Aktress popular ini khabarnya sekarang sedang berada dalam situasi rumahtangga yang tidak menentu ekoran niat si suami untuk menuntut perpisahan dari sang isteri. Hidup perlu di’teruskan & selebriti ini hadir ke sambutan hari lahir beliau baru baru ini di sebuah hotel mewah Kuala Lumpur. Aktress ini pada awal’nya tidak tahu menahu akan majlis ini kerana di’uruskan oleh rakan beliau. Menurut sumber kami yang turut terlibat dalam majlis sambutan itu, rupa rupanya seluruh kos perbelanjaan untuk menjayakan majlis penuh meriah itu datang’nya dari seorang VIP, Dato’ R. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Lufya Kecewa Peminat Salah Anggap Diri Beliau Sebagai Zarina Anjoulie Posted: 16 Apr 2012 07:30 PM PDT
Baru sahaja kami selesai menjamah sandwich yang super mahal tiba tiba ternampak pula bekas pelajar Akademi Fantasia yang dikenali sebagai Lufya dan sempat juga kami menemuramah selebriti ini. Ketawa terbahak bahak kami di’sini apabila beliau rancak menceritakan pengalamannya di salah anggap sebagai Zarina Anjoulie — ratu kontroversi dunia hiburan Malaysia. Menurut artis kacukan Arab Melayu dan Indonesia ini beliau pernah di raba di punggungnya oleh seseorang yang tidak di’kenali sambil menyebut nama Anju yang ternyata jelas merujuk kepada Zarina Anjoulie. Lufya juga pernah di sapa oleh seseorang yang menegurnya mengapa beliau bogel di dalam internet sedangkan dirinya tidak pernah berbuat perkara terkutuk itu. Lufya membuat kenyataan ini bukan mempunyai salah faham dengan Zarina Anjoulie tetapi hanya ingin menerangkan kekeliruan yang sering terjadi kepadanya. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Mencari prospek perkahwinan baru atau sekadar menjalankan tugas, Heidi Klum beraksi hampir bogel dan bercerita tentang perpisahan beliau bersama Seal untuk majalah Allure edisi Mei 2012. –
Heboh juga sekarang ini laman laman politik bebas seluruh Malaysia akan identiti sebenar mereka yang terlibat dengan insiden di Lot 10 baru baru ini.
Apalah ertinya sehari dalam dunia hiburan Malaysia tanpa adanya gossip yang menjadi makanan ruji anda semua. Eh.
Semalam hari penuh kebosanan buat kami & sesekali menukar selera untuk melepak sambil membuang masa di Dome KLCC dan berlagak seperti orang kaya. Heh.
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.