RotiKaya

RotiKaya


SEARCH Raikan Ulangtahun Ke 30 Dengan Pemain MP3 Edisi Khas, Muatkan 101 Lagu Semenjak Tahun 1981

Posted: 16 Apr 2012 09:22 AM PDT

Iaitu semenjak tahun kami semua di Rotikaya HQ belum pun di’lahirkan lagi. Sememang’nya kumpulan Search ini merupakan satu legenda muzik hidup untuk negara kita. Dan, kini mereka sudah lebih 30 tahun dalam industri muzik dan juga hiburan tanah air.

Masih kukuh penguasaan peminat & muzik mereka, Search tampil meraikan ulangtahun ke 30 pembabitan mereka dalam dunia muzik tanah air bermula pada tahun 1981 dengan pemain MP3 edisi khas untuk para peminat yang menyokong mereka selama tempoh itu. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

10 Tiket Tayangan Perdana The Avengers Untuk Anda Menang Daripada Tune Talk

Posted: 16 Apr 2012 08:38 AM PDT

Mahukah anda menjadi antara kelompok manusia pertama di’dunia ini yang menyaksikan filem paling di’nantikan untuk tahun 2012 ini? Tune Talk boleh merealisasikan impian itu.

The Avengers bakal membuka tayangan seluruh dunia kecuali Amerika Syarikat pada 27 April 2012 ini dan melalui Tune Talk, anda boleh menyaksikan filem ini sehari sebelum iaitu pada 26 April di Golden Screen Cinemas (GSC), Pavilion.

Menyaksikan barisan pelakon yang mantap, The Avengers di’bintangi oleh Robert Downey Jr. sebagai Iron Man, Chris Hemsworth (Thor), Scarlett Johansson (Black Widow).

Selain itu filem adaptasi komik yang di’terbitkan pertama kali pada 1963 ini turut di’bintangi Chris Evans (Captain America), Mark Ruffalo (The Hulk), Samuel L. Jackson (Nick Fury), Jeremy Renner (Hawkeye) & Tim Hiddleston sebagai Loki.

Cara untuk menang: Mudah sahaja, anda hanya perlu hantarkan e-mail dengan subjek ‘Marvel's The Avengers‘ dan namakan tiga superhero yang tampil dalam filem The Avengers kepada hi@rotikaya.com. Itu sahaja? (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gossip Bernikah Jejaka Indonesia, Zarina Anjoulie Enggan Berikan Komen

Posted: 16 Apr 2012 08:36 AM PDT

Ratu kontroversi kembali lagi & kali ini dengan gossip yang mengatakan beliau kini sudah pun bergelar isteri kepada seorang jejaka kacak dari negara seberang, Indonesia.

Sebelum itu, kali terakhir kita semua dengar tentang kisah cinta pelakon sensasi ini adalah ketika beliau bertunang secara mengejut selain hubungan misteri bersama Aliff Aziz — yang sebenarnya masih misteri sehingga ke hari ini.

Tidak semena mena, terbit satu gossip melalui forum hiburan terkemuka Malaysia, Cari yang Zarina Anjoulie kini sudah pun bergelar isteri kepada seorang jejaka bernama David Tamara.

Menariknya, peminat berjaya menghidu hubungan Zarina Anjoulie & David Tamara ini melalui Twitter mereka yang saling berkasih sayang & mewujudkan syak. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.96)

Posted: 16 Apr 2012 08:32 AM PDT

Kepada yang berspekulasi, Dira Abu Zahar telah menafikan yang beliau merupakan si peminum bahan peluntur sebaliknya di’tahan di hospital kerana tekanan darah rendah & gastrik. Tiada isu tekanan atau tindakan bodoh. – Murai

Setelah lebih 19 bulan tidak melahirkan sebarang karya baru selepas album terakhir pada 2010, Linkin Park melancarkan single pertama dari album terbaru mereka Living Things berjudul Burn It Down. – Ryan Seacrest

Buat pertama kali’nya, China & Amerika Syarikat akan bekerjasama menerbitkan sebuah filem Hollywood dan Iron Man 3 menjadi pilihan kerjasama ini dengan kos yang di’anggarkan bakal mencecah US$1 billion. Yep, billion. – Indian Express

Lagi kisah Emma Watson hari ini & kali ini aktress Hollywood kesayangan ramai ini di’lihat mesra bercium dengan kekasih hati Will Adamowicz di Coachella Valley Music and Arts Festival, di California. – People

Bertuah jadi bekas tunang kepada Simon Cowell kerana walaupun hubungan tidak bertahan lama namun pengasa X-Factor ini tetap membelikan rumah agam mewah bernilai US8 juta untuk bekas tunang beliau, Mezhgan Hussainy. – TMZ


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...