RotiKaya

RotiKaya


Nora Danish Inginkan Anak Perempuan Sekiranya Berkahwin Lagi

Posted: 07 Jul 2014 05:01 PM PDT

Sebelum ini di laporan yang menyiarkan bahawa pelakon jelita Nora Danish akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan sekarang ini dalam proses menyiapkan barang hantaran.

Bertemunya di majlis berbuka puasa anjuran Air Asia dan Air Asia X di Mandarin Oriental kelmarin telah menjelaskan segala-galanya apa yang dikhabar anginkan itu.

Seperti yang kita ketahui sebelum ini Nora Danish tidak pernah membuat sebarang kenyataan berhubung dengan kisah percintaannya bersama kekasih hatinya, Nedim. Ada dikhabarkan juga pada awal tahun ini bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya apabila akan berkahwin tetapi semua itu telah dinafikan sendiri oleh Nora.

"Saya terkejut bila keluar kenyataan yang sebegitu. Saya tidak ada persiapan kahwin yang dilakukan dan tidak pernah letak tarikh apa-apa mengenai perkahwinan," katanya dalam nada terkejut tetapi masih tersenyum.

Tambahannya lagi, sekiranya diberikan peluang untuk berumah tangga, sudah pasti dia hanya mahukan majlis yang sederhana sudah memadai baginya untuk mengadakan upacara akad nikah sahaja tanpa adanya persandingan.

Pengalaman yang lepas telah banyak mengajarnya untuk bersedia dari segi mental dan fizikal. Apa yang penting dia hanya mahukan baju kahwin dan akan bersedia untuk itu sahaja. Kedua-dua ibubapa Nora dan Nedim mereka cukup memahami dan 'sporting' kerana tidak pernah mereka bertanyakan mengenai hubungan mereka dan bagi mereka biarlah masa yang akan menentukan segala-galanya buat pasangan ini.

"Tak payah buat besar-besar atau grand cukuplah dengan majlis yang sederhana dan upacara akad nikah sahaja. Kalau saya bersedia pun dari segi baju kahwin sahajalah. Tetapi masa buat masa sekarang memang tak sedia apa-apa. Perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh main-main kerana kita mestilah menerima perangai baik buruk kedua-dua pasangan supaya dapat hidup bahagia dengan dia"

"Kedua-dua ibubapa saya dan Nedim pula mereka 'sporting' tidak pernah bercakap apa-apa mengenai perhubungan kami. Sekiranya ada jodoh kami akan kahwin dan masa yang akan menentukan segala-galanya," ujarnya sambil tersenyum.

Nora Danish juga turut memberitahu hasrat hati sekiranya berkahwin dia mahukan seorang anak perempuan pula sebagai penyeri rumahtangga.

"Sekiranya saya berkahwin saya menginginkan seorang anak perempuan pula, ialah saya sudah ada anak lelaki, tiba masanya untuk saya dapat anak perempuan, tetapi itu semua bergantung pada rezeki," tambahnya lagi. (rtky/hfz)

#14 Nora Danish Inginkan Anak Perempuan Sekiranya Berkahwin Lagi - ROTIKAYA #13 Nora Danish Inginkan Anak Perempuan Sekiranya Berkahwin Lagi - ROTIKAYA #12 Nora Danish Inginkan Anak Perempuan Sekiranya Berkahwin Lagi - ROTIKAYA #11 Nora Danish Inginkan Anak Perempuan Sekiranya Berkahwin Lagi - ROTIKAYA #10 Nora Danish Inginkan Anak Perempuan Sekiranya Berkahwin Lagi - ROTIKAYA #09 Nora Danish Inginkan Anak Perempuan Sekiranya Berkahwin Lagi - ROTIKAYA #08 Nora Danish Inginkan Anak Perempuan Sekiranya Berkahwin Lagi - ROTIKAYA #07 Nora Danish Inginkan Anak Perempuan Sekiranya Berkahwin Lagi - ROTIKAYA #06 Nora Danish Inginkan Anak Perempuan Sekiranya Berkahwin Lagi - ROTIKAYA #05 Nora Danish Inginkan Anak Perempuan Sekiranya Berkahwin Lagi - ROTIKAYA #04 Nora Danish Inginkan Anak Perempuan Sekiranya Berkahwin Lagi - ROTIKAYA #03 Nora Danish Inginkan Anak Perempuan Sekiranya Berkahwin Lagi - ROTIKAYA

Dengar: Kisah Hijrah Neelofa

Posted: 06 Jul 2014 08:57 PM PDT

Penghijrahan Neelofa baru baru menjadi perhatian ramai dan mesti ada diantara anda ingin mengetahui kisah disebalik keputusan pelakon & pengacara popular ini untuk bertudung penuh.

Neelofa muncul dalam sebuah segmen melalui siaran radio IKIM FM untuk menceritakan kisah perjalanan beliau sepanjang lebih setahun untuk mencari kebahagiaan yang kekal selepas memiliki segalanya dalam hidup.

Selain mengikuti kelas agama & membaca, antara langkah awal Neelofa untuk terus berhijrah adalah untuk melengkapkan solat lima waktu dan berkat doa dalam solat harian, Neelofa percaya Tuhan turunkan hidayah untuk dirinya.

Dengar audio lengkap di atas, semoga ada sesuatu yang boleh kita pelajari. (rtky/m)

#17 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #13 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #10 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #09 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #08 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #07 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #06 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #05 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #04 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #03 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #02 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #01 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA

Dawn of the Planet of the Apes Cemerlang, Sambung Legasi Filem Pertama

Posted: 06 Jul 2014 07:32 PM PDT

Tiga tahun selepas pembikinan semula siri sains fiksyen popular ini dengan Rise of the Planet of the Apes, pengarah kali ini Matt Reeves datang dengan harapan untuk memberikan sesuatu yang lebih hebat buat peminat dengan sebuah filem sekuel, Dawn of the Planet of the Apes.

Filem dibuka dengan menunjukkan bagaimana bumi Amerika Syarikat teruk dilanda virus yang boleh kita lihat di hujung filem pertama, kita dibawa kepada Caesar (Andy Serkis) dan keluarga beruk (ape) yang telah menjadi satu komuniti di luar bandar San Francisco.

Satu satunya masalah dalam komuniti ini adalah Koba (Tony Kebbell), beruk pembenci manusia yang tidak habis habid mempersoal setiap keputusan yang dibuat Caesar sebagai seorang ketua. Situasi bertambah buruk apabila ada manusia datang ke kawasan mereka dan menembak salah seekor beruk dan mendatangkan kemarahan puak ape.

Daripada berbalas dendam, Caesar lebih berusaha untuk kekalkan keamanan dan membenarkan manusia untuk bekerja di empangan berhampiran yang diperlukan untuk menjana kuasa.

bt079_0360_v142

Pada awalnya, kumpulan manusia yang dilakonkan oleh Jason Clarke, Gary Oldman, Kodi Smit-McPhee, Keri Russell dan Kirk Acevedo nampak terlalu stereotaip dan apabila filem mula fokus di kem manusia, susah untuk memberikan perhatian kepada mereka kecuali watak dibawa Jason Clarke & Keri Russell yang bekerja rapat dengan Caesar dan keluarganya.

Jelas dari awal yang bintang utama dalam filem ini adalah golongan beruk (ape) & manusia lebih kepada watak antagonis yang kasual, lebih lebih lagi watak Gary Oldman. Sebagai penonton, susah untuk kita berpihak kepada mana mana puak dalam situasi begini.

Orang kanan Caesar, Koba menjadi penghasut untuk berperang selepas berjaya menembusi kem manusia dan menjumpai jumlah senjata api yang banyak.

ed050_0030_v330

Persembahan yang dibawakan Andi Serkis memberikan emosi dan perasaan yang mendalam terhadap hubungan beruk dan manusia sehingga kadang kadang boleh terlupa yang ianya memang beruk yang dilakonkan oleh manusia.

Grafik janaan komputer (CGI) dalam filem ini memang hebat dan ianya memang membantu dalam penceritaan kerana hampir keseluruhan filem ini adalah dalam CGI — seperti babak beruk memburu kijang untuk makanan — namun ianya nampak sangat real sehingga anda boleh tidak perasana ianya CGI. Rekaan produksi untuk persekitaran berbeza juga agak hebat yang kami kira lebih baik dari filem pertama.

uv046_0460_v137

Filem Dawn of the Planet of the Apes ini mempunyai babak epik yang agak banyak termasuk babak pertarungan namun tidak seperti filem pertama, ianya tidak tergantung dan memberikan harapan untuk filem ketiga walaupun secara nyatanya ia sudah pun dirancang. Selepas menonton filem ini, kami mula berharap yang siri filem ini bakal menjadi trilogi hebat seperti The Lord of the Rings & Star Wars. Tinggi harapan, heh.

KESIMPULAN

Jarang kita lihat filem sekuel menjadi hebat sebegini namun pengarahnya, Matt Reeves berbakat menjamin hasil yang cemerlang dan berkualiti selain disokong skrip yang kuat dan pelakon yang berjaya membawa watak masing masing dengan berkesan.

Kami berani berikan 4/5 BIJI ROTIKAYA! Dawn of the Planet of the Apes di pawagam seluruh Malaysia bermula 10 Julai ini dalam 3D!

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...