RotiKaya

RotiKaya


Sharifah Aini Meninggal Dunia

Posted: 04 Jul 2014 09:18 AM PDT

Astro Awani – Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Al-Fatihah.

Sedang dikemaskini…

Awie Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri

Posted: 03 Jul 2014 06:42 PM PDT

Penyanyi rock terkenal, Awie hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang, KL atas pertuduhan memukul isterinya, baru-baru ini.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

BACA: Dakwaan Cederakan Isteri, Awie Mengaku Beri Kenyataan Kepada Pihak Polis

Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Rozana Misbun, 36, hingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana Ampang, di sini, kira-kira jam 1.30 petang, pada 2 Jun lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Awie yang ditemui media di luar mahkamah berkata kes yang berlaku ini tidak menggangu kariernya namun berserah kepada Tuhan jika rezekinya cuma sampai di sini selain tidak mahu mengulas lanjut.

“Kes ini tidak mengganggu kerja saya. Saya masih bekerja seperti biasa. Tapi kalau Tuhan kata sampai sini saja rezeki saya, saya terima. Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut. Saya serahkan semuanya kepada peguam saya”, katanya ringkas.

Sementara itu, mahkamah telah memerintahkan penyanyi ini membayar ikat jamin sebanyak RM9,000 dengan dua orang penjamin. (rtky/fr)

awie-dan-isteri awie-dan-isteri copy bini awie kene pukul #85 Awie Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri - ROTIKAYA #86 Awie Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri - ROTIKAYA #87 Awie Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri - ROTIKAYA #88 Awie Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri - ROTIKAYA #89 Awie Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri - ROTIKAYA #90 Awie Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri - ROTIKAYA

Alyah: Dugaan Pakai Hijab Lagi Besar, Muhasabah Diri

Posted: 03 Jul 2014 06:01 PM PDT

Nampaknya dunia seni hiburan tanah air telah sedikit sebanyak mengalami perubahan apabila ada nama nama besar selebriti terkenal seperti Fara Fauzana, Uqasha Senrose dan yang terbaru Neelofa telah pun berhijab dan ini telah disahkan sendiri oleh mereka.

Berhijab membuatkan seseorang wanita muslim itu lebih kelihatan sopan, manis dan sudah tentu mengikut tuntutan syarak dan agama Islam itu sendiri.

Bertemu penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Hati, Alyah di majlis berbuka puasa anjuran Sony Music kelmarin sempat disoal mengenai hijab yang digayakannya kini dan sedikit pendapat daripadanya tentang trend pemakaian hijab dewasa ini dikalangan artis dan rata-ratanya selepas berhijab mereka terus menjadi ustazah segera.

BACA: Penceramah Popular, Ustaz Kazim Elias Tegur Artis Bertudung

"Saya sebenarnya tak berani nak cakap atau komen mengenai trend hijab yang terkini. Sebagai penyanyi yang baru memakai hijab ini saya mengambil jalan yang perlahan-lahan kerana saya masih menyanyi dan tidak boleh untuk memberikan komen yang bertentangan dengan kerjaya saya ini. Semua ini godaan jadi saya perlu terus untuk menjaga imej dan adab sesuai dengan imej saya yang berhijab ini agar tidak lari dari landasan itu," ujarnya.

"Saya tak boleh nak menghakimi sesiapa artis yang memakai hijab kerana saya masih dalam bidang kerjaya nyanyian ini. Kalau nak ikutkan hukum apa yang kita buat ini semuanya dosa dan tidak dibenarkan. Apabila memakai hijab lebih banyak dugaan yang besar datang kepada kita"

"Saya tak boleh nak cakap sebarangan kerana saya suatu ketika dahulu pun tidak memakai hijab dan saya lebih suka berdiam dan muhasabah diri. Biarlah perubahan yang datang itu sedikit demi sedikit," katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)

#84 Alyah Akui Dugaan Selepas Berhijab Lebih Besar - ROTIKAYA #83 Alyah Akui Dugaan Selepas Berhijab Lebih Besar - ROTIKAYA #82 Alyah Akui Dugaan Selepas Berhijab Lebih Besar - ROTIKAYA

Almy Nadia Kini Sudah Hamil?

Posted: 03 Jul 2014 05:36 PM PDT

Lagi berita selebriti yang diketahui buat pertama kali melalui Instagram pihak ketiga, Almy Nadia yang kini sedang bahagia menjalani kehidupan berumahtangga dengan suaminya Fizz Fairuz dikhabarkan sudah sah hamil.

Bekas juara rancangan Gadis Melayu, Aida menerusi akaun Instagram beliau memuat naik satu status mengucapkan tahniah buat pasangan Almy Nadia & Fizz Fairuz atas berita kehamilan si isteri yang juga merupakan kawan kepada pengacara sambilan ini.

GALERI: Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pahang

"Congratulations on your pregnancy. Semoga dipelihara kesihatan dan dipermudahkan segala urusaa, amin. Abang Fizz Fairuz, sila jaga kawan saya ni like a princess okay?" memetik sebahagian tulisan Aida Gadis Melayu di Instagram.

Aida Gadis Melayu Kata Almy Nadia Sudah Hamil - ROTIKAYA

Tahniah buat keluarga kedua dua pasangan Almy Nadia & Fizz Fairuz jika benar seperti apa yang disampaikan. Mesti anak sulung mereka bakal menjadi perhatian ramai peminat yang memang sentiasa mendoakan kebahagian mereka. (rtky/m)

#70 Almy Nadia Kini Sudah Hamil? - ROTIKAYA #71 Almy Nadia Kini Sudah Hamil? - ROTIKAYA #72 Almy Nadia Kini Sudah Hamil? - ROTIKAYA #73 Almy Nadia Kini Sudah Hamil? - ROTIKAYA #74 Almy Nadia Kini Sudah Hamil? - ROTIKAYA #75 Almy Nadia Kini Sudah Hamil? - ROTIKAYA #76 Almy Nadia Kini Sudah Hamil? - ROTIKAYA #77 Almy Nadia Kini Sudah Hamil? - ROTIKAYA #78 Almy Nadia Kini Sudah Hamil? - ROTIKAYA #79 Almy Nadia Kini Sudah Hamil? - ROTIKAYA #80 Almy Nadia Kini Sudah Hamil? - ROTIKAYA #81 Almy Nadia Kini Sudah Hamil? - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...