RotiKaya

RotiKaya


Bolehkah Nana Temui Jejaka Idamannya & Kahwin Selepas Raya Nanti?

Posted: 22 Jul 2014 11:18 PM PDT

Siapa Nana anda tanya? Haruslah kami sedang bercakap tentang drama hujung minggu Raya Ni Mesti Kahwin yang sedang hangat diperkatakan ramai ketika ini. Nana adalah watak utama drama ini yang dijayakan oleh Nina Iskandar.

Dalam drama yang ditayangkan setiap Sabtu & Ahad jam 9.30 malam ini, Nana dalam misi untuk mencari jejaka idamannya supaya beliau boleh berkahwin selepas sambutan Aidilfitri.

bijan 0315_1 copy

Kenapa tiba tiba Nana mahu berkahwin? Kerana dua orang teman serumahnya kini sudah pun bertunang dan hanya menunggu masa menjalani mahligai bahagia bersama lelaki pilihan masing masing. Tekanan rakan sebaya namanya. Heh.

Ketika ini menjadi satu dilema pula buat Nana apabila dua lelaki yang sama sama mempunyai ciri ciri suami idamannya muncul dalam hidup & sedikit menyukarkan beliau untuk membuat pilihan. Pelbagai cabaran jugalah perlu dilalui gadis ini untuk melihat lebih dekat siapakah antara dua jejaka ini yang lebih ikhlas untuk memperisterikan dirinya.

10488144_10152925969364409_9009392206291035254_n

Apa kesudahan impian Nana untuk berkahwin selepas Raya? Anda wajiblah menonton episod terakhir drama Raya Ni Mesti Kahwin di TV3 untuk mengetahui adakah Nana dapat mencari lelaki idaman dia dan berkahwin denganya atau sebaliknya. Sungguh suspens, kan?

Dan, berita gembira untuk anda yang meminati drama ini dan bercita cita pula untuk menemui semua pelakon utamanya iaitu Nina Iskandar, Amar Asyraf dan Azlee Khairi — Watsons mahu memberikan anda peluang itu.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu berbelanja RM80 ke atas dari jenama yang mengambil bahagain di mana-mana rangkaian Watsons dan jadi 1,000 orang pertama untuk bertemu dengan pelakon-pelakon utama termasuk Nana (Nina Iskandar), Luqman / Haziq (Amar Asyraf) dan Hisham (Azlee Khairi) dari drama Raya Ini Mesti Kahwin di tiga lokasi rangkaian Watsons terpilih. Selain itu semasa sesi bertemu mereka juga, tiga pemenang bertuah di setiap stor akan memenangi baucar bernilai RM200 untuk membeli-belah dengan bintang drama ini. Siapa tidak mahu 'kan? Dapatkan kemaskini dari Facebook rasmi Watsons Malaysia untuk butiran lanjut.

Facebook Watsons Malaysia

Tidak lupa, Raya semakin dekat dan sudahkah anda bersiap sedia untuk beraya? Senarai untuk anda – pastikan kelihatan cantik dengan baju baru, dan penting sekali jangan lupa kulit hendaklah sentiasa ceria dan berseri sebab akan banyak bertemu sanak saudara dan kawan. Seperti kami, yang cukup sibuk dengan kerja dan persiapan, untuk dapatkan makeover yang menawan dan cepat, saya ikuti tip-tip kecantikkan dan personal care yang digunakan oleh watak-watak drama. Kan mereka sentiasa nampak cantik dan best di mana-mana?

Jangan lupa #watsonssiapanakkahwin dengan gambar pasangan anda di Instagram dan menangi pakej penginapan dan kecantikkan untuk anda berdua.

Apa lagi, hujung minggu ini jangan lupa saksikan drama Raya Ni mesti Kahwin, jam 9.30 malam di TV3 dan mula berbelanja untuk persiapan raya anda di Watsons sambil berpeluang untuk memenangi baucer RM200 dan sekali lagi berbelanja untuk raya, bersama pelakon kesayangan anda. Jom!

Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan

Posted: 22 Jul 2014 08:02 PM PDT

Selepas kelahiran anak sulung Scha al-Yahya hari ini, pastinya ramai yang akan menantikan pula kelahiran anak sulung pasangan sensasi Rozita Che Wan & Zain Saidin.

Bercakap kepada media semalam, Rozita Che Wan dedahkan yang mereka sudah memeriksa jantina bakal anaknya kelak dan keputusan menunjukkan yang mereka akan menimang cahaya mata perempuan, sama seperti pasangan Scha al-Yahya & Awal Ashaari.

Rozita Che Wan juga memaklumkan yang beliau sudah pun membeli persalinan bayi perempuan sebagai persiapan menyambut kelahiran anak pertama dengan Zain Saidin.

Bercakap tentang perangai pelik sepanjang kandungan ini, Rozita Che Wan memaklumkan yang beliau mempunyai keinginan untuk makan burger Ramly dan ikan masin di tengah malam.

Rozita Che Wan dijangka bersalin sekitar awal November nanti.

Semoga ibu dan bayi dalam kandungan yang kini sudah masuk usia 6 bulan sihat sentiasa. Zain Saidin pasti orang paling teruka ketika ini untuk bergelar bapa, heh. (rtky/m)

#22 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA #21 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA #14 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA #20 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA #19 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA #18 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA #17 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA #16 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA #15 Rozita Che Wan Bakal Timang Anak Perempuan - ROTIKAYA

Scha Al-Yahya Telah Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Posted: 22 Jul 2014 07:23 PM PDT

Awal Ashaari menerusi akaun Instagram beliau hari ini memaklumkan yang isterinya, Scha al-Yahya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang juga merupakan anak sulung pasangan ini.

“Assalamualaikum. Semalam, 22 Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan, kami telah menyambut kelahiran bayi perempuan seberat 3.17kg at 1750H. Baby & her mother are in a good shape. Alhamdulillah dan terima kasih diatas doa semua,” tulis Awal Ashaari.

Scha al-Yahya Selamat Lahirkan Bayi Perempuan - ROTIKAYA

BACA: Dijangka Bersalin Akhir Julai, Scha al-Yahya Anjurkan Baby Shower

baby bump scha #93 Kuat Makan Nasi Selepas Hamil, Scha al-Yahya Sudah Ada Nama Anak - ROTIKAYA #91 Kuat Makan Nasi Selepas Hamil, Scha al-Yahya Sudah Ada Nama Anak - ROTIKAYA #46 Dijangka Bersalin Pada Akhir Julai, Scha Al-Yahya Anjurkan Baby Shower - ROTIKAYA #39 Dijangka Bersalin Pada Akhir Julai, Scha Al-Yahya Anjurkan Baby Shower - ROTIKAYA #38 Dijangka Bersalin Pada Akhir Julai, Scha Al-Yahya Anjurkan Baby Shower - ROTIKAYA #35 Dijangka Bersalin Pada Akhir Julai, Scha Al-Yahya Anjurkan Baby Shower - ROTIKAYA #33 Dijangka Bersalin Pada Akhir Julai, Scha Al-Yahya Anjurkan Baby Shower - ROTIKAYA #26 Dijangka Bersalin Pada Akhir Julai, Scha Al-Yahya Anjurkan Baby Shower - ROTIKAYA

Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie

Posted: 22 Jul 2014 05:56 PM PDT

Pelakon Erra Fazira yang ditemui semasa majlis pelancaran filem Warna Cinta Impian di Hotel Le Meridien Hotel Kuala Lumpur telah memberitahu bahawa untuk raya kali ini dia akan beraya bersama-sama dengan puteri kesayangannya, Aleesya.

"Alhamdulillah pada tahun ini giliran saya bersama Aleesha untuk beraya bersama. Lagipun kampung saya tidaklah terlalu jauh hanya 45 minit sahaja dari KL," ujarnya.

Tambahnya lagi, raya pada tahun ini disambut secara bersederhana sahaja dan tidak terlampau mewah. Dia turut memberitahu kepulangannya itu juga untuk bersama-sama ibu tercinta di kampung halaman yang kini kurang sihat.

"Raya pada tahun ini sangat sederhana dan saya hanya menyediakan beberapa helai pakaian untuk Aleesha dan beberapa lagi yang lain untuk keluarga saya. Setakat ini anak saya sihat dan semakin membesar. Kepulangan ini juga untuk menjenguk ibu saya yang kurang sihat," katanya.

Sementara itu, Erra Fazira juga agak sedikit terkejut apabila timbulnya isu rumah tangga bekas kekasihnya, yang kini semakin hangat dilaporkan di media-media massa tempatan. Baginya Awie mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya kini.

"Mula-mula saya agak terkejut apabila rumah tangganya dilaporkan sedang bergolak. Saya tahu pun melalui akhbar-akhbar serta blog-blog yang melaporkannya. Tapi saya tahu Awie ada caranya yang tersendiri untuk mengendalikan masalahnya itu, lagipun dia mempunyai banyak pengalaman dan saya sebagai sahabatnya mendoakan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan berharap mereka berdua berbaik semual," katanya.

Tiada Masalah Bergandingan Dengan Awie, Imbau Kenangan

Dalam pada itu, filem Warna Cinta Impian yang bakal menjalankan penggambaran di Rajasthan India, Brisbane dan di sekitar Kuala Lumpur akan membabitkan pelakon-pelakon dan nama-nama besar seperti Awie, Erra Fazira, Azlee Khairi, Nelydia Senrose, Syiqin Kamal dan pelakon Singapura Erwin Shah Dawson.

Erra yang akan kembali bergandingan bersama dengan Awie di layar perak bakal mengubati kerinduan peminat-peminat di zaman kegemilangan mereka sekitar 90an. Dia yang mengambil sikap professional akan memberikan satu sentuhan yang berbeza dalam filem 'Warna Cinta Impian' dan baginya pengalaman yang lepas biarlah berlalu dan berharap tidak timbulnya gosip atau spekulasi mengenai penglibatannya kali ini.

"Saya rasa tiada masalah untuk bergandingan bersama Awie kerana sebelum ini saya sudah berlakon teater bersamanya di Istana Budaya dan kami sama-sama profesional dalam kerjaya ini. Buat peminat-peminat kami sekiranya anda ingin mengimbau kembali saat-saat saya seperti dahulu tidak ada masalah sekiranya boleh membantu dari segi penjualan tiket tetapi janganlah timbulkan gosip pula," ujarnya sambil berseloroh. (rtky/hfz)

#05 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA #06 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA #07 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA #08 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA #09 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA #10 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA #11 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA #12 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA #13 Erra Fazira Terkejut Dengan Isu Rumah Tangga Awie - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...