RotiKaya

RotiKaya


Syamsul Yusof Bawa Isteri, Puteri Sarah Kerjakan Umrah Sebelum Raya

Posted: 20 Jul 2014 05:42 PM PDT

Kali terakhir kami menulis tentang pasangan suami isteri ini adalah sekitar Mei 2014 lalu selepas mereka buat pertama kali muncul di khalayak ramai selepas pernikahan yang mendapat reaksi positif ramai beberapa bulan yang lalu.

BACA: Puteri Sarah Pulih Semangat Syamsul Yusof Untuk Kembali Aktif Dalam Hiburan

Sebenarnya tidak ada kisah terbaru pun yang datang dari Syamsul Yusof mahupun Puteri Sarah Liyana namun beberapa gambar terbaru pasangan ini di Instagram menarik perhatian kami.

Syamsul Yusof & juga isterinya, Puteri Sarah kini sedang berada di Tanah Suci Mekah dipercayai untuk mengerjakan ibadah umrah di sana. Ingat lagi kenyataan Syamsul Yusof sebelum mereka berkahwin yang beliau bersungguh sungguh berdoa di hadapan Ka'bah supaya Tuhan temukan jodohnya ketika mengerjakan umrah sekitar hujung 2013?

Nampaknya kali ini pemergian Syamsul Yusof ke sana ditemani oleh jodohnya yang dimakbulkan doanya dan beliau turut menulis di salah satu gambar yang dimuatnaik — "Bersama isteri / tulang rusuk kiriku di Bukit Uhud, Madinah".

Lagi beberapa keping gambar pasangan ini untuk tatapan anda semua. Enjoice! (rtky/m)

#81 Syamsul Yusof Bawa Isteri, Puteri Sarah Kerjakan Umrah Sebelum Raya - ROTIKAYA #86 Syamsul Yusof Bawa Isteri, Puteri Sarah Kerjakan Umrah Sebelum Raya - ROTIKAYA #85 Syamsul Yusof Bawa Isteri, Puteri Sarah Kerjakan Umrah Sebelum Raya - ROTIKAYA #82 Syamsul Yusof Bawa Isteri, Puteri Sarah Kerjakan Umrah Sebelum Raya - ROTIKAYA #83 Syamsul Yusof Bawa Isteri, Puteri Sarah Kerjakan Umrah Sebelum Raya - ROTIKAYA #84 Syamsul Yusof Bawa Isteri, Puteri Sarah Kerjakan Umrah Sebelum Raya - ROTIKAYA

Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan

Posted: 20 Jul 2014 05:15 PM PDT

Penghijrahan Neelofa mendapat reaksi positif ramai peminat dunia hiburan termasuklah mereka yang sebelum ini tidak pernah meminati dirinya kini bertukar menjadi peminat — hebat penangan satu perubahan positif kepada kerjaya selebriti.

Namun, ada cakap cakap yang mengatakan penghijrahan Neelofa akan menyebabkan wanita ini akan mula berlagak seperti Ustazah Segera seperti beberapa kes sebelum ini dan beliau tampil memberikan kenyataan berhubung perkara ini.

BACA: Dengar Penjelasan Kisah Penghijrahan Neelofa Di IKIM FM, Sediakan Tisu

"Apabila berhijab tidak semestinya saya kena jadi ustazah segera sedangkan masih banyak lagi hal-hal agama yang saya perlu pelajari dan dalami. Saya tak mahu menjadikan perubahan ini sebagai sesuatu yang drastik tapi cukuplah kalau saya belajar perlahan-lahan & pada masa yang sama membawa manfaat kepada diri saya dan orang lain juga." ujarnya.

Neelofa juga menjawab persoalan beberapa pihak akan kedudukan beliau dalam dunia hiburan & lebih lebih lagi status beliau sebagai pengacara program MeleTOP.

"Apabila niat berhijab terlaksana saya paling risau kedudukan saya sebagai pengacara program MeleTop memandangkan kandungan rancangan tersebut lebih terarah kepada bidang hiburan. Tapi alhamdulillah, nampaknya tak ada masalah yang besar dan mereka tetap akan menerima saya (sebagai pengacara)," tambahnya lagi.

Selain kekal sebagai pengacara, Neelofa juga akan muncul dengan dua buah filem yang sudah habis menjalani penggambaran ketika beliau masih belum bertudung dan turut menjelaskan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mempromosikannya.

"Yang lepas tetap lepas, perkara tersebut tidak menjadi masalah besar pun kepada saya. Apabila saya berubah yang sudah terjadi tetap tak boleh diubah. Tak adil bagi saya untuk mengabaikan filem yang bakal keluar semata-mata kerana isu bertudung," jelasnya. (rtky/m)

#63 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA #64 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA #65 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA #66 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA #67 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA #68 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA #69 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA #70 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA #71 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA #72 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA #73 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA #74 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA #75 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA #76 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA #77 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA #78 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA #79 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA #80 Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan - ROTIKAYA

Sumber: Pancaindera (Utusan Malaysia) via OHBULAN!

Isteri Lari, Ezany Nizariff Buat Laporan Polis

Posted: 20 Jul 2014 04:45 PM PDT

Belum pun selesai isu isteri meminta cerai, pelakon dan juga usahawan Ezany Nizariff sekali lagi diuji apabila isterinya itu dilaporkan telah dilarikan lelaki dikenali pada pada 17 Julai lalu.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani Mohd Nizariff membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

BACA: Ezany Nizariff Akur Isteri Minta Cerai, Jawab Spekulasi DI Internet

Kejadian itu berlaku sekitar jam 4.30 pagi apabila Ezany ingin bangun bersahur dan mendapati isterinya sudah tiada dan percaya isterinya itu keluar dari rumah kerana pintu hadapan rumahnya di tingkat bawah juga tidak berkunci.

Screen Shot 2014-07-21 at 9.17.51 AM

"Selepas kejadian itu, saya cuba menghubunginya beberapa kali namun tidak berjaya. Saya turut menghubungi kampung keluarganya di Labuan, Sabah, namun mereka memaklumkan isterinya tidak berada di sana," ujarnya kepada Harian Metro.

Ezany turut berkata beliau tidak ada pilihan lain selain membuat laporan polis apabila isterinya itu tidak pulang ke rumah sehingga semalam (20 Julai 2014). Bertabahlah Ezany. (rtky/m)

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...