RotiKaya

RotiKaya


Emma Maembong Juga Bakal Bertudung Penuh Dalam Masa Terdekat

Posted: 02 Jul 2014 03:46 AM PDT

Berita penghijrahan Neelofa mendapat perhatian ramai dua tiga hari ini dan nampaknya akan ada selebriti yang mengikut jejak pelakon dan pengacara popular itu untuk bertudung penuh — Emma Maembong memberikan gambaran awal niat murninya itu.

BACA: Neelofa Anggap Berhijab Penuh Lengkapkan Dirinya, Harap Doa Semua

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Emma Maembong memberitahu beliau selesa memakai tudung dan berniat untuk bertudung penuh dalam masa terdekat.

"Dalam waktu terdekat. Saya tidak menolak sudah mempunyai niat tersebut, ia akan terlaksana tidak lama lagi. Jujur saya katakan selesa bertudung, tetapi buat masa ini saya tidak mahu umum apa-apa lagi," kata Emma Maembong hari ini.

Akhir-akhir ini, Emma sering dilihat mengenakan tudung dalam paparan imej di laman sosial dan ia mendapat pujian hebat daripada kalangan peminatnya. Malah, khabarnya kekasih Emma yang juga artis terkenal, Zizan Razak turut menyokong hasrat Emma untuk menutup aurat selepas ini.

Namun menurut Emma Maembong lagi, beliau tidak mahu niat baiknya disalah anggap dan lebih senang sekiranya perubahannya berlaku secara semulajadi, ikhlas dari hatinya. (rtky/m)

#41 Emma Maembong Juga Bakal Bertudung Penuh Dalam Masa Terdekat - ROTIKAYA #45 Emma Maembong Juga Bakal Bertudung Penuh Dalam Masa Terdekat - ROTIKAYA #39 Emma Maembong Juga Bakal Bertudung Penuh Dalam Masa Terdekat - ROTIKAYA #44 Emma Maembong Juga Bakal Bertudung Penuh Dalam Masa Terdekat - ROTIKAYA #43 Emma Maembong Juga Bakal Bertudung Penuh Dalam Masa Terdekat - ROTIKAYA #42 Emma Maembong Juga Bakal Bertudung Penuh Dalam Masa Terdekat - ROTIKAYA #40 Emma Maembong Juga Bakal Bertudung Penuh Dalam Masa Terdekat - ROTIKAYA #38 Emma Maembong Juga Bakal Bertudung Penuh Dalam Masa Terdekat - ROTIKAYA #37 Emma Maembong Juga Bakal Bertudung Penuh Dalam Masa Terdekat - ROTIKAYA #36 Emma Maembong Juga Bakal Bertudung Penuh Dalam Masa Terdekat - ROTIKAYA #35 Emma Maembong Juga Bakal Bertudung Penuh Dalam Masa Terdekat - ROTIKAYA #34 Emma Maembong Juga Bakal Bertudung Penuh Dalam Masa Terdekat - ROTIKAYA

Ikhwan Hot FM Putus Tunang

Posted: 01 Jul 2014 06:53 PM PDT

Perkahwinan yang dirancang pada penghujung tahun ini tidak dapat direalisasikan kerana sang jejaka Ikhwan Hot FM secara rasminya telah memutuskan ikatan pertunangannya pada bulan lepas disebabkan masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan lagi.

Bertemu di majlis berbuka puasa anjuran Hot FM di Terrace House, Ikhwan Hot FM yang sudah sebanyak 2 kali putus tunang tidak teragak-agak lagi selepas ini, sekiranya dipertemukan jodoh dia mahu untuk berkahwin terus dan tidak mahu bertunang seperti sebelum-sebelum ini.

Keputusan untuk memutuskan pertunangannya yang kedua ini juga telah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak keularga malah, Ikhwan sendiri ke rumah ibubapa bekas tunangnya untuk memberitahu tentang pembatalan pertunangannya itu.

"Saya putus tunang pun secara baik apabila saya berjumpa dengan keluarganya untuk jelaskan apa yang telah berlaku dan akhirnya kami membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan secara baik. Ini sudah 2 kali saya putus tunang dan sepatutnya saya akan berkahwin dengannya pada tahun ini tetapi tak ada rezeki dan jodoh tidak kesampaian lagi. Saya bertunang pun tidak sampai setahun," ujarnya mesra.

Selepas gagal untuk kali kedua, Ikhwan optimis dan tidak sesekali menjadikan hubungannya ini sebagai 'badi' tetapi lebih ke arah positif dan tidak terbeban langsung dengan apa yang diperkatakan oleh orang sekeliling terhadapnya.

"Saya jadikan ini sebagai satu benda yang positif untuk saya meneruskan hidup dan kerjaya saya tak langsung kisah dengan apa orang cakap yang penting orang sekeliling tahu apa yang sedang saya lakukan. Saya akui kesilapan di pihak saya dan akan terus memperbaiki supaya tak akan timbul lagi perkara sebegini," tambahnya lagi.

Ikhwan juga menjelaskan walaupun sudah tidak lagi berhubung dengan bekas tunangnya tetapi dia masih lagi rapat dengan keluarga mereka lebih-lebih lagi abang bekas tunangnya itu.

"Saya agak sedih apabila orang saya rapat terutama ibubapanya dan abangnya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya. Hubungan saya dan keluarganya tak putus tetapi hubungan antara saya dan bekas tunang sudah jarang berkomunikas," ujarnya. (rtky/hfz)

#33 Ikhwan Hot FM Putus Tunang Lagi, Mahu Kahwin Terus Selepas Ini - ROTIKAYA #32 Ikhwan Hot FM Putus Tunang Lagi, Mahu Kahwin Terus Selepas Ini - ROTIKAYA #31 Ikhwan Hot FM Putus Tunang Lagi, Mahu Kahwin Terus Selepas Ini - ROTIKAYA #30 Ikhwan Hot FM Putus Tunang Lagi, Mahu Kahwin Terus Selepas Ini - ROTIKAYA #29 Ikhwan Hot FM Putus Tunang Lagi, Mahu Kahwin Terus Selepas Ini - ROTIKAYA #28 Ikhwan Hot FM Putus Tunang Lagi, Mahu Kahwin Terus Selepas Ini - ROTIKAYA

Neelofa: Berhijab Lengkapkan Diri, Harap Doa Peminat

Posted: 01 Jul 2014 06:02 PM PDT

Untuk 24 jam yang lepas, berita paling mendapat perhatian ramai pastinya keputusan pelakon & pengacara, Neelofa untuk berhijrah dan mengenakan tudung secara penuh. Ianya mendapat reaksi positif dari para peminat dan suka akan penampilan barunya.

BACA: Neelofa Ambil Keputusan Berhijrah, Kini Berhijab Penuh

Dalam kenyataan terbaru kepada portal GUA, Neelofa berkata yang beliau tidak mehu dedahkan sebab kenapa beliau mengambil keputusan ini dan biarlah ianya menjadi rahsia peribadi.

"Memang betul ini adalah imej & penampilan terbaru saya. Mengenai soalan mengapa saya pilih untuk berhijab, biarlah ianya kekal sebagai cerita peribadi saya," ujarnya.

Neelofa juga berkata perubahan beliau berkat doa para peminat sebelum ini turut mengharapkan yang ianya akan berkekalan selepas beliau berhijab penuh. Beliau juga berkata yang keputusan untuk berhijab ini seakan satu keputusan yang melengkapkan dirinya.

"I feel like it completes me. Saya mengharapkan orang di luar sana untuk terus mendoakan dan menyokong saya. Sesungguhnya, saya amat menghargai setiap sokongan yang diberikan," ujar Neelofa mengakhiri perbualan. Kami suka imej baru anda, Neelofa. (rtky/m)

#05 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #09 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #03 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #01 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #02 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #04 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #06 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #07 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #08 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #10 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #11 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #12 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #13 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #14 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #15 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #16 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #17 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #18 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...