RotiKaya

RotiKaya


Leya Hot FM Hamil Tiga Bulan, Mengidam Burger

Posted: 01 Jul 2014 05:33 PM PDT

Penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau lebih dikenali dengan nama komersilnya Leya, yang kita telah sedia maklum telah berkahwin buat kali kedua pada awal tahun ini, telah pun mengandung 3 bulan hasil perkahwinan barunya ini.

Dia yang sentiasa kelihatan ceria memberitahu bahawa sepanjang proses kehamilannya itu dia tidak mengalami apa-apa masalah kompilasi malah dia hanya mahu makan burger sahaja di awal-awal kehamilannnya itu.

"Alhamdulillah saya bersyukur sekali dan teruja untuk mendapat zuriat yang seterusnya dan usia kandungan sudah masuk 3 bulan dan tiada masalah langsung sepanjang proses kehamilan ini dan ianya sama seperti mana saya melahirkan anak kembar saya itu. Cuma saya mengidam makan burger,"ujarnya sambil ketawa.

Leya juga turut memberitahu bahawa rutin hariannya adalah sama & tidak ada apa yang bezanya meskipun dia kini berbadan dua. Katanya kewajipannya sebagai seorang tetap dilaksanakan walaupun dia seorang wanita yang berkerjaya.

"Suami saya memang teruja & dia tak sabar untuk menantikan saat kelahiran bayi ini. Begitu juga anak kembar saya itu. Tidak ada beza sama sahaja layanan suami terhadap saya. Saya bagaikan seorang puteri di rumah itu"

"Sesibuk mana pun saya bekerja, saya tetap memasak untuk keluarga, melainkan saya benar-benar tidak sempat barulah saya akan membeli makanan dan kami makan bersama," katanya.

Leya dan suami tidak kisah mengenai jantina bakal bayi mereka ini, tetapi mahukan bayi mereka ini sihat dan cergas.

"Saya dan suami tidak kisah mengenai jantina untuk bayi ini, tetapi kami mahukan bayi itu sihat dan cergas," ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)

#19 Leya Hot FM Hamil Tiga Bulan, Mengidam Burger - ROTIKAYA #20 Leya Hot FM Hamil Tiga Bulan, Mengidam Burger - ROTIKAYA #21 Leya Hot FM Hamil Tiga Bulan, Mengidam Burger - ROTIKAYA #22 Leya Hot FM Hamil Tiga Bulan, Mengidam Burger - ROTIKAYA #23 Leya Hot FM Hamil Tiga Bulan, Mengidam Burger - ROTIKAYA #24 Leya Hot FM Hamil Tiga Bulan, Mengidam Burger - ROTIKAYA #25 Leya Hot FM Hamil Tiga Bulan, Mengidam Burger - ROTIKAYA #26 Leya Hot FM Hamil Tiga Bulan, Mengidam Burger - ROTIKAYA #27 Leya Hot FM Hamil Tiga Bulan, Mengidam Burger - ROTIKAYA

Neelofa Kini Berhijab Penuh?

Posted: 30 Jun 2014 11:04 PM PDT

Jurugambar popular, Annas Easkey menerusi akaun Instagram beliau petang ini kongsikan satu screenshot menunjukkan perbualan beliau dengan Neelofa yang kami difahamkan berkaitan keputusan pelakon juga pengacara itu untuk berhijrah.

Dalam perbualan ringkas itu, Annas Easkey bertanyakan kepada Neelofa sama ada benar beliau kini memang benar benar sudah bertudung dan serius untuk kekal dengan imej itu.

"Yes Annas, I've been praying to God to give me that strong hint for me to always istiqamah and alhamdulillah Allah answered me," balas Neelofa terhadap soalan itu.

Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA

Satu berita baik buat semua peminat Neelofa yang sentiasa mendoakan selebriti ini untuk terus berubah apabila sering melihat beliau mengenakan tudung atau hijab lebih lebih lagi dengan perniagaan pakaian muslimah beliau yang mendapat sambutan. (rtky/m)

#15 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #18 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #17 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #16 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #14 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #13 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #12 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #11 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #10 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #09 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #08 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #07 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #06 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #05 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #04 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #03 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #02 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA #01 Neelofa Kini Berhijrah, Sudah Bertudung Penuh - ROTIKAYA

Joe Flizzow Mengimbau Zaman Popular Too Phat Dalam Lagu ‘Apa Khabar’

Posted: 30 Jun 2014 08:36 PM PDT

Bukan selalu kami paparkan lagu terbaru di pasaran di sini. Namun lagu terbaru Joe Flizzow yang baru baru ini dilancarkan video muzik'nya menarik perhatian kami, Apa Khabar ada potensi.

Menerusi lirik dan video yang dipaparkan kita boleh nampak yang Joe Flizzow memang merindui zaman kegemilangan Too Phat yang dibina bersama Malique Ibrahim. Kami pasti ramai peminat dunia hiburan juga rindukan duo ini untuk kembali membuat lagu bersama.

"Masa bila lapar semua makan mee segera. Show pertama luar KL di Pulau Pinang, lapan orang naik dua kancil, tapi semua senang, dua bilik empat katil, jadi empat di lantai kalau tidak silap ada yang sampai tidur di pantai," bait lirik Joe Flizzow yang mengimbau permulaan Too Phat.

Mungkin lagu ini merupakan satu mesej dari Joe Flizzow kepada sahabatnya itu untuk kembali ke dunia muzik bersama sama sebagai Too Phat. Heh. (rtky/m)

Menangi 10 Juta AirAsia BIG Points Untuk Ke Destinasi Impian Anda

Posted: 30 Jun 2014 05:49 PM PDT

AirAsia BIG Loyalty Programme (BIG), program global seumpamanya yang pertama di dunia baru baru ini melancarkan kempen BIG Travel Wish yang berlangsung selama tiga bulan dan akan berakhir 31 Julai 2014 ini.

AirAsia BIG akan memberikan sebanyak 10 juta AirAsia BIG Points melalui kempen ini untuk merealisasikan impian para pemenang yang bertuah untuk melancong ke destinasi pilihan mereka. Sama ada untuk melawat rakan yang sudah lama terpisah, menyambung ikatan dengan saudara mara atau sekadar melawat tempat percutian baru bersama yang tersayang — sebagai ahli AirAsia BIG, impian anda bakal terlaksana.

Dibuka kepada semua, peserta hanya perlu mengisi borang penyertaan di laman Facebook AirAsia BIG dengan menceritakan apakah destinasi impian mereka.

AirAsia BIG akan memilih pemenang dan menunaikan impian yang ada secara mingguan berdasarkan cerita dan elemen percutian serta destinasi impian mereka yang disampaikan melalui borang penyertaan. Pemenang akan diberikan jumlah AirAsia BIG Points yang sesuai dengan penerbangan ke destinasi impian mereka.

Screen Shot 2014-06-30 at 11.50.55 AM

Sejak dibuka untuk penyertaan lebih 35,000 impian telah diterima dalam masa dua bulan dan ada antara sebab kenapa mereka mahu terbang ke destinasi impian sangat menyentuh perasaan dan memberikan inspirasi.

Sebagai contoh, seorang peserta mahukan ibunya, yang sedang menderita penyakit kanser untuk merasai pengalaman menaiki pesawat untuk pertama kali dan ada yang mahu pulang ke kampung halaman yang sudah ditinggalkan lebih 30 tahun.

Bersempena dengan kempen BIG Travel Wish, AirAsia BIG juga telah mengemaskini laman rasmi mereka dengan gambarna yang lebih jelas tentang personaliti, yang terkini dan promosi — memudahkan pengguna untuk melayari maklumat.

Anda masih ada masa untuk menyertai kempen BIG Travel Wish dengan melawat laman rasmi mereka di www.airasiabig.com atau terus ke laman Facebook AirAsia BIG untuk menceritakan kisah dan destinasi impian anda di facebook.com/myBIGshots. Jom!

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...