RotiKaya

RotiKaya


Nora Danish Paling Popular Di Instagram

Posted: 09 Jun 2014 06:13 PM PDT

Instagram sekarang ini rasanya sudah menjadi satu platform alternatif terbesar buat para artis untuk mendekati peminat mereka. Mudah & interaktif 'kan?

Laman berita mStar Online hari ini tampil dengan laporan ringkas mereka tentang kedudukan terkini para selebriti dalam senarai siapakah yang paling popular di Instagram ketika ini dan pasti yang berada dalam senarai tidak mengejutkan sesiapa.

Nora Danish dengan lebih 828,000 pengikut menduduki takhta paling popular di Instagram diikuti Datuk Siti Nurhaliza dengan 622,000 dan dengan bilangan pengikut seramai 601,000 Lisa Surihani melengkapkan senarai Top 3.

Secara kebetulan, selebriti lelaki paling popular di Instagram berada di kedudukan keempat iaitu Zizan Razak dengan bilangan pengikut seramai 589,000. Beliau diekori rapat (hehe) oleh Emma Maembong yang juga merupakan kekasihnya dengan 588,000.

Senarai yang dikeluarkan untuk 15 orang artis itu turut menyenaraikan Shila Amzah (558,000), Scha Al-Yahya (525,000), Fazura (500,000), Elfira Loy (493,094), Fasha Sandha (438,000), Aaron Aziz (419,000), Neelofa (409,000), Nelydia Senrose (403,000), Erra Fazira (364,000), Nabila Huda di tangga terakhir dengan 357,000 pengikut.

Senarai di atas hanya alasan untuk kami paparkan selonggok gambar Nora Danish ketika berada di bumi Eropah baru baru ini termasuk percutian singkat di Paris yang turut disertai kekasihnya yang sanggup terbang jauh, Nedim Nazri. Enjoice! (rtky/m)

#00 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #01 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #02 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #03 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #04 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #05 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #06 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #07 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #08 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #09 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #80 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #81 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #82 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #83 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #84 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #85 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #86 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #87 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #88 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #89 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #90 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #91 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #92 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #93 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #94 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #95 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #96 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #97 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #98 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #99 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA

Seorang Lagi Mangsa Zaquan Adha Tampilkan Bukti

Posted: 09 Jun 2014 04:36 PM PDT

Hari ini, pasti anda semua tertanya tanya apa motif lagi kami dedahkan perilaku pemain bola sepak popular ini di alam maya — jawapannya entah, mungkin kerana seronok. Well, some men just want to watch the world burn. MWAHAHAHA!

Jika semalam satu Malaysia kecoh dengan pendedahan yang mengatakan Zaquan Adha cukup licik memikat gadis di aplikasi sosial WeChat, nampaknya hari ini ada satu lagi bukti yang ditampilkan oleh seorang lagi mangsa. Ganas bunyinya, mangsa.

BACA: Zaquan Adha Bermain Api Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda?

Zaquan Adha menerusi sebuah aplikasi chat yang menggunakan Instagram sebagai platform ada menegur seorang gadis yang tidak kami ketahui namanya dan mengajak gadis itu berjumpa.

Perkara ini didedahkan melalui forum hiburan popular, Cari.

235458mn0mnzo90k4tqx9n

Menerusi screenshot di atas, jelas menunjukkan ID Instagram iaitu zaqone_08 dan jika kita mengikut teori isterinya, Ayu Raudhah sebelum ini memang ada kemungkinan screenshot kali ini juga merupakan hasil kerja manipulasi grafik oleh sesetengah pihak.

BACA: Ayu Raudhah Percaya Suami, Bukan ID WeChat Milik Suami

"Gossip ini sedikit sebanyak memburukkan reputasi kami. Mujurlah saya seorang yang berfikiran waras dan tidak terburu-buru apabila mendapat tahu gosip ini," ujar Ayu Raudhah. (rtky/m)

#68 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #69 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #70 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #71 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #72 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #73 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #74 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #75 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #76 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA

Hari Ini Dalam Hiburan (N.566)

Posted: 09 Jun 2014 09:46 AM PDT

VIDEO HARI INI: Kami rasa anda semua pun sama, lebih mengenali Macklemore berbanding Ryan Lewis yang sebenarnya sama penting dalam duo popular Macklemore & Ryan Lewis. Oleh itu, Ryan Lewis pergi sendiri bertanyakan tentang populariti beliau kepada peminat di luar.

Bintang komedi, Tracy Morgan yang terlibat dengan nahas jalanraya yang cukup dahsyat baru baru ini dijangka akan tinggal di hospital untuk satu jangkamasa yang pandang ekoran keadaan beliau yang masih kritikal. Get well soon, bro!TMZ

Bakat nyanyian bintang Korea ini bukan satu rahsia selepas sering membawakan runut bunyi (soundtrack) untuk drama lakonannya namun lagu terbaru Park Shin Hye berjudul My Dear merupakan ciptaan beliau bersama abangnya, Park Shin Won. – Soompi

Acara tahunan 68th Tony Awards yang meraikan pencapaian terbaik drama juga muzikal di Hollywood telah selamat berlangsung semalam di mana menyaksikan kemenangan besar nama nama seperti Neil Patrick Harris, Bryan Cranston & Audra McDonald. – THR

Kediaman Sandra Bullock di Los Angeles baru baru ini telah dipecah masuk oleh seorang lelaki berusia 39 tahun, Joshua Corbett dan ketika kejadian selebriti itu ada di rumah berkenaan namun tidak mengalami sebarang kejadian buruk. – Huff. Post

Pelakon Rozita Che Wan mendedahkan yang beliau berjaya menyekat kira-kira 1,000 pengikut laman sosial Instagram miliknya kerana rimas dengan komen komen yang ditinggalkan apabila gambarnya dimuat naik. Padan muka semua. #eh – mStar Online

Ayu Raudhah Dakwa Bukan ID Zaquan Adha, Sudah Tahu Lebih Awal

Posted: 08 Jun 2014 10:43 PM PDT

Memang jawapan yang ramai nantikan tentang kontroversi yang sedang melanda Zaquan Adha ketika ini. Isterinya, Ayu Raudhah tampil memberikan penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku di sebalik insiden WeChat suaminya itu.

BACA: Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda?

"Sebenarnya saya dah terima foto screenshot itu semalam daripada wanita bernama Miranda Kerr. Dia kata kawan dia yang sering berbalas mesej dengan suami saya"

"So, dia rasa bertanggungjawab nak bagitahu saya.Tapi saya terkejut bila hari ini semua media pula tahu hal ini. Cuma saya nak jelaskan bahawa itu bukan WeChat ID Zaquan. Malah, Zaquan menggunakan gambar lain dalam aplikasi WeChat dan saya pun tahu akaun WeChat Zaquan"

Ayu Raudhah berkata demikian kepada portal OHBULAN! hari ini selepas diminta untuk mengulas isu ini yang kini menjadi perhatian ramai.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada pihak yang sengaja menyebarkan perkara ini untuk memporak perandakan rumahtangga mereka berdua.

"Saya pun tak tahulah siapa yang buat semua ini. Tetapi, yang pasti perkara ini sedikit sebanyak beri kesan kepada rumahtangga saya. Mungkin saya akan ambil tindakan lanjut selepas ini"

Jangan saman kami, please. (rtky/m)

#76 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #75 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #74 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #73 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #72 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #71 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #70 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #69 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #68 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA

Misha Omar: Suami Kini Lebih Manja Selepas Kahwin

Posted: 08 Jun 2014 10:12 PM PDT

Walaupun sudah lebihsebulan bergelar isteri, seri pengantin masih terpancar di wajah Misha Omar. Mungkin dek kerana terlalu bahagia menjalani kehidupan bergelar seorang isteri kepada Firos Ezzwan Rossly yang selamat diijabkabul awal Mei lalu.

Jelas terpancar kebahagiaan di wajahnya, Misha Omar berkata dia rasa sedikit rugi kerana kahwin di usia yang agak lewat namun kekal percaya soal jodoh dan rezeki anak adalah kurniaan dari Allah. Sebagai manusia, walau sejauh mana rancangan, tanpa izin dari-NYA, mungkin sehingga kehari ini, dia masih belum berkahwin.

"Bukanlah saya menyesal kahwin lambat. Tapi saya percaya ada hikmahnya. Ini di luar kuasa kita. Jodoh bukanlah keputusan kita sama juga macam anak, cepat atau lambat, seronok kahwin, ada kawan. Kadang-kadang rasa macam ada abang, ada ayah," ujarnya ketawa.

Menjawab soal cahaya mata, dia tidak meletakkan sebarang target kerana dia berkahwin di usia agak lewat bagi seorang wanita. Ditambah dengan suami yang bertugas sebagai seorang juruterbang yang tidak punya masa lapang yang banyak seperti orang lain.

"Jika Allah kata cepat, cepat. Kalau lambat pun saya terima. Saya taknak stresskan diri sendiri & bebankan suami. Dia kerja yang tak selalu ada dengan saya & tak boleh nak expect more"

Bermula dengan proses perkenalan, percintaan, melalui proses putus cinta, kemudian bertunang dan kini selamat sebagai suami isteri. Dalam jangka masa tersebut, pasangan ini lebih banyak memberi ruang kebebasan kepada diri masing-masing.

Keluar Rumah Lupa Minta Izin Suami

Dan setelah berumahtangga, maka ini lah proses dimana masing-masing belajar untuk satu fasa baru. Perkahwinan ini mendorong Misha untuk lebih kerap ke dapur. Sebulan berkahwin masakan paling extreme setakat ini dimasak untuk suaminya ialah Nasi Lemak.

Misha membongkar rahsia sejurus selepas majlis resepsi dari hotel, dia pulang ke rumah ibunya dan meninggalkan suami, anak dan anak buah lain tanpa memaklumkan kepada suami terlebih dahulu. Setelah dihubungi baru dia sedar bahawa dia tidak memberitahu suaminya untuk keluar.

"Sebelum ni kita buat semua benda pun bersendiri. Dah terbiasa berdikari tetapi sekarang dah tak boleh la. Nak kemana, saya akan inform suami dulu. Begitu juga dengan dia. Bulan pertama ni sebagai bulan adaptation untuk kami." jelas Misha lagi.

Tambahnya semenjak berkahwin Firos jadi terlebih manja. Setiap kali, Misha harus menghantar dan menjemputnya di lapangan terbang. Dan perkara manis bagi Misha dari Firos adalah apabila sedang bekerja dia akan menghantar mesej memberitahu kesunyian kerana perlu makan berseorangan tanpa ditemani isterinya.

Dan semalam Misha bergegas pulang selepas ditemuramah kerana perlu menyediakan makanan untuk suaminya. Awww sweet! Semoga kekal bahagia pasangan ini hendaknya. (rtky/bsr)

#74 Misha Omar Dakwa Suami Semakin Manja Selepas Kahwin - ROTIKAYA #75 Misha Omar Dakwa Suami Semakin Manja Selepas Kahwin - ROTIKAYA #76 Misha Omar Dakwa Suami Semakin Manja Selepas Kahwin - ROTIKAYA #77 Misha Omar Dakwa Suami Semakin Manja Selepas Kahwin - ROTIKAYA #78 Misha Omar Dakwa Suami Semakin Manja Selepas Kahwin - ROTIKAYA #79 Misha Omar Dakwa Suami Semakin Manja Selepas Kahwin - ROTIKAYA

Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda?

Posted: 08 Jun 2014 06:40 PM PDT

Teknologi kalau digunakan dengan betul banyak faedahnya — contohnya laman web kami yang serba canggih ini, menjadi penyebar kisah selebriti untuk umpatan anda semua. AHAHAHA!

Seorang peminat mengirimkan sepucuk e-mail kepada kami hujung minggu lalu mendedahkan perilaku seorang pemain bola sepak terkenal yang juga merupakan suami kepada seorang artis atau selebriti yang agak terkenal juga.

Melalui susur masa Moments di WeChat, seorang gadis yang tidak dikenali namanya telah tanpa segan silu memuat naik beberapa keping screenshot yang menunjukkan dirinya sedang bersembang dengan Zaquan Adha.

#73 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA

Menurut sumber yang memaklumkan, gadis tersebut merupakan salah seorang gadis sorak atau penyeri (mascot? cheerleader?) untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Tidak pasti sejauh mana hubungan gadis ini dengan Zaquan Adha namun boleh dilihat walaupun sudah bergelar suami, lelaki tetap menjadi lelaki. Heh. (rtky/m)

#68 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #73 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #69 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #70 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #71 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA #72 Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat, Kejar Gadis Muda? - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...