RotiKaya

RotiKaya


Hari Ini Dalam Hiburan (N.565)

Posted: 07 Jun 2014 11:35 PM PDT

VIDEO HARI INI: Kami pilih iklan GOL! dari McDonald’s ini sebagai yang terbaik setakat ini untuk kempen Piala Dunia 2014 yang akan datang.

Pelakon komedi dan bintang siri TV 30 Rocks, Tracy Morgan kini berada dalam keadaan kritikal selepas beliau terlibat dengan satu kemalangan jalan raya yang melibatkan enam buah kenderaan termasuk dua buah lori besar di New Jersey. – Yahoo! News

Pelakon Evan Rachel Wood telah disaman sebanyak US$30 juta selepas beliau menarik diri untuk menjadi teraju dalam filem sekuel bertajuk 10 Things I Hate About Life dan pihak produksi mendakwa mereka sudah membayar US$300,000 sebagai pendahuluan. – TMZ

Walaupun beliau dilihat sebagai seorang yang serba boleh dalam dunia hiburan, Adibah Noor merasakan dalam kehidupan beliau bukan seorang wanita yang serba boleh dalam hal & urusan rumahtangga dan lebih selesa untuk hidup sendiri. – Utusan Malaysia

Filem percintaan remaja yang diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama, The Fault in Our Stars dijangka akan mengutip US$52 juta untuk tayangan hujung minggu lalu dan ini sesuatu yang membanggakan untuk filem dengan kos serendah US$12 juta. – THR

Baru baru ini melalui akaun Twitter, Calvin Harris telah mengumumkan yang beliau sudah putus cinta dengan penyanyi Rita Ora dan timbul pula spekulasi mengatakan Justin Bieber merupakan punca perpisahan pasangan ini. Apa kes? – InTouch Weekly

Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang

Posted: 07 Jun 2014 10:44 PM PDT

Kami dengar anda suka lihat gambar pengantin selebriti. Maka kami bawakan lagi gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Fizz Fairuz dan pasangannya, Almy Nadia.

Jika minggu lalu, pasangan ini sudah menjalakan resepsi meraikan perkahwinan mereka di Bayan Lepas, Pulau Pinang yang merupakan kampung halaman pihak perempuan. Minggu ini giliran untuk bertandang ke sebelah lelaki di Raub, Pahang.

BACA: Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang

Sabtu lalu mengambil tempat di Dataran Raub, Pahang Fizz Fairuz dan Almy Nadia masing masing telah diraikan dalam satu majlis terbuka yang turut dihadiri oleh ratusan peminat mereka yang semestinya mahu melihat pasangan ini dengan lebih dekat.

Seperti biasa, tidak banyak maklumat yang boleh kami sampaikan berkaitan resepsi kali ini kerana kami malas dan anda pun bukan ambil kira jika maklumat tidak penting. AHAHA!

Terima kasih kepada para jurugambar di The Permaisuris sekali lagi yang tidak jemu memuat naik gambar sekitar majlis buat tatapan peminat yang jauh & tidak dapat hadir. Enjoice! (rtky/m)

#44 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #45 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #46 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #47 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #48 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #49 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #50 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #51 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #52 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #53 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #54 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #55 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #56 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #57 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #58 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #59 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #60 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #61 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #62 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #63 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #64 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #65 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #66 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA #67 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz Di Raub, Pahang - ROTIKAYA

Pekin Ibrahim Malas Bercakap Pasal Uqasha Senrose

Posted: 07 Jun 2014 10:04 PM PDT

Pelbagai isu dan kontroversi telah melibatkan dua pelakon sensasi ini. Kadangkala ada kenyataan yang diberikan berbelit-belit & agak keliru dengan masalah yang dihadapi oleh mereka berdua.

Bertemu dengan sang jejaka, Pekin Ibrahim di lokasi penggambaran filem Juvana semalam telah menjelaskan segala-galanya yang dia tidak mahu lagi memikirkan soal hubungannya bersama pelakon cantik, Uqasha Senrose yang dikhabarkan telah berakhir.

BACA: Uqasha Senrose Dakwa Tidak Pernah Bertunang Dengan Pekin Ibrahim

"Saya tidak ada komen pasal ini dan saya sibuk bekerja. Saya dengan dia tidak ada apa-apa lagi dan saya ada kehidupan saya sendiri. Lagipun kita ini lelaki buat apa lagi nak fikir benda-benda yang sebegitu sekarang ini 'kan?" ujarnya ringkas.

Fokusnya kini hanyalah bekerja sahaja dan tidak mahu lagi memikirkan kisah-kisah percintaannya yang lepas. Pekin turut memberitahu bahawa tidak ada lagi jalan untuk berbaik semula selepas apa yang telah berlaku dalam hubungan mereka.

"Saya sekarang lebih utamakan soal kerja dan sangat sibuk. Nampaknya memang tidak ada jalan untuk berbaik lagi dan saya sendiri pun memang tidak mahu lagikan pula Uqasha. Kalau nak kata saya playboy saya tidak ada masa untuk semua itu"

"Anda semua boleh lihat bahawa saya memang sibuk menjalani penggambaran dan masa banyak dihabiskan di lokasi penggambaran. Selepas ini saya tidak mahu memberikan kenyataan apa-apa sahaja mengenainya dan cukuplah sampai di sini sahaja," ujarnya ringkas. (rtky/hfz)

#42 Pekin Ibrahim Malas Bercakap Pasal Uqasha Senrose - ROTIKAYA #40 Pekin Ibrahim Malas Bercakap Pasal Uqasha Senrose - ROTIKAYA #43 Pekin Ibrahim Malas Bercakap Pasal Uqasha Senrose - ROTIKAYA #39 Pekin Ibrahim Malas Bercakap Pasal Uqasha Senrose - ROTIKAYA #41 Pekin Ibrahim Malas Bercakap Pasal Uqasha Senrose - ROTIKAYA #38 Pekin Ibrahim Malas Bercakap Pasal Uqasha Senrose - ROTIKAYA

Johan As’ari Tiada Masalah Bergandingan Bersama Nabila Huda Dalam Telemovie

Posted: 07 Jun 2014 09:52 PM PDT

Sudah lama kita tidak mendengar khabar daripada pelakon kacak Johan As'ari yang sebelum ini pernah dihimpit kontroversi percintaan dengan beberapa pelakon wanita seperti Nabila Huda, Lana Nordin, Izreen Azminda dan juga Shila Amzah. Beberapa contoh sahaja.

Walaubagaimanapun ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbaru Juvana, Johan As'ari menjelaskan bahawa tidak menyangka bahawa aktres Nabila Huda bersetuju untuk bergandingan bersamanya dalam sebuah telemovie.yang berjudul Udin Glamor Balik Kampung.

"Alhamdulillah saya tidak menyangka bahawa dia mahu bergandingan bersama-sama saya dalam telemovie tersebut. Mula-mula itu ada juga saya bertanya adakah dia mahu berlakon bersama sama saya dan tak sangka bahawa dia mahu. Saya percaya bahawa dia merupakan seorang yang professional dalam kerjayanya"

"Saya juga tidak ada masalah dan bersikap professional dan sedang belajar untuk terus menjadi seorang professional yang lebih baik daripada hari ini," ujarnya panjang lebar.

Johan turut menafikan bahawa akan timbulnya masalah sekiranya digandingkan bersama pelakon itu kerana mereka seketika dahulu pernah mempunyai hubungan yang rapat.

Tiada Masalah Dengan Bekas Teman Wanita

"Bagi saya tidak akan ada masalah walaupun kami jarang berhubung dan kadang-kalanya juga berhubung, sekali-sekala ada juga bertanyakan khabar seperti mengucapkan selamat hari ibu — hubungan kami baik tidak ada apa-apa masalah"

Selain itu, Johan turut menceritakan bahawa hubungannya bersama-sama artis wanita yang pernah dikaitkannya suatu ketika dahulu juga tidak mengalami masalah dan perhubungan itu nampaknya semaikin baik dan lancar.

"Macam Fasha Sandha sebelum ini, pergi ke Hulu Langat bersama-sama ibu saya dan mengambil gambar bersama mereka dan rasanya keadaan semakin baik. Saya memang hargai. Begitu juga dengan Shila Amzah, dan pada majlis ABPBH baru-baru ini saya terserempak dengan Izreen dan kami tidak ada masalah. Dengan Kaka pula, sudah macam adik-beradik kerana kami memang rapat sejak Fear Factor di Capetown dan sesiapa yang menonton 'Fear Factor' dapat lihat bahawa hubungan kami memang macam adik beradik," katanya.

Sementara itu, Johan memberitahu bahawa dia kini masih solo dan tidak mahu perkara lepas berulang kembali kerana katanya kini dia mahu belajar dari kesilapan yang lepas dan mengenal erti cinta sebenar supaya perkara lepas tidak berulang kembali. (rtky/hfz)

#32 Johan As'ari Tiada Masalah Bergandingan Bersama Nabila Huda Dalam Telemovie - ROTIKAYA #33 Johan As'ari Tiada Masalah Bergandingan Bersama Nabila Huda Dalam Telemovie - ROTIKAYA #34 Johan As'ari Tiada Masalah Bergandingan Bersama Nabila Huda Dalam Telemovie - ROTIKAYA #36 Johan As'ari Tiada Masalah Bergandingan Bersama Nabila Huda Dalam Telemovie - ROTIKAYA #35 Johan As'ari Tiada Masalah Bergandingan Bersama Nabila Huda Dalam Telemovie - ROTIKAYA #37 Johan As'ari Tiada Masalah Bergandingan Bersama Nabila Huda Dalam Telemovie - ROTIKAYA

Penyanyi Rock Terkenal Pukul Isteri Depan Bank

Posted: 07 Jun 2014 09:22 PM PDT

Bagaimana berita ini boleh terlepas dari pandangan kami yang memang makan, minum dan tidur dengan gossip setiap hari. Yang penting ianya panas & memerlukan perhatian segera anda para peminat dunia hiburan untuk mula berspekulasi. Eh.

Berita Harian hujung minggu lalu melaporkan yang seorang penyanyi rock terkenal tanah air telah bertindak memukul isterinya di khalayak ramai baru baru ini selepas mereka berdua dikatakan menghadapi satu salah faham yang tidak pasti apa sebenarnya.

Kejadian yang berlaku itu mengejutkan para kakitangan dan pelanggan sehingga menimbulkan kekecohan sebuah bank di Ampang & khabarnya ianya berlaku selepas rockers itu meminta wanita itu untuk mengeluarkan wang di bank tersebut.

Wanita itu yang juga merupakan ibu kepada tiga anak hasil perkahwinan dengan penyanyi rock ini mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat perbuatan suaminya itu. Teruk sangat agaknya dipukul, maklumlah mana mahu melawan.

Ada sumber yang menyampaikan kepada kami, walaupun tidak tertulis dalam laporan akhbar, yang semua ini berpunca apabila si isteri bertindak mencuri wang tunai suaminya dan rockers yang memang terkenal dengan sikap panas baran itu tidak dapat menahan sabar. (rtky/m)

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...