RotiKaya

RotiKaya


Syafiq Yusof Bidas Dakwaan Filem Pengaruhi Akhlak Remaja Kita

Posted: 04 Jun 2014 10:14 PM PDT

Kami rasa setiap kali filem tempatan bertemakan keganasan muncul di pawagam, pasti ada isu yang mengatakan ianya menjadi pengaruh kepada kepesongan akhlak remaja — filem Abang Long Fadil yang kini berada di pawagam tidak terlepas.

Pengarahnya, Syafiq Yusof hari ini meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dakwaan negatif yang dilemparkan terhadap filem arahanya itu di Twitter.

“Budak sekolah bergaduh salahkan filem, dah kena 18PL pun salahkan filem. So, bergaduh kat sekolah ni tak wujud ke sebelum wujudnya filem?” tulisnya mempersoal perspektif sesetengah pihak terhadap filem ganas.

“Apa kata, semua keburukan negara kita ni, kita salahkan filem. Kan senang lepaskan tengkuk semua orang. Biar industri filem jadi punching bag!”

Syafiq Yusof juga mempersoalkan nilai moral yang dipaparkan oleh filem luar negara yang jelas lebih teruk namun ianya tidak menjadi masalah apabila ditayangkan di Malaysia. Sesuatu yang tidak adil rasanya dalam dunia seni secara universal ketika ini.

“Filem Hollywood lagi teruk dengan lucah, tiada adab dan mencarut bagai boleh lepas tayang. ‘Oh,takpe itu budaya mereka’ yang tengok siapa? Melayu juga!” tambahnya lagi.

Apa pandangan anda? Adakah filem ganas secara umum yang ligat ditayangkan di pawagam dan kaca televisyen menjadi punca keruntuhan akhlak remaja kita? (rtky/m)

#93 Syafiq Yusof Bidas Dakwaan Filem Pengaruhi Akhlak Remaja Kita - ROTIKAYA #92 Syafiq Yusof Bidas Dakwaan Filem Pengaruhi Akhlak Remaja Kita - ROTIKAYA #94 Syafiq Yusof Bidas Dakwaan Filem Pengaruhi Akhlak Remaja Kita - ROTIKAYA #95 Syafiq Yusof Bidas Dakwaan Filem Pengaruhi Akhlak Remaja Kita - ROTIKAYA #91 Syafiq Yusof Bidas Dakwaan Filem Pengaruhi Akhlak Remaja Kita - ROTIKAYA #90 Syafiq Yusof Bidas Dakwaan Filem Pengaruhi Akhlak Remaja Kita - ROTIKAYA

Felixia Yeap: Saya Akan Padam Gambar Lama, Beri Masa

Posted: 04 Jun 2014 06:47 PM PDT

Kami kira bukan mudah untuk berubah, jika niat itu sudah ada datang pula pelbagai tohmahan dari mereka yang agak negatif akan niat baik anda. Ini apa yang sedang berlaku kepada model Felixia Yeap sejak beliau tampil bertudung.

Salah satu perkara yang menjadi isu adalah keengganan Felixia Yeap untuk memadam gambar lama beliau sepanjang berkecimpung dalam dunia model dengan menyatakan itu adalah hasil kerja keras beliau sebelum ini — namun model ini nampaknya mengubah fikiran.

“Gambar-gambar lama tu saya akan delete, tapi ianya akan memakan masa berminggu-minggu (tanpa kerja atau buat kerja lain) kerana ianya adalah gambar dari tahun 2010/2011 sehingga sekarang, jadi bukan satu dua gambar, tapi beribu-ribu”

“Buat masa ni saya masih tidak stabil dari segi kewangan, dan perlu tumpukan perhatian dalam kerja, selain daripada luangkan masa untuk belajar mengenai agama Islam,” tulis Felixia Yeap menjawab kritikan orang ramai di Facebook baru baru ini.

Ramai juga memberikan sokongan dan pandangan positif yang rata rata menyokong perubahan yang dilakukan Felixia Yeap dan berharap model itu akan kekal dalam imej baru beliau selain memeluk Islam seperti dijanjikan kelak.

“Diminta janganlah like gambar-gambar lama tu. Yang itu adalah kisah dulu, saya sekarang dah bertaubat,” tambah Felixia Yeap lagi. (rtky/m)

#79 Felixia Yeap Akan Padam Gambar Lama, Beri Masa Dan Ruang - ROTIKAYA #80 Felixia Yeap Akan Padam Gambar Lama, Beri Masa Dan Ruang - ROTIKAYA #81 Felixia Yeap Akan Padam Gambar Lama, Beri Masa Dan Ruang - ROTIKAYA #82 Felixia Yeap Akan Padam Gambar Lama, Beri Masa Dan Ruang - ROTIKAYA #83 Felixia Yeap Akan Padam Gambar Lama, Beri Masa Dan Ruang - ROTIKAYA #84 Felixia Yeap Akan Padam Gambar Lama, Beri Masa Dan Ruang - ROTIKAYA #85 Felixia Yeap Akan Padam Gambar Lama, Beri Masa Dan Ruang - ROTIKAYA #86 Felixia Yeap Akan Padam Gambar Lama, Beri Masa Dan Ruang - ROTIKAYA #87 Felixia Yeap Akan Padam Gambar Lama, Beri Masa Dan Ruang - ROTIKAYA #88 Felixia Yeap Akan Padam Gambar Lama, Beri Masa Dan Ruang - ROTIKAYA #89 Felixia Yeap Akan Padam Gambar Lama, Beri Masa Dan Ruang - ROTIKAYA

Faezah Elai: Bukan Taraf Saya Nak Bergaduh Di Twitter

Posted: 04 Jun 2014 06:06 PM PDT

Niatnya baik, cuba membantu dan memberi kerjasama sehabis baik sepanjang bersiaran. Namun gara-gara tegurannya, tidak fasal-fasal Faezah Elai dipersalahkan. Lebih tepat, pelakon itu dikatakan penyebab rakan pengantaranya yang juga merupakan salah seorang peserta program realiti Ikon Siarawan iaitu Alia tersingkir.

Keadaan terus panas apabila Faezah Elai didakwa berperang di Twitter dengan seorang penonton yang tidak berpuas hati dengan keputusan penyingkiran tersebut dan terus menyalahkan pelakon itu.

Menurut ibu anak satu ini, dia tidak bergaduh dengan penonton tersebut sebaliknya sekadar bertanya dan meminta penjelasan ekoran dia dikatakan bersikap tidak profesional.

“Peserta tersebut pula diberikan tugasan sebagai pengacara jemputan program Feminin kendalian saya. Sepanjang siaran itu, mulanya saya memang bagi dia peluang untuk bercakap tapi tak sangka pula dia terlalu banyak bercakap sampai lah dah nak keluar ending kredit. Jadi saya tiada pilihan saya terpaksa cakap potong cakap dia”

“Tentang tweet itu pula, bukan berperang pun tapi saya cuma bertanya kembali kepada orang yang tweet saya itu, tentang kenapa dia berkata saya tidak profesional. Sejujurnya saya tidak menonton program Ikon Siarawan itu, jadi saya kurang jelas apa yang pengikut di Twitter itu cuba katakan kepada saya”

“Katanya, saya tidak profesional. Saya tanyakan pada dia yang dia tonton tak Feminin sewaktu giliran peserta itu dan saya sedang kendalikan itu. Itu sahaja,” kata Faezah Elai ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut.

Isteri kepada pengarah drama terkenal, Heykal Hanifah ini ditemui pada majlis pelancaran Jalan-Jalan Minum Kopi Malaysia Bersama Selebriti, bertempat di The Weld, Kuala Lumpur semalam.

Tambah Faezah, tidak ada sebab untuknya mencetuskan pergaduhan dengan penonton terbabit. Tidak mahu memanjangkan hal tersebut, Faezah menganggap ianya itu telah selesai memandangkan penonton itu telah memohon maaf daripadanya.

“Bukan taraf saya nak gaduh dengan dia. Tapi apa pun, perkara itu dah selesai sebab penonton itu pun dah minta maaf,” katanya ringkas.

Memilih Karya Selepas Lahir Anak Sulung

Mengenai perkembangan karier seni pula, selain sibuk mengendalikan program di saluran RTM1, Feminin, sejak Januari lalu, Faezah baru saja selesai menjalani pengambaran sebuah telemovie yang menggandingkannya bersama pelakon Afiq Muiz.

“Buat masa ni fokus saya memang pada Feminin. Program tu setiap Isnin hingga Khamis tapi saya tidak lah bersiaran setiap hari, ada giliran yang ditetapkan. Selain tu, saya baru habis penggambaran sebuah telemovie. Maaf, saya lupa sangat judul telemovie itu tapi dalam drama tu saya bawa watak ala-ala tomboy,” tuturnya.

Dalam pada itu Faezah juga memberitahu, sejak melahirkan anak sulung yang diberi nama Dealova Heyrinna yang kini berusia setahun lebih, dia kini semakin memilih watak dan drama yang ditawarkan memandangkan dia perlu juga menguruskan keluarganya.

“Sebenarnya tawaran belakon banyak, tapi saya dah mula kena memili sesuai dengan status saya sebagai ibu. Saya juga perlu beri tumpuan pada anak dan suami. Jadi saya hanya boleh jalani penggambaran sehingga jam 11.00 malam sahaja”

“Kalau sesebuah produksi itu boleh terima syarat saya, saya akan terima tawaran mereka tapi itupun bergantung juga pada watak yang ditawarkan pada saya,” katanya. (rtky/fr)

#78 Faezah Elai Nafi Bergaduh Di Twitter, Hanya Salah Faham - ROTIKAYA #76 Faezah Elai Nafi Bergaduh Di Twitter, Hanya Salah Faham - ROTIKAYA #77 Faezah Elai Nafi Bergaduh Di Twitter, Hanya Salah Faham - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...