RotiKaya |
- Nad Zainal: Saya Kini Bahagia Dengan Hefny Sahad
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.563)
- Rasa Bersalah, Hanez Suraya Mohon Maaf Dari Semua
- Hefny Sahad Akui Bercinta Dengan Nad Zainal
| Nad Zainal: Saya Kini Bahagia Dengan Hefny Sahad Posted: 04 Jun 2014 05:48 PM PDT Berita paling mengejutkan (konon) semalam adalah pengakuan Hefny Sahad yang mengatakan beliau kini memang sedang bercinta dengan pelakon kecil molek, Nad Zainal selepas gadis itu menamatkan hubungan dengan Azwan Kombos. BACA: Hefny Sahad Akui Sedang Bercinta Dengan Nad Zainal, Nafi Jadi Perampas Hari ini, media melaporkan yang Nad Zainal sendiri yang kini berada di Korea untuk menjalani satu penggambaran mengakui akan apa yang dikatakan oleh Hefny Sahad namun enggan memberikan komen lanjut buat masa ini. “Dialah lelaki paling rapat dan saya selesa. Apa yang dia beritahu itulah sebenarnya (bercinta). Tiada apa yang hendak ditambah. Saya gembira dan harap semuanya berjalan dengan lancar,” jelas Nad Zainal kepada Kosmo! hari ini. Nad Zainal turut menafikan yang beliau dan Hefny Sahad rapat ketika masih bersama Azwan Kombos dan memberitahu yang sifat matang juga bercita cita tinggi pelakon juga pengacara itu menarik beliau untuk kenal dengan lebih rapat. “Paling utama dia (Hefny) seorang yang bijak. Dia juga matang dan bercita-cita tinggi. Kami juga mempunyai minat yang sama,” tambahnya. Semoga berbahagia hendaknya. (rtky/m) |
| Hari Ini Dalam Hiburan (N.563) Posted: 04 Jun 2014 09:44 AM PDT VIDEO HARI INI: Kami tidak jumpa apa perkataan untuk lip sync dalam Bahasa Melayu selepas 3 jam mencari atau kami yang tidak pandai. Yang pasti, duet lip sync ayah dan anak untuk lagu Love Is An Open Door ini sangat comel. Tarikh tayangan untuk filem terbaru lakonan Mila Kunis dan Channing Tatum berjudul Jupiter Ascending telah ditunda ke 6 Februari 2015 daripada jadual asal Julai ini kerana ianya masih memerlukan masa untuk suntingan grafik. – Just Jared Ramai sebenarnya terkejut dengan keputusan Kim Kardashian & Kanye West untuk berbulan madu di Ireland selepas perkahwinan mereka dan pasangan ini mendedahkan mereka pernah menyambut hari jadi di sana dan terus jatuh cinta selain berjanji mahu kembali. – People Peminat drama Korea mana yang tidak terkesan dengan Stairway to Heaven dan kini pasangan Choi Ji Woo dan Kwon Sang Woo akan kembali berlakon dalam sebuah drama berjudul Temptation, pertama kali sejak 11 tahun yang lalu. – Soompi Ramai menunggu siri TV spinoff Breaking Bad berjudul Better Call Saul namun kenyataan terbaru daripada penciptanya, Vince Gilligan seakan memudarkan harapan apabila beliau mengakui ianya seakan satu kesilapan untuk diteruskan. Hmm. – Huff. Post Penyanyi dan pengacara terkenal Dato' AC Mizal bakal membuat satu projek khas di mana beliau kini sedang mencari ahli kumpulan 4U2C yang baru dan kemungkinan besar kumpulan itu akan kembali ke persada dunia hiburan. Yeay? – Murai |
| Rasa Bersalah, Hanez Suraya Mohon Maaf Dari Semua Posted: 04 Jun 2014 04:09 AM PDT Melalui akaun Instagram beliau baru baru ini, Hanez Suraya telah memuat naik sekeping gambar bersama dengan bait bait ayat memohon maaf secara terbuka dari semua atas semua perkara yang pernah terjadi selama ini. Hanez Suraya ingin kosong kosong dengan anda. BACA: Hanez Suraya Nafi Tindakan Saman MAS Keputusan Melulu Bercakap kepada mStar Online berkenaan keputusan meminta maaf secara terbuka ini, Hanez Suraya berkata yang hatinya tiba tiba terbuka untuk meminta maaf daripada semua selain sedar banyak melakukan kesilapan sebelum ini. “Kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada (melakukan) kesilapan, secara rendah diri Hanez ingin memohon maaf kepada semua atas segala kesilapan Hanez. Hanez sedar banyak kesilapan yang telah dilakukan dalam sedar atau tidak” Hanez Suraya bagaimana enggan mengulas apabila ditanya sama ada permohonan maaf ini juga ditujukan buat isteri kekasihnya, Liyana Manan. “Saya tidak mahu komen tentang itu, cuma hari ini (Rabu) saya tergerak hati dan benar-benar ingin meminta maaf kepada semua orang,” tambah Hanez Suraya. (rtky/m) |
| Hefny Sahad Akui Bercinta Dengan Nad Zainal Posted: 03 Jun 2014 09:51 PM PDT Kami tidak pasti ini satu lagi siri manipulasi kenyataan atau ianya memang memang benar seperti dilaporkan. Sebelum ini, hubungan cinta Nad Zainal bersama kekasihnya Azwan Kombos mendapat perhatian ramai selepas putus secara tiba tiba. Dalam kekalutan kenyataan dari kedua dua pihak yang nampak sangat tidak berkomunikasi dengan baik, nama Hefny Sahad timbul dikatakan sebagai orang ketiga dalam hubungan mereka selain dikatakan punca perpisahan Nad Zainal dan Azwan Kombos. BACA: Azwan Kombos Tidak Boleh Maafkan Hefny Sahad, Terima Takdir Well, dalam perkembangan terbaru melalui satu kenyataan kepada HLIVE!, Hefny Sahad mengakui yang hubungan beliau bersama Nad Zainal kini rapat dan lebih dari sekadar kawan — dan melalui kenyataan begini, disimpulkan yang mereka bercinta. "Ya, kami sangat rapat dan bukan sekadar kawan biasa. Saya berada di dalam situasi yang mereka baru saja memutuskan hubungan. Secara langsung mereka meletakkan saya sebagai punca kepada keretakan di antara mereka berdua” “Perkara ini sudah pun dijelaskan oleh Nad & saya bukan punca. Nad sendiri sudah memberitahu yang dia sudah single dan hanya selepas itu, barulah kami menjadi lebih rapat,” jelas Hefny Sahad. Pelakon dan juga pengacara itu turut memaklumkan yang beliau sudah berbincang terlebih dahulu dengan Nad Zainal yang kini berada di Korea sebelum memberikan kenyataan ini dan mereka merasakan tiada apa yang perlu disorok lagi. Baguslah. (rtky/m) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






























No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.