RotiKaya |
- Amy Search: Saya Sudah Pun Nasihatkan Nabila Huda
- Awal Ashaari Cerewet Dalam Membeli Barang Bayi
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.562)
- Edge Of Tomorrow: Garapan Aksi Yang Tajam & Bijak
- Kenyataan Dimanipulasi — Shahir Nafikan Ada Hubungan Dengan Erra Fazira
- Zizan Razak: Kami Tidak Rancang Mahu Saman Emma Maembong
| Amy Search: Saya Sudah Pun Nasihatkan Nabila Huda Posted: 03 Jun 2014 05:30 PM PDT Baru baru ini ketika berlangsungnya majlis Anugerah Stail Eh! 2014, Nabila Huda telah dinobatkan sebagai Selebriti Wanita Paling Seksi dan pastinya gelaran itu bukan sesuatu yang baru buat anak kepada lagenda rock neraga, Amy Search itu. Walaupun pada hemat kami gelaran itu sebenarnya satu penghargaan terhadap gaya dan juga fesyen Nabila Huda, Amy Search sebagai bapa pastinya ada kurang senang apabila anaknya itu diangkat sebagai yang paling seksi dalam lautan selebriti di Malaysia ketika ini. "Sebagai seorang bapa, sudah tentu saya ada menegur dia. Tetapi segala tindakan dia adalah tanggungjawab dia sendiri. Saya hanya boleh menasihati," jawab Amy Search ringkas kepada GUA dan turut berkata hubungan mereka baik baik sahaja. Dalam kenyataan sama, Amy Search turut memaklumkan yang beliau bakal muncul dengan sebuah album solo tidak lama lagi selepas 13 tahun tidak tampil dengan produk baru buat para peminat. Kami menunggu, heh. (rtky/m) |
| Awal Ashaari Cerewet Dalam Membeli Barang Bayi Posted: 03 Jun 2014 04:50 PM PDT Ketika ini, Scha al Yahya pastinya selebriti tempatan yang menjadi perhatian kerana ramai menantikan kelahiran anak pertama beliau bersama Awal Ashaari dan pastinya pasangan ini sudah mula membeli barang kelengkapan bayi. Scha al Yahya dijangka melahirkan anak pertama mereka pada hari pertama raya Aidilfitri ini & Awal Ashaari mengakui yang beliau bersikap cerewet dalam membeli barangan kelengkapan bayi berbanding isterinya itu. “Antara kami berdua saya paling cerewet dalam membeli barangan untuk anak kerana saya terlalu teruja bakal bergelar bapa sehingga kadang-kala Scha marah sebab menganggap ia membazir” “Bagaimanapun apa yang saya lakukan adalah untuk anak kami dan mahu memberikan terbaik kepadanya apabila dia lahir kelak,” jelas Awal Ashaari. Maklumlah teruja mahu bergelar ibu bapa ‘kan, pastinya mahu berikan yang terbaik dalam dunia ini untuk anak pertama mereka. Anda berdua akan jadi pasangan ibu bapa yang bagus kami pasti Awal Ashaari & Scha al Yahya. (rtky/m) |
| Hari Ini Dalam Hiburan (N.562) Posted: 03 Jun 2014 09:13 AM PDT VIDEO HARI INI: Angelina Jordan Astar hanya berusia 8 tahun dan beliau telah pun memenangi pertandingan realiti TV Norway’s Got Talent dengan membawakan lagu klasik Summertime versi dendangan Ella Fitzgerald dan Louis Armstrong. Fuuu! Ini sedikit tidak sihat untuk dibuka di tempat kerja, kami sudah pesan. Penyanyi Rihanna tampil di karpet merah 2014 CFDA Fashion Awards dengan busana yang menampakkan lebih 80% tubuh badannya sehingga ada yang menggelar sebagai fesyen bogel. – Just Jared Pelakon remana yang semakin meningkat naik ChloĆ« Grace Moretz baru baru ini telah dilihat keluar bersama anak sulung kepada David Beckham, Brooklyn di Santa Monica di mana mereka berdua dilihat bermain skateboard. Bercinta? Heh. – Celebuzz Lagu popular kumpulan pop Korea, Girls’ Generation (SNSD) berjudul Mr. Mr. telah berjaya tersenarai dalam 25 Best Songs of 2014 setakat ini yang dikeluarkan majalah TIME yang turut ada menyenaraikan lagu dendangan Sam Smith, Michael Jackson and Mariah Carey. – Soompi Berhijrah dari negara yang sama Singapura, Shah Iskandar yang baru baru ini berjaya bergelar Pelakon Lelaki TV Paling Popular berkata beliau enggan dibayanyi oleh populariti Aaron Aziz dan ingin tampil dengan imej juga jenama sendiri. – Sinar Harian Kereta mewah jenama Maserati milik Miley Cyrus yang dilarikan dalam kejadian pecah masuk kediaman penyanyi popular itu sudah ditemui kembali namun masih tiada tangkapan dilakukan dan kes kini masih dalam siasatan pihak polis. – TMZ |
| Edge Of Tomorrow: Garapan Aksi Yang Tajam & Bijak Posted: 02 Jun 2014 11:19 PM PDT Live. Die. Repeat. Hidup. Mati. Ulangan. Itu tagline filem ini. Berapa kalikah watak lakonan oleh Tom Cruise 'terbunuh' dalam filem-filemnya yang terdahulu? Saya rasa kebanyakan filem lakonannya, beliau diangkat sebagai hero sehingga kesudahan filem. Edge of Tomorrow (2014) ialah filem dimana watak lakonan Tom Crusie mati berkali-kali-kali-kali! Kerana terperangkap dalam gelungan masa atau time loop. Filem ini diarahkan oleh Doug Liman iaitu adaptasi secara longgar dari novel Jepun All You Need Is Kill karya Hiroshi Sakurazaka. Ringkasnya begini, sudah 5 tahun bumi diserang oleh makhluk asing bergelar Mimics yang tangkas menekap strategi peperangan oleh manusia. Hari berikutnya ialah pertempuran terbesar dan terakhir yang akan berlaku di pantai Normandy. Major William Cage (Tom Cruise) dipaksa menyertai sekumpulan askar elit bergelar J Squad untuk berlawan dengan kumpulan makhluk asing. Sesuatu di luar dugaan berlaku dimana gerombolan Mimics melakukan serangan hendap, seakan-akan sudah mengetahui misi ketenteraan itu. Lantas, semua askar terkorban seorang demi seorang termasuklah Cage yang mengambil jalan terakhir dengan meletupkan dirinya di hadapan seekor Mimics yang unik. Waktu itulah, lendiran dari Mimics telah tersimbah ke tubuh Cage mewujudkan sesuatu yang sangat aneh mengakibatkan dia terperangkap dalam gelungan masa, hari yang sama, berulang-ulang. Kisah kehidupan pelik Cage itulah yang dikembangkan sehingga ke penamat filem ini. AMARAN: Ulasan seterusnya mungkin mengandungi spoiler. Filem ini bermula dengan konflik kekalutan di seluruh dunia versi paparan berita-berita ala realiti di kaca televisyen untuk memberi latar cerita fiksyen sains yang mudah difahami. Bumi sedang ditakluk oleh makhluk asing. Ia asas bukaan filem-filem kehancuran bumi oleh serangan sesuatu yang maha dahsyat. Cepat dan padat. Di antara laporan berita itulah diselitkan penampilan Major William Cage yang menjadi 'spin doctor' atau jurucakap tentang misi ketenteraan Amerika yang kononnya kini menjadi satu-satunya harapan bumi. Dalam ertikata lain, Cage hanyalah boneka yang pakar mencanang propaganda di media sahaja tanpa benar-benar secara fizikalnya sebagai seorang askar yang berjuang di medan perang. Hakikatnya, Cage seorang yang penakut dan pengecut. Babak-babak peperangan sengit di antara manusia melawan Mimics mirip dalam filem Starship Troopers (1997) dalam versi askar ber-uniform seperti gabungan Robocop (1987) dan Elysium (2013) dipanggil 'Jackets' yang dipakai oleh tentera United Defense Force (UDF). Dari asas jalan cerita pula, filem ini seperti tekapan filem time loop Groundhog Day (1993) dan Source Code (2011) dengan penyudah yang sangat mudah iaitu menghapuskan 'ibu' kepada semua makhluk asing seperti filem Independence Day (1996). Ok! Saya tidak mengatakan klise filem ini sehingga menyebabkan ia membosankan. Ia cuma tidak 100% asli tetapi berjaya bercerita dengan bagus walaupun pengulangan plot gelungan masa dek aksi dan reaksi yang berbeza mengikut aneka pilihan hidup oleh watak William Cage. Kronologi babak yang dipaparkan disunting dengan baik sehingga sesekali timbul suasana humor di tengah ledakan bom dan aksi tembak-menembak di medan perang. Pada awalnya pengulangan hidup/mati Cage sekadar 'trial and error' tanpa hala tuju sehinggalah kewujudannya disedari oleh watak Rita Vrataski (Emily Blunt). Antara yang menariknya menonton filem berstruktur time loop sebegini ialah perasaan kebersamaan penonton dengan watak William Cage dalam setiap pengulangan dimana kita dan dia sahaja yang tahu bahawa hari itu berulang sekali lagi. Manakala watak-watak lain melalui hari yang baru untuk kali pertama. Penonton juga cuba meneka-neka sudah berapa kali Cage mengulangi hari tersebut? Pengembangan watak Cage dari seorang yang naif dan kosong tentang taktik ketenteraan menjadi semakin matang dan super soldier handal kerana pengulangan masa sebagai latihan bak kata peribahasa 'alah bisa, tegal biasa' atau 'practice makes perfect' katanya. Tambahan pula Cage belajar dari guru mempertahankan diri yang terbaik dan terhebat iaitu Rita Vrataski, The Full Metal Bi*ch. Selain dari pesona lakonan Tom Cruise dan Emily Blunt yang tidak boleh dinafikan memang best, filem ini juga menampilkan rupa bentuk realisme makhluk asing Mimics dari imej janaan komputer CGI yang seronok ditonton. Ia sangat pantas, bijak dan brutal. Oleh kerana filem ini sarat babak aksi-aksi pertempuran meletup, tidak disangkal juga ia kadangkala terasa seperti menonton video games yang berulang-kali dimainkan dengan taktik yang berbeza-beza untuk memenangi level demi level sehinggalah pertempuran terakhir Cage memusnahkan Mimics versi Omega. Pengarahnya Doug Liman yang terkenal dengan aksi bertimpa-timpa dalam filem The Bourne Identity (2002) dan Mr. & Mrs. Smith (2005) tahu bagaimana menangani filem aksi pantas sebegini. Persoalannya ialah sama ada peminat Tom Cruise atau peminat filem aksi fiksyen sains atau peminat novel asli oleh Hiroshi Sakurazaka yang akan menentukan jatuh-bangun dan untung-rugi filem ini kerana ia berani untuk bersaing dengan filem-filem musim panas yang lain. Ia sukar dijangka. KESIMPULANEdge of Tomorrow (2014) sebenarnya cerita yang pendek tetapi dipanjangkan hanya kerana pengulangannya yang munasabah melalui lesen fiksyen sains tentang gelungan masa. Saya suka waktu kali pertama menontonnya, mungkin juga akan mengulang tontonan. Siapa tahu? Saya berikan 4 BIJI ROTIKAYA. |
| Kenyataan Dimanipulasi — Shahir Nafikan Ada Hubungan Dengan Erra Fazira Posted: 02 Jun 2014 10:50 PM PDT Sebelum ini tercetus gossip mengenai penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Shahir dan juga aktres jelita Erra Fazira mengenai hubungan yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak yang mendakwa bahawa mereka berdua ini telah mempunyai hubungan mesra sebagai pasangan kekasih. Persoalan ini terus menjadi tanda tanya peminat-peminat mereka mengenai status mereka kini. Bagi menjawab persoalan ini, kami telah berjumpa penyanyi Shahir semasa di sidang media Akademi Fantasia 2014 yang bertempat di Le Meridien Kuala Lumpur. "Saya sudah bersedia apabila keluar di hadapan khalayak akan timbulnya isu ini. Tetapi ini adalah atas urusan kerja sahaja apabila saya ditawarkan oleh Kak Erra untuk menjayakan teater Tun Teja dan kami berbincang bersama bahawa saya tidak dapat untuk menyertai teater tersebut disebabkan komitmen saya pada lagu. Lain pula cerita apabila timbulnya spekulasi apabila bertemu tetapi sebenarnya kami berbincang pada bulan ini," ujarnya kelihatan bersahaja. Sebelum ini juga Erra sendiri bertanyakan padanya bagaimana boleh timbulnya isu ini dan Shahir memberikan jawapan bahawa kenyataannya ini telah dimanipulasikan dan timbullah isu sebegini sehingga menjadi bualan ramai. "Dia sendiri melihat kenyataan saya dalam video yang ditemubual itu. Saya tidak mengaku langsung bahawa saya sedang intim, dan tidak mengaku juga sedang mengenali. Jadi kenyataan tersebut dimanipulasikan & timbulkan sedikit kejutan kepada orang ramai sedangkan saya tidak menyebut apa-apa mengenai hubungan. Anda semua boleh melihat semula video HLIVE! itu” Isu ini tidak sesekali menakutkannya untuk keluar dan berhadapan bersama peminat dan masyarakat kerana baginya tidak ada yang salah kerana itu hanyalah kenyataan yang salah ditafsirkan dan tidak apa yang perlu disembunyikan. "Tiada apa yang perlu untuk saya sembunyikan kerana tidak ada benda yang salah dan kami keluar untuk berbincang atas urusan kerja sahaja. Saya hanya berjumpa dengan dia sekali sahaja dan tidak pernah berjumpa lagi sehingga ke hari ini," ujarnya sambil tersenyum. Shahir turut mengatakan bahawa mengapa Erra Fazira memlihnya untuk membintangi teater tersebut kerana dia seorang penyanyi dan sesuai untuk membawakan karakter yang akan wujud dalam teater itu. "Saya dipilih disebabkan teater tersebut ada nyanyian dan lakonan. Watak itu pula sebagai Hang Nadim. Mungkin dia rasa saya boleh mencuba tetapi disebabkan saya tidak boleh memberikan komitmen kerana masa yang begitu singkat dan dijadualkan teater tersebut akan dipentaskan pada bulan 6 ini," ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz) |
| Zizan Razak: Kami Tidak Rancang Mahu Saman Emma Maembong Posted: 02 Jun 2014 10:33 PM PDT Baru-baru ini timbul isu mengenai kontroversi yang melibatkan Emma Maembong dan syarikat pengurusannya Wire Fame Entertainment (WFE), mengenai isu notis saman yang dikeluarkan oleh Syarikat tersebut kepada artisnya iaitu Emma Maembong sendiri. Kenyataan berbalas sebelum ini telah dijawab oleh pengarah urusannya Marina Juki selepas beberapa hari Emma mengeluarkan kenyataannya dan kini bertemu dengan pemegang saham terbesar syarikat tersebut, Zizan Razak di majlis penghargaan media bersama Astro di Le Meridien Kuala Lumpur telah merungkaikan segala spekulasi yang telah timbul beberapa hari ini. "Saya juga pelik apabila kenyataan saman itu dikeluarkan dan saya sebagai pengarah tidak berniat berbuat begitu pada Emma. Kita habiskan kontrak tersebut dan In shaa Allah saya akan berbincang semula dengan Emma supaya tidak menyusahkan” “Sebab ada juga Emma mendapat job daripada orang lain yang katanya Marina menyuruh call secara langsung kepada Emma. Jadi benda-benda sebegitu membuatkan saya juga pening memikirkannya dan saya tudak mahu untuk membela mana-mana. Pada saya yang mana bagus kita kekalkan,” katanya panjang lebar. Di sini katanya pihak syarikat membelakangkan atau mengenepikan Zizan dalam urusan saman-menyaman ini tanpa memberitahunya. Tetapi Zizan dengan tenang menjawab sekiranya perlu untuk mengambil tindakans saman tidak ada masalah baginya untuk bersetuju tetapi sekiranya boleh diselesaikan secara aman maka tidaklah perlu untuk diperbesarkan isu ini. "Pada saya kalau benda itu menyusahkan syarikat kalau perlu saman, samanlah. Tetapi ini adalah perbincangan dahulu tidak ada tulis saman lagi,"katanya. Mengikut pandangan Zizan sendiri dia menjelaskan bahawa tidak perlulah untuk mengeluarkan apa-apa isu atau status terkini kerana kontrak Emma akan tamat pada hujung bulan Jun ini. "Rasanya tidak perlu untuk memperbesarkan isu ini sebaliknya kontrak dia akan tamat pada bulan ini," jelas Zizan Razak berkaitan isu kontrak ini. Zizan Razak Masih Belum Rancang Untuk Kahwin Dalam pada masa yang sama, Zizan turut memberitahu bahawa dia masih lagi tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa yang terdekat ini walaupun mampu dari segi kewangan disebabkan komitmen kerjayanya dan juga kekasihnya itu. "Buat masa sekarang saya masih tidak ada perancangan untuk berkahwin kerana masih banyak lagi benda yang perlu saya fikirkan. Kerjaya, syarikat, keluarga dan dia juga yang mempunyai peminat dan kerjayanya yang sendiri," katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.