RotiKaya

RotiKaya


Isu Cemburu: Diana Danielle Enggan Komen

Posted: 29 Jun 2014 06:23 AM PDT

"No comment. Soalan itu saya tidak mahu jawab. Terima kasih," itu ulasan ringkas Diana Danielle ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta Lips Ice bertempat di Flora Terrace, Hampshire Place, petang tadi. Sambil memberikan reaksi senyum kelat.

Diana Danielle enggan mengulas lanjut tindakannya meluahkan rasa tidak puas hati ekoran sekeping gambar Nora Danish bersama suaminya, Farid Kamil yang dimuat naik oleh pelakon wanita itu di laman Instagramnya, sekitar minggu lalu.

BACA: Diana Danielle Luah Rasa Cemburu Terhadap Nora Danish

Meskipun diaju satu persatu pertanyaan, Diana tetap memberikan jawapan yang sama iaitu tidak mahu memberikan sebarang komen tentang isu cemburu tersebut.

Dan serta merta juga Diana diberi isyarat oleh pengurusnya yang juga merupakan adik iparnya, Fadzil Zahari agar dia bangun dan segera beredar dari media.

"Okay, masa lima minit dah tamat," kata Fadzil lalu terus menghentikan sesi temubual.

Sementara itu pada Rabu lalu,Farid Kamil yang ditemui pada satu majlis ada membuat kenyataan meminta mana-mana pihak yang terasa dengan tindakan Diana itu memohon agar pihak berkenaan memaafkan isterinya itu.

BACA: Farid Kamil Minta Semua Pihak Maafkan Diana Danielle, Anggap Perkara Biasa

Jelas Farid, dia tidak menafikan kemungkinan tindakan isterinya itu atas dasar cemburu. Namun meminta masyarakat memahami situasi mereka sebagai pasangan yang boleh dikatakan masih lagi baru memasuki alam perkahwinan. (rtky/fr)

#82 Diana Danielle Enggan Beri Komen Isu Cemburui Nora Danish - ROTIKAYA #83 Diana Danielle Enggan Beri Komen Isu Cemburui Nora Danish - ROTIKAYA #84 Diana Danielle Enggan Beri Komen Isu Cemburui Nora Danish - ROTIKAYA #85 Diana Danielle Enggan Beri Komen Isu Cemburui Nora Danish - ROTIKAYA #86 Diana Danielle Enggan Beri Komen Isu Cemburui Nora Danish - ROTIKAYA #87 Diana Danielle Enggan Beri Komen Isu Cemburui Nora Danish - ROTIKAYA #88 Diana Danielle Enggan Beri Komen Isu Cemburui Nora Danish - ROTIKAYA #89 Diana Danielle Enggan Beri Komen Isu Cemburui Nora Danish - ROTIKAYA #90 Diana Danielle Enggan Beri Komen Isu Cemburui Nora Danish - ROTIKAYA

Awie Beri Keterangan Kepada Pihak Polis Bantu Siasatan

Posted: 28 Jun 2014 06:38 PM PDT

Minggu lalu, kecoh di internet apabila ada sekeping gambar tersebar didakwa sebagai isteri Awie yang mengalami kecederaan terus di wajahnya selepas dipukul seseorang. Ianya sekaligus meletakkan Awie dalam perhatian ekoran khabar angin sebelum ini.

BACA: Penyanyi Rock Terkenal Pukul Isteri Depan Bank Kerana Duit

Dalam kenyataan kepada Kosmo! hari ini, Awie mengakui yang beliau telah dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan membantu siasatan mengenai dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun, 36, baru-baru ini.

Penyanyi utama kumpulan Wings itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menyerahkan siasatan itu kepada pihak polis.

BACA: Gambar Wanita Didakwa Isteri Awie Dipukul Terus Tersebar

Awie yang turut ditanya mengenai tiga keping gambar wanita yang tersebar di internet didakwa sebagai Rozana yang cedera teruk dipukul berkata, beliau masih belum melihat gambar tersebut.

"Jika benar gambar itu tersebar, saya sudah serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan," tambahnya lagi ringkas. (rtky/m)

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...