RotiKaya

RotiKaya


Emma Maembong Jadi Punca Kemelut Dalam Wire Fame Entertainment?

Posted: 26 Jun 2014 06:36 PM PDT

Kalau anda mengikuti perkembangan hiburan dua tiga hari ini, pastinya ada terbaca tentang isu kemelut dalam Wire Fame Entertainment sehingga pendapatan artis di bawah naungan mereka tidak berbayar kerana Zizan Razak didakwa membekukan akaun bank.

BACA: Marina Juki Minta Zizan Razak Tunjuk Bukti Seleweng Duit Syarikat

Pengarah Urusan Wireframe Entertainement, Marina Juki semalam mengadakan sidang media khas untuk menerangkan sebenarnya apa yang terjadi bersama peguamnya Harjit Singh Sandhu dan Wan Nurliyana selain juruaudit syarikat tersebut.

Laporan Sinar Harian hari ini ada menyebut secara lengkap imbasan bagaimana semua ini boleh terjadi yang bermula sekitar Februari lalu apabila ada khabar angin mengatakan bahawa Emma Maembong akan disingkir kerana sering membawa masalah.

Ianya berterusan apabila Zizan Razak berhijrah ke bawah pengurusan pihak Astro walaupun beliau memilii syarikat pengurusan sendiri. Pengakuan Marina Juki dalam bibit bibit akhir laporan tersebut menarik perhatian kami. Ianya melibatkan Emma Maembong, lagi.

"Sebenarnya ada sedikit salah faham membabitkan saya dan Zizan, ketika kami bersama Emma serta beberapa individu lain berada di Amerika Syarikat pada Februari lalu"

"Balik sahaja dari bercuti, Emma menyatakan hasrat untuk berundur. Jadi dari satu salah faham, ia seperti berpanjangan kerana kami masih belum sempat untuk duduk berbincang. Saya agak sedih kerana saya dan Zizan sudah berkawan rapat sejak empat tahun lalu"

"Kami dah macam adik beradik dan kami jatuh bangun bersama. Tapi dek kerana salah faham itu saya dan Zizan sudah tidak bercakap sejak bulan Februari. Namun, saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan segera," ujar Marina Juki menahan sebak. (rtky/m)

#77 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #73 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #72 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #71 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #69 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #68 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #57 Bergerak Sendiri, Zizan Razak Bakal Ikat Kontrak Bernilai RM2 Juta? - ROTIKAYA #56 Bergerak Sendiri, Zizan Razak Bakal Ikat Kontrak Bernilai RM2 Juta? - ROTIKAYA #55 Bergerak Sendiri, Zizan Razak Bakal Ikat Kontrak Bernilai RM2 Juta? - ROTIKAYA #54 Bergerak Sendiri, Zizan Razak Bakal Ikat Kontrak Bernilai RM2 Juta? - ROTIKAYA #53 Bergerak Sendiri, Zizan Razak Bakal Ikat Kontrak Bernilai RM2 Juta? - ROTIKAYA #52 Bergerak Sendiri, Zizan Razak Bakal Ikat Kontrak Bernilai RM2 Juta? - ROTIKAYA #51 Bergerak Sendiri, Zizan Razak Bakal Ikat Kontrak Bernilai RM2 Juta? - ROTIKAYA #59 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA #53 Emma Maembong Bidas Dakwaan Dirinya Punca Zizan Razak Kalah - ROTIKAYA

Nora Danish: Nedim Terkilan & Terkejut Dengan Isu Pegang Tangan Farid Kamil

Posted: 26 Jun 2014 06:07 PM PDT

Eh kenapa mahu libatkan Nedim Nazri pula dalam hal ini? Oo, sekadar bertanya perasaan sang kekasih hati. Heh. Ini kenyataan pertama dari Nora Danish semenjak isu Diana Danielle cemburu dengan gambar berpegangan tangan dengan suaminya dimuat naik ke Instagram

BACA: Farid Kamil Minta Semua Maafkan Diana Danielle, Anggap Perkara Biasa

Bercakap kepada portal GUA semalam, Nora Danish berkata yang selepas ini beliau akan terus berhati hati lebih lebih lagi jika kerja beliau melibatkan suami orang.

"Sudah tentu Nora akan lebih berhati-hati. Apa yang telah berlaku adalah pengajaran buat semua orang termasuk juga diri Nora sendiri. Bagi pihak Nora, selepas ini Nora akan lebih berhati-hati dari sudut ketika menjalani sesi fotografi dengan mana-mana pelakon lelaki"

"Jika suami orang, Nora akan pastikan MIG keluarkan borang yang mempunyai syarat atau apa-apa yang perlu ditandatangani supaya semuanya aman dan tiada masalah berlaku"

"Nora tak mahu mengeluarkan sebarang komen sebab Nora takut apa yang Nora komen akan bercanggah dengan banyak perkara. Ia juga akan membuat benda menjadi lagi teruk, jadi lebih baik Nora tak komen apa-apa mengenai isu ini," ujar Nora Danish.

Ditanya tentang kekasihnya Nedim Nazri, Nora Danish turut menambah yang jejaka itu terkejut & terkilan dengan apa yang berlaku namun mereka berdua ambil sebagai dugaan yang positif.

"Tidak dinafikan Nedim rasa terkejut, terkilan dengan isu yang timbul, tetapi kami ambilnya secara positif dan anggap ia sebagai satu cabaran serta dugaan. Bayangkan, sebelum ini apabila tak beritahu saya ada teman lelaki, orang akan kaitkan saya bercinta dengan pelakon itu dan pelakon ini. Tapi bila dah beritahu pun, orang masih tetap mengaitkan saya," ujarnya. (rtky/m)

nora 3 nora 2 nora 1 #94 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #90 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #86 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #81 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #09 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #08 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #07 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #03 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #01 Nora Danish Sekat Lebih 5,000 Pengikut Sehari Kerana Komen Lucah - ROTIKAYA #01 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA #00 Nora Danish Sekat Lebih 5,000 Pengikut Sehari Kerana Komen Lucah - ROTIKAYA #00 Nora Danish Paling Popular Di Instagram - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...