RotiKaya

RotiKaya


Nad Zainal Sedia Tunjuk Bukti Diganggu Bekas Kekasih

Posted: 26 Jun 2014 05:30 PM PDT

Kontroversi yang melibatkan Nad Zainal dan bekas kekasihnya Azwan Kombos bagaikan tidak sudah sudah apabila baru baru ini Nad Zainal telah membuat laporan polis yang mengatakan dia diganggu dan dikecam oleh Azwan Kombos.

Manakala Azwan Kombos pula menafikan kenyataan yang diperkatakan oleh Nad Zainal.

Pertemuan yang singkat bersama Nad Zainal semalam telah merungkaikan apa yang sebenarnya terjadi di antara dia dan bekas kekasihnya itu.

BACA: Nad Zainal Buat Laporan Polis, Dakwa Diganggu Bekas Kekasih

"Apa yang saya nak jelaskan di sini ialah apabila dia tidak habis-habis cerita pasal saya dan dia juga berkata dia tidak pernah menghubungi saya lagi itu semua adalah menipu. Dia mesej saya tak sudah sudah macam tidak boleh nak get over," ujarnya.

Nad Zainal memberitahu punca yang dia membuat laporan polis ialah disebabkan ada seseorang insan perempuan yang menelefonnya dan cuba untuk mengugutnya.

"Ada seorang perempuan yang saya memang tidak kenal langsung dengan nada yang marah menghubungi saya dan dengan kata-katanya yang tidak baik seperti dia cuba mengugut saya untuk membuka aib antara saya dan Azwan. Semua bukti-bukti yang dia cakap dan sebagainya telah dikumpulkan untuk dijadikan sebagai bahan bukti," ujarnya tegas.

BACA: Azwan Kombos Nafi Ganggu & Ugut Naz Zainal, Serah Pada Pihak Polis

Dia turut memberitahu bahawa perempuan tersebut ada juga memberikan tempoh selama 7 hari untuk berbaik semula dengan Azwan Kombos dan dalam masa yang sama mengugutnya serta mengancam untuk melakukan sesuatu terhadap dirinya.

Nad Zainal turut memberitahu bahawa sebenarnya Azwan Kombos masih menghubunginya dan yang terbaru apabila dia berada di Korea menjalankan penggambaran. Azwan juga dikatakan lebih kerap menghantar mesej kepadanya.

Bagi Nad Zainal sendiri itu adalah normal kepada setiap pasangan yang sudah 'clash' untuk menghantar mesej memujuk dan sebagainya yang menjadi persoalannya adalah mengapa melibatkan orang luar dan tidak tahu daripada mana nombornya diperolehi perempuan misteri itu.

"Dia masih telefon saya yang terbaru apabila saya sedang menjalankan penggambaran di Korea. Saya faham kalau dia teks saya kerana itu normal bagi pasangan kekasih yang sudah 'clash' tetapi bila melibatkan orang lain yang menelefon saya dan bercakap bukan-bukan amatlah pelik kerana mana dia dapat nombor telefon saya, kalau bukan dengan orang yang terdekat dan mengenali saya. Esok (Jumaat) saya akan ke balai polis untuk mengumpul semua bahan bukti dan 'follow-up' kes ini," tambahnya lagi.

Azwan Kombos Pernah Serbu Di Lokasi Penggambaran

Selain itu, Nad turut membongkarkan bahawa pernah bekas kekasihnya itu, datang menyerbunya di lokasi penggambaran. Nad turut memberitahu sekiranya Azwan Kombos masih sayangkannya dia patut untuk melihatnya bahagia dan tidak perlulah membuat perkara-perkara yang sebegini yang juga boleh menjejaskan nama baik mereka.

Walaubagaimanapun, Nad turut menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali balik dengan bekas kekasihnya itu dan mendakwa seolah-olah bekas kekasihnya itu tidak matang.

"Dia pernah datang menyerbu saya di lokasi penggambaran, cuba untuk memujuk & sebagainya. Sebelum ini ada juga dia berkata bahawa saya tak bagitahu dia untuk putus walhal dia ada mesej saya dan rasanya tidak perlu untuk timbulnya isu terkejut"

"Dia seolah olah seorang yang tidak matang, kata boleh move on jadi teruskanlah. Apa yang dia nak sebenarnya yang penting saya tak akan tetap balik dengan dia," katanya. (rtky/hfz)

10424483_721373717924640_922326106_n 10432037_676665409089109_1605943728_n 10471808_1416942445255431_320169804_n 10475069_236655599879046_665033025_n #65 Hefny Sahad Akui Bercinta Dengan Nad Zainal - ROTIKAYA #68 Hefny Sahad Akui Bercinta Dengan Nad Zainal - ROTIKAYA #69 Hefny Sahad Akui Bercinta Dengan Nad Zainal - ROTIKAYA #25 Nad Zainal Akui Putus Cinta - ROTIKAYA #26 Nad Zainal Akui Putus Cinta - ROTIKAYA #27 Nad Zainal Akui Putus Cinta - ROTIKAYA #28 Nad Zainal Akui Putus Cinta - ROTIKAYA #29 Nad Zainal Akui Putus Cinta - ROTIKAYA #30 Nad Zainal Akui Putus Cinta - ROTIKAYA #31 Nad Zainal Akui Putus Cinta - ROTIKAYA #34 Nad Zainal Akui Putus Cinta - ROTIKAYA

Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak

Posted: 26 Jun 2014 10:37 AM PDT

Semenjak mendirikan rumahtangga tahun lalu, jarang rasanya kita mendengar cerita tentang Jehan Miskin dan isterinya yang berasal dari Korea Selatan, Julie Camelia Rhee.

Juga pastinya ada antara anda yang bertanya bilakah pasangan ini akan menimang cahaya mata & bercakap kepada mStar Online semalam, Jehan Miskin memaklumkan yang isterinya masih belum bersedia untuk memiliki anak dan mahu berbulan madu sepuasnya dahulu.

"Isteri kata dia nak kami berbulan madu dahulu & saya akur dengan kehendaknya. Saya pun tidak mempunyai masalah tentang itu. Lagipun saya boleh memberi fokus dengan syarikat produksi saya, Mastermind Group Sdn Bhd menerbitkan kerja-kerja iklan serta drama," ujarnya.

Jehan Miskin menambah yang beliau semakin bahagia sejak berkahwin sekitar May 2013 yang lalu dan kini lebih memahami budaya Korea melalui isterinya.

Suka kami tengok pasangan yang low profile dan tanpa kontroversi begini. Heh. (rtky/m)

#67 Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak - ROTIKAYA #70 Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak - ROTIKAYA #68 Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak - ROTIKAYA #69 Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak - ROTIKAYA #71 Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak - ROTIKAYA #72 Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak - ROTIKAYA #73 Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak - ROTIKAYA #74 Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak - ROTIKAYA #75 Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak - ROTIKAYA #76 Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak - ROTIKAYA #77 Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak - ROTIKAYA #78 Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak - ROTIKAYA #79 Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak - ROTIKAYA #80 Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak - ROTIKAYA #81 Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak - ROTIKAYA

Hari Ini Dalam Hiburan (N.577)

Posted: 26 Jun 2014 09:35 AM PDT

VIDEO HARI INI: Hujung minggu semakin hampir dan jika anda merancang untuk makan luar, apa kata kita mula berjimat dan buat burger sendiri yang pastinya lebih sedap. Untuk berbuka puasa bersama keluarga & tersayang pun awesome!

Channing Tatum & Jenna Dewan dilaporkan dalam masalah besar dan menuju ke arah penceraian oleh sebuah majalah di Hollywood dan pasangan itu memberikan kenyataan sinis tentang tindakan tidak beretika majalah itu dalam membuat laporan palsu. – Just Jared

Mungkin bukan hiburan secara langsung tetapi pihak Zoo Negara telah mengesahkan yang anda semua boleh mula melawat dua ekor panda bernama Xing Xing dan Liang Liang di sana bermula hujung minggu ini. Jom! – The Rakyat Post

Filem ketiga dalam siri popular The Hunger Games: Mockingjay, Part 1 bakal muncul di pawagam November nanti dan ini teaser pertama untuk filem lakonan Jennifer Lawrence yang dijangka akan kembali menjadi perhatian ramai. Kami pun tidak sabar. – Mashable

Bintang 4Minute, HyunA telah disahkan oleh agensinya Cube Entertainment bakal kembali ke pentas hiburan secara solo pada Julai hadapan dengan sebuah album baru dan juga penampilan di sebuah program realiti TV. – Soompi

Selepas membantu ratusan peserta & memberi inspirasi kepada jutaan penonton program The Biggest Loser, Jillian Michaels dilaporkan tidak akan kembali untuk musim terbaru program itu yang akan bersiaran tidak lama lagi. – People

Keith Foo Selamat Bertunang

Posted: 25 Jun 2014 05:18 PM PDT

Sebelum ini memang ada ura ura mengatakan pelakon yang kembali mencipta nama, Keith Foo bakal bertunang sekitar minggu ini namun pelakon itu sendiri tampil menafikan kepada media.

Namun dalam kemaskini terbaru di Instagram pereka fesyen tempatan Alia Bastamam, Keith Foo dilaporkan telah melangsungkan majlis pertunangan bersama wanita pilihannya, Kim Raymond pada 24 Jun lalu dan berbeza dengan kenyataan awal pelakon itu.

BACA: Keith Foo Nafi Bakal Bertunang Dengan Kim Raymond

Keith Foo Selamat Bertunang, Tahniah! - ROTIKAYA

Jika benar seperti apa yang disampaikan, tahniah buat Keith Foo dan pasangan serta semua ini juga bermakna yang mereka bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. (rtky/m)

#49 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA #50 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA #51 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA #52 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA #53 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA #54 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA #55 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA #56 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA #57 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA #58 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA #59 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA #60 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA #61 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA #62 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA #63 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA #64 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA #65 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA #66 Keith Foo Selamat Bertunang - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...