RotiKaya |
- Maya Karin Tidak Takut Sentuh Farid Kamil, Demi Kerja
- Farid Kamil: Maafkanlah Diana Danielle, Itu Perkara Biasa
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.576)
- Azwan Kombos Nafi Ganggu Nad Zainal, Sudah Lama Tidak Berhubung
| Maya Karin Tidak Takut Sentuh Farid Kamil, Demi Kerja Posted: 25 Jun 2014 05:44 PM PDT Cacatan luahan perasaan tidak puas hati oleh Diana Danielle terhadap Nora Danish baru-baru ini sikit pun tidak menimbulkan rasa bimbang kepada aktres jelita Maya Karin. Maya akan muncul menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 (LBS3) bergandingan dengan Farid Kamil. Menurut Maya, jalan cerita kali ini tertumpu pada kisah percintaan tiga pasangan termasuklah wataknya bersama Farid. Jadi tentunya banyak adegan intim antara mereka. Baru-baru ini menerusi nota dalam Instagram milik Diana, pelakon itu mempersoalkan kenapa dalam banyak-banyak gambar untuk promosi filem tersebut yang ada tetapi gambar Nora Danish memegang tangan suaminya juga yang dimuat naik ke laman sosial. BACA: Farid Kamil Mohon Semua Maafkan Diana Danielle, Perkara Biasa Tindakan Diana itu mendapat pelbagai reaksi ramai peminat. Ada yang terus melabelkan Diana sebagai cemburu buta kerana dia juga merupakan seorang pelakon maka seharusnya dia memahami keadaan tersebut yang menjadi tuntutan kerja. Mengulas mengenai isu tersebut Maya berkata, dia tidak takut atau bimbang. Sebaliknya sebagai seorang pelakon dia bersikap profesional dan sentiasa tahu akan batas-batas pergaulan mahupun tuntuntan menjayakan satu, satu watak. "Sudah tentu setiap hero saya, saya berpengangan. Tapi itu semua atas dasar kerja dan untuk menjayakan watak. Dan saya tak pernah melampui had. Jadi saya tak rasa takut (tentang isu Diana tidak puas hati)", katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem 'Lagenda Budak Setan 3' (LBS3) dan Kad Amal Redbox bertempat di Redbox Sogo, Kuala Lumpur, semalam. Tambahnya lagi, lakonan kali ini memerlukan penjiwaan emosi yang sangat banyak. "Watak saya memang banyak bernain dengan emosi dan perlu banyak menangis. Tak saya nafi watak kali ini buatkan saya penat," katanya. Selain Maya dan Farid, filem arahan Sharad Sharan itu turut dibintangi oleh Bront Palarae dan Akim Ahmad. 'LBS3' akan ditayangkan pada September depan. Perkembangan lain, Maya juga sedang menantikan tayangan dua filem lakonannya iaitu 'Juwanita' dan 'Nota'. Selain itu, dia sekarang mula mempunyai hobi baru iaitu aktiviti sukan polo. (rtky/fr) |
| Farid Kamil: Maafkanlah Diana Danielle, Itu Perkara Biasa Posted: 25 Jun 2014 10:27 AM PDT "Saya berharap perkara tersebut dapat dimaafkan. Maafkanlah dia dengan tindakannya yang melampirkan status sebegitu rupa. Sebenarnya itu adalah isu biasa", itu kata pelakon Farid Kamil ketika ditemui pada majlis pelancaran 'Lagenda Budak Setan 3' diRedbox Sogo, petang tadi. Farid Kamil berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu isterinya Diana Danielle yang dikatakan tidak berpuas hati ekoran satu tindakan Nora memuat naik gambar untuk promosi filem terbaru Pengantin Malam. Menerusi nota dalam Instagram miliknya, Diana mempersoalkan kenapa dalam banyak banyak gambar untuk promosi filem tersebut yang ada tetapi gambar Nora Danish memegang tangan suaminya juga yang dimuat naik ke laman sosial. BACA: Diana Danielle Luah Rasa Cemburu Dengan Nora Danish Di Instagram "Banyak lagi gambar yang lebih elok boleh di'upload untuk promosi filem kamu, gambar pegang tangan suami saya juga nak dikongsi. Oh faham, mungkin itu akan membuat orang teruja untuk tengok filem kamu. Hati of hati, sabarlah," luah Diana di dalam Instagramnya. Tindakan Diana itu mendapat reaksi peminat. Ada yang melabelkan Diana sebagai cemburu buta kerana dia juga merupakan seorang pelakon, dan sudah tentu memahami keadaan tersebut. Dalam pada itu Farid mengakui terkejut sebaik mengetahui tindakan Diana namun dia telah memaafkan isterinya itu. "Saya maafkan dia. Saya rasa setiap wanita perlu ada sikit rasa cemburu tapi hal ini tidak pernah menjadi masalah besar. Selama 11 tahun saya dalam industri dan itu sebahagian daripada tugasan saya sebagai pelakon. Isu ini tidak menjejaskan nama baik saya sebagai pelakon pada masa akan datang," tambah Farid Kamil lagi. Farid Kamil turut berkata yang dia ada berbincang dengan Diana berkenaan hal itu. Malah kata Farid pihak pengurusannya juga telah dapat menangani isu itu dengan baik. "Kami boleh dikatakan masih baru dalam alam perkahwinan. Jadi hal sebegini merupakan satu lagi perkara baru dalam hidup kami. Pihak pengurusan saya telah menguruskan isu ini dengan baik," ujarnya yang turut mengesahkan hubungan Nora dan isterinya memang tidak mempunyai apa-apa masalah. Baguslah begitu, bergaduh bukan boleh bawa ke mana mana. (rtky/fr) |
| Hari Ini Dalam Hiburan (N.576) Posted: 25 Jun 2014 09:19 AM PDT VIDEO HARI INI: Hero zaman kanak kanak kita semua, Teenage Mutant Ninja Turtles akan muncul di layar perak dalam versi lebih baru Ogos ini dan dalam trailer terbaru, musuh epik yang bernama Shredder mengesahkan kemunculan. Hebat bintang Hollywood bernama George Clooney ini apabila kerajaan tempatan Itali telah pun meluluskan rang undang undang untuk melindungi privasi pelakon ini menjelang majlis perkahwinan beliau dengan kekasih Amal Alamuddin. – Us Weekly Berniat untuk menyokong calon Presiden Indonesia pilihan beliau, Ahmad Dhani telah muncul dengan sebuah video klip menyatakan sokongan namun persalinan penyanyi itu yang mirip dengan seragam anggota Nazi mencetuskan kontroversi. – Kapan Lagi Satu set tulisan tangan Bob Dylan lirik lagu popular 1965 berjudul Like a Rolling Stone telah dijual di rumah lelongan di New York pada harga US$2 juta dan memecahkan rekod jualan sebelum ini yang dipegang John Lennon dengan nilai US$1.2 juta. – People Justin Bieber dikhabarkan telah terlibat dengan satu kemalangan kecil selepas satu insiden kejar mengejar dengan paparazzi di Beverly Hills namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan bukan penyanyi itu yang memandu ketika kejadian berlaku. – Huff. Post Dompet ahli kumpulan Dynamic Duo, Choiza telah dijumpai oleh seorang peminat dan penemuan gambar Sulli dari kumpulan f(x) di dalamnya mengembalikan khabar angin yang mengatakan mereka berdua memang bercinta. – allkpop |
| Azwan Kombos Nafi Ganggu Nad Zainal, Sudah Lama Tidak Berhubung Posted: 24 Jun 2014 10:06 PM PDT Menjadi bualan ramai pagi ini apabila akhbar harian melaporkan yang pelakon Nad Zainal telah membuat laporan polis selepas beliau tidak tahan diganggu bekas kekasihnya, Azwan Kombos dan seorang wanita tidak dikenali. BACA: Nad Zainal Buat Laporan Polis Terhadap Azwan Kombos, Tidak Tahan Diganggu Dalam satu kenyataan balas kepada portal GUA, Azwan Kombos menafikan dakwaan Nad Zainal itu dengan berkata beliau sudah berhenti menghubungi bekas kekasihnya itu hanya beberapa hari selepas mereka berpisah. "Saya sebenarnya sudah penat nak bercakap mengenai hal ini kerana sudah berlanjutan selama dua bulan. Saya seorang lelaki, jadi kalau orang dah tinggalkan kita kenapa kita nak terhegeh hegeh dengan dia lagi?" ujar Azwan Kombos. "Saya sudah tidak mencari Nad selepas beberapa hari berpisah serta telah memadam nombor telefon dia. Bagi saya perkara ini melibatkan polis, jadi saya enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan kepada pihak pengurusan saya untuk menyelesaikan perkara ini" Azwan Kombos bagaimana pun tidak menafikan mereka ada berkomunikasi untuk bincangkan perkara yang tidak penting, namun pelakon ini enggan pula menerangkan butir lanjut atas alasan terlalu peribadi. Kalau berhadapan polis, perlulah cerita semua ya tidak? (rtky/m) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


















No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.