RotiKaya

RotiKaya


Diganggu Bekas Kekasih, Nad Zainal Buat Laporan Polis

Posted: 24 Jun 2014 05:12 PM PDT

Kami ingat sudah senyap kisah putus cinta pasangan ini tetapi laporan Berita Harian hari ini ada menyebut yang Nad Zainal sudah membuat laporan polis ekoran tidak tahan diganggu oleh bekas teman lelakinya, oh siapa lagi Azwan Kombos.

BACA: Azwan Kombos Doakan Yang Terbaik Untuk Nad Zainal, Pasangan

Nad Zainal dikatakan telah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, awal pagi semalam namun tidak mahu mendedahkan butiran atau maklumat lanjut tentang isi laporan terhadap bekas teman lelakinya itu.

Pelakon ini turut mendakwa seorang wanita yang tidak dikenali menghubunginya sebanyak tiga kali dengan menggunakan nombor telefon berbeza.

Menurut Nad, beliau hairan bagaimana wanita terbabit memperoleh nombor telefon bimbitnya yang tidak pernah diberi kepada orang lain. Setiap kali menghubunginya, Nad mendakwa wanita terbabit bertutur dalam nada berbaur negatif.

Sedang dikemaskini …

10475069_236655599879046_665033025_n 10471808_1416942445255431_320169804_n 10432037_676665409089109_1605943728_n 10424483_721373717924640_922326106_n #40 Azwan Kombos Terkejut Kenyataan Nad Zainal Dakwa Sudah Putus Cinta - ROTIKAYA #37 Azwan Kombos Terkejut Kenyataan Nad Zainal Dakwa Sudah Putus Cinta - ROTIKAYA #32 Nad Zainal Akui Putus Cinta - ROTIKAYA #31 Nad Zainal Akui Putus Cinta - ROTIKAYA #30 Nad Zainal Akui Putus Cinta - ROTIKAYA #29 Nad Zainal Akui Putus Cinta - ROTIKAYA #28 Nad Zainal Akui Putus Cinta - ROTIKAYA #27 Nad Zainal Akui Putus Cinta - ROTIKAYA #26 Nad Zainal Akui Putus Cinta - ROTIKAYA #25 Nad Zainal Akui Putus Cinta - ROTIKAYA nad hefny

Aidil Zafuan: Kami Lebih Tahu Apa Sebenarnya Terjadi

Posted: 24 Jun 2014 09:34 AM PDT

Sebenarnya satu tindakan yang bijak kami kira dari pihak Aidil Zafuan yang pada awalnya tidak mahu untuk terus memanjangkan cerita dengan membalas kenyataan Rita Rudaini namun selepas ianya menyentuh perihal Zarema Zainal, suami mana tidak bangkit pertahankan isteri.

BACA: Rita Rudaini Dedahkan Aidil Zafuan Takut Isteri, Pernah Bergaduh Besar

Dalam kenyataan kepada Berita Harian semalam, Aidil Zafuan mempersoalkan tujuan sebenar Rita Rudaini memberikan kenyataan seperti itu & berkata beliau juga isterinya tidak terjejas langsung dengan apa yang dikatakan pelakon itu kepada orang ramai.

"Mengapa tiba-tiba Rita membuat pendedahan seperti itu. Apakah tujuannya berbuat demikian? Dalam hal ini, hanya saya dan isteri saya tahu perkara sebenar. Jujurnya kami tidak terkesan langsung dengan pendedahan yang dibuat"

"Pada awalnya saya malas hendak berbalas kenyataan atas nasihat kawan-kawan. Tapi saya perlu bersuara kerana perkara itu membabitkan isteri saya sekarang. Rita mengadu kepada para media kononnya dua minggu sebelum perkahwinan baru saya mahu menjenguk anak dan selepas bernikah langsung menghilang. Hakikat sebenar saya sudah lama mahu menjenguk anak"

"Bukan dalam tempoh 2 minggu tapi sebelum itu lagi. Saya ada mesej (Rita) bertanyakan soal anak dan meminta kebenaran untuk bertemu mereka. Malangnya tiada sebarang jawapan. Hanya pada seminggu sebelum saya kahwin, baru dia membalas mesej dan izinkan saya jenguk mereka"

Aidil Zafuan sekali lagi mengulangi sebab sebenar kenapa beliau tidak datang menjenguk anak dan ianya disebabkan tempat tinggal yang jauh di Johor Bahru.

"Persoalannya mengapa lagi seminggu saya nak kahwin baru balas mesej & beri keizinan? Selepas berkahwin, saya pindah ke Johor Bahru. Kesibukan membuatkan saya tidak sempat melawat mereka. Namun saya tetap bertanya khabar dan baru-baru ini saya ternampak gambar anak sakit"

"Itupun kawan yang beritahu selepas terlihat gambar itu di Instagram Rita. Apabila saya tanyakan perkara itu, Rita tempelak saya balik. Bukanlah lebih wajar beliau maklumkan kepada saya bahawa anak saya sakit kerana saya adalah bapanya. Ini tidak, beliau lebih senang muat naik gambar ke Instagram daripada memberitahu saya," jelas Aidil Zafuan panjang lebar.

Macam tidak seronok pula bila sudah berpisah tetapi perang mulut antara bekas suami isteri masih terus berterusan dan menjadi bahan bualan ramai. Elok duduk berbincang. (rtky/m)

aidil zafuan pantai #15 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #14 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #13 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #12 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #11 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #05 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #06 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #07 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #08 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #09 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #10 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA

Hari Ini Dalam Hiburan (N.575)

Posted: 24 Jun 2014 09:16 AM PDT

VIDEO HARI INI: Tolonglah sesiapa di Malaysia yang mahu buat versi tempatan video ini jemput kami sekali, mahu juga merasa menampar orang tidak dikenali. Apakah rasanya. Masukkan sekali beberapa selebriti tempatan untuk keseronokan maksima. Heh.

Siapa sangka yang antara selebriti paling popular di laman sosial Facebook ketika ini adalah Vin Diesel selepas akaun beliau mencatat bilangan pengikut melebihi 79 juta orang mengalahkan Presiden Barack Obama, One Direction, BeyoncĂ© & The Beatles. – Mashable

Agensi Starhaus Entertainment mendedahkan yang bintang popular Korea, Lee Min Ho telah pun menerima lebih 100 tawaran dan skrip untuk setengah tahun pertama 2014 termasulah tawaran untuk berlakon di luar negara. Bertuah badan ‘kan. – Soompi

Media barat hari ini mengeluarkan laporan bergurau yang Queen Elizabeth II yang baru baru ini mengunjungi set penggambaran siri televisyen popular, Game of Thrones mahu menduduki takhta dan memerintah Seven Kingdoms. – The Verge

Pasangan selebriti ini nampaknya bakal menimang seorang lagi cahaya mata selepas Kristen Bell disahkan hamil baru baru ini dan beliau bersama Dax Shepard kini memiliki seorang anak perempuan berusia 13 bulan, Lincoln. Tahniah buat anda berdua (kalau faham)!- Just Jared

Belum pun cukup 44 hari tempoh pantang bersalin, pelakon Lisdawati sudah pun aktif menghadiri majlis hiburan dan berkata beliau masih dalam pantang namun tidak mahu terlalu mengikut peraturan selain akan keluar apabila berasa sihat. – mStar Online

Fasha Sandha Tegur Peminat Komen Negatif Di Instagram

Posted: 24 Jun 2014 03:11 AM PDT

Seakan sudah menjadi hobi baru segelintir rakyat Malaysia untuk menghabiskan masa di akaun para selebriti tempatan untuk memberi pandangan bijak mereka tentang pilihan hidup mereka dan perkara ini mendapat perhatian Fasha Sandha.

Pelakon itu semestinya seorang yang tidak mampu terlepas dari menjadi bahan bualan peminat di Instagram dan terbaru Fasha Sandha tampil memberi teguran terhadap seorang peminat yang membandingkan dirinya dengan bekas isteri Jejai, Nora Danish.

"Negative vibes in the morning. I've been receiving this type of comments from different followers almost everyday which i don't like. The fact of the matter, I was at KLFW2014 for Kavita and Tom Abang Saufi finale shows. Yes, memang betul SHE is close to my husband's family and always be together with them without me but do you need to feed me WITH this type of comments?"

Komen yang dimaksudkan itu datangnya dari pemilik akaun Instagram Isabelle Hudson (@isahuds) yang mempertikai kenapa tiada gambar Fasha Sandha bersama keluarga Jejai sedangkan gambar Nora Danish senang kelihatan.

Screen Shot 2014-06-24 at 7.33.37 PM

Fasha Sandha dalam tulisan beliau di Instagram menjawab komen itu mempersoalkan apa tujuan sebenar individu tersebut meninggalkan komen sebegitu.

"Tujuannya? Benar benar kasihan atau untuk membuatkan saya lebih sedih? Wallahualam. I'm 5 months pregnant and I don't like to read this type of comments in my page, my family page or my good friend's Instagram. Yes, anda boleh comments 'visit my ig' untuk nak jual apapun or iklan apa saja di laman insta I, I tak kisah and tak pernah tegur, tidak pernah delete the comments and tak pernah block. But, not this type of negative comments"

Pelakon ini seterusnya berkata yang tulisan beliau itu bukan untuk memarahi sesiapa namun lebih kepada teguran supaya lebih menghormati satu sama lain.

"Please RESPECT. Somehow, its hurting me. Everyone has their limits. Ini adalah teguran to all my followers. Teguran ya, bukan marah. If you don't have anything nice to say, please don't say anything at all. To whom it may concern, I do hope that u also understand your limit too"

"You need to learn that your actions do affect other people,caused problems,negative vibes and comparison. It's not just always about you. Thank you," tulis Fasha Sandha. (rtky/m)

#39 Fasha Sandha Tegur Peminat Komen Negatif Di Instagram - ROTIKAYA #38 Fasha Sandha Tegur Peminat Komen Negatif Di Instagram - ROTIKAYA #37 Fasha Sandha Tegur Peminat Komen Negatif Di Instagram - ROTIKAYA #36 Fasha Sandha Tegur Peminat Komen Negatif Di Instagram - ROTIKAYA #35 Fasha Sandha Tegur Peminat Komen Negatif Di Instagram - ROTIKAYA #34 Fasha Sandha Tegur Peminat Komen Negatif Di Instagram - ROTIKAYA #33 Fasha Sandha Tegur Peminat Komen Negatif Di Instagram - ROTIKAYA #32 Fasha Sandha Tegur Peminat Komen Negatif Di Instagram - ROTIKAYA #31 Fasha Sandha Tegur Peminat Komen Negatif Di Instagram - ROTIKAYA #30 Fasha Sandha Tegur Peminat Komen Negatif Di Instagram - ROTIKAYA #29 Fasha Sandha Tegur Peminat Komen Negatif Di Instagram - ROTIKAYA #28 Fasha Sandha Tegur Peminat Komen Negatif Di Instagram - ROTIKAYA

Neelofa: Saya Tidak Perlukan Pengganti Hans Isaac Untuk Terus Hidup

Posted: 23 Jun 2014 06:36 PM PDT

Kisah cinta pengacara dan pelakon Neelofa bersama aktor Hans Isaac telah pun berakhir pada minggu lalu apabila kedua-dua mereka telah memberikan kenyataan masing-masing mengenai hubungan akhirnya hubungan yang tidak kesampaian itu.

Bertemu pelakon dan juga merangkap duta kepada produk terbaru Airish Miracle, Neelofa telah memberitahu bahawa dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan bekas kekasihnya, Hans Isaac.

Baginya eloklah untuk dia bersama-sama meneruskan kehidupan masing-masing setelah hampir 2 tahun bahagia menjadi pasangan kekasih.

"Sebenarnya kami dah putus lama, cuma hendak memberitahu kepada media & peminat peminat mengambil masa kerana kami belum bersedia sepenuhnya untuk menjelaskannya kepada umum. Apabila semua sudah menerima hakikat dan kuat untuk menerima apa yang telah terjadi ini barulah kami bersama-sama bercadang mahu memberitahu," ujarnya.

BACA: Neelofa Sahkan Sudah Putus Cinta, Anggap Tiada Jodoh

Neelofa turut memberitahu bahawa perpisahannya itu bukanlah berpunca daripada orang ketiga sebaliknya mereka berpisah secara baik dan matang. Bagi menghormati kedua-dua belah pihak Neelofa tidak mahu untuk memberitahu punca sebenar yang menyebabkan perpisahannya itu berlaku. Neelofa juga tidak mahu untuk dibayangi oleh aktor tampan itu.

"Saya berbincang dengan dia dan kami mendapat persetujuan untuk beritahu semua mengenai hubungan ini. Kami betul-betul putus pada bulan Februari tahun ini. Buat masa ini saya tiada masalah dengan dia cuma jarang berkomunikasi kerana biarlah kami sedikit demi sedikit membawa haluan yang tersendiri"

"Apabila cerita ini keluar saya berharap tidak ada lagi yang mengaitkan saya dan dia. Lagipun dia ada kerjaya dia sendiri dan ini juga kemahuan bersama," katanya panjang lebar.

Walaubagaimanapun dia tidaklah terlalu mengikut emosi apabila cintanya telah berakhir. Untuk mengelakkannya berfikir mengenai perkara itu dia lebih banyak mengisi masanya dengan bekerja dan tidak terlalu memikirkan perasaannya itu.

"Tidak ganggu fokus kerja kerana saya menggunakan peluang itu untuk saya move on dan juga menyibukkan diri saya dengan bekerja," katanya ringkas.

Buat masa sekarang, Neelofa memaklumkan dia masih solo dan tiada pengganti lagi. Fokusnya kini terarah kepada bisnes dan juga bidang seni yang semakin menyinar. Tetapi tidak menolak seandainya ditakdirkan lagi jodoh untuknya.

"Saya tak perlukan pengganti untuk teruskan hidup, lagipun saya ada bisnes & kerjaya yang perlu saya laksanakan. Setakat ini saya tiada sesiapa lagi dan saya tidak mencari sesiapa pun. Semuanya saya serahkan jodoh pada Allah," tambahnya lagi. (rtky/hfz)

#16 Neelofa Tidak Perlukan Pengganti Hans Isaac Untuk Terus Hidup - ROTIKAYA #17 Neelofa Tidak Perlukan Pengganti Hans Isaac Untuk Terus Hidup - ROTIKAYA #18 Neelofa Tidak Perlukan Pengganti Hans Isaac Untuk Terus Hidup - ROTIKAYA #19 Neelofa Tidak Perlukan Pengganti Hans Isaac Untuk Terus Hidup - ROTIKAYA #20 Neelofa Tidak Perlukan Pengganti Hans Isaac Untuk Terus Hidup - ROTIKAYA #21 Neelofa Tidak Perlukan Pengganti Hans Isaac Untuk Terus Hidup - ROTIKAYA #22 Neelofa Tidak Perlukan Pengganti Hans Isaac Untuk Terus Hidup - ROTIKAYA #23 Neelofa Tidak Perlukan Pengganti Hans Isaac Untuk Terus Hidup - ROTIKAYA #24 Neelofa Tidak Perlukan Pengganti Hans Isaac Untuk Terus Hidup - ROTIKAYA #25 Neelofa Tidak Perlukan Pengganti Hans Isaac Untuk Terus Hidup - ROTIKAYA #26 Neelofa Tidak Perlukan Pengganti Hans Isaac Untuk Terus Hidup - ROTIKAYA #27 Neelofa Tidak Perlukan Pengganti Hans Isaac Untuk Terus Hidup - ROTIKAYA

Mas Khan Kekasih Baru Lana Nodin, Rapat Di Set Filem

Posted: 23 Jun 2014 05:59 PM PDT

Semua rangkaian media melaporkan perkara yang sama hari ini, Lana Nodin sudah mempunyai kekasih baru dan jejaka itu sumpah tidak pernah kami dengar sebelum ini. Kawan kawan, kita ada selebriti baru untuk di'gossipkan.

Dalam temubual bersama media, Lana Nodin mengakui yang beliau kini mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon baru Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan dan jejaka tampan ini merupakan salah seorang pelakon dalam drama bersiri Gerak Khas.

"Buat masa sekarang saya hanya dalam proses mengenali dia & saya rasakan dia seorang yang senang untuk dibawa bercakap atau berbincang dan juga seorang yang open-minded. Lagipun pengalaman-pengalaman yang lepas yang pernah saya lalui, dia tidak kisah langsung dan dia seorang yang memandang ke hadapan”

"Umur dia dalam 20'an tetapi fikiran dia yang matang dan satu kepala dengan saya membuatkan kami senang untuk bekerjasama. Dia jug seorang yang pandai mengambil hati," ujar Lana sambil tersenyum yang kami kira dalam kebahagiaan. Amboi.

Lana yang sememangnya amat terbuka mengenai soal hubungannya ini menjelaskan bahawa setakat ini beliau mahu mengenali hati budi terlebih dahulu & tidak mahu terburu-buru mengejar cinta dek kerana pengalaman yang lepas menyeksa jiwa wanitanya.

"Setakat ini dalam proses mengenali kerana kami digandingkan bersama dalam filem terbaru berjudul Biasan dan daripada situ sedikit demi sedikit perhubungan itu ada. Lagipun kalau boleh tak mahu untuk bercerita ini secara terperinci, kerana masih terlalu awal, dan kalau ada rezeki kita akan ke fasa seterusnya," tambahnya lagi.

Lana turut memberitahu bahawa semenjak kebelakangan ini, beliau selalu membawa Mas Khan untuk menghadiri majlis hiburan yang diadakan supaya beliau lebih berkeyakinan di khalayak ramai dan juga boleh berkomunikasi dengan baik apabila disoal oleh wartawan.

"Saya bawa dia bukan untuk menunjuk-nunjuk kemana saya pergi tetapi lebih kepada soal untuk membantu dia tampil lebih berkeyakinan dan dia juga boleh mengenali rakan-rakan artis yang lain dan membina networking yang luas. Saya harap perkara ini janganlah di salah ertikan," katanya bersahaja. Bagus ada kekasih yang fikirkan kerjaya teman lelaki begini. (rtky/hfz)

#04 Mas Khan Kekasih Baru Lana Nodin, Rapat Di Set Filem - ROTIKAYA #05 Mas Khan Kekasih Baru Lana Nodin, Rapat Di Set Filem - ROTIKAYA #06 Mas Khan Kekasih Baru Lana Nodin, Rapat Di Set Filem - ROTIKAYA #07 Mas Khan Kekasih Baru Lana Nodin, Rapat Di Set Filem - ROTIKAYA #08 Mas Khan Kekasih Baru Lana Nodin, Rapat Di Set Filem - ROTIKAYA #09 Mas Khan Kekasih Baru Lana Nodin, Rapat Di Set Filem - ROTIKAYA #10 Mas Khan Kekasih Baru Lana Nodin, Rapat Di Set Filem - ROTIKAYA #11 Mas Khan Kekasih Baru Lana Nodin, Rapat Di Set Filem - ROTIKAYA #12 Mas Khan Kekasih Baru Lana Nodin, Rapat Di Set Filem - ROTIKAYA #13 Mas Khan Kekasih Baru Lana Nodin, Rapat Di Set Filem - ROTIKAYA #14 Mas Khan Kekasih Baru Lana Nodin, Rapat Di Set Filem - ROTIKAYA #15 Mas Khan Kekasih Baru Lana Nodin, Rapat Di Set Filem - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...