RotiKaya |
Hari Ini Dalam Hiburan (N.574) Posted: 23 Jun 2014 09:08 AM PDT VIDEO HARI INI: Kami pun bukan berani sangat tetapi reaksi pelakon Kevin Hart ketika menaiki roller coaster sebagai menyahut cabaran Jimmy Fallon memang kelakar. Berair juga mata bila mengenangkan ketakutan yang dialami, dua kali. Hujung minggu lalu merupakan tempoh perlahan buat panggung wayang di Amerika Syarikat selepas filem terbaru Kevin Hart, Think Like a Man Too hanya berjaya mengutip US$30 juta dan itu merupakan filem terlaris ketika ini. – Huff. Post Personaliti TV3, Nadia Annuar menjelaskan beliau dan Sammy Simorangkir belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan disebabkan masalah perbezaan agama & tidak akan memaksa kekasihnya itu untuk masuk Islam semata mata untuk berkahwin. – mStar Online Bintang filem Teenage Mutant Ninja Turtles akan datang, Megan Fox memdedahkan dalam satu temubual bersama media yang beliau tidak membenarkan anaknya untuk menonton televisyen kerena bimbang pengaruh iklan yang berterusan. – Too Fab Bukan selalu band terkemuka mahu turut serta dalam fenomena budaya pop seperti filem Frozen namun baru baru ini Pearl Jam pada konsert mereka telah membawakan saduran pendek runut bunyi popular filem itu, Let It Go. Harap ada lagu penuh nanti, heh. – THR Ekstrim juga tahap peminat selebriti di Korea apabila anggota EXO, Baekhyun yang kini dalam hubungan cinta dengan Taeyeon (SNSD) telah dipanggil sebagai pengkhianat oleh peminatnya di siaran langsung program muzik Inkigayo. – Soompi |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.