RotiKaya

RotiKaya


OKU Terabai: Wardina Safiyyah Salahkan Kerajaan

Posted: 22 Jun 2014 06:22 PM PDT

Hujung minggu lalu, isu seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun yang dikurung sehingga kurus kering mendapat perhatian masyarakat dan ramai yang bersimpati dengan nasib remaja malang itu. Ianya masih diperkatakan ramai hari ini.

BACA: Ibu Nafikan Remaja OKU Dikurung Dan Terabai (ext.)

Namun Wardina Safiyyah tidak mengambil masa yang lama untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan dan polisi negara terhadap golongan OKU hari ini.

"Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir," Wardina memulakan tulisan di Instagram.

"Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU"

"Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini"

"Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa & OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah," tambahnya lagi.

Well Wardina Safiyyah, walaupun polisi kita mungkin tidak sehebat Australia yang anda julang tiinggi itu, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mempertuntukkan banyak bantuan dan polisi untuk membantu golongan OKU. Hmm. (rtky/m)

083829sl66gg26v633484a.jpg.thumb wardina kritik don wardina-erti sebuah ramadhan

Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini

Posted: 22 Jun 2014 12:16 PM PDT

Hujung minggu lalu telah berlangsung majlis pertunangan pelakon remaja Erin Malek, 20 dengan teman pilihan hatinya Farriz Fauzy, 30 di Duta Suria Residency, Ampang.

Pada majlis tersebut, Erin Malek tampil anggun dalam persalinan pereka fesyen terkenal Azura Couture berserta pelamin bertemakan Fairy Blossom.

BACA: Kenal Kekasih Di Instagram & Erin Malek Rancang Tunang Jun Depan

Bercakap kepada mStar Online selepas majlis selesai berlangsung, Erin Malek melahirkan rasa lega & bersyukur semuanya sudah berjalan dengan lancar. Walaupun berkenalan dalam tempoh yang singkat, beliau yakin ini pilihan yang terbaik buat dirinya.

"Kami berkenalan pada Januari lalu& baru empat bulan mengenali, namun dalam tempoh yang singkat itu banyak perkara yang yakinkan kami untuk ke peringkat seterusnya. Dia seorang yang memang sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan saya pula tidak ada masalah dalam hal berkahwin pada usia muda," ujar Erin Malek.

Tunangnya pula berkata yang memang sasaran beliau untuk berkahwin pada usia 30 tahun dan pertemuan dengan Erin Maleh memang tepat pasa waktunya.

"Saya tidak mahu habiskan banyak masa dengan bercinta, sementara kedua-dua belah keluarga memang sudah bersetuju untuk mempercepatkan perkahwinan yang mana asalnya dirancang pada tahun hadapan," kata Farriz Fauzy.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 10 Oktober 2014 nanti. Tahniah & semoga perancangan ke arah gerbang perkahwinan bakal berjalan lancar. Ingat tempoh ini banyak dugaannya. Heh. (rtky/m)

Gambar Ihsan Instagram @mazazitv

#99 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #98 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #97 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #96 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #95 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #94 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #93 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #92 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #91 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #90 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #89 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #88 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #87 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #86 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #85 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #84 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #83 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #82 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #81 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #80 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #03 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #02 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #01 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA #00 Erin Malek Selamat Bertunang, Bakal Nikah Oktober Ini - ROTIKAYA

Hanez Suraya & Romie Sudah Putus Cinta?

Posted: 22 Jun 2014 11:14 AM PDT

Berita yang agak (atau sebenarnya tidak) mengejutkan semua pihak hari ini nampaknya, Hanez Suraya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro yang seakan berkata hubungannya dengan Romie, yang juga masih bergelar suami orang kini sudah berakhir.

Baca elok elok kenyataan Hanez Suraya ini kalaulah tersilap faham maksudnya.

"Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan"

"Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegasan apa jua masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya. Saya sudah korbankan hubungan kami"

BACA: Rasa Bersalah, Hanez Suraya Mohon Maaf Dari Semua Pihak

"Cuma orang yang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang. Apa yang saya fikir sekarang mahu teruskan kerjaya tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini"

"Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa jua masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya. Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku yang ia sangat tidak bagus," ujar Hanez Suraya hari ini.

Mungkin itu jalan yang terbaik buat Hanez Suraya secara peribadi untuk kelangsungan dirinya yang masih muda & untuk terus relevan dalam kerjayanya. Sampai bila 'kan mahu bergelumang dengan kontroversi cinta tidak bertepi sebegini. (rtky/m)

#70 Hanez Suraya Terbuka Hati Mohon Maaf Kerana Rasa Bersalah - ROTIKAYA #71 Hanez Suraya Terbuka Hati Mohon Maaf Kerana Rasa Bersalah - ROTIKAYA #72 Hanez Suraya Terbuka Hati Mohon Maaf Kerana Rasa Bersalah - ROTIKAYA #73 Hanez Suraya Terbuka Hati Mohon Maaf Kerana Rasa Bersalah - ROTIKAYA #74 Hanez Suraya Terbuka Hati Mohon Maaf Kerana Rasa Bersalah - ROTIKAYA #70 Keluarga Restu Hubungan Hanez Suraya & Romie - ROTIKAYA #68 Keluarga Restu Hubungan Hanez Suraya & Romie - ROTIKAYA #69 Keluarga Restu Hubungan Hanez Suraya & Romie - ROTIKAYA #72 Keluarga Restu Hubungan Hanez Suraya & Romie - ROTIKAYA #73 Keluarga Restu Hubungan Hanez Suraya & Romie - ROTIKAYA #74 Keluarga Restu Hubungan Hanez Suraya & Romie - ROTIKAYA #75 Keluarga Restu Hubungan Hanez Suraya & Romie - ROTIKAYA

Hari Ini Dalam Hiburan (N.573)

Posted: 22 Jun 2014 09:49 AM PDT

VIDEO HARI INI: Bukan sekali dua kita dengar ada lagu yang mempunyai persamaan antara satu sama lain dan ini senarai 10 buah lagu antarabangsa yang paling popular ditiru dari lagu lama.

Kisah pasangan remaja ini nampaknya akan kembali menjadi perhatian ramai selepas Justin Bieber & Selena Gomez dilihat keluar bersama menonton wayang dan juga aksi mesra mereka berdua keluar panggung sempat dirakam peminat yang ada. – Just Jared

Pelakon drama Amyra Rosli memberitahu beliau kini berasa gementar menunggu hari untuk dinikahkan dengan tunangannya yang juga seorang pelakon iaitu Dazrin Kamarudin & telah pun memilih 8 Ogos hadapan untuk bernikah. – GUA

Antara pelawak kegemaran kami yang telah lama menghilang, Dave Chappelle kini kembali ke bidang hiburan dan dalam persembahan kedua beliau di Radio City Music Hall, New York Kanye West telah muncul membuat kejutan buat para hadirin. – Huff. Post

Filem terbaru Seth Rogen & James Franco berjudul The Interview yang mengisahkan plot membunuh Kim Jong-Un nampaknya mendapat perhatian dari pemimpin Korea Utara itu sendiri selepas jurucakap memberitahu beliau mungkin akan menontonnya. – Inside Movies

Kalau anda terlepas, berita yang melaporkan Baekhyun (EXO) & Taeyeon (Girls’ Generation) telah sah bercinta sejak empat bulan lalu menjadi perhatian ramai sepanjang hujung minggu lalu di Korea Selatan. Mereka nampak serasi bersama, heh. – SBS Australia

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...