RotiKaya

RotiKaya


Rita Rudaini: Aidil Takut Isteri, Pernah Gaduh Sampai Pecah Barang Rumah

Posted: 19 Jun 2014 08:34 PM PDT

Nah sekali Rita Rudaini membuat kenyataan balas, memang boleh terduduk lawan di sebelah sana. Awal hari ini, Aidil Zafuan ada memberikan kenyataan kepada media bahawa beliau mahu Rita Rudaini berhenti mereka cerita dan mencari salah isterinya, Zarema Zainal.

BACA: Aidil Zafuan Dakwa Tuduhan Rita Rudaini Sebagai Melampau

Menerusi Media Hiburan, Rita Rudaini tampil menjelaskan situasi sebenar di mana pada awalnya Aidil Zafuan yang meminta beliau memuat turun aplikasi WeChat untuk mudah terus berhubung dengan anak anak namun selepas kantoi dengan isterinya, telefon bimbit pun dirampas.

Dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya 3 hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak. Kemudian, Aidil hubungi saya menggunakan nombor lain. Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil"

"Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa history panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini. Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri"

BACA: Rita Rudaini Dakwa Isteri Aidil Zafuan Sekat Komunikasi Dengan Anak Anak

"Aidil juga cakap kerana kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan," cerita Rita Rudaini.

Kalau benar seperti didakwa, ganas juga sifatnya isteri baru Aidil Zafuan ini. Rita Rudaini turut menambah yang Aidil Zafuan juga pernah mengadu tentang sikap isterinya termasuk kehabisan duit kerana menanggung majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan.

Anda boleh membaca tulisan penuh di Media Hiburan untuk mendapatkan gambaran jelas akan apa yang diceritakan Rita Rudaini terhadap berkas suaminya & Zarema Zainal itu. Rasanya kisah ini tidak akan ada penghujung jika berterusan begini. (rtky/m)

#22 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #23 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #24 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #26 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #27 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #28 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #29 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #30 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #31 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #10 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #12 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #15 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA

Aidil Zafuan: Burukkan Nama Isteri, Tuduhan Rita Melampau

Posted: 19 Jun 2014 05:42 PM PDT

Semalam ianya menjadi perhatian ramai apabila Rita Rudaini mendedahkan yang isteri kepada Aidil Zafuan, Zarema Zainal telah menyekat beliau dari terus berkomunikasi dengan bekas suaminya itu melalui aplikasi Whatsapp & WeChat.

BACA: Rita Rudaini Dakwa Isteri Aidil Zafuan Sekat Komunikasi Antara Mereka

Itu kisah dari sebelah pihak sahaja dan hari ini melalui mStar Online, Aidil Zafuan telah tampil memberikan kenyataan dari pihaknya yang menyatakan tuduhan Rita Rudaini itu sebagai sesuatu yang melampau dan mahu memburukkan nama isterinya, Zarema Zainal.

"Saya sebenarnya terkejut apabila Rita mengaitkan isteri saya dalam masalah kami. Apabila dah jadi macam ini saya perlu mempertahankan isteri saya yang tidak ada kena mengena pun dengan perkara ini," ujar Aidil Zafuan.
"Selama ini isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsApp dan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya. Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau"

"Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS kan ada? Kenapa dia tak boleh SMS atau telefon saya terus? Apabila Rita membuat kenyataan kepada media, ia telah burukkan nama baik isteri saya yang mana dia turut dihentam oleh orang ramai di laman sosial"

Rita Rudaini Tidak Balas Mesej Tanya Khabar Anak

Aidil Zafuan juga menjawab tuduhan yang beliau tidak datang menjenguk anak sejak berkahwin & beliau sendiri mengakui perkara itu kerana duduk jauh di Johor kerana bekerja.

"Tetapi saya ada tanya khabar mereka kepada Rita. Dia yang tidak balas mesej saya. Masa anak saya, Arjuna sakit pun dia tidak beritahu. Saya dapat tahu pun selepas Rita memuat naik gambar anak di Instagram dan apabila saya mesej dia tanya? Dia tak jawab pun," tambahnya.

Pemain bola sepak ini juga menambah yang beliau sudah penat menghadapi cacian orang ramai selepas berkali kali diserang sebagai tidak bertanggungjawab terhadap anak dan meminta Rita Rudaini untuk berhenti mereka reka cerita. (rtky/m)

#05 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #07 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #08 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #10 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #11 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #12 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #13 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #14 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA #15 Aidil Zafuan Anggap Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...