RotiKaya |
- Diana Danielle Luah Rasa Cemburu Nora Danish Pegang Tangan Farid Kamil
- Azwan Kombos Doakan Yang Terbaik Buat Nad Zainal
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.572)
- Amy Search Sudah Malas Ambil Pusing Soal Nabila Huda
- Bekas Isteri Restu Hubungan Nedim & Nora Danish
| Diana Danielle Luah Rasa Cemburu Nora Danish Pegang Tangan Farid Kamil Posted: 19 Jun 2014 02:41 PM PDT Terkejut juga kami membaca kenyataan terbaru Diana Danielle yang ditulis melalui Instagram beliau malam ini. Ada nada kurang berpuas hati dengan satu tindakan Nora Danish memuat naik gambar untuk promosi filem terbaru Pengantin Malam. Menerusi nota dalam Instagram itu, Diana Danielle mempersoal kenapa dalam banyak banyak gambar untuk promosi filem tersebut yang ada tetapi gambar Nora Danish memegang tangan suaminya, Farid Kamil yang dimuat naik ke laman sosial. "Banyak lagi gambar yang lebih elok boleh di'upload untuk promosi filem kamu, gambar pegang tangan suami saya juga nak dikongsi. Oh faham, mungkin itu akan membuat orang teruja untuk tengok filem kamu. Hati of hati, sabarlah," luah Diana Danielle. Kasihan pula kami kepada Nora Danish walaupun ada kebenaran dalam hak Diana Danielle sebagai seorang isteri namun sebagai seorang yang juga mencari rezeki sebagai pelakon, beliau seharusnya lebih arif akan tuntutan kerja. Oh well. (rtky/m) |
| Azwan Kombos Doakan Yang Terbaik Buat Nad Zainal Posted: 19 Jun 2014 10:11 AM PDT Kisah percintaan yang putus di tengah jalan antara Azwan Kombos & Nad Zainal bukanlah cerita baru lagi tetapi apa yang ingin diceritakan di sini ialah Azwan sendiri kini telah move on dengan apa yang telah terjadi kepadanya. Bagi Azwan Kombos, dia akan terus mendoakan yang terbaik buat bekas kekasihnya itu. "Saya dah move on kalau boleh saya tidak mahu lagi memori tersebut melekat dalam minda dan mahu padam terus tetapi mustahil perkara itu berlaku. Saya doakan yang terbaik buat mereka" Mengenai telahan yang dibuat sebelum ini mengenai hubungan antara Hefny Sahad & Nad Zainal ternyata benar belaka apabila mereka telah mengakui sedang hangat bercinta. BACA: Nad Zainal Akui Sedang Bahagia Dengan Hefny Sahad, Enggan Komen Lanjut "Ya telahan saya sebelum ini sememangnya betul apabila mereka kini dikatakan sedang bercinta. Setakat ini saya tidak belum berjumpa lagi dengan Nad. Saya tahu cerita ini pun melalui media" Azwan turut menjelaskan apabila terjadinya kisah putus cintanya bersama Nad Zainal emosinya sedikit terganggu dan lama-kelamaan dia sudah menerimanya dan lebih bersikap rasional. Dia turut memberitahu bahawa dia sudah penat mengenai semua ini dan hanya mampu untuk berdoa yang terbaik untuk mereka berdua. "Mula-mula putus cinta saya rasa sedih dan marah sekali atas perpisahan yang terjadi ini. Tetapi lama-kelamaan saya sudah boleh menerimanya dan berfikir secara rasional. Lagipun saya sudah penat bercakap mengenai perkara ini dan saya doakan mereka bahagia" "Buat masa sekarang ini saya sangat sibuk dengan penggambaran dan mengenai jodoh dia akan datang secara semulajadi. Buat masa sekarang tiada sesiapa lagi dalam hidup saya," katanya mengakhiri perbualan. Bagus untuk anda, ramai yang menanti di luar. (rtky/hfz) |
| Hari Ini Dalam Hiburan (N.572) Posted: 19 Jun 2014 09:53 AM PDT VIDEO HARI INI: Sudah hari Jumaat, ini yang perlu anda buat. Selamat berhujung minggu! Selepas tiga tahun berpisah, akhirnya Jennifer Lopez dan Marc Anthony telah sah bercerai selepas mahkamah Los Angeles memberikan kata putus tentang hak penjagaan bersama anak kembar mereka yang berusia 6 tahun. – Huff. Post 17 Cara Dunia K-Pop Akan Mengubah Kehidupan Anda, Selamanya. Kot. – Soompi Bintang siri televisyen Sherlock, Benedict Cumberbatch khabarnya kini sudah mempunyai seorang teman wanita namun pelakon itu masih berahsia akan identiti wanita bertuah itu dan dia lebih suka hal peribadi menjadi rahsia. Hmm. – Celebuzz Pelakon Rita Rudaini tidak akan membenarkan isteri kepada Aidil Zafuan, Zarema Zainal untuk mendekati anak-anaknya kerana menganggap wanita tersebut sebagai punca anak-anaknya kini terputus hubungan dengan bapa mereka. – Utusan Malaysia Ini bukan kali pertama pasangan selebriti ini melakukan iklan percuma sebegini, terbaru Emma Stone & Andrew Garfield sekali lagi menggunakan perhatian yang diberikan paparazzi kepada mereka untuk mempromosikan badan kebajikan pilihan mereka. – People |
| Amy Search Sudah Malas Ambil Pusing Soal Nabila Huda Posted: 18 Jun 2014 09:33 PM PDT Biarlah mereka urusan anak beranak kenapa kita perlu sibuk menyelak kain. Seperti biasa kerana ianya menarik untuk diambil tahu kalau tidak masakan anda sampai ke sini. Sep sikit! Baru baru ini, jadi satu perbualan ramai apabila ada pengikut di Instagram Nabila Huda mengajak selebriti itu untuk menukar agama dek kerana pilihan dalam gaya hidup yang dibuat beliau sejak akhir akhir ini — dan ajakan itu lebih kepada sindiran kami kira. BACA: Gaya Hidup Bebas, Peminat Di Instagram Ajak Nabila Huda Tukar Agama? Bapa kepada Nabila Huda, Amy Search telah dihubungi media untuk memberikan kenyataan berhubung isu terbaru ini kerana anak perempuannya itu kini masih berada di Eropah dan tidak dapat dihubungi untuk mengulas secara peribadi. "Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini. Saya dah malas! Saya kini tidak mahu komen apa-apa. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja. "Saya tidak akan bercerita kepada media. Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Biarlah dia,' ujar Amy Search kepada Sinar Harian. Dari kenyataan Amy Search, kami kira beliau bukan malas untuk ambil peduli tentang anaknya itu dan siapalah tidak sayangkan anak sendiri tetapi beliau sudah malas untuk memberikan apa apa kenyataan kepada media kerana risau akan dimanipulasi. Tindakan bijak. (rtky/m) |
| Bekas Isteri Restu Hubungan Nedim & Nora Danish Posted: 18 Jun 2014 06:39 PM PDT Nama Nora Danish kembali menjadi perbualan minggu ini apabila beliau berkecil hati apabila ada pihak yang menuduh beliau sebagai punca perpisahan kekasihnya kini, Nedim Nazri dan isterinya Nabilah Khan. Bukankah mereka berdua sudah lama berpisah? Hmm. BACA: Nora Danish Pelik Orang Kritik Hubungan Rapat Dengan Anak Nedim Nazri Nabilah Khan atau lebih manja dengan panggilan Bee Khan telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Instagram peribadi beliau menjawab persoalan ini dan jelas wanita itu tidak punyai sebarang masalah dengan hubungan Nora Daniah & bekas suaminya. "Nedim adalah bekas suami dan juga ayah kepada anak saya. Dia telah menjalinkan hubungan dengan Nora dalam tempoh masa yang agak lama dan mereka dilihat bahagia bersama" "Anak saya, Dre juga gembira apabila bersama mereka serta anak Nora (Putera Rayqal). Dan sebagai seorang ibu saya bahagia melihat anak saya bahagia," tulis Bee Khan. Nora Danish turut menulis membalas kenyataan positif Bee Khan ini dengan meluahkan rasa syukur dengan penjelasan yang diberi selain berharap hubungan mereka berdua semakin baik selepas ini. Begitulah wanita yang matang, tidak bercakaran kerana lelaki. Heh. (rtky/m) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.