RotiKaya

RotiKaya


Zul Ariffin: Abby Abadi Bukan Seperti Yang Didakwa

Posted: 18 Jun 2014 05:56 PM PDT

Kontroversi yang melibatkan bekas pelakon dan penyanyi Abby Abadi pada minggu lepas telah mengejutkan industri hiburan negara apabila kisah perceraiannya menjadi antara yang terhangat dan menjadi pilihan pembaca untuk mengetahui kisah lanjut mengenai perceraiannya bersama bekas suami, Noor Farhan.

BACA: Noor Farhan Minta Maaf Dari Abby Abadi, Dakwa Media Tambah Cerita

Petang semalam berlangsung majlis Seindah Ramadan TV3 di One World Hotel, Bandar Utama dan dikesempatan itu kami turut bertemu dan mendapatkan komen daripada bekas kekasih Abby Abadi iaitu aktor kacak, Zul Ariffin.

"Saya pun tak berani hendak komen mengenai isu ini. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku di sebalik kejadian ini. Apa yang boleh saya cakap sepanjang 3 tahun saya bersama, dia ialah seorang yang baik dan bukanlah seperti yang didakwa"

"Tidak pula dia mencederakan saya. Semuanya baik setakat mana saya bersamanya seketika dahulu. Saya sebenarnya tahu pun perkara itu daripada media dan yang lain-lain saya tidak tahu secara terperinci di sebalik apa yang sebenarnya telah berlaku," ujarnya ringkas.

Sementara itu, dia juga turut mengulas mengenai hubungannya bersama Gayatri Su-Lin Pillai yang tidak kerap lagi berjumpa disebabkan komitmen kerjanya yang begitu sibuk sehingga tidak ada masa untuk keluar bersama.

Katanya lagi, dalam setiap hubungan mestilah ada turun dan naiknya.

"Hubungan kami biasa sahaja. Dalam setiap hubungan mestilah ada turun dan naik. Sebelum ini, ayah dia telah meninggal dan saya memang mengenali ayahnya dan peristiwa ini telah berlaku sebulan yang lepas. Disebabkan komitmen kerja yang begitu sibuk menyebabkan kami jarang berjumpa sehinggalah 3-4 bulan yang lepas. Tetapi telefon ada dan itulah jalan penghubung untuk kami berkomunikasi," ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)

#68 Zul Ariffin Nafi Abby Abadi Seperti Yang Didakwa Farhan - ROTIKAYA #70 Zul Ariffin Nafi Abby Abadi Seperti Yang Didakwa Farhan - ROTIKAYA #66 Zul Ariffin Nafi Abby Abadi Seperti Yang Didakwa Farhan - ROTIKAYA #69 Zul Ariffin Nafi Abby Abadi Seperti Yang Didakwa Farhan - ROTIKAYA #67 Zul Ariffin Nafi Abby Abadi Seperti Yang Didakwa Farhan - ROTIKAYA #65 Zul Ariffin Nafi Abby Abadi Seperti Yang Didakwa Farhan - ROTIKAYA

Rita Rudaini: Isteri Aidil Zafuan Sekat Komunikasi Kami

Posted: 18 Jun 2014 05:31 PM PDT

Kisah rumahtangga pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan tidak pernahnya surut malah semakin hangat diperkatakan oleh media massa. Tuntutan yang dibuat oleh Rita Rudaini terhadap bekas suaminya ada kalanya wajar disebabkan apa yang telah berlaku ini.

Minggu lalu, Rita menuntut nafkah yang tertunggak selama 2 tahun sebanyak RM 102,000 & juga nafkah mutaah iaitu sebanyak RM 150,000. Sebutan untuk kes nafkah tertunggak akan dibicara pada bulan September ini, manakala tuntutan ke atas nafkah mutaah masih dalam perbicaraan dan belum ada tarikh yang sahih untuk sebutan semula proses perbicaraan itu.

BACA: Rita Rudaini Menuntut Nafkah Tertunggak RM100,000

Dalam pada itu, Rita Rudaini turut meluahkan rasa kesal apabila Aidil Zafuan kini sudah tidak lagi datang menjenguk anak seperti yang selalu dilakukan sebelum berkahwin baru.

"Saya berasa marah apabila dia tidak menunaikan janjinya untuk meluangkan masa lebih banyak bersama anak-anak kerana selepas berkahwin dia langsung tidak datang bertemu mereka"

"Saya sendiri tidak pasti mengapa tetapi anak kedua kami iaitu Arjuna yang semakin rapat dengannya mula bertanya mengapa ayahnya tidak datang lagi," ujarnya.

Menurut Rita Rudaini lagi, semenjak Aidil Zafuan berkahwin baru komunikasi diantara mereka seakan terputus apabila isterinya menyekat pelakon itu dari aplikasi WeChat & WhatsApp.

"Saya punya Whatsapp dengan WeChat pun kena block dengan isteri dia. Kadang-kadang tengok TV, anak anak akan cakap itu mcm daddy, tetapi org lain. Saya akan cuba alih perhatian anak-anak. Saya tak nak bohong mereka, kerana apabila mereka dewasa kelak mereka akan mempersoalkan tanggungjawab bapa mereka," tambah Rita lagi.

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan sah bercerai talak satu pada 5 September tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan. (rtky/hfz)

#22 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #23 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #24 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #25 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #26 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #28 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #29 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #30 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #31 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA

Buka Semula Kes Skandal: Adi Putra Minta Semua Hormati Bulan Ramadan

Posted: 18 Jun 2014 12:57 AM PDT

Kalau benar seperti yang dilaporkan oleh beberapa media semalam, kes skandal Adi Putra dengan seorang wanita (yang ketika itu) berstatus isteri orang nampaknya bakal dibuka semula selepas pegawai polis yang menguruskan kes itu sebelum ini telah diambil tindakan tatatertib.

BACA: Pegawai Polis Kena Tindakan, Kes Skandal Adi Putra Bakal Dibuka Semula? (ext.)

Adi Putra yang kembali menjadi perhatian kini jelasnya tidak mahu memberikan sebarang komen berkaitan perkembangan terbaru ini dan soalan media juga hanya dibalas ringkas.

Namun dalam satu kenyataan kepada portal OHBULAN! hari ini, Adi Putra mengatakan yang beliau sedang sibuk untuk memberikan sebarang kenyataan namun sempat berpesan supaya semua pihak dapat menghormati bulan Ramadan yang bakal tiba.

"Beginilah, saya minta semua pihak menghormati Nisfu Syaaban & Ramadan yang bakal tiba. Kita sebagai umat Islam, lebih baik menghormati waktu-waktu begini supaya kita semua diberkati dan dirahmati oleh-Nya selalu," jelas Adi Putra.

Walaupun begitu jawapan Adi Putra namun perkembangan kes ini tetap menarik untuk kita perhati dek usaha bekas suami wanita itu yang masih berusaha keras menegakkan kebenaran. (rtky/m)

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...