RotiKaya |
- Nora Danish Sekat Lebih 5000 Pengikut Sehari
- Aidil Zafuan: Gaji Saya Mampu Bayar Nafkah Anak Anak!
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.569)
| Nora Danish Sekat Lebih 5000 Pengikut Sehari Posted: 15 Jun 2014 12:30 PM PDT Kami pun tidak pasti kenapa akaun Instagram Nora Danish menjadi tumpuan ramai sejak dua tiga hari ini. Bermula dengan berita melaporkan Nora Danish sebagai selebriti tempatan paling popular di Instagram dengan lebih 800,000 pengikut. Hebat 'kan? BACA: Nora Danish Paling Popular Di Instagram, Kalahkan Lisa Surihani & Siti Nurhaliza Bercakap kepada Pancaindera hujung minggu lalu, Nora Danish berkata beliau berterima kasih ke atas kesudian para peminat mengikuti perkembangan dirinya melalui Instagram namun mengakui tidak terlepas dari kesan negatif yang datang. Paling terkesan apabila ada pengikut yang meninggalkan komen negatif mengaitkan fizikalnya dan daya seksualiti dan Nora Danish menganggap itu sebagai keterlaluan & memalukan. "Saya letih apabila terpaksa sekat hampir 5,000 pengikit di Instagram yang menulis komen yang melampau setiap hari. Bagi saya tidak wajar buat seseorang itu begitu berani menulis komen membabitkan fizikal orang lain," ujar Nora Danish. Terbaru, Nora Danish ada memuat naik sekeping gambar dirinya memakai baju berwarna putih dan sedikit menampakkan bentuk dadanya dan ini menjadi medan orang ramai menulis komen yang bukan bukan terhadap dirinya termasuk yang berbaur lucah. "Saya kesal apabila dijadikan bahan untuk imaginasi yang tidak sepatutnya," ujar Nora Danish lagi kesal selain mengakui akan lebih berhati hati selepas ini. Bagus. (rtky/m) |
| Aidil Zafuan: Gaji Saya Mampu Bayar Nafkah Anak Anak! Posted: 15 Jun 2014 11:34 AM PDT Hujung tahun yang lalu Aidil Zafuan ada memberikan kenyataan kepada mahkamah mengatakan tuntutan nafkah lebih RM5,000 sebulan oleh bekas isterinya Rita Rudaini untuk anak anak sebagai tidak munasabah kerana gajinya bermain bola sepak hanya RM10,000 sebulan. BACA: Aidil Zafuan Anggap Tuntutan RM5,392 Rita Rudaini Sebagai Tidak Munasabah Baru baru ini, ada khabar mengatakan pemain bola sepak itu kini sudah terjun ke dunia lakonan selepas beberapa gambar beliau di set penggambaran dimuat naik ke Instagram untuk mencari pendapatan tambahan membayar tuntutan Rita Rudaini. "Tuduhan saya mahu tambah pendapatan kerana perlu membayar nafkah sangat mengarut. Saya terkejut apabila ada pihak yang sengaja mahu memanaskan isu" "Sedangkan apa yang saya lakukan sekarang ini (berlakon) sekadar untuk suka-suka. Tak ada kena mengena dengan nafkah. Gaji saya sebagai pemain bola sepak sahaja dah cukup untuk beri nafkah anak," jelas Aidil Zafuan yang diminta mengulas. BACA: Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 Dari Aidil Zafuan Dalam kenyataan sama, Aidil Zafuan berkata beliau enggan mengambil pusing komen komen yang ada di Internet kerana tidak mahu menambahkan pening kepala. Beliau turut mengakui terlibat dengan satu penggambaran namun enggan mengulas sama ada ia untuk filem, telefilem, drama atau sekadar iklan televisyen. "Apa-apapun karier sebagai pemain bola sepak diutamakan dahulu sebelum menerima apa-apa tawaran lain," tambah Aidil Zafuan yang meminta semua menunggu sidang media. (rtky/m) |
| Hari Ini Dalam Hiburan (N.569) Posted: 15 Jun 2014 09:09 AM PDT VIDEO HARI INI: Claus Wahlers, seorang pendudul tempatan di Sao Paulo, Brazil merakamkan bunyi sorakan jiran tetangga beliau ketika perlawanan Brazil menentang Croatia pada pembukaan Piala Dunia 2014 dan bergegar dengan vuvuzela. Penyanyi Kelly Clarkson mengumumkan melalui akaun Twitter pada Sabtu lalu yang beliau telah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama River Rose dan merupakan anak pertama dengan suaminya, Brandon Blackstock. – CNN Dengan angka kutipan hari pembukaan yang kuat, Sony Pictures menjangkakan yang filem sekual terbaru mereka 22 Jump Street akan berjaya membawa pulang US$60 juta untuk tayangan sepanjang hujung minggu pertama. – Inside Movies Bekas juara program Idola Kecil musim keenam, Danial Cheur Hamasiah muncul sebagai juara pertandingan Idola Kecil Ultra dan berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi selain kontrak bersama The Talent Unit bernilai RM50,000. – mStar Online Pelakon Jason Momoa yang lebih dikenali di kalangan kaki TV sebagai pahlawan dan ketua Dothraki dalam Game of Thrones dikhabarkan akan membawa watak Aquaman dalam filem sekuel Man of Steel, Batman v. Superman: Dawn of Justice. Whoaa! – Huff. Post Selepas menerima banyak permintaan dari peminat di Jepun, kumpulan pop Korea A-Pink mengesahkan yang mereka akan memasuki pasaran Jepun tidak lama lagi dan akan mengadakan persembahan pertama di sana sekitar Ogos nanti. – Soompi |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
























No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.