RotiKaya |
- Nabil Bidas Kritikan Cium Pipi Isteri Sendiri Di Paris
- Neelofa Sahkan Sudah Putus Cinta, Anggap Tiada Jodoh
- Uqasha Senrose Kini Berhijab & Nafi Kerana Lelaki
| Nabil Bidas Kritikan Cium Pipi Isteri Sendiri Di Paris Posted: 12 Jun 2014 05:56 PM PDT Baru-baru ini Nabil Ahmad dan isterinya, Nazira ke Paris untuk bercuti. Tapi sebetulnya kata Nabil dia ke sana bagi menjalani penggambaran sebuah telemovie berjudul Strawberi Karipap Lost in Paris. Alang-alang menjejakkan kaki ke kota yang popular dengan jolokan kota cinta itu, Nabil dan Nazirah mengambil peluang mengabadikan gambar mereka di hadapan menara Eiffel. Namun apa yang mencetuskan sedikit isu panas ialah adegan pasangan suami isteri ini. Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik Nabil di laman Instgram miliknya, menunjukkan dia mencium pipi Nazirah. Foto tersebut telah mendapat beberapa komen pedas daripada sebilangan pengikut di akaun Instagramnya. "Cium pipi. Itu lah yang saya pelik sikit tu sebab, minta maaf cakap la ya, ramai artis yang belum kahwin mereka pergi bercuti berdua, haters relax jer tak pula kritik" "Tapi kami ni dah jadi suami isteri. Saya punya pasal lah! Nak cium ker apa sebab yang saya cium tu isteri saya bukan orang lain," kata Nabil ketika ditemui pada sidang media sitkom Cakap Melayulah! bertempat di Unitar, Petaling Jaya, semalam. Tidak ambil pusing dengan kritikan tersebut, Nabil berkata dia sekadar mahu berkongsi momen tersebut bersama peminat memandang ini pertama kali dia dan isterinya bercuti di Eropah. "Saya tak tiru sesiapa atau mana-mana pasangan artis pun. Saya cuma hendak kongsi saat itu kepada peminat. Lagipun ini pertama kali saya ke Eropah dengan isteri. Kami seronok sangat masa tu. Masa nikah dulu, saya cium juga pipi dia, tak pulak orang nak kritik" Rancang Tambah Zuriat, Mahu Anak Lelaki "Saya rasa haters tu semua mereka tak ada arah hidup, kot. Tapi saya sebenarnya tak baca pun komen-komen tu, kawan-kawan yang beritahu saya. Saya tak block haters tu. Biarkan sajalah, lagipun daripada 100 komen, 10 jer yang ckp tak elok, yang lain tu okay saja", katanya lagi. Sementara itu, bercerita pula tentang keluarga, Nabil berkata dia dan isteri kini sedang berusaha mahu memperolehi cahaya mata kedua. Sebelum ini mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Naera Mikayla, yang kini berusia hampir dua tahun. "Kami memang rancang nak anak lagi. Kasihan pada Mika sebab dia bermain seorang diri, Kalau bawa dia ke Toys R Us di Mid Valley, dia tak mahu balik sebab di sana ada macam taman permainan mini, dia seronok bila dapat main dengan anak-anak orang lain" "Saya pun kalau boleh nak anak lelaki. Sebab kawan-kawan saya kalau kami keluar lepak minum bersama, ada yang bawa anak lelaki mereka. Seronok jer saya tengok. Baru-baru ni saya ada satu sesi fotografi bersama Zahiril Adzim. Dia bawa sekali anak dia, Anaqi. Comel betul anak dia", katanya dengan nada teruja. Tetang kerjaya, Nabil bakal muncul dalam sitkom Cakap Melayulah! mulai 23 Jun di saluran Astro Warna. Selain itu, dia sibuk dengan komitmen sebagai hos 'Meletop' dan 'Ceria Pop Star'. Pada pertengahan bulan ini, Nabil juga bakal sibuk di lokasi penggambaran telemovie 'Nangkrong' arahan pengarah Michael Ng. (rtky/fr) |
| Neelofa Sahkan Sudah Putus Cinta, Anggap Tiada Jodoh Posted: 12 Jun 2014 05:13 PM PDT Jika semalam kami ada menulis tentang kenyataan Hans Isaac yang seakan tidak mahu membuka mulut soal cintanya bersama Neelofa yang dikatakan sudah putus, hari ini Neelofa sendiri tampil mengesahkan perkara itu. BACA: Hans Isaac Kunci Mulut Isu Putus Cinta Dengan Neelofa, Fokus Kerja Dalam laporan Harian Metro hari ini, Neelofa berkata beliau tidak lagi tahan dikaitkan dengan Hans Isaac selain membuat pengakuan secara terbuka yang hubungan cinta mereka sudah berakhir sejal awal Februari tahun ini lagi. "Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu. Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali" "Justeru saya berharap tidak ada lagi cerita membabitkan soal cinta antara kami berdua," jelas Neelofa yang diminta mengulas tentang kisah ini. Neelofa bagaimana pun tidak berkongsi tentang apakah punca perpisahan mereka berdua dan hanya menganggap tiada jodoh dengan Hans Isaac. (rtky/m) |
| Uqasha Senrose Kini Berhijab & Nafi Kerana Lelaki Posted: 11 Jun 2014 11:50 PM PDT Kalau anda mengikuti perkembangan Uqasha Senrose melalui akaun Instgram, pasti anda akan perasan yang pelakon ini sudah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan dirinya kini bertudung atau berhijab. Ramai tertanya tanya sama ada benar Uqasha Senrose sudah berhijrah atau sekadar satu lagi tuntutan watak dalam drama yang perlu beliau penuhi. Dalam kenyataan kepada portal GUA hari ini, Uqasha Senrose mengesahkan yang beliau sudah berhijrah. "Saya rasa tak perlulah sampai saya nak kena beritahu satu dunia yang saya kini sudah bertudung. Saya percaya, lambat-laun orang akan tahu juga mengenai perkara ini," jelasnya. Uqasha Senrose dalam kenyataan sama juga menafikan yang keputusan beliau untuk bertudung didorong oleh faktor luaran terutamanya lelaki dan berharap perkara baik ini akan kekal. "Saya pakai tudung atas diri saya sendiri. Jika pakai kerana dipaksa, perkara ini tidak akan kekal. Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya dan jika boleh, saya nak benda ini berterusan. Saya harap orang mendoakan yang baik-baik untuk saya," tambahnya. Baguslah Uqasha Senrose sudah mahu berubah ke arah yang lebih baik, bukan tidak baik sebelum namun perubahan itu perlu 'kan untuk semua orang. Tahniah! (rtky/m) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.