RotiKaya |
- Aeril Zafrel, Wawa Zainal Tidak Mahu Kenang Kisah Lepas
- Hans Isaac Sudah Putus Cinta Dengan Neelofa?
- Abby Abadi: Farhan Memang Sudah Biasa Menipu
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.568)
- Nur Fathia Nafi Kini Renggang Dengan Aiman
- Bekas Suami Abby Abadi: Saya Didera Secara Fizikal, Mental
- Abby Abadi Sah Bercerai Talak Satu Di Mahkamah
| Aeril Zafrel, Wawa Zainal Tidak Mahu Kenang Kisah Lepas Posted: 11 Jun 2014 05:35 PM PDT Suatu ketika dahulu pasangan suami isteri telah dilanda kontroversi dan kini mereka nampaknya bahagia melalui fasa-fasa perkahwinan dan telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini telah memasuki usia 9 bulan. Bertemu Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal di sambutan ulang tahun ke-30 TV3 di Sri Pentas semalam telah menceritakan serba sedikit mengenai karier dan juga kehidupan mereka selepas kontroversi tersebut dan mereka bersepakat bahawa tidak mahu lagi mengingati kisah silam tersebut dan mahu terus maju ke hadapan. "Bagi saya benda lama, tak payah ingat balik, masing-masing ada sejarah,dan kami pula dalam proses perubahan. Sesetengah orang memang tidak suka apa yang kami lakukan dan ada juga yang menyokong apa yang kami lakukan sekarang ini," ujar Aeril. Manakala isterinya pula, Wawa Zainal memberitahu bahawa sekarang tidak ada lagi kesedihan yang dihadapi olehnya malah sangat bahagia dengan keluarga mereka kini. "Rasanya tidak ada lagi kesedihan yang saya alami, saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang dan saya tidak kisah lagi perkara-perkara yang sudah berlaku sebelum ini. Anak adalah pengikat kami bersama ketika ini," katanya manis. Aeril Tak Mahu Libat Anak Dalam Seni, Mahu Tambah Zuriat Sementara itu, Aeril turut memberitahu bahawa sekiranya boleh dia tidak mahu dedahkan anak dalam aktiviti seninya dan biarlah anaknya itu membesar sebagai orang biasa dan bukannya selebriti sepertinya. "Kalau boleh saya tak mahu dedahkan dia dalam aktiviti seni, dan buat masa sekarang sekiranya dipanggil untuk photo shoot atau hendak dijadikan dia untuk iklan iklan komersial rasanya saya tidak benarkannya lagi, kerana biarlah dia besar sikit sekarang baru 9 bulan" "Tapi yang lain lain kalau boleh saya tak mahu dia melibatkan diri dalam aktiviti seni bukan apa susah untuk diri dia sendiri dan saya mahu dia ada privasinya sendiri dan tak mahu dia rimas," katanya panjang lebar. Sambil berseloroh juga Aeril Zafrel ada memberitahu bahawa dia tidak sabar dan mahukan lagi cahaya mata yang kedua. "Mungkin tahun hadapan," katanya sambil ketawa. Walaubagaimanapun, Wawa Zainal berkata dia mahu berehat seketika kerana masih ada penat menjaga anaknya, Attar yang kini semakin aktif dan tidak menolak sekiranya diberikan rezeki cahaya mata mereka yang kedua. (rtky/hfz) |
| Hans Isaac Sudah Putus Cinta Dengan Neelofa? Posted: 11 Jun 2014 05:04 PM PDT Selama ini setiap kali kalau media mengusik dan bertanya tentang hubungan mesra mereka, Hans Isaac mahu pun Neelofa akan hanya menjawab yang hubungan mereka seperti biasa, baik baik saja namun tidak pernah mengesahkan yang mereka adalah pasangan kekasih. Namun media dan kami kira ramai peminat di luar sana juga pasti boleh mengagak akan status hubungan dua 'sahabat baik' ini, bukan? Bagaimanapun baru-baru ini timbul pula desas desus mengatakan hubungan cinta pelakon juga penerbit terkenal ini dengan Neelofa sudah pun berakhir. "Saya tidak boleh komen tentang perkara itu. Saya rasa saya tak perlu komen" "Fokus saya sekarang adalah pada perniagaan saya dan diri saya. Ada banyak lagi hal lain dan juga hal peribadi saya yang harus saya selesaikan," ujar Hans Isaac. "Saya rasa lebih baik berdiam. Biar saya simpan. Lebih baik hanya saya saja yang tahu. Saya tak mahu nanti dikata bercakap putar belit dengan anda semua. Saya hanya mahu bersikap jujur dengan anda semua," itu jawapan ringkas Hans Isaac. Tidak Sangka Supermokh Akan Ke Pentas Semula Menyentuh mengenai projek terbaru terbitan produksinya, Hans berkata beliau sama sekali tidak menyangka yang teater Supermokh yang dipentaskan pada tahun lalu bakal dipentaskan semula. Menurut Hans, sambutan yang cukup mengalakkan daripada penonton & juga permintaan rasmi daripada Sultan Selangor sendiri yang mahu kisah lagenda bola sepak tanah air ini, lantas telah memberi keyakinan pada dirinya juga para pelakon untuk mempersembahkan semula teater ini. "Pihak kami sangat berbesar hati apabila Sultan Selangor sendiri mahukan teater ini dipentaskan semula. Pada pementasan lalu pun kita mendapat respon yang baik daripada para penonton dan ahli keluarga Mokhtar Dahari sendiri" "Tidak banyak perubahan jalan ceritanya malah barisan pelakonnya juga dikekalkan. Tetapi bagi yang pernah menonton Supermokh pada pementasan lalu, apa yangg saya boleh katakan, pementasan kali ini lebih banyak peningkatan" "Dan saya harap kali ini lebih ramai lagi generasi anak muda yangg datang menonton kerana ini sebuah kisah lagenda bola sepak tanah air kita. Ramai anak muda hari ini yang tidak mengenali siapa Mokhtar Dahari dan ini lah peluang mereka untuk mengetahu kisah lagenda kebanggaan negara ini", katanya. Supermokh Sebuah Musical dibarisi oleh Awie sebagai teraju utama berserta pelakon hebat lain seperti Maya, Karin, Douglas Lim, Dina Nadzir, Rashidi Ishak, Radhi Khalid, Poon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna. Teater yang mendapat penajaan utama daripada CIMB Bank ini akan dipentas di Istana Budaya mulai 8 September hingga 21 September 2014 dengan harga tiket yang sama iaitu mulai harga RM36 hingga RM236. (rtky/fr) |
| Abby Abadi: Farhan Memang Sudah Biasa Menipu Posted: 11 Jun 2014 01:59 PM PDT Selepas pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini, peminat dunia hiburan dikejutkan pula dengan pendedahan Noor Farhan yang mengatakan beliau telah didera secara mental dan fizikal oleh bekas isterinya, Abby Abadi. BACA: Abby Abadi, Noor Farhan Sah Bercerai Talak Satu Dalam pendedahan itu juga, Noor Farhan turut mengemukakan bukti bergambar & juga laporan polis berkenaan keganasan domestik yang dialami beliau sejak Januari tahun ini. Abby Abadi tidak menunggu lama untuk memberikan kenyataan balas dan dalam tulisan terbaru beliau di Instagram, Abby mendakwa yang 95% kisah disampaikan Noor Farhan merupakan rekaan belaka selain mendakwa sudah terbiasa menipu. "Setiap kali ada yang tidak kena, gaduh bukan hendak selesaikan (malah) larikan diri. Saya ajak bincang, taknak alih alih untuk yang terakhir kali ini keluar cerita begini Sejujurnya cerita rekaan ini tidak terjangka dek akal saya. Hampir 95% cerita itu direka semata" BACA: Noor Farhan Dakwa Didera Abby Abadi Mental, Fizikal "Tak sangka cubaan dia mengaibkan saya sejauh ini. Untuk sahabat diluar sana, anda boleh baca, boleh dengar sahaja apa yang dia kata, tetapi percaya jangan. Sebab dia memang sudah terbiasa menipu. Jangan tokok tambah cerita, kalau tidak tahu lebih baik diam saja" "Belum selesai lagi. Banyak episod lagi. Tunggu tindakan saya seterusnya di mahkamah nanti & saya terima takdir ini sebagai ujian untuk saya," tulis Abby Abadi. UPDATE-1: Abby Abadi hari ini telah berkongsi satu SMS menunjukkan yang Farhan meminta maaf atas apa yang terjadi selain menafikan beliau yang menyebarkan gambar dan mendakwa didera. Media menokok tambah katanya. Eh? ![]() Risau kami dengar jika Abby Abadi mahu membawa perkara ini ke mahmakah. Panjang ceritanya nanti. Apa kata pergi berjumpa sendiri dan selesaikan seperti seorang dewasa. (rtky/m) |
| Hari Ini Dalam Hiburan (N.568) Posted: 11 Jun 2014 09:48 AM PDT VIDEO HARI INI: Filem pertama berjaya melekat di minda kita semua dan kini sekuel Dumb and Dumber akan muncul dengan barisan pelakon sama iaitu Jim Carrey & Jeff Daniels. Ini trailer pertama yang dilancarkan untuk tatapan anda. Kerana masih belum sembuh daripada jangkitan virus baru baru ini, Paul McCartney terpaksa menunda konsert jelajah baru beliau di Amerika Syarikat His Out There yang sepatutnya bermula Jun ini ke pertengahan Julai. – Rolling Stones Pelakon Korea Lee Seung Gi telah tercedera selepas pisau prop tercucuk ke bahagian mata ketika menjalani penggambaran drama SBS You're All Surrounded baru baru ini dan telah menyebabkan pendarahan dalaman. Get well soon. – Soompi Selepas berbelanja lebih US$40 juta untuk membeli kediaman model popular Gisele Budchen, Dr. Dre yang kini merupakan orang kaya baru telah senaraikan rumah lamanya di Hollywood Hills untuk dijual dengan nilai US$35 juta. Siapa ada duit lebih boleh beli. – THR Tidak dinafikan yang anak memang cermin identiti ibu bapa namun buat anak anak kepada supermodel Cindy Crawford, mereka berdua memang nampak sama dengan penampilan model itu ketika zaman muda. Boleh menyambung legasi ibu mereka. – Huff. Post Kes khalwat pelakon, Shahz Jaszle ditangguh kepada tarikh 12 Ogos 2014 berikutan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling tidak dapat bertugas kerana dijangkiti demam denggi. – GUA |
| Nur Fathia Nafi Kini Renggang Dengan Aiman Posted: 11 Jun 2014 07:24 AM PDT Maklumlah lumrah bercinta, mana ada yang lancar setiap masa. Tidak terkecuali pasangan Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza yang sebenarnya sejak awal dikhabarkan bercinta sehingga kini pasti ada sahaja khabar angin yang terpalit. BACA: Nur Fathia Nafi Buat Perangai Di London, Hanya Tuntut Hak Baru baru ini, Aiman khabarnya telah bertindak menengking Nur Fathia di khalayak ramai selepas ada terbaca satu komen peminat di internet tentang mereka berdua. Nur Fathia yang ditemui media baru baru ini menafikan yang komen peminat itu ada menjejaskan hubungan mereka berdua selain turut menafikan yang Aiman ada memarahi beliau di hadapan orang ramai seperti yang didakwa sesetengah pihak. "Aiman tak pernah menengking saya di hadapan orang ramai dan saya kesal dengan tuduhan itu. Kami selalu bergurau dan adakalanya tampak kasar tapi itulah cara kami. Mungkin ada yang menilai perbuatan itu seperti kami bergaduh besar," jelasnya. "Kami masih bersama dan hubungan kami tiada masalah, cuma kalau ada pun ia lumrah dalam bercinta. Mungkin selepas ini, kami akan lebih berdiam diri dan tidak terlalu terbuka berkongsi cerita cinta lagi memandangkan timbul pula kisah kurang enak mengenai kami," tambah Nur Fathia lagi yang ditemui di majlis anjuran Pantene. (rtky/m) |
| Bekas Suami Abby Abadi: Saya Didera Secara Fizikal, Mental Posted: 10 Jun 2014 10:50 PM PDT Nampaknya kisah rumahtangga Abby Abadi & Noor Fahran semakin dramatik selepas pihak lelaki hari ini tampil mendedahkan yang beliau sering menjadi mangsa keganasan domestik atau deraan Abby Abadi secara mental dan juga fizikal. Menerusi laporan mStar Online hari ini, Noor Farhan mendedahkan Abby Abadi buat pertama kali mencederakan dirinya sekitar Januari tahun ini apabila mengetahui (ketika itu) suaminya ada memberitahu rakan yang mereka sudah tiada hubungan. Abby Abadi khabarnya sekali lagi bertindak agresif mencakar muka & lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah. "Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini," ujar Noor Farhan yang ditemui. Sering Bergaduh Kerana Tiada Wang, Beri Tekanan Noor Farhan juga mendedahkan yang mereka sering bertengkar ketika Abby tidak mempunyai wang & ekoran itu juga sering memberikan tekanan kepada lelaki itu sehingga beliau mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah. "Setiap kali tidak mempunyai wang dia akan menyerang & mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya" "Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan," tambahnya lagi. "Cukuplah… Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya," jelasnya. (rtky/m) |
| Abby Abadi Sah Bercerai Talak Satu Di Mahkamah Posted: 10 Jun 2014 09:10 PM PDT Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sah bercerai talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah melalui SMS yang dihantar Muhammad Noor Farhan, Mei lalu. Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membuat keputusan itu selepas meneliti semua dokumen & mendengar keterangan kedua-dua pihak. BACA: Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun Bagaimanapun, cerai pertama pada Januari lalu yang dihantar Muhammad Noor Farhan melalui SMS kepada rakannya, mahkamah tidak mensabitkan jatuh talak berikutan SMS itu adalah lafaz yang tidak sah kerana tidak memenuhi rukun dan syarat sah talak. Pasangan itu mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand setelah berkenalan selama dua minggu. (rtky/m) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

































































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.