RotiKaya

RotiKaya


Rita Rudaini Menuntut Nafkah Tertunggak RM100,000

Posted: 10 Jun 2014 05:17 PM PDT

Belum selesai lagi kisah pasangan ini di mahkamah. Terbaru, Rita Rudaini dan bekas suaminya Aidil Zafuan akan kembali ke mahkamah 30 September ini untuk perbicaraan penuh tuntutan pelakon itu terhadap nafkah tertunggak melebihi RM100,000.

Menurut peguam Rita Rudaini, tuntutan nafkah berjumlah lebih RM100,000 yang difailkan Rita itu membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain.

BACA: Aidil Zafuan Anggap Tuntutan Nafkah Bulanan Rita Rudaini Mengarut

"Jumlah semua dikira bermula dari tarikh Aidil keluar daripada rumah mereka di Kota Damansara sejak Januari 2012, meninggalkan Rita serta dua anak mereka. Tuntutan nafkah ini difailkan pada awal Januari lalu dan semua jumlah adalah nafkah tertunggak," jelasnya.

Ketika prosiding semalam, kedua dua Rita Rudaini & Aidil Zafuan tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam masing masing.

Rita Rudaini sebelum ini juga pernah menuntut nafkah anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang sebanyak RM5,392 sebulan.

Bagaimanapun, Aidil Zafuan yang juga pemain pertahanan skuad JDT, menegaskan beliau hanya mampu membayar RM2,000 sebulan. (rtky/m)

#23 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #24 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #25 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #26 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #27 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #28 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #29 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #30 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA #31 Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000 - ROTIKAYA

Izreen Azminda Sahkan Sudah Bercerai Talak Satu

Posted: 10 Jun 2014 04:52 PM PDT

Khabar angin yang mengatakan pasangan ini telah bercerai di sebuah lokasi penggambara dek kerana bergaduh besar menjadi bualan mulut ramai beberapa minggu lalu.

BACA: Suami Ceraikan Izreen Azminda Di Lokasi Penggambaran

Hari ini menerusi laporan media, Izreen Azminda telah sah bercerai dengan Muhammad Riza Baharuddin di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Wilayah, kelmarin.

Mereka bercerai secara baik & Izreen Azminda tidak membuat sebarang tuntutan daripada bekas suami termasuk soal penjagaan anak tunggal mereka, Adrian Umar, 10 bulan.

"Kami bercerai atas persetujuan bersama dan masih berkawan baik demi anak kami. Walaupun saya mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya tetapi Riza bebas untuk berjumpa Adrian pada bila-bila masa,” jelas Izreen Azminda mengesahkan perkara ini. (rtky/m)

#74 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA #73 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA #72 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA #71 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA #69 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA #70 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA #76 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA #75 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA #77 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA #89 Izreen Azminda Minta Tunggu Keputusan Mahkamah Tentang Isu Cerai - ROTIKAYA #85 Izreen Azminda Minta Tunggu Keputusan Mahkamah Tentang Isu Cerai - ROTIKAYA #88 Izreen Azminda Minta Tunggu Keputusan Mahkamah Tentang Isu Cerai - ROTIKAYA

Awie: Mana Bukti Yang Saya Pukul Isteri?

Posted: 10 Jun 2014 11:20 AM PDT

Hujung minggu lalu, sebuah akhbar melaporkan satu kejadian di mana seorang penyanyi rock terkenal Malaysia telah memukul isterinya di sebuah bank di Ampang akibat salah faham terjadi di antara mereka berdua yang khabarnya bermula di rumah.

BACA: Penyanyi Rock Terkenal Pukul Isteri Di Khalayak Ramai?

Spekulasi mula timbul mengatakan yang penyanyi rock dimaksudkan dalam laporan itu adalah Awie yang merupakan vokalis kumpulan Wings. Namun, penyanyi itu pantas menganggap semua yang diperkatakan orang ramai tentang isu ini hanya fitnah.

"Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Kalau betul saya penyanyi rock yang dikatakan telah pukul isteri, buktikan dahulu. Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan"

"Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini dan buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah," jelas Awie kepada mStar Online.

Awie turut mengatakan yang laporan akhbar itu tidak ada menyebut dirinya sebagai individu yang dimaksudkan dan mungkin ditujukan kepada penyanyi lain.

"Apa yang saya mahu katakan di sini, sebagai manusia kita semestinya tidak terlepas melakukan kesilapan," tambah Awie lagi. Ada makna tersiratkah? (rtky/m)

Hari Ini Dalam Hiburan (N.567)

Posted: 10 Jun 2014 09:28 AM PDT

VIDEO HARI INI: Tiga hari lagi sebelum sepak mula Piala Dunia 2014, Nike telah tampil dengan sebuah iklan dalam bentuk animasi menyaksikan perlawanan epik terakhir jaguh bola sepak dunia menentang klon mereka. Anda sokong negara mana?

Pelakon ini sering menjadi bahan usikan di internet dan terbaru Nicolas Cage nampaknya akan sekali lagi menjadi bahan bualan selepas beliau dilihat tampil menggayakan sehelai t-shirt yang tertera wajahnya sendiri. Siapa lagi mahu puji diri sendiri ‘kan? – Huff. Post

Pelakon Ayu Raudhah berkata gosip suaminya Zaquan Adha bermain kayu tiga baru baru ini selepas satu paparan skrin perbualan cinta tersebar telah memburukkan reputasi mereka sebagai suami isteri. Sayangkan reputasi rupanya. – mStar Online

Semenjak mereka mengumumkan perpisahan beberapa bulan lalu, apa sahaja yang dilakukan Gwyneth Paltrow & Chris Martin seakan bertentangan dengan apa yang mereka akui & terbaru, mereka kelihatan sangat mesra keluar berdua hujung minggu lalu. – Fish Wrapper

Selebriti George Clooney nampaknya melangkah kembali ke skrin kecil (televisyen) selepas banyak menempa nama di layar lebar namun kali ini beliau akan bertindak sebagai penerbit untuk beberapa siri TV bersama Sony Pictures Television. – THR

Lagu dan video muzik terbaru Psy berjudul Hangover nampaknya mula menjadi bualan media dunia mendebatkan maksud tersirat di sebalik video yang turut menampilkan Snoop Doog itu dan 21 juta tontontan dalam masa 24 jam. Fuh! – SMH

Engku Emran: Cukup Cukuplah Mereka Cerita Tentang Kehidupan Kami

Posted: 09 Jun 2014 11:03 PM PDT

Dari awal timbulnya khabar angin tentang kegoyahan rumahtangga beliau sehingga ke hari penceraian dan sehinggalah digossipkan sudah mempunyai pengganti, Engku Emran mengambil pendekatan untuk berdiam diri dari memberikan kenyataan.

Namun menerusi portal berita yang beliau terajui sendiri, Malaysian Digest menyiarkan sebuah artikel yang ditulis Engku Emran sendiri sebagai penjelasan buat pertama kali dan juga terakhirnya tentang apa yang telah terjadi selama ini.

Jujurnya, artikel sepanjang lebih 1,500 patah perkataan itu sebenarnya tidak menjelaskan cerita sebenar namun lebih kepada permintaan Engku Emran kepada semua peminat hiburan untuk berhenti mereka reka cerita tentang beliau, Engku Emran dan juga keluarga mereka.

BACA: Engku Emran Sudah Temui Pengganti Erra Fazira? (ext.)

"Banyak lagi berita penting diluar sana yang patut kita laporkan. Saya ini tak penting. Banyak lagi orang di luar sana yang memerlukan pertolongan — tentang hidup dan mati. lebih elok kita bantu mereka dari buat cerita tentang kehidupan kami. Cukup, cukup lah!"

Engku Emran turut ada menjelaskan tentang gambar yang beliau muat naik ke Instagram yang telah didakwa sesetengah pihak untuk menunjuk nunjuk.

"Instagram ini ialah seperti catatan jurnal, supaya satu hari nanti Aleesya dapat membaca sedikit sebanyak dan mungkin dia boleh belajar tentang kehidupan melalui jurnal saya ini. Sebab itu juga, jika anda lihat banyak gambar dan momen yang saya upload"

"Mungkin anda rasa saya tak patut dedahkan banyak perkara. Tetapi benda ni saya buat ada sebab bertujuan, supaya satu hari nanti Aleesya dapat melihat tempat yang saya bawa dia, yang saya pergi tanpa dia. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tidak," tulis Engku Emran.

Anda boleh membaca tulisan penuh beliau di Malaysian Digest untuk penjelasan penuh beliau & kami doakan semoga baik baik sahaja kehidupan mereka selepas ini. (rtky/m)

#10 Engku Emran Minta Orang Ramai Berhenti Mereka Cerita - ROTIKAYA #11 Engku Emran Minta Orang Ramai Berhenti Mereka Cerita - ROTIKAYA #12 Engku Emran Minta Orang Ramai Berhenti Mereka Cerita - ROTIKAYA #13 Engku Emran Minta Orang Ramai Berhenti Mereka Cerita - ROTIKAYA #14 Engku Emran Minta Orang Ramai Berhenti Mereka Cerita - ROTIKAYA #15 Engku Emran Minta Orang Ramai Berhenti Mereka Cerita - ROTIKAYA #16 Engku Emran Minta Orang Ramai Berhenti Mereka Cerita - ROTIKAYA #17 Engku Emran Minta Orang Ramai Berhenti Mereka Cerita - ROTIKAYA #18 Engku Emran Minta Orang Ramai Berhenti Mereka Cerita - ROTIKAYA #19 Engku Emran Minta Orang Ramai Berhenti Mereka Cerita - ROTIKAYA #20 Engku Emran Minta Orang Ramai Berhenti Mereka Cerita - ROTIKAYA #21 Engku Emran Minta Orang Ramai Berhenti Mereka Cerita - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...