RotiKaya

RotiKaya


Rahsia Kekal Muda Bersama NUTOX Diperbaharui

Posted: 01 Jun 2014 05:48 PM PDT

Cantik ‘kan Nur Fazura? Memang tidak dapat dinafikan kejelitaan pelakon popular ini & pastinya yang paling menjadi perhatian adalah cara beliau mengekalkan keremajaan kulit wajahnya sehingga ke hari ini — kami sendiri cemburu.

Menerusi rangkaian produk terbaru NUTOX yang diperbaharui bersama sarang burung (bird’s nest) yang telah terbukti berkesan sebagai salah satu pemangkin kecantikan kulit, anda juga mampu mengekalkan keremajaan milik anda.

Rangkaian produk NUTOX baharu ini telah diperkaya dengan 2 kali lebih banyak B’Nest Collagen™ untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah anda.

Dengan inovasi Oxyfusion — teknologi unik yang menyuntik kadar oksigen yang tinggi ke dalam kulit untuk memaksimakan penyerapan B’Nest Collagen — NUTOX menamatkan pencarian produk penjagaan kulit yang anda mahukan.

“Kami faham dengan dilema yang wanita berdepan hari ini apabila memilih produk penjagaan kulit, lebih lebih lagi untuk wanita yang memasuki usia 30′an. Garis halus dan kedut mula kelihatan dan menjadi keutamaan ketika ini”

Nutox-Pack-Grp-1c

“Bagaimana pun produk yang terlalu kaya dengan tekstur mungkin boleh menyebabkan masalah kulit berminyak lebih lebih lagi dalam cuaca panas dan lembap di Malaysia,” ujar Vicky Lim, Pengurus Kanan Pemasaran Tontonku Sdn Bhd.

Oleh kerana itu NUTOX tampil dengan pembersih, toner dan pelembap di bawah rangkaian yang diperbaharui ini hadir dengan pilihan pelbagai tekstur.

Untuk kulit bercampur & berminyak, tekstur lebih ringan telah dicipta; manakala tekstur yang lebih memperkaya diwujudkan untuk kulit normal dan kering.

Dengan rangkaian produk berharga serendah RM19.90 ke atas, NUTOX yang diperbaharui ini pastinya mampu milik untuk anda semua dan yang lebih penting ianya lebih berkesan untuk membantu anda tampil lebih remaja.

Maklumat lanjut boleh anda layari laman web rasmi NUTOX dan juga Facebook rasmi mereka di facebook.com/nutoxoxyfusion. Jom!

Izara Aishah Akui Sudah Putus Cinta, Nafi Ada Kekasih Baru

Posted: 01 Jun 2014 05:28 PM PDT

Hujung minggu lalu, ada satu khabar angin timbul mengatakan yang Izara Aishah kini sedang rapat dengan anak tiri Dato’ Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid namun tiada sebarang penjelasan dari tuan empunya badan sehinggalah hari ini.

Dalam akhbar yang sama, Izara Aishah tampil memberikan penjelasan yang beliau bersama Adib Khalid sudah lama saling mengenali dan mereka hanyalah kawan biasa selain mengakui yang dirinya sudah putus cinta.

“Ya, kami sudah putus cuma saya tidak mahu komen lanjut. Yang berlalu biarlah berlalu”

“Saya sudah lama kenal Adib dan kebelakangan ini saya selalu keluar dengan kawan lama termasuklah Adib. Memandangkan beliau cukup popular dan dikenali, maka tidak hairanlah ada pihak yang cuba ada adakan cerita yang tidak betul,” jelas Izara lagi.

Okay yang penting Izara Aishah kini sudah kembali solo, kepada sesiapa yang rasa boleh tawan hati pelakon cantik manis ini, silakan. HAHA! (rtky/m)

#07 Izara Aishah Akui Sudah Putus Cinta, Nafi Ada Kekasih Baru - ROTIKAYA #08 Izara Aishah Akui Sudah Putus Cinta, Nafi Ada Kekasih Baru - ROTIKAYA #09 Izara Aishah Akui Sudah Putus Cinta, Nafi Ada Kekasih Baru - ROTIKAYA #10 Izara Aishah Akui Sudah Putus Cinta, Nafi Ada Kekasih Baru - ROTIKAYA #11 Izara Aishah Akui Sudah Putus Cinta, Nafi Ada Kekasih Baru - ROTIKAYA #12 Izara Aishah Akui Sudah Putus Cinta, Nafi Ada Kekasih Baru - ROTIKAYA #13 Izara Aishah Akui Sudah Putus Cinta, Nafi Ada Kekasih Baru - ROTIKAYA #14 Izara Aishah Akui Sudah Putus Cinta, Nafi Ada Kekasih Baru - ROTIKAYA #15 Izara Aishah Akui Sudah Putus Cinta, Nafi Ada Kekasih Baru - ROTIKAYA

Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang

Posted: 01 Jun 2014 12:40 PM PDT

Sejujurnya kami tidak mempunyai banyak maklumat tentang resepsi perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz selain mengetahui ianya telah berlangsung di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 31 Mei yang lalu — dan ini untuk resepsi sebelah pihak perempuan,

Resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 7 Jun 2014 nanti. Almy Nadia & Fizz Fairuz selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang telah berlangsung di kampung halaman pengantin perempuan pada 26 April yang lalu.

BACA: Almy Nadia Selamat Bergelar Isteri Fizz Fairuz Dengan Sekali Lafaz

Juga kami bukanlah pakar untuk melontarkan pandangan tentang busana rona kuning yang dikenakan pasangan ini pada majlis tersebut yang pada hemat kami cukup kena & sepadan untuk mereka berdua yang tampil bak raja sehari.

See? Just enjoy the pictures, terima kasih kepada jurugambar di sebalik The Permaisuris yang berkongsi detik istimewa pasangan ini menerusi Instagram. (rtky/m)

#99 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #98 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #97 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #96 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #95 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #94 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #93 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #92 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #91 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #90 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #89 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #88 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #87 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #86 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #85 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #84 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #83 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #82 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #81 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #80 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #79 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #78 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #77 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #06 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #05 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #04 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #03 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #02 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #01 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA #00 Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang - ROTIKAYA

Erma Fatima: Saya Restu Bade Kahwin Satu Lagi

Posted: 01 Jun 2014 10:47 AM PDT

Jumaat lalu, ramai yang terkejut dengan berita perkahwinan kedua suami kepada Erma Fatima dan sebenarnya ternanti nanti apakah reaksi penerbit drama popular tentang berita perkahwinan suaminya, Bade yang dikhabarkan berlangsung di negara jiran.

BACA: Suami Erma Fatima, Bade Kahwin Satu Lagi?

Dalam kenyataan kepada Pancaindera keluaran Utusan Malaysia, Erma Fatima menjelaskan yang beliau tahu akan perkahwinan yang berlangsung dan merestui hubungan baru suaminya itu selain tidak mahu menghalang kebahagian orang yang disayangi.

“Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu ‘kan soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri”

“Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia”

“Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu,” jelas Erma Fatima.

Harapnya dengan penjelasan Erma Fatima ini, semua boleh mendoakan kebahagian Bade dan isteri barunya juga Erma Fatima sekeluarga. Tidak terlewat rasanya untuk kami ucapkan tahniah dan juga selamat pengantin baru buat Bade. (rtky/m)

#71 Erma Fatima Restu Bade Kahwin Lagi - ROTIKAYA #72 Erma Fatima Restu Bade Kahwin Lagi - ROTIKAYA #73 Erma Fatima Restu Bade Kahwin Lagi - ROTIKAYA #74 Erma Fatima Restu Bade Kahwin Lagi - ROTIKAYA #75 Erma Fatima Restu Bade Kahwin Lagi - ROTIKAYA #76 Erma Fatima Restu Bade Kahwin Lagi - ROTIKAYA

Hari Ini Dalam Hiburan (N.560)

Posted: 01 Jun 2014 09:20 AM PDT

VIDEO HARI INI: Peminat filem Star Wars? Anda akan jatuh cinta dengan pemuzik jalanan ini.

Kalau anda belum tahu, menjelang hujung minggu lalu video berhantu Korea nyanyian Psy, Gangnam Style berjaya menjadi video pertama di dunia mencapai tontonan melebihi 2 billion di Youtube. Bila lagu baru akan keluar lagi ya? – Daily Mail

Anggota kumpulan T-ARA, Jiyeon yang ditemubual majalah BNT International mendedahkan yang beliau mengidamkan untuk berlakon di samping pelakon Korea Jung Woo & juga Benedict Cumberbatch yang popular menerusi siri TV Sherlock. – Soompi

Nampaknya mereka memang menjadi perhatian dunia, Sekeping gambar perkahwinan Kim Kardashian & Kanye West yang dimuatnaik ke Instagram telah berjaya memecah rekod sebagai gambar paling banyak menerima LIKE dengan kiraan melebihi 2 juta setakat ini. – Huff. Post

Selepas lebih lapan bulan bercinta, pasangan Charlize Theron teman lelakinya Sean Penn dikhabarnya kini sedang serius untuk mendirikan rumahtangga selain mahu membina keluarga bersama menurut sumber terdekat dengan pasangan ini. Yay! – US Weekly

Pelakon Remy Ishak berkata beliau bukanlah pelakon yang suka meminta bayaran tinggi atau demand sebaliknya antara beliaulah pelakon yang dibayar paling murah oleh syarikat produksi di negara ini selain menafikan mewah berbelanja. – mStar Online

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...