Maria Farida Minta Pendapat Peminat Pilih Bikini

Pelakon awet muda, Maria Farida mengejutkan peminatnya apabila berani meminta pendapat mereka untuk memilih bikini yang sesuai untuk dirinya.
 
Menerusi laman sosial Instagram, Maria memuatnaik sekeping gambar bikini dengan 'caption' "can't decide on which one...hmm".
 
Tindakannya itu mengundang komen peminatnya yang antaranya meminta beliau mengerjakan solat istikharah untuk membantunya membuat pilihan.
 
Tidak kurang ada yang menyindir pelakon itu untuk mencuba satu demi satu kemudian memuatnaik pula gambarnya berbikini di laman sosial itu.
 
alt
 
Blog hiburan beautifulnara kemudiannya melahirkan kekhuatirannya tindak tanduk Maria ini akan menjadi ikutan dan menjadi trend pula di kalangan artis lain.
 
Akhir-akhir ini, laman sosial sama ada facebook atau instagram menjadi medan artis berkongsi trend yang mencetus rasa kurang senang peminat mereka.
 
Antaranya berpelukan sesama bukan mahram, memaki hamun peminat yang menegur kesilapan mereka dan banyak lagi.
 
Malah ada segelintir artis tempatan tanpa berselindung mengumumkan mereka menyekat beribu-ribu peminat dari akaun laman sosial mereka setiap hari.
 
Walhal laman sosial mempunyai banyak manfaat jika ia digunakan sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...