RotiKaya

RotiKaya


Heliza Sebak Lihat Umat Islam Menderita Di Syria

Posted: 07 May 2014 03:55 PM PDT

Agak lama rasanya kita tidak mendengar khabar penyanyi dan pengacara Heliza Helmi yang kini aktif menyertai misi-misi kemanusiaan dalam membantu umat Islam di negara Timur Tengah yang kini sedang bergolak.

Menceritakan pengalamannya baru-baru ini yang menyertai misi ke Syria yang ditaja sepenuhnya oleh Muslim Care membuatkan dia sedih dan sebak melihat penderitaan yang dialami oleh umat Islam di sana.

“Saya ke sana bersama-sama dengan beberapa orang artis yang lain seperti Salima Habibi, dan Unic yang ditaja sepenuhnya oleh Muslim Care. Tujuan kami adalah untuk mengumpul dana dan melalui dana tersebut kita saluran bantuan kepada mereka,” katanya memulakan perbualan.

Tambahnya lagi, sebaik sahaja sampai di Syria, dia agak terkejut apabila melihatkan perkampungan pelarian mereka yang begitu daif sekali sehinggakan dia berasakan sebak dan sedih melihat kedaifan mereka.

“Saya terkejut apabila pertama kali sampai di sana melihatkan perkampungan pelarian mereka yang begitu daif sekali dengan beratapkan khemah yang bocor dan juga saluran air yang tercemar. Begitu kasihan sekali melihat mereka menderita akibat peperangan. Bersyukurlah kerana negara kita masih aman dan tenteram,” ujarnya.

Sementara itu, Heliza juga turut memberikan sedikit komen mengenai fesyen berhijab dan juga bagi orang yang mahu memulakan proses untuk berhijab.

“Orang yang baru nak berhijab kita kena sokong mereka dan di situlah pentingnya motivasi oleh orang-orang di sekeliling untuk mengajar cara pemakaian yang betul. Banyak cara untuk kita menegur tetapi bukan menghukum. Biarlah kita tegur-menegur secara berhikmah dan dengan ini sedikit demi sedikit mereka akan memakainya dengan ada yang betul dan teratur mengikut lunas-lunas Islam,” katanya.

Menceritakan mengenai perkembangan seninya pula, dia kini dalam proses untuk menyiapkan album solonya dan juga album yang berkoloborasi bersama dengan Salima Habibi. Selain itu, dia juga aktif dalam bidang pengacaraan. (rtky/hfz)

#91 Heliza Sebak Lihat Umat Islam Menderita Di Syria - ROTIKAYA #92 Heliza Sebak Lihat Umat Islam Menderita Di Syria - ROTIKAYA #93 Heliza Sebak Lihat Umat Islam Menderita Di Syria - ROTIKAYA #94 Heliza Sebak Lihat Umat Islam Menderita Di Syria - ROTIKAYA #95 Heliza Sebak Lihat Umat Islam Menderita Di Syria - ROTIKAYA #96 Heliza Sebak Lihat Umat Islam Menderita Di Syria - ROTIKAYA

Zain Saidin: Apa Pun Yang Kami Berdua Buat, Mesti Jadi Kontroversi

Posted: 07 May 2014 10:04 AM PDT

“Apa-apa gambar kami tak kisahlah sama ada saya atau isteri saya yang muat naik di laman instagram, tetap akan jadi kontroversi, tetap akan jadi cerita. Jadi saya dah jangka dah yang gambar tu akan diperkatakan ramai, saya dah biasa kalau jadi buat mulut orang. Saya tak kisah”

“Tapi sebenarnya gambar tu tak ada isu pun. Saya saja upload,” itu kata pelakon Zain Saidin ketika ditemui pada sidang media sitkom popular yang berkonsepkan pendidikan, Oh My English musim ketiga di S.M.K Sri Serdang, semalam.

Dua hari lalu pasangan selebriti sensasi itu memuat naik sekeping foto mereka. Apa yang menjadi bualan hangat ramai adalah kerana foto berkenaan memperlihatkan mereka sedang berbaring di atas katil dan Zain seperti dalam keadaan tidak berbaju.

Tambah suami kepada aktres Rozita Che Wan ini lagi, selagi gambar itu tidak menjejaskan kerja juga nama baik keluarganya, dia tidak akan memadamkan gambar berkenaan dari akaun Instagram miliknya.

“Bagi saya, janji gambar yang saya muat naik itu tidak menunjukkan sesuatu yang melampau atau yang tidak sepatutnya dilihat umum. Dan setakat ini, gambar itu tidak menjejaskan kerja juga nama baik keluarga saya. Jadi saya akan biarkan saja gambar itu. Saya tak akan padam”

Belum Buat Persedian Untuk Sambut Kelahiran Anak

Dalam pada itu Zain turut meluahkan rasa berdebar dan teruja kerana bakal bergelar ayah tidak lama lagi. Begitupun dia dan Che Tah belum membuat apa-apa persiapan menyambut cahaya mata mereka memandangkan usia kandungan Che Ta baru berusia tiga bulan.

“Saya tahu Che Tah nak sangat anak perempuan. Bagi saya pula, saya tak mahu berharap sangat. Saya terima apa saja pemberian Allah”

“Buat masa ini kami belum buat apa-apa persiapan. Tapi masa kahwin hari tu, ada kawan yang hadiahkan katil bayi. Tapi kalau kami keluar negara untuk bercuti, kami akan beli beberapa barang bayi sebagai persiapan sedikit demi sedikit,” katanya.

Mengenai perkembangan karier pula, Zain muncul dalam sitkom ‘Oh My English!’ (OME!) musim ketiga mulai 18 Mei ini. Selain, dia bakal menjalani penggambaran sebuah telemovie di New Zealand selama dua minggu. (rtky/fr)

#89 Zain Saidin Komen Gambar Atas Katil Di Instagram - ROTIKAYA #88 Zain Saidin Komen Gambar Atas Katil Di Instagram - ROTIKAYA #83 Zain Saidin Komen Gambar Atas Katil Di Instagram - ROTIKAYA #82 Zain Saidin Komen Gambar Atas Katil Di Instagram - ROTIKAYA #84 Zain Saidin Komen Gambar Atas Katil Di Instagram - ROTIKAYA #85 Zain Saidin Komen Gambar Atas Katil Di Instagram - ROTIKAYA #86 Zain Saidin Komen Gambar Atas Katil Di Instagram - ROTIKAYA #87 Zain Saidin Komen Gambar Atas Katil Di Instagram - ROTIKAYA #90 Zain Saidin Komen Gambar Atas Katil Di Instagram - ROTIKAYA

Enot Hidap Kanser Usus Tahap 2, Buat Rawatan Kampung

Posted: 07 May 2014 09:59 AM PDT

Setahun kelibatnya jarang dilihat di kaca televisyen. Mungkin ramai menyangka kehilangan Enot di kaca televisyen dek kerana kekurangan tawaran berlakon. Mungkin ya, mungkin juga dia terlalu sibuk dengan tempahan cookies yang sedang rancak diusahakan.

Bukan itu sahaja, Enot rupanya sedang menderita penyakit kanser usus tahap ke-2. Beritahu Enot, dia sama sekali tidak akan menjalankan rawatan chemotherapy mahupun pembedahan. Baginya, selagi mampu diikhtiar secara tradisional, dia akan tetap mencuba.

“Saya menghidap kanser usus Stage 2. Dah hampir setahun. Saya tidak akan buat kimoterapi kerana majoriti family saya meninggal kerana chemo. Saya cuma gunakan rawatan kampung”

“Hanya ada satu saja penawar untuk kanser iaitu semangat. Bila patah semangat, rosak semuanya,” jelas Enot.

Namun Enot bersyukur kesihatan nya beransur baik. Malah sudah mampu melihat beberapa perubahan yang berlaku pada dirinya. Dia turut mengamalkan produk yang disyor kawan baiknya, Didie Alias.

Selepas satu persatu masalah timbul, jelas Enot dua anak hasil perkongsian hidup bersama suami pertama yang menjadi pemangkin dan pembakar semangat untuk terus bertahan hingga ke saat ini. Malah anak-anak tidak membiarkan Enot bersendirian di rumah. Terlebih dahulu sebelum ini, Enot sudah banyak kali jatuh pengsan.

Anak-anak sanggup berpindah sekolah demi menjaga ibunya di rumah. Seorang sekolah pagi dan seorang sekolah petang. (rtky/bsr)

Hari Ini Dalam Hiburan (N.550)

Posted: 07 May 2014 09:57 AM PDT

VIDEO HARI INI: Kepada yang berminat untuk belajar sejarah pembentukan negara Korea yang terbahagi dua ketika ini, video di atas memberikan informasi jelas tentang apa yang berlaku dengan animasi dan penceritaan menarik. Kami suka.

Studio perfileman di sebalik filem hits The Hunger Games baru sahaja membuat pengumuman yang mereka dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah filem penuh berdasarkan siri TV superhero popular, Mighty Morphin Power Rangers. OH MY GOD! – The Verge

Drama televisyen popular Korea, Man From the Stars yang mendapat perhatian ramai ketika ini khabarnya akan dibawa ke tanah besar China dalam bentuk filem sekitar Ogos 2014 kelak. Di sini, siapa yang layan? Nampak menarik. – Soompi

Personaliti TV berusia 54 tahun, Simon Cowell nampaknya semakin terbuka dengan aktiviti kekeluargaan lebih lebih lagi dengan kelahiran anak sulungnya, Eric selepas berkongsi gambar anak kecil itu di media sosial. – Us Weekly

Bintang filem Avatar, Sam Worthington khabarnya sudah terlepas dari tuduhan mengasari seorang jurugambar di New York dengan syarat beliau perlu bebas dari melakukan sebarang kesalahan jenayah untuk tempoh enam bulan akan datang. – Huff. Post

Sayangkan anak, apa pun tidak mengapa. Brad Pitt baru baru dikhabarkan telah membeli sebuah lukisan potret Justin Bieber untuk anaknya, Pax yang merupakan peminat tegar penyanyi remaja itu. Patut beli sahaja Justine Bieber terus, eh. – Sowetan

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...