RotiKaya

RotiKaya


Berlakon Dengan Sharnaaz Ahmad — Zizan Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri

Posted: 06 May 2014 05:34 PM PDT

Sebelum itu, gambar di atas yang pada awalnya dimuatnaik di akaun Instagram Emma Maembong kini nampaknya sudah dipadam selepas ianya mendapat perhatian meluas media dan para peminat yang risau akan potensi pasangan ini mencipta kontroversi. Heh.

Ramai peminat telah meninggalkan komen di gambar itu meminta Zizan Razak untuk berhati hati dengan gandingan kekasihya, Emma Maembong bersama Sharnaaz Ahmad dalam drama (ke filem?) Bintang Hati yang kini sedang menjalani penggambaran.

“Saya tahu Emma pandai jaga diri, dia tahu macam mana nak membataskan pergaulan dia sebagai seorang gadis timur. Kepada peminat-peminat semua, tak perlulah risau. Emma cuma berlakon, dia gadis Melayu dan dia tahu jaga maruah pelakon Melayu”

Zizan Razak memberikan kenyataan di atas kepada Astro Gempak selepas beliau diminta untuk mengulas tentang keprihatinan para peminat terhadap perkembangan ini & turut berkata Sharnaaz Ahmad seorang yang professional dalam kerja. (rtky/m)

#67 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #68 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #81 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #69 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #70 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #71 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #72 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #73 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #74 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #75 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #76 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #77 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #78 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #79 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA #80 Zizan Razak Tidak Bimbang, Yakin Emma Maembong Pandai Jaga Diri - ROTIKAYA

Hefny Sahad Nafi Punca Nad Zainal Putus Cinta

Posted: 06 May 2014 05:02 PM PDT

Hefny Sahad who? Exactly. Baru baru ini kisah putus cinta pelakon Nad Zainal mendapat perhatian ramai lebih lebih lagi apabila bekas kekasihnya Azwan Kombos mengakui tidak tahu apa apa tentang perpisahan mereka.

BACA: Azwan Kombos Terkejut Putus Cinta, Mahu Bersemuka Dengan Nad Zainal

Dalam kenyataan kepada media juga, Azwan Kombos membayangkan yang wujudnya orang ketiga dalam hubungan mereka namun tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana pada beliau hanya Nad Zainal yang tahu jawapan sebenar.

Ada khabar angin mengatakan yang Hefny Sahad, pelakon baru yang membintangi telefilem Mengintai Syurga Mama bersama Nad Zainal sebagai punca perpisahan mereka selepas masing masing menjalinkan cinta lokasi.

“Apa yang berlaku antara kami tiada kena mengena dengan pihak ketiga mahupun Hefny. Tidak elok rasanya apabila berlaku masalah di antara kami, ia dikaitkan dengan orang lain. Saya ada sebab peribadi dan biarlah perkara itu saya simpan sendiri”

“Lagipun saya dan Azwan sudah berbincang menyelesaikan masalah berkenaan dan ia dianggap sudah selesai,” jelas Nad Zainal kepada mStar Online hari ini.

Manakala Hefny Sahad pula terkejut apabila didakwa menjadi punca perpisahan Azwan Kombos & Nad Zainal selain berkata pasangan itu sudah putus cinta sebelum mereka bersama sama jalani penggambaran telefilem itu.

“Setahu saya, mereka putus sebelum kami digandingkan bersama dalam telefilem itu. Terkejut pula apabila ada orang nak kaitkan saya sebagai punca masalah cinta mereka,” jelas Hefny Sahad yang juga merupakan wartawan penyiaran Astro Awani. (rtky/m)

#37 Azwan Kombos Terkejut Kenyataan Nad Zainal Dakwa Sudah Putus Cinta - ROTIKAYA #38 Azwan Kombos Terkejut Kenyataan Nad Zainal Dakwa Sudah Putus Cinta - ROTIKAYA #39 Azwan Kombos Terkejut Kenyataan Nad Zainal Dakwa Sudah Putus Cinta - ROTIKAYA #40 Azwan Kombos Terkejut Kenyataan Nad Zainal Dakwa Sudah Putus Cinta - ROTIKAYA #41 Azwan Kombos Terkejut Kenyataan Nad Zainal Dakwa Sudah Putus Cinta - ROTIKAYA #42 Azwan Kombos Terkejut Kenyataan Nad Zainal Dakwa Sudah Putus Cinta - ROTIKAYA #43 Azwan Kombos Terkejut Kenyataan Nad Zainal Dakwa Sudah Putus Cinta - ROTIKAYA #44 Azwan Kombos Terkejut Kenyataan Nad Zainal Dakwa Sudah Putus Cinta - ROTIKAYA #45 Azwan Kombos Terkejut Kenyataan Nad Zainal Dakwa Sudah Putus Cinta - ROTIKAYA #46 Azwan Kombos Terkejut Kenyataan Nad Zainal Dakwa Sudah Putus Cinta - ROTIKAYA #47 Azwan Kombos Terkejut Kenyataan Nad Zainal Dakwa Sudah Putus Cinta - ROTIKAYA #48 Azwan Kombos Terkejut Kenyataan Nad Zainal Dakwa Sudah Putus Cinta - ROTIKAYA

Kekasih Tidak Cemburu Bila Keith Foo Dikerumuni Peminat

Posted: 06 May 2014 10:44 AM PDT

Dia hot dan dia seksi. Okay, rasanya cukup dua perkataan itu untuk menggambarkan aktor kacak Keith Foo. Itu pun sudah cukup membuatkan kakak-kakak dan makcik-makcik ‘histeria’, kan.

Semuanya gara-gara penangan drama bersiri yang mencetuskan fenomena, Ariana Rose malah akui Keith sendiri sehingga kini ramai peminat tetap memanggilnya dengan nama Tengku Adam Kamil — nama wataknya dalam drama tersebut.

Mempunyai ramai peminat, jejaka kacukan Cina-India ini beruntung dan tambah beruntung apabila dia juga mempunyai seorang teman wanita yang cukup sporting dan selamba.

Bertemu beliau di lokasi penggambaran filem drama-romantik, Kelip-Kelip di Kuala Selangor malam tadi, Keith Foo berkata teman wanitanya itu tidak kisah jikalau ada peminat yang datang menghampirinya dan mahu mengambil gambar bersama.

“Kalau peminat mengurumuni saya, teman wanita saya hanya akan gelak saja. Pada dia, situasi tu kelakar sebab dia tak biasa melihat keadaan itu. Dia tak lah cemburu malah dia akan memberi peluang seketika untuk peminat-peminat bergambar dengan saya. Tapi dia sentiasa berpesan supaya saya bawa diri baik-baik”

“Saya hormati peminat-peminat saya kerana merekalah saya berada hingga ke tahap ini. Kalau boleh saya nak bersalaman dengan setiap orang daripada mereka dan mahu mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka terhadap saya,” katanya mengulas mengenai situasinya setiap menghadapi peminat fanatik.

Kelip Kelip Filem Pertama Keith Foo Galas Watak Utama

Beralih pula tentang Kelip-Kelip, ini merupakan filem pertamanya menggalaskan watak utama. Dalam filem arahan pengarah Virginia (sedia terkenal dengan karya-karya komersial), Keith berpasangan dengan pelakon baru Nur Risteena.

Dari segi cabaran untuk watak kali ini, kata Keith, dia perlu memastikan pembawakan lakonan karakternya bebeza antara di dalam drama dan filem.

“Ini merupakan kali pertama saya memengang watak utama untuk filem. Seronok sepanjang bekerja dengan produksi ini. Dari segi cabaran, tak terlalu banyak. Cuma saya perlu bezakan antara lakonan saya di dalam drama dan filem. Saya banyak bertanya dan berkongsi pendapat dengan pengarah. Selain itu, rakan pelakon seperti Bront dan Azad juga banyak membantu saya,” katanya.

Kelip-Kelip sudah menjalani penggambaran selama sebulan dan berbaki dua hari lagi penggambaran. Filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd ini turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Azad Jasmin, Mustapha Kamal, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.

Dalam perkembangan lain, Keith juga menantikan filem lakonannya, ‘Pilot Cafe’. Dia juga akan ke Bali tidak lama lagi bagi menjalani penggambaran drama ‘Kasih Berbisik’. (rtky/fr)

#66 Kekasih Tidak Cemburu Bila Keith Foo Dikerumuni Peminat - ROTIKAYA #65 Kekasih Tidak Cemburu Bila Keith Foo Dikerumuni Peminat - ROTIKAYA #64 Kekasih Tidak Cemburu Bila Keith Foo Dikerumuni Peminat - ROTIKAYA #63 Kekasih Tidak Cemburu Bila Keith Foo Dikerumuni Peminat - ROTIKAYA #62 Kekasih Tidak Cemburu Bila Keith Foo Dikerumuni Peminat - ROTIKAYA #61 Kekasih Tidak Cemburu Bila Keith Foo Dikerumuni Peminat - ROTIKAYA

Hari Ini Dalam Hiburan (N.549)

Posted: 06 May 2014 09:14 AM PDT

VIDEO HARI INI: Kami suka nostalgia dan video lama (ehem) dan ini rakaman sidang media ini agak epik pada kami. Mila Kunis membalas semula satu soalan ‘bodoh’ wartawan kepada Justin Timberlake tentang keputusan beliau untuk berlakon.

Bertuah peminat filem di Amerika Syarikat apabila mereka dihidangkan dengan video 90 saat menunjukkan aksi Jennifer Lawrence dalam filem X-Men: Days of Future Past sejurus tamatnya kredit untuk filem The Amazing Spider-Man 2. – Just Jared

Saban tahun acara karpet merah untuk majlis ini pasti menjadi perhatian dan edisi MET Gala 2014 tidak terkecuali namun senarai ini lebih memfokuskan kepada pasangan selebriti terhangat yang sempat dirakam lensa kamera. – People

Anggota kumpulan After School, Raina dalam satu temubual mendedahkan yang beliau pernah terlibat dalam satu kemalangan kecil melibatkan penyanyi dan juga bintang Running Man, Kim Jong Kook tidak berapa lama dahulu. – Soompi

Rakan baik dan juga pelakon yang sering bergandingan dengan George Clooney, Matt Damon melahirkan rasa gembira dengan berita pertunangan rakannya itu bersama Amal Alamuddin dan mendoakan yang pasangan itu akan gembira sampai bila bila. – Huff. Post

Pelakon Almy Nadia memutuskan untuk mengunci mulut daripada menceritakan segala hal rumah tangga yang dibina bersama pelakon Fizz Fairuz atas permintaan ibunya sendiri selain ianya cukup peribadi. – mStar Online

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...