RotiKaya |
- Bergerak Sendiri, Zizan Razak Bakal Ikat Kontrak Bernilai RM2 Juta?
- Aziz Sattar Meninggal Dunia
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.548)
- Azwan Kombos Terkejut Kenyataan Nad Zainal Dakwa Sudah Putus Cinta
- Nad Zainal Akui Putus Cinta
- The Amazing Spider-Man 2 — Ramuan Aksi & Romantik Yang Menjadi
Bergerak Sendiri, Zizan Razak Bakal Ikat Kontrak Bernilai RM2 Juta? Posted: 05 May 2014 04:48 PM PDT Bertuah badan jika benar seperti apa yang dilaporkan Harian Metro hari ini. Selepas kini bergerak sendiri tanpa pengurus peribadinya, Marina Juki kerana konflik dalaman, Zizan Razak khabarnya bakal diuruskan oleh pihak Astro. Ada khabar mengatakan yang Astro berminat untuk mengikat Zizan Razak di bawah pengurusan mereka selama setahun dengan kontrak bernilai RM2 juta. BACA: Zizan Razak Umum Bakal Kahwin Emma Maembong Awal Tahun 2015? "Apa yang saya boleh cakap, nak kata dilamar itu tidak ada lagi tetapi memang saya ada dengar dengar juga. Saya masih lagi menunggu dan tak dengar apa-apa daripada pihak Astro sendiri. Saya masih tunggu,” jelas Zizan Razak. Kalau benar nilai yang dikhabarkan itu, memang sesuai dengan status Zizan Razak yang memang diminati ramai ketika ini selain kerap menjadi jurucakap dan duta untuk jenama besar besar. Tahniah didahulukan ya Zizan! (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Posted: 05 May 2014 03:39 PM PDT Seniman negara, Datuk Abdul Aziz Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, kira-kira jam 2 pagi tadi. Menurut anak perempuannya Sandakiah Aziz, turut berada di sisi ketika arwah menghembuskan nafas terakhirnya adalah dua anak, menantu dan cucu. Katanya, jenazah akan dibawa ke kediamannya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dan dikebumikan sebelum Zohor di Tanah Perkuburan Islam di Cheras Perdana. Seluruh ahli keluarga dan saudara termasuk dari Johor dan Singapura dijangka tiba pagi ini untuk membantu menguruskan jenazah Allahyarham. Pelakon veteran itu dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kajang akibat sakit jantung, malam kelmarin. (rtky/hfz) |
Hari Ini Dalam Hiburan (N.548) Posted: 05 May 2014 09:14 AM PDT VIDEO HARI INI: Tiada apa yang lebih menarik hari ini dari melihat aksi Hugh Jackman, Michael Fassbender & James McAvoy dari filem X-Men: Days of Future Past menari lagu Blurry Line. Majalah FHM baru baru ini menobatkan aktress Jennifer Lawrence sebagai wanita paling seksi (Sexiest Woman in the World) di dunia ketika ini diikuti oleh aktress kelahiran Britain Michelle Keegan, Rihanna dan Kaley Cuoco. – Mercury News Ahli kumpulan Girls' Generation (SNSD), Sunny telah dipilih untuk menjadi penyampai radio terbaru yang akan mengelola program FM Date di stesen radio MBC FM4U, menemani mereka yang dalam perjalanan pulang kerja. Bertuah mereka, heh. – Soompi Jika sebelum ini beliau tampil dengan selfie separuh bogel, kali ini James Franco kembali dengan gambar beliau bersama Keegan Allen berdua di atas katil dengan niat jelas untuk menjadi bualan ramai di Twitter. Gila publisiti much? – Huff. Post Pelakon Ben Affleck khabarnya telah ditendang keluar dari sebuah kasino di Las Vegas selepas didapati menggunakan teknik licik mengira kad (card counting) ketika bermain Blackjack. Bijak juga pelakon ini rupanya. – The Province Dramatis Noniswara menafikan yang beliau sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Imran Mohd Nor apabila kelibat lelaki itu sering dilihat dalam gambar di Instagram beliau. – mStar Online |
Azwan Kombos Terkejut Kenyataan Nad Zainal Dakwa Sudah Putus Cinta Posted: 04 May 2014 09:15 PM PDT Mungkinkah ini bakal menjadi drama salah faham terbaru dalam industri hiburan hari ini? Terdahulu menerusi program sensasi Melodi hujung minggu lalu, Nad Zainal mendakwa yang hubungannya dengan Azwan Kombos sudah berakhir. BACA: Nad Zainal Akui Putus Cinta, Minta Masyarakat Tidak Pertikai Manakala Azwan Kombos yang kami hubungi sebentar tadi berkata yang beliau sebenarnya tidak tahu menahu tentang kenyataan terbaru Nad Zainal itu dan mendakwa tiada sebarang perbincangan antara mereka tentang perkara ini. “Saya tidak tahu apa apa, tahu tahu sahaja Nad beritahu kami sudah putus. Saya tahu pun bukan terus dari dia tapi dari media sosial semalam. Saya sangat terkejut. Setahu saya kami tiada masalah. Beberapa hari lepas kami masih keluar bersama, tiada gaduh” “Cuma akhir akhir ini dia bersikap dingin dengan saya dan bila saya tanya melalui SMS dia jawab enough is enough. Mak Nad sendiri ada tanya saya apa yang sedang berlaku dan saya jawab saya sendiri tidak tahu,” jelas Azwan Kombos. “Rasanya perlu tanya kepada Nad sendiri. Kalau nak kata dia ada orang lain, mungkin ya mungkin tidak. Nad seorang sahaja ada jawapan untuk apa yang berlaku sekarang ini” “Kami sudah bersama 3 tahun dan 5 bulan, apa apa pun saya hormati keputusan dia cuma saya sekarang ini ingin berjumpa dan meminta penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku. Kenapa saya perlu tahu dari orang lain?” tambahnya lagi. (rtky/bsr) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Posted: 04 May 2014 06:19 PM PDT Pernah jadi bualan ramai tidak lama dahulu yang mengatakan Nad Zainal menaja kekasihnya yang ‘sengkek’ namun ianya dinafikan oleh kedua dua belah pihak. Baru baru ini pula timbul khabar yang mengatakan mereka sudah berpisah. Menerusi program Melodi hujung minggu lalu, Nad Zainal mengakui akan kebenaran kisah itu namun beliau tidak mahu mengulas lanjut tentang apakah punca perpisahan mereka lebih lebih jika berkaitan dengan isu taja menaja. BACA: Kekasih Sengkek, Nad Zainal Nafi Taja Azwan Kombos “Saya rasa tiada benda lagi nak cakap. Everything is over. Hanya kami tahu kenapa, masyarakat tak perlu masuk campur. Saya tak rasa benda ni jadi beban pun kepada masyarakat. Benda dah habis dan semua orang pernah lalui benda yang sama,” ujar Nad Zainal. Nad Zainal juga menafikan wujudnya orang ketiga dalam hubungan percintaan mereka selain menganggap ianya perkara biasa untuk masyarakat di luar sana untuk putus cinta dan melalui perkara sama. "Ada sebab masing-masing dan tak dapat nak teruskan hubungan. Cuma sebab munasabab itu tak boleh share. Privacy saya adalah hak saya. Jangan ada yang pertikaikan. Saya hormati anda dan anda hormati saya,” tambahnya lagi. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
The Amazing Spider-Man 2 — Ramuan Aksi & Romantik Yang Menjadi Posted: 04 May 2014 06:15 PM PDT Sebuah filem adiwira 'reboot' atau dibikin semula walaupun sudah difilemkan berkali-kali, sebenarnya mudah untuk dijual kerana pengulangan kisahnya yang sama tetapi pendekatan yang mungkin sedikit berbeza serta semakin dikreatifkan. Penonton sudah kenal sedikit-sebanyak mengenai siapakah watak hero dan penjahat serta mungkin menjangka perjalanan ceritanya. The Amazing Spider-Man 2 (2014) ialah filem sekuel sambungan The Amazing Spider-Man (2012) yang juga merupakan 'reboot' kepada trilogi filem Spider-Man (2002, 2004, 2007) iaitu versi arahan Sam Raimi dahulu. Sekuel ke-2 kali ini untuk filem superhero 'lelaki labah-labah' masih diarahkan oleh Marc Webb yang juga akan menangani sekuel seterusnya ke-3 dan ke-4 nanti. Filem ini menyambung kisah remaja watak Peter Parker (Andrew Garfield) yang baru tamat persekolahan serta semakin menyesuaikan status dirinya sebagai Spider-Man iaitu penyelamat orang awam di kota New York. Kekasihnya, Gwen Stacy (Emma Stone) pula bekerja secara sambilan di Oscorp Industries sementara menunggu tawaran menyambung pelajaran ke peringkat universiti. Peter masih tinggal bersama makciknya, Aunt May (Sally Field) selepas kematian pakciknya, Uncle Ben dalam filem yang pertama 2012. Seperti rutin kebanyakan filem superhero, ia dibuka dengan sekuen aksi gempak Spider-Man membantu misi pihak polis untuk menangkap sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Aleksei Sytsevich (Paul Giamatti) semasa mencuri sejenis bahan kimia berisiko tinggi, plutonium. Semasa babak genting itulah Spider-Man sempat menyelamatkan seorang pekerja Oscorp Industries yang hampir terbunuh iaitu Max Dillon (Jamie Foxx). Ditampilkan pula watak kawan lama Peter yang sudah lama terpisah bernama Harry Osborn (Dane DeHaan) iaitu anak orang kaya pemilik tunggal Oscorp Industries iaitu Norman Osborn, yang juga rakan saintis kepada mendiang bapa Peter, Richard Parker. Dalam filem pertama 2012, ibu bapa Peter iaitu Richard dan Mary dikatakan terbunuh dalam tragedi nahas jet peribadi yang terhempas. Apakah kaitan penampilan watak-watak Aleksei dan Max? Apakah sebenarnya konflik di sebalik hubungan kerja di antara keluarga Peter dan Harry? Ke manakah hala tuju hubungan cinta Peter dan Gwen? Itulah kisah yang dikembangkan di sepanjang penceritaan filem ini. AMARAN: Ulasan seterusnya mungkin mengandungi spoiler The Amazing Spider-Man 2 banyak plot yang hendak diceritakan tetapi sekadar permulaan cabaran yang lebih besar untuk sekuel filem seterusnya. Ia sambungan persoalan dari filem pertamanya dahulu, menyerlahkan situasi sebenar tragedi yang menimpa ibu bapa Peter, Richard dan Mary. Namun begitu, pembongkaran rahsia-rahsia Richard membuka pintu kepada persoalan yang semakin membuak untuk dikembangkan dalam filem sekuel-sekuel nanti. Kepulangan Harry pula menyambung kuasa teknologi warisan ayahnya sekaligus meneruskan sengketa kepada keluarga Peter kerana keperluan kajian genetik di Oscorp Industries. Kini, Harry dan Peter digambarkan sekali lagi hubungan kawan baik yang tercemar seperti hubungan bapa mereka dahulu. Waktu yang sama, plot cinta Peter dan Gwen didewasakan berbanding zaman keanak-anakan persekolahan dahulu. Peter yang semakin matang dengan kuasa Spider-Man semakin sebok dengan tugasan membantu orang awam sebagai superhero. Penonton perlu tahu 'janji' Peter kepada mendiang ayah Gwen, Captain George Stacy (Denis Leary) dalam filem terdahulu untuk memahami kenapa Peter semakin menjauhkan diri dari Gwen. Plot filem kali ini bersilih-ganti kisah kekeluargaan dan hubungan peribadi Peter dengan cerita menentang seteru jahat besar yang ditampilkan untuk sebuah filem superhero dari komik Marvel. Ada 3 kuasa lawan kepada Spider-Man iaitu Electro, Green Goblin dan Rhino. Yang lebih ditonjolkan ialah bagaimana asal-usul penciptaan Electro dari seorang lelaki yang naif lurus bendul serta peminat tegar Spider-Man sendiri. Begitu juga puncanya tumbesaran mutasi oleh Harry ke bentuk Green Goblin. Sekali lagi, seperti formula sains yang disudahkan oleh Peter sendiri dalam filem 2012 sehingga terciptanya watak Lizard, kali ini ketidaksanggupan Peter membantu Harry untuk memulihkan penyakitnya menjadi dendam kesumat pula oleh Green Goblin kepada Spider-Man. Kawan menjadi lawan. Peter Parker / Spider-Man yang akan dipersalahkan sehingga tercetusnya peperangan sengit yang bakal dikembangkan lagi dan lagi. Itulah modal utama pembikinan siri filem 'reboot' The Amazing Spider-Man yang akan dijual bagi memberanakkan keuntungan maksima pemasaran filemnya. Perihal yang boleh dipuji sudah tentulah lakonan beremosi dan beraksi stunt sendiri oleh Andrew Garfield yang berjaya menggalas watak Peter Parker / Spider-Man dengan bagus. Emma Stone pula setanding digandingkan sebagai pasangan sidekick watak Gwen Stacy yang bukan sekadar berwajah cantik tetapi mempunyai strategi cerdik dan berani untuk membantu Spider-Man melawan Electro. Anda akan dikejutkan dengan plot tragedi di akhirnya. Adakah ia akan memberi ruang kemunculan watak Mary Jane Watson dalam filem, filem, filem sekuel akan datang? Siapa tahu kan? Kekuatan perwatakan Harry Osborn lakonan Dane DeHaan juga antara yang menarik untuk diikuti dan sebagai taruhan utama watak ketua penjahat, Green Goblin yang terbaru dan terkini selepas ayahnya, Norman Osborn. Dek kerana cabang plot yang terlalu berselirat, kisah watak Max Dillon / Electro oleh Jamie Foxx terasa kadangkala terkebelakang. Namun begitu, perlawanan Spider-Man vs Electro antara yang terbaiklah sebagai babak finale. Dari sudut teknikal, aksi-aksi bergayut dan berpaut ke sana-sini di sekitar kota New York oleh Spider-Man versi Andrew Garfield kelihatan 'hidup' kerana katanya ia dibikin secara lakonan stunt dengan sedikit bantuan imej janaan komputer (CGI) sahaja berbanding versi trilogi Spider-Man lakonan Tobey Maguire dahulu yang sangat kelihatan 'penipuan' imej komputer. Kan? KESIMPULANThe Amazing Spider-Man 2 wajar ditonton tanpa terlalu serius seperti juga santainya watak Spider-Man berceloteh lucu di sebalik topeng tanpa hidung dan mulut semasa dia beraksi menentang penjenayah. Sementara menunggu filem sekuan seterusnya, saya berikan dahulu yang kedua ini 4 BIJI ROTIKAYA. |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.