RotiKaya |
- Tasha Shilla Tidak Kisah Jika Kekasih Bertatu
- Sekitar Resepsi Perkahwinan Misha Omar, Firos Ezzwan Rossly Di Kota Bahru
- Wardina Safiyyah: Saya Lebih Popular Selepas Berhijab
- Hari Ini Dalam Hiburan (N.547)
- Ayu Raudhah Telah Selamat Lahirkan Anak Kedua
- Neelofa: Hans Isaac Matang & Setia Dalam Bercinta
Tasha Shilla Tidak Kisah Jika Kekasih Bertatu Posted: 04 May 2014 02:42 PM PDT Selepas kisah Tasha Shilla kini bercinta dengan seorang lelaki yang aktif dalam sukan muay thai, perkara pertama yang menjadi perhatian ramai adalah penampilan peribadi jejaka itu yang bukan beragama Islam & memiliki badan bertatu. BACA: Musim Orang Malaysia Bercuti, Tasha Shilla & Kekasih Pilih Phuket Tidak pernah mengulas tentang perkara tersebut, baru baru ini Tasha Shilla menerusi majalah Media Hiburan memberitahu yang beliau sebenarnya tidak pernah ambil pusing dengan keadaan fizikal kekasihnya itu lebih lebih lagi tentang isu bertatu. “Saya bukan jenis individu yang suka menilai orang lain dari luarannya. Jadi saya tidak mahu menilai dia berdasarkan perkara tersebut,” jelas selebriti ini ringkas yang turut menolak dakwaan yang beliau hanya mahu bercinta dengan ahli sukan. Mengulas tentang percutian beliau bersama kekasihnya ke Phuket baru baru ini, Tasha Shilla menjelaskan yang ianya dirancang oleh satu kumpulan produksi drama selepas tamat menjalani penggambaran selama enam bulan dan bukan pergi berdua sahaja. “Saya teruja dengan percutian ini kerana itulah pertama kali saya ke Phuket dan kami sempat pergi ke lapan pulau yang terdapat di situ. Saya juga berpeluang belajar muay thai selama tiga hari di sana,” tambah Tasha Shilla lagi. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Sekitar Resepsi Perkahwinan Misha Omar, Firos Ezzwan Rossly Di Kota Bahru Posted: 04 May 2014 01:20 PM PDT Berita paling mendapat perhatian peminat dunia hiburan (anda semua sekurang kurangnya) adalah pernikahan Misha Omar pada Jumaat lalu dan kali ini kami tampilkan beberapa gambar sekitar resepsi perkahwinan pasangan ini pula. BACA: Misha Omar, Firos Ezzwan Rossly Selamat Bergelar Suami Isteri Majlis resepsi perkahwinan penyanyi, Misha Omar dan pasangannya Firos Ezzwan Rossly di Hotel Renaissance Kota Bahru malam Jumaat lalu meriah dengan kehadiran kira-kira 450 tetamu terdiri dari kaum keluarga, media & rakan artis. Keanggunan kedua-dua mempelai terserlah dengan busana berwarna merah hati yang membawa konsep moden kontemperori hasil rekaan Syaiful Baharim. Misha Omar yang ditemui Utusan Malaysia selepas selesai majlis melahirkan rasa gembira dan bersyukur beliau dengan kehadiran rakan rakan artis meraikan majlis bermakna mereka berdua ini. “Majlis ini telah dimeriahkan dengan rakan-rakan selebriti yang hadir menghiburkan tetamu dan ini adalah hadiah perkahwinan yang cukup bermakna buat saya. Selain itu, ini juga adalah tanda penghargaan saya untuk menyambut keluarga suami,” ujarnya. “Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir & juga sentiasa mendoakan kebahagiaan kami,” tambahnya lagi. Berikut beberapa keping gambar pasangan pengantin baru ini untuk tatapan anda. Enjoice! (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Gambar Terima Kasih: ERA fm, Syaiful Ibrahim, Misha Omar & Dina Nadzir |
Wardina Safiyyah: Saya Lebih Popular Selepas Berhijab Posted: 04 May 2014 01:16 PM PDT Kami mungkin mengambil petikan kata kata Wardina Safiyyah ini di luar konteks namun anda boleh mendengar sendiri temubual personaliti TV ini bersama wartawan Australia Network News yang diterbitkan sekitar Ogos 2013 yang lalu. Secara asasnya, Wardina Safiyyah dijemput untuk memberi pandangan beliau tentang wanita yang bertudung di dalam dunia moden ketika ini dan bagaimana beliau sebagai seorang selebriti mampu mengekalkan kerjaya yang cemerlang selepas berhijab. Sekitar minit 2:20, wartawan tersebut bertanyakan sama ada Wardina Safiyyah menerima kritikan dari masyarakat selepas beliau mengambil keputusan untuk bertudung dan selebriti ini menjawab yang pada mulanya memang ada yang memandang sinis keputusan beliau. “Pada awalnya, memang ada kata kata sinis yang mengatakan kerjaya saya akan berakhir & bukan lagi tarikan seksual di televisyen — kalau tidak mahu (saya muncul di televsyen), jangan langsung namun yang sebaliknya pula berlaku” “Saya menjadi lebih popular kerana saya memakai hijab — suka atau tidak, mereka (wartawan) mesti menulis tentang saya yang memiliki segalanya dan terkenal namun mahu memakai hijab — perhatian media itu membuatkan saya lebih popular,” ujarnya. Bagus untuk anda Wardina Safiyyah, kami pun memerlukan anda sebagai bahan berita. Situasi menang menang bak kata orang orang tua. (rtky/m) |
Hari Ini Dalam Hiburan (N.547) Posted: 04 May 2014 09:45 AM PDT VIDEO HARI INI: Sedikit panduan kepada lelaki yang ingin memikat gadis idaman anda, keyakinan diri yang tinggi itu amat penting — lelaki tidak berbaju dalam video di atas sebagai contoh. Ini menarik. Chris Martin telah membuat kemunculan secara mengejut dengan memakai rambut palsu dan mencium hos Saturday Night Live (SNL) hujung minggu lalu, Andrew Garfield ala babak dalam filem The Amazing Spider-man. – Just Jared Aizat Amdan mendedahkan beliau pernah menolak hasrat beberapa orang artis tersohor tanah air seperti Datuk Sheila Majid, Zainal Abidin dan Datuk Siti Nurhaliza yang ingin mendapatkan karyanya kerana belum yakin. – mStar Online Ahli kumpulan One Direction, Liam Payne telah kembali ke pasaran selepas beliau dilaporkan telah putus cinta dengan Sophia Smith selepas hanya bertahan selama lapan bulan dan sering berjauhan dilapor menjadi punca perpisahan. – Us Weekly Di Korea, fesyen selebriti di lapangan terbang sebelum pergi ke mana mana turut mendapat perhatian dan buktinya satu kajian telah dijalankan untuk menentukan siapakah paling konsisten dalam berfesyen dalam situasi itu dan ahli f(x), Krystal menduduki tempat pertama. – Soompi Muncul tanpa saingan di panggung wayang nampaknya satu kelebihan buat filem sekual The Amazing Spider-Man 2 apabila ianya dilaporkan mampu mengutip jualan tiket mencecah US$97 juta sepanjang hujung minggu yang lalu. Sudah tonton? – EW |
Ayu Raudhah Telah Selamat Lahirkan Anak Kedua Posted: 03 May 2014 10:12 PM PDT Menerusi akaun Instagram beliau baru baru ini, Ayu Raudhah telah berkongsi berita gembira di mana beliau telah selamat melahirkan anak kedua pada Jumaat yang lalu sekitar jam 2.15 petang dengan berat 2.73 kilogram. Bayi berjantina lelaki itu merupakan anak kedua pasangan Ayu Raudhah & Zaquan Adha selepas anak sulung mereka Muhammad Aisy Qaiser yang kini mencecah usia 14 bulan. Tahniah buat keluar Zaquan Adha & Ayu Raudhah atas kehadiran orang baru ini, semoga semakin bahagia dan ya, comel wajah anak kedua mereka ini. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Neelofa: Hans Isaac Matang & Setia Dalam Bercinta Posted: 03 May 2014 09:02 PM PDT Adakah dengan kenyataan terbaru ini menunjukkan yang Neelofa bersedia untuk bersikap lebih terbuka dengan hubungan cintanya bersama Hans Isaac? Menarik kupasan wartawan popular Mama Juwie dalam temubual terbaru bersama Neelofa. Dalam Berita Harian hujung minggu ini, Neelofa telah menjawab beberapa soalan berkaitan hubungan beliau bersama Hans Isaac dan selebriti ini mengakui yang beliau sudah semakin kenal dengan diri lelaki itu selepas tiga tahun bersama. BACA: Hans Isaac Bakal Umum Kahwini Neelofa Hujung Tahun Ini? “Selama hampir tiga tahun kami berkawan, saya sudah mula kenal diri dia. (Tentang lamaran Hans Isaac) sama ada (terima) atau tidak, biarlah Hans orang pertama yang akan tahu,” ujar Neelofa. Ahli perniagaan yang giat membina empayar beliau sendiri ini juga ditanya tentang apakah yang buat dirinya tertarik dengan Hans Isaac. “Dia seorang yang very gentleman, matang, senang beralah dan kreatif. Selama ini, dia setia dalam bercinta,” tambahnya yang percaya cinta itu dibina atas susah senang bersama, Cewahh. Kami di sini doakan anda berdua semoga cepat bersatu, eh. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.