RotiKaya

RotiKaya


Suami Erma Fatima, Bade Sah Kahwin Lagi?

Posted: 30 May 2014 05:07 AM PDT

Utusan Malaysia hari ini tampil dengan satu laporan menarik yang mengatakan pengarah filem terkenal, Badaruddin Azmi atau lebih dikenali dengan Bade dikatakan berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita muda baru baru ini.

Majlis meraikan pernikahan baru suami kepada Erma Fatima & seorang wanita muda berusia awal 30′an bernama Aida Abdul itu telah berlangsung di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu & turut dihadiri beberapa artis terkenal termasuk Rosyam Nor.

Wartawan Utusan Malaysia dalam laporan itu juga mendakwa mereka telah menerima gambar sekitar majlis perkahwinan tersebut walaupun usaha untuk mendapatkan pengesahan dari Bade mahu pun Erma Fatima sendiri menemui jalan buntu.

“Bade dan isterinya difahamkan telah bernikah sekitar dua bulan lalu di negara jiran. Wanita berkenaan juga merupakan orang yang terlibat dalam bidang penerbitan drama dan filem dan kini membantu produksi Bade sendiri,” jelas sumber.

Erma Fatima kini berada di Sepanyol untuk menjalani penggambaran karya terbarunya. (rtky/m)

Curi Duit Jejai: Dua Pembantu Rumah Fasha Sandha Kena Hukuman Penjara

Posted: 30 May 2014 12:41 AM PDT

Kami sendiri tidak pasti sama ada kisah ini boleh masuk dalam ruangan hiburan atau tidak tetapi jika ianya terjadi di Hollywood liputan dari media hiburan pastinya ada. Kot.

Dua pembantu rumah pelakon Fasha Sandha dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana mencuri wang suaminya, Rizal Ashram di kediaman mereka di Duta Suria, Ampang sekitar 9.45 malam pada 12 Mac lalu.

Nilawati dan Sri Maniami masing-masing berasal dari Indonesia mengaku bersalah mencuri wang tunai dalam bentuk Ringgit Malaysia dan Rupiah Indonesia di rumah majikannya itu.

Fakta kes menyebut pada hari kejadian, Rizal diberitahu pembantu peribadinya bahawa jirannya menyedari rumahnya ditinggal tidak berkunci dan kedua-dua pembantu rumahnya telah hilang.

Ketika ditahan polis menemui wang tunai RM200 pada kedua-duanya pembantu rumah itu.

Kedua dua mereka yang tidak diwakili peguam itu merayu agar hukuman diringankan & berkata wang itu diambil untuk pulang ke kampung bagi menyambut Ramadan bersama keluarga.

Majistret Zulyana Zollkapli menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kepada kedua-duanya.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...